Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

EDU3103 1.

0 TEORI TEORI PEMBELAJARAN

MURID DAN ALAM BELAJAR

1.1 Pengenalan Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini

menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Menurut Kerlinger (1986),teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan fenomena secara sistematis.Guru perlu memahami teori-teori pembelajaran ini supaya mengetahui pelbagai cara murid belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.Teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada Teori Pembelajaran Behavioris,Kognitif,Sosial,Humanis dan Konstruktivisme. Teori pembelajaran Behavioris diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori pembelajaran ini, kebanyakannya dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing,tikus,kucing dan burung.Mereka

menumpukan ujian kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku.Perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran,ke arah membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Teori pembelajaran sosial diperkenalkan oleh Albert Bandura yang

merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat.Teori ini menegaskan bahawa proses pembelajaran melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.Terdapat empat langkah untuk membolehkan peniruaan berlaku iaitu memerhati tingkah laku, mengingat,menghasilkan tingkah laku dan motivasi serta
1

EDU3103 peneguhan.

MURID DAN ALAM BELAJAR

Teori humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu.Pendekatan humanisme melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang.Tokoh pendekatan humanisme ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow. Teori pembelajaran kognitif melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang berlaku secara aktif.Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner,Gagne dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran hanya boleh berlaku berdasarkan murid yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru ,di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Jean Piaget mengemukakan konstruktivisme kognitif dan Lev Vygotsky menganjurkan konstruktivisme sosial. 1.2 Kepentingan Teori Teori Pembelajaran Teori-teori pembelajaran amat penting dalam membantu guru

mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam teori pembelajaran behavioris lebih menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran.Penyediaan amalan kelas yang sesuai seperti amalan rutin belajar dan rutin keceriaan perlu dilakukan oleh guru bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Matlamat akhir proses pembelajaran perlu ditetapkan oleh guru supaya spesifik dan realistik agar boleh dicapai dengan berkesan.Di dalam setiap pembelajaran guru perlu menetapkan objektif khusus bagi setiap langkah pengajaran mereka.Guru harus menyusun langkah pengajaran tersebut secara dari mudah kepada sukar dan mengaitkan pelajaran baharu dengan pengalaman sedia ada pelajar.Oleh itu,perasaan ingin tahu pelajar dapat dicungkil dan seterusnya dapat mewujudkan situasi pembelajaran yang merangsangkan.Justeru itu
2

guru perlu mengaplikasikan

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

teknik peneguhan yang sesuai selepas tingkah laku dikuasai.Penyediaan bahan bantu belajar yang banyak dan pelbagai boleh dilakukan oleh guru untuk melaksanakan aktiviti latih tubi dan pengukuhan. Bagi teori pembelajaran sosial ,keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai di dalam kelas apabila murid diberi peluang untuk memerhati dan meniru pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.Oleh yang demikian guru perlu menjadi contoh yang baik untuk diteladani.Daripada pemerhatian dan peniruan ini,murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan mudah dan ringkas.Hasilan kerja terbaik yang dilakukan oleh murid perlu dipaparkan oleh guru untuk membolehkan murid berkenaan terus berusaha dan dapat merangsang murid lain berusaha seperti murid tersebut.Secara tidak langsung,guru telah memberikan peneguhan kepada murid itu kerana

menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dalam teori pembelajaran kognitif pula ,guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar.Malahan perlu menyusun isi pelajaran yang ingin disampaikan mengikut peringkat perkembangan kognitif murid iaitu daripada konkrit kepada abstrak supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan sedia ada.Maka pembelajaran resepsi yang bermakna dapat dihasilkan apabila guru menggunakan kaedah deduktif dan ekspositori.Guru perlu menyediakan aktiviti yang membangkitkan naluri ingin tahu murid seperti kaedah inkuiri

penemuan.Selain itu guru perlu mengenalpasti murid-murid yang berada pada mod pembelajaran yang berbeza. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam teori humanis disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid sendiri.Maka adalah penting guru memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum pengajaran.Di samping itu guru hendaklah menerima murid tanpa syarat dan melayani perbezaan individu murid mengikut potensi dan keupayaan masing-

masing.Strategi berpusatkan murid dan kaedah individu diutamakan oleh guru bagi memenuhi prinsip kebebasan dan demokrasi murid.Iklim bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran pembelajaran agar murid merasa seronok dan tanpa ancaman adalah penting untuk mencapai objektif pelajaran.
3

