Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BAB 2 CUACA & IKLIM

Unsur-unsur cuaca & iklim =>Bahangan suria, bahangan bumi, suhu, kerpasan, kelembapan, tekanan udara, angin dan litupan awan. Imbangan bahangan=>Jumlah bahangan yang diserap daripada matahari oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah bahangan yang dikembalikan oleh permukaan bumi ke angkasa lepas. Faktor yang mempengaruhi imbangan bahangan=>-Musim -Garis lintang -Atmosfera -Permukaan bumi -Aktiviti manusi Proses pemindahan haba=>Cara bagaimana haba suria dipindahkan daripada atmosfera bumi ke permukaan bumi dengan cara bahangan, pantulan , sebaran, pengaliran, perolakan dan alir lintang.

Taburan Tenaga Bahangan Sedunia. Pada dasarnya, sifat bumi yang berbentuk sfera dan kitaran musim sepanjang tahun akan menyebabkan kawasan yang berlainan di dunia menerima jumlah bahangan yang tidak sama daripada segi ruang dan masa.
Ketidakseimbangan daripada segi ruang (a) Perbezaan Garis lintang Pada dasarnya, ketidaksamaan di dalam kadar penyerapan jumlah tenaga bahangan matahari di antara garislintanggarislintang yang berlainan adalah disebabkan oleh permukaan bumi yang bersifat bulat . .

(b) Ketidakseimbangan yang disebabkan oleh ciri permukaan tempatan Bentuk muka bumi adalah berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Akibat itu, dua kawasan yang berlainan yang terletaknya di dalam lingkungan satu jenis iklim yang sama mungkin akan mengalami perbezaan juga di dalam jumlah tenaga bahangan yang diterima (c) Ketidakseimbangan yang disebabkan oleh kadar perlindungan awan Pada umumnya, awan tebal seperti jenis Kumolonimbus cuma akan membalikkan banyak bahangan dan melepaskan hanya sebahagian bahangan yang kecil untuk sampai ke permukaan bumi (75% daripada tenaga bahangan akan disebarkan atau diserap oleh awan jenis kumolonimbus apabila pancaran matahari menembusinya

(d) Kehadiran bahan bahan pencemaran Bahan pencemaran yang dihasilkan oleh manusia melalui kegiatan seperti perusahaan, kenderaan, pembakaran dan perlombongan akan diserap masuk ke dalam lapisan atmosfera yang tertentu.

Rajah 4.1: Transformasi bentuk-bentuk tenaga.

Pengangkutan dan Pemindahan Tenaga Secara Tegak Nilai bahangan bersih bagi sistem atmosferabumi adalah sifar. Ini bermakna bahawa jumlah bahangan gelombang pendek (iaitu bahangan masuk) adalah sama dengan jumlah bahangan gelombang panjang (iaitu bahangan keluar). Pengangkutan dan Pemindahan Tenaga Secara Melintang Pada keseluruhannya, walaupun Imbangan Bahangan Bersih bagi sistem BumiAtmosfera adalah sifar (input Bahangan Matahri = output Bahangan Bumi), imbanganimbangan bahangan bagi setiap garislintang/kawasan tertentu di Bumi adalah berbezabeza seperti yang telah diperhatikan semasa kuliah yang lepas.

You might also like