Laporan Teaching School

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Teaching School Pada tarikh 15 ogos 2012, kami telah memulakan Teaching School di SK Pekan Tuaran.

Kumpulan kami terdiri daripada, Norlina Bt Gapare, Lionad Lius dan Leslie William Chin. Kumpulan kami merupakan kumpulan keduayang melaksanakan Teaching School di sekolah tersebut. Pada hari itu, kami bertolak dari IPG Kampus Kent,Tuaran pada pukul 12.30 tengahari ke SK Pekan Tuaran. Kami hanya berjalan kaki memandang sekolah tersebut tidak jauh dari institut. Perkara pertama yang kami lakukan ketika sampai ke sekolah tersebut ialah berjumpa dengan guru yang ditugaskan untuk memberikan maklumat kepada kami dan menggantikan kelas beliau. Kumpulan kami telah melaksanakan PTS ini kepada murid Tahun 3 Melur yang mempunyai seramai 23 orang sahaja. Murid-murid di kelas tersebut amat menyenangi kedatangan kami. Mereka memebrikan kerjasama yang baik terhadap apa yang kami terangkan dan sampaikan terhadap mereka. Kami telah melakukan beberapa aktiviti seperti menyanyi, aktiviti permainan bahasa iaitu telefon rosak dan sesi suai kenal antara mereka.

Tema pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Kebudayaan. Maka, kumpulan kami telah melaksanakan aktiviti suai kenal dengan murid-murid di kelas tersebut dan sekaligus meminta mereka menyatakan kaum mereka. Melalui suai kenal itu, kami menyenaraikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Seterusnya kami melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang diberi tajuk Telefon Rosak dan akhir sekali kami melaksanakan aktiviti nyanyian dan mereka sangat terhibur. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat di ambil semasa

menjalankan Program Teaching School :

You might also like