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

Dalam teori konstruktivisme guru membuat perancangan dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran untuk mengajar serta mengambil kira keupayaan murid kerana pembelajaran kini lebih berpusatkan murid itu sendiri. Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar di samping penerangan yang jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar .Guru harus menggunakan teknik Zon Perkembangan Terdekat untuk memastikan

pembelajaran berkesan berlaku. Gerak kerja kumpulan dapat mewujudkan interaksi berkualiti melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan di mana murid dapat berkongsi idea bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas .Guru memilih murid yang lebih berkemahiran untuk mengajar murid yang belum menguasai kerana mereka lebih mudah faham apabila rakan sebayanya yang membimbing. Rumusan yang boleh dibuat ialah teori pembelajaran amat penting bagi membantu guru memilih strategi dan membantu murid secara optimum. 1.3 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.3.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisime adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada .Dalam proses ini,murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang diterima semasa pengajaran ,murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang merangsang murid melalui teknik-teknik pembelajaran yang aktif,

menggunakan situasi yang sebenar dan membolehkan murid memanipulasi alat dan bahan dalam usaha membina makna terhadap konsep yang diajar. Pembelajaran secara inkuiri ini sesuai dilaksanakan dalam mata pelajaran sains dan berasaskan pendekatan konstruktivisme. Dalam konstruktivisme, pembelajaran diperolehi berdasarkan pengalaman.Sebagai guru sains, saya
4

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

memberi peluang kanak-kanak memberi idea setiap kali soalan yang di beri kepada mereka. Guru sains yang optimis menerima idea mereka yang bernas dan menilai keberkesanan semasa proses pembelajaran. Sepatutnya pengalaman seperti ini harus dinilai dengan wajar. Tidak hanya tertumpu kepada idea guru semata-mata. Secara dasarnya, pengalaman sepatutnya berlaku dalam bilik darjah dengan cara memberi pendedahan secara teori dan eksperimen yang berterusan. Sebenarnya idea murid murid dibentuk oleh mereka itu sendiri dalam bilik darjah. Contohnya, amalan mematuhi arahan , susun atur radas yang dan adab semasa berada di dalam makmal sains. Pengalaman ini diterapkan secara teratur akan melahirkan pemikiran positif kepada murid. Saya mulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengenal pasti masalah utama atau persoalan boleh datang daripada guru atau murid dengan fenomena

sendiri.Kaitkan tajuk atau konsep yang hendak diajar

harian,sebaiknya yang ada kaitan dengan rapat dengan murid serta rangsang sifat ingin tahu murid sehingga mampu menimbulkan persoalan dalam minda murid seperti proses pengaratan.Pendekatan yang sesuai dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah kaedah inkuiri yang memberi peluang kepada murid menjana persoalan dan merancang penyiasatan sendiri. Kemudian saya beri murid masa murid untuk berfikir dan menjana hipotesis, merancang aktiviti penyiasatan ,mengawal pemboleh ubah serta melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka.Senaraikan semua hipotesis yang diberi oleh murid.Saya boleh membantu murid dengan membimbing mereka menjana hipotesis secara scaffolding melalui zon perkembangan terdekat mereka.Dengan cara ini murid akan mendapat pencapaian potensi keupayaan mereka. Murid menjalankan eksperimen dengan menyediakan radas yang telah dibincangkan bersama untuk menguji hipotesis yang telah dibina.Aktiviti mengeksperimen ini melibatkan murid membuat pencarian,pemerhatian, yang tertinggi mengikut

mengumpul,menganalis dan menginterpretasi data serta membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan utama. Saya memberi murid masa membentang dapatan dan kesimpulan dengan memberi penerangan dan hujah masing-masing.Saya menggalakkan murid lain
5

