Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

JABATA PELAJARAN NEGERI PERAK UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT, SEKTOR ICT PENGERTIAN SEMAK RALAT DATA EMIS ONLINE

RALAT: Data yang diragui kesahannya iaitu susuatu data diluar norma kebiasaan. Ralat timbul apabila sesuatu data itu tidak dikemaskini mengikut tarikh/jangka masa tertentu, tidak memahami veriable, tidak merujuk dokumen rasmi dan sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh penerangan RALAT yang menjadi soalan lazim (popular).

RALAT Tarikh Kemaskini lebih 2 bulan atau 5 tahun

PENERANGAN DAN TINDAK SUSUL Data ini dianggap obsolete dan hendaklah disemak walaupun tiada perubahan serta diakhiri dengan klik butang SIMPAN. Ramai Guru terutama yang senior telah menghadiri pelbagai KDP sama ada kurang atau lebih 3 bulan. Sila lengkapkan KDP. Boleh rujuk Kad Biru. Diploma ikhtisas ini dimiliki oleh graduan universiti (selepas graduate) membuat latihan perguruan selama setahun di MAKTAB PERGURUAN/IPG. Salah jika Opsyen Ikhtisas bermula dengan T. 1. Guru Lepasan Maktab Perguruan/IPG. 2. Mempunyai Double Major dan Kod Opsyen bermula dengan T. PERHATIAN: Hanya mereka yag berkelulusan KDPM saja layak ada kod ikhtisas bermula T.

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Diploma Pendidikan (KPLI)

Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)

Sijil Perguruan Asas (Sijil Pendidikan)

Sijil Ikhtisas yang dimiliki oleh Guru senior lepasan Maktab Perguruan sebelum Program KDPM. Guru ini masih memiliki Sijil Pendidikan BUKANNYA Diploma KDPM. Salah jika Opsyen Ikhtisas bermula dengan T. Merujuk Hari Pertama menjadi Guru/Staf iaitu mula berkhidmat dengan kerajaan Malaysia.

Tarikh Lapor Pertama

Tarikh Lantik Pertama Lebih Awal dari Tarikh Lapor Pertama

Tarikh Lapor Pertama: 01/01/1999 Tarikh Lantikan Pertama : 01/12/1998 Berlaku kes begini iaitu dilantik walaupun BELUM lagi mula bekerja. Abaikan jika dokumen rasmi dirujuk dan disahkan benar. Merujuk guru skim Bukan Siswazah (Ex-Teacher / Ex-PPPLD) ke Siswazah iaitu bilakah mereka ini dilantik/sah sebagai Guru DG3/DG41. SSM bermula Mac 2002. Terdapat kes guru DG5/DG4/DG2 dilantik ke DGA32/DGA34/DG48 pada tarikh yang sama iaitu sebelum Mac 2002. Ini bermaksud guru ini mendapat Gaji Skim SSM semasa skim SSB. Jika kes ini betul abaikan. Namun pastikan rujuk dokumen rasmi. Hari Pertama Lapor Diri ke sekolah sekarang. Sila ikut tarikh Surat Arahan Penempatan Pertama atau Surat Arahan Perpindahan. Soalan1 : Telah Lapor diri di sekolah baru pada 01/06/2011 dan minta tangguh mulakan tugas 16/06/2011 (dibenarkan