Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PATIKANG LAUT PETI SURAT 397, 89008 KENINGAU, SABAH

TEL: 087-336 916

Ruj

: XBA 1112/JOKUM/10/12

Tarikh : 25.05.2012 Kepada; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Patikang Laut, Peti Surat 397, 89008 Keningau, Sabah. MEMOHON KEBENARAN KELULUSAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAM PERKHEMAHAN PASUKAN BERUNIFORM SEKOLAH 2012 SK. PATIKANG LAUT Dengan hormatnya membawa perhatian puan untuk merujuk perkara yang bergaris di atas. 02. Untuk makluman pihak puan, Bahagian Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Patikang Laut, Keningau berhasrat untuk menganjurkan Program Perkhemahan Pasukan Beruniform Sekolah 2012 di peringkat sekolah ini sahaja. Objektifnya ialah untuk mengeratkan lagi perpaduan dan hubungan kaum di sekolah ini di kalangan murid-murid Tahun 5 dan 6 juga guru-guru dan kakitangan sekolah selain membantu mempertingkatkan ketahanan, kemahiran serta disiplin diri murid dalam semua bidang di samping mampu melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 03. Berserta ini dilampirkan bersama kertas kerja yang mengandungi Program Perkhemahan Pasukan Beruniform Sekolah 2012 SK. Patikang Laut. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak puan

meluluskan ini dan seterusnya memberikan sokongan padu bagi setiap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam semua peringkat. 04. Atas kerjasama dan perhatian pihak puan dalam mempertimbangkan perkara ini didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

BERBAKTI BERBUDI BERHEMAH TINGGI

Yang menjalankan tugas,

(EN. MOHD NASIR BIN MOHAMAD) Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Patikang Laut, Peti Surat 397, 89008 Keningau, Sabah.

Sk

: Pejabat Pelajaran Daerah Keningau (Unit Kokurikulum) Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN PATIKANG LAUT PETI SURAT 397, 89008 KENINGAU, SABAH

TEL: 087-336 916

Ruj

: XBA 1112/JOKUM/10/12

Tarikh : 05.06.2012

Kepada: Unit Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Patikang Laut, Peti Surat 397, 89008 Keningau, Sabah. (U.P: PK. KOKUM) KEBENARAN MELULUSKAN PROGRAM PERKHEMAHAN PERKHEMAHAN PASUKAN

BERUNIFORM SEKOLAH 2012 SK. PATIKANG LAUT Perkara di atas adalah di rujuk. 02. Berdasarkan permohonan tuan melalui surat Ruj: XBA 1112/JOKUM/10/12 bertarikh 25.05.2012, dan dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk menganjurkan Program Perkhemahan Pasukan Beruniform Sekolah 2012 SK. Patikang Laut telah diluluskan. 03. Oleh yang demikian diharapkan agar semua pihak yang terlibat boleh bergerak secara aktif bagi menjayakan program ini selain membantu melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Sekian dan terima kasih. BERBAKTI BERBUDI BERHEMAH TINGGI

Yang menjalankan tugas

.. (PN. JOSSIE BT. RONALD) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Patikang Laut, Peti Surat 397, 89008 Keningau, Sabah.

Sk

: Pejabat Pelajaran Daerah Keningau (Unit Kokurikulum) Fail

You might also like