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

bertanya dan berbincang.Satu siri penyoalan mungkin diperlukan bagi membantu murid menemui konsep atau generalisasi yang dikehendaki.Kemudian saya membuat peneguhan. Model pengajaran inkuiri ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang cukup menarik minat murid .Bagi sekolah rendah, muridmuridnya memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus belajar sains.Fokus pengajaran haruslah kepada proses pembinaan pengetahuan dan bukan hasil pembelajaran.Pengajaran juga harus tertumpu pada mempersembahkan tugasan autentik dan persekitaran

pembelajaran berasaskan kes di mana murid memainkan peranan lebih besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka.Selain daripada itu pengajaran seharusnya memupuk refleksi berkaitan pembelajaran, membolehkan pembinaan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan konteks serta sokongan ke atas pembinaan pengetahuan secara kolaboratif.

1.3.2 Teori Pembelajaran Behavioris

Ahli

teori

behaviorist

menekankan

peranan

pengalaman

dalam

mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran.Mengikut Ivan Pavlov,setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila loceng berbunyi, murid dengan cepat bersedia untuk pelajaran seterusnya,masa rehat atau masa pulang. Bunyi loceng itu ialah rangsangan, manakala tindakan bersedia untuk pelajaran seterusnya,masa rehat atau masa pulang gerak balas. Hasil daripada kajian Watson berpendapat bahawa perbezaan tingkah laku individu adalah disebabkan oleh perbezaan pengalaman pembelajaran. Dalam contoh ini terdapat dua rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan
6

itu ialah

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

(suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Memandangkan emosi murid dapat dibentuk melalui proses pelaziman ,maka guru hendaklah memastikan emosi positif dapat dibina dalam diri murid tersebut.Suasana bilik darjah yang mesra ,berperaturan dan layanan adil dapat membentuk emosi yang positif. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman. Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum utama iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya perlu memastikan murid telah mempunyai kesediaan untuk belajar.Justeru

itu,murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.Maka suasana pembelajaran yang dapat membawa murid kepada rasa berjaya dapat diwujudkan.Rangsangan motivasi oleh saya seperti memberi pujian dan ganjaran menyebabkan pembelajaran menjadi lebih berkesan.Manakala Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan.Selaras dengan hukum ini maka saya perlu memberi lebih banyak latihan dalam pelbagai bentuk seperti pengulangan,latih tubi dan aplikasi pengetahuan dibuat dengan seberapa kerap untuk mengukuhkan pembelajaran.Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas

terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkan salam kepada saya dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi.
7

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.Peneguhan ialah suatu proses yang menggunakan peneguh positif atau peneguh negatif untuk mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan.

Peneguhan Positif Tingkah laku operan Peneguhan Negatif

Rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas murid Diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini

Rajah 1 Tingkah laku operan

Guru boleh mengaplikasikan peneguhan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Misalnya,apabila murid kita telah menyiapkan kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan maka saya haruslah memuji agar murid dapat meneruskan usaha cemerlangnya.Manakala saya mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.Maka akhirnya,murid itu akan menyiapkan kerja sekolahnya kerana tidak mahu didenda.

EDU3103 1.3.3 Teori Pembelajaran Humanisme

MURID DAN ALAM BELAJAR

Guru perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran.Kita perlu memberi perhatian agar murid dapat belajar dengan baik berdasarkan hierarki keperluan Maslow.Misalnya memperuntukkan masa untuk menanyakan murid tentang pengambilan sarapan pagi pada awal sesi pengajaran.Seharusnya guru melayani murid sebagai insan kemudian barulah melayani mereka sebagai murid.Maka dengan itu guru akan mempunyai perasaan prihatin dan bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.Selaras dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan sekolah penyayang untuk membanteras masalah ponteng di kalangan murid. Suasana bilik darjah kondusif dengan meminta murid membuka tingkap supaya mendapat pengudaraan bilik darjah yang baik.Keadaan fizikal bilik darjah yang selamat seperti saya menyediakan saiz meja dan kerusi sesuai dengan saiz murid dan tiada ancaman buli .Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan

mereka.Misalnya,saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya mencapai kesempurnaan kendiri.Menurut Noriati,Boon dan Sharifah Fakhriah (2009),guru hendaklah melayani individu pelajar sebagai insan,membentuk individu pelajar mengikut potensi masing-masing dan menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak.Apabila saya memberikan tugasan seperti kerja rumah perlu sesuai dengan keupayaan murid supaya mereka mampu membuatnya. Maka perkara ini akan menimbulkan rasa berjaya dan meningkatkan harga diri murid.Saya tidak kedekut untuk memberi pujian dan ganjaran apabila tugasan yang diberikan itu dibuat dengan baik. Secara tidak langsung saya telah memberi pengiktirafan terhadap hasil kerja murid. Di samping itu juga manusia Carl Rogers (1902-1987),pelopor teori ini menganggap

pada dasarnya baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi

diri.Beliau juga percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar.Teori pembelajaran eksperiental mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran yakni merancang, membuat , menganalisis, merumus dan membuat keputusan.Dengan yang demikian,saya banyak menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid secara gerak kerja kumpulan seperti mengadakan kaedah eksperimen di mana murid meneroka untuk
9

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

mencari jalan penyelesaian.Melalui aktiviti ini saya berjaya menerapkan nilai bekerjasama ,saling menghormati dan seterusnya membina hubungan sosial yang baik di kalangan ahli kumpulan.Malahan saya akan bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan kumpulan dengan membimbing murid dalam pembelajaran

mereka.Maka saya hendaklah menjadi teladan dan role model kepada murid untuk memupuk sikap,kepercayaan dan tabiat yang baik.Teori pembelajaran ini dapat memotivasikan guru untuk menyediakan pembelajaran yang selaras dengan keupayaan murid kerana menganggap semua murid boleh belajar jika tempoh masa mencukupi.

Keperluan perkembngan

Penyempurnaan kendiri

Keperluan estetika

Keperluan pencapaian intelek (pencapaian akademik)

Keperluan penghargaan (penghargaan,pengiktirafan)

Keperluan kekurangan

Keperluan kasih sayang (penerimaan dan kasih sayang daripada keluarga dan rakan-rakan)

Keperluan Keselamatan (bebas daripada ancaman fizikal dan emosional)

Keperluan fisiologi (makan,minum,udara,tempat tinggal,berkumuh)

Rajah 2 Hierarki Keperluan Maslow

10

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

1.4 MASALAH -MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MENGAPLIKASIKAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Setiap murid membesar dan berkembang dalam persekitaran yang berbeza . Perkembangan murid murid berlaku melalui interaksi dengan persekitaran. pempelajaran atau perubahan tingkah fizikal ,persekitaran laku

Persekitaran yang mempengaruhi

murid-murid merangkumi persekitaran

psikososial dan

pengalaman bersama kawan-kawan termasuk pengalaman yang dilalui secara langsung dalam pelbagai perkara. Dalam mengaplikasikan teori konstruktivsme menggunakan strategi inkuiri

penemuan, masalah yang dihadapi oleh saya ialah kawalan disiplin kelas merosot apabila aktiviti berkumpulan dijalankan .Ini berlaku kerana pembelajaran adalah berpusatkan murid dan mereka terlibat secara aktif meneroka dalam eksperimen yang dijalankan.Di samping itu perbezaan individu di kalangan murid saya iaitu

terdapat murid yang cerdas yang mudah menguasai konsep berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia adanya.Manakala bagi murid yang lemah pula mengambil masa yang lama untuk memahami konsep tersebut. Masalah yang dihadapi oleh saya dalam melaksanakan teori pembelajaran behavioris dalam pembelajaran dan pengajaran pula ialah kesediaan belajar bagi murid.Ia merujuk kepada keadaan dalaman murid yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baharu.Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan

intelek,psikomotor,emosi dan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan berkesan.Seseorang murid itu tidak boleh dipaksa untuk belajar sesuatu sekiranya beliau belum mempunyai kesediaan belajar.Sekolah saya berada di kawasan luar bandar maka muridnya mempunyai kesediaan belajar yang rendah berbanding murid bandar. Latih tubi dan pengulangan yang kerap dilakukan oleh saya mengakibatkan

masalah jemu terutama di kalangan murid yang cerdas.Di samping itu juga murid saya akan ternanti-nanti ganjaran yang akan mereka dapat jika mereka menyelesaikan tugasan dengan baik dan menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki tanpa menghiraukan kefahaman mereka terhadap tugasan tersebut.Kadang kala hukuman yang saya berikan kepada murid seperti mendenda mewujudkan sikap rendah diri dalam diri mereka.Jika
11

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

keadaan ini berterusan maka mempengaruhi pembelajaran dan prestasi akademik mereka. Persekitaran pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam teori humanisme. Tidak semua sekolah dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Persekitaran fizikal kadang-kadang di luar kawalan guru. Sekolah saya berhampiran jalan raya yang sibuk. Keadaan lalu lintas yang sibuk dan sesak boleh mengalihkan perhatian dan tumpuan murid saya. Sekolah saya juga

berhampiran sawah padi dan apabila tiba musim menuai, bunyi dari enjin yang mesin penuai menganggu konsentrasi murid saya. Pengajaran berkesan dan

mencapai objektifnya perlu perancangan yang teliti .Keadaan fizikal bilik darjah selamat dengan susun atur meja dan kerusi sesuai,saiz meja dan kerusi sesuai dengan saiz murid dan tiada ancaman buli.Terdapat murid di dalam kelas saya bersaiz besar yang mempunyai berat badan yang sangat berlebihan di mana tidak bersesuaian dengan umurnya.Saiz meja dan kerusi amatlah tidak bersesuaian dengan saiz badannya tetapi kemudahan prasarana kerusi serta meja murid adalah seragam .Maka tidak dapat memenuhi keperluan keselamatan dari aspek keadaan fizikal bilik darjah yang selamat mengikut hierarki Maslow . Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila murid mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran. Masalah yang saya hadapi apabila memastikan keperluan fisiologi murid telah dipenuhi seperti sudah makan atau belum, kadang kala murid saya mengambil

kesempatan dengan mengambil masa rehat yang panjang sehingga menganggu proses pembelajaran dan pengajaran yang seterusnya.Di samping itu guru bersikap pilih kasih dengan memberi fokus kepada murid yang cerdas dan ada potensi sahaja.Maka ini mengakibatkan murid lemah akan sentiasa gagal dalam peperiksaaan dan merasa putus asa serta tidak mahu mencuba lagi.Keadaaan menjadi lebih teruk apabila kita sebagai guru memperbesarkan kegagalan ini. Malahan mengikut hierarki keperluan Maslow murid ini mengalami keperluan kekurangan dari segi kasih sayang dari seorang guru. Kadangkala yang turut menjadi masalah bagi saya ialah memberikan tugasan yang sesuai dengan keupayaan murid.Perkara ini penting kerana menimbulkan rasa berjaya dan meningkatkan harga diri murid.Perbezaan individu merujuk kepada keunikan dan ketaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan dari segi kecerdasan kognitif,pencapaian akademik,jantina dan lain-lain lagi.
12

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

1.5 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH -MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MENGAPLIKASIKAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,lawatan dan kajian masa depan.Dalam kurikulum ini,cadangan kaedah pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yan tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk pembelajaran.Walau bagaimanapun,guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid,menarik perhatian dan tidak membosankan murid.Antara cadangan untuk mengatasi masalah masalah yang dihadapi semasa mengaplikasikan teori-teori pembelajaran ialah : 1.5.1 Mewujudkan kesediaan belajar Guru perlu merancang isi pelajaran mengikut kebolehan murid serta

susunan langkah pengajaran yang sesuai dan menarik perhatian.Maka masalah kawalan disipilin kelas dapat dikawal apabila mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang yang

seronok,gembira,harmonis dan selamat .Penyediaan bahan bantu belajar canggih dan kreatif

seperti komputer ,alat pandang dengar dan visual yang

diintegrasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran juga dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan murid masing-masing.Maka kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan.Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang,verbal,linguistik,muzik dan irama,logikal matematik dan lain-lain lagi.Di samping itu aktiviti berkumpulan yang dibuat oleh guru dalam sesi pengajaran mestilah terdiri daripada murid yang pelbagai kebolehan agar dapat membantu ahliahli dalam kumpulannya mencapai kejayaan. 1.5.2 Mewujudkan motivasi Menggunakan set induksi yang menarik untuk membangkitkan naluri ingin tahu murid-murid.Guru boleh menggunakan peristiwa,fenomena yang berkonflik ,bahan maujud atau persembahan slaid yang dapat menimbulkan rangsangan untuk memotivasikan murid bagi mengikuti pengajaran guru.Malahan menggunakan pengalaman murid untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru juga
13

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

boleh dijadikan set induksi.Aktiviti berbentuk persaingan seperti kuiz dan pertandingan dengan mengemukakan soalan yang mencabar mampu meningkatkan lagi motivasi intrinsik dikalangan murid.Guru juga boleh menggunakan ekstrinsik atau luaran untuk mengukuhkan lagi tingkah laku positif dalaman murid-murid seperti memberi pujian dan hadiah.Justeru itu secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi prestasi akademik murid-murid kita.Terdapat beberapa teknik peneguhan seperti yang disarankan oleh Skinner dan guru mestilah pandai mengaplikasikan mengikut kesesuaian.Manakala hukuman ialah peristiwa yang mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi.Skinnner juga memperkenalkan dua jenis hukuman dan terpulanglah kepada guru untuk mengamalkan teknik hukuman yang mana. Seorang guru seperti saya mesti memastikan bahawa ia telah memenuhi keperluan fifsiologi dan psikologi murid-muridnya di mana saya hendaklah melayani murid sebagai insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai murid.Unsur komunikasi juga penting iaitu bagaimana seorang guru membina perhubungan dengan murid-muridnya.Saya perlu menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif seperti mengangguk kepala dan memberi senyuman semasa berinteraksi dengan murid-murid. 1.5.3 Meningkatkan pengamatan dan penanggapan Menggunakan alat pandang dengar untuk meningkatkan pengamatan murid seperti menggunakan ilustrasi dan demonstrasi yang jelas untuk murid mencontohinya.Di samping itu menggunakan pengalaman sedia ada murid,teknik generalisasi,contoh-contoh,bahan dan situasi yang konkrit juga mampu

meningkatkan penanggapan murid terhadap sesuatu konsep yang dipelajari. Kaedah inkuiri penemuan yang berlandaskan teori konstruktivisme amat bersesuaian dalam meningkatkan pengamatan dan penanggapan.Guru juga perlu mengintegrasikan kepelbagaian strategi pengajarannya dengan menggunakan kaedah dan teknik- teknik pengajaran yang berlainan seperti lakonan ,permainan, projek,perbahasan ,simulasi ,demonstrasi dan sebagainya. 1.5.4 Mengekalkan ingatan dan mengelakkan lupaan Menyampaikan pelajaran dari konkrit kepada abstrak,Di samping itu guru memberikan nota penting pada akhir pelajaran dalam bentuk peta minda,peta konsep dan lain lain pengurusan grafik yang sesuai bagi mengilustrasi
14

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

hubungan fakta fakta penting yang perlu diingati.Ini akan menarik minat murid untuk memahami isi pelajaran pada hari tersebut dan kefahaman murid dipentingkan berbanding hafalan.Mempelbagai dan memperbanyakkan aktiviti latih tubi,pengulangan dan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi yang lain hendaklah dibuat dengan kerap untuk mengelak lupaan berlaku di kalangan murid.Ini juga memastikan murid menguasai kemahiran dan yang akan mengukuhkan pembelajaran.Manakala aktiviti pengayaan dengan mempelbagai jenis latihan diberikan kepada murid cerdas dan aktiviti pemulihan diberikan kepada murid lemah .Secara tidak langsung guru membantu muridmurid lemah ini untuk mencapai kejayaan

Kesimpulan

Aplikasi teori pembelajaran memerlukan seorang guru untuk memilih teori yang sesuai dengan murid dan topik atau isi kandungan pelajaran. Dalam usaha untuk melakukan ini, guru perlu merancang dan menyediakan objektif pelajaran terlebih dahulu dengan mengambil kira beberapa aspek seperti pengetahuan sedia ada murid. Perancangan mengambil banyak masa dan usaha kerana seorang guru perlu berhati-hati memilih kemahiran, kaedah, teknik, aktiviti dan hasil pembelajaran. Ia tidak mengapa jika guru mengajar satu atau dua kelas selama dua hingga tiga jam sehari, tetapi untuk seorang guru yang mempunyai empat kelas untuk menjalankan dalam satu hari, ia adalah satu usaha yang memakan masa dan ia amat sukar bagi guru untuk merancang dengan teliti pelajaran bagi semua kelas. Ini adalah kerana guru yang juga mempunyai tugas menandakan buku dan tidak lupa juga semua kerja-kerja perkeranian yang guru perlu lakukan. Terdapat banyak faktor untuk menjadi seorang guru yang baik. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini dan sentiasa mengemaskini diri mereka dengan teknik-teknik kaedah pengajaran terkini, dan pendekatan supaya mereka dapat menggunakan kombinasi pendekatan, teknik dan kaedah dalam pengajaran mereka. Lima teori pembelajaran berperanan sebagai cara untuk guruguru untuk membawa murid-murid mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan akhirnya mencapai matlamat mereka. Guru harus mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai teori-teori ini supaya mereka tahu teori yang perlu digunakan untuk
15

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

mengajar topik-topik tertentu dan kumpulan tertentu murid-murid.Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejayaan murid-murid. Guru adalah faktor utama. Seorang guru yang baik dan berdedikasi sentiasa memberikan motivasi kepada murid-murid terhadap semua kemungkinan untuk melawan sesuatu yang mustahil. Seorang guru yang berdedikasi bekerja untuk penyelesaian dan mengambil apa-apa yang datang dalam cara sebagai cabaran untuk memperbaiki dirinya kerana dia tahu bahawa dia adalah agen yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan muridmurid beliau.

16

EDU3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

BIBLIOGRAFI Noriati A.Rashid,Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar .Shah Alam,Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd.( m.s 48-95) Mok Soon Sang (2003).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : (Komponen 1 & 2) Sekolah Rendah Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya,Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. (m.s 180 232 ) Akhiar Pardi & Shamsina Shamsudin (2010). Siri Pengajian Profesional : Rancangan Pengajaran Harian. Puchong, Selangor.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. (m.s 14 59 ) http://www.scribd.com/doc/19291890/murid-dan-alam-belajar http://www.slideshare.net/blaxxrowan/implikasi-teori-pp http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/teori2011.pdf http://www.cikgumuzik.com/pdf/psikologi/Soalan5%28a%29.pdf

17

You might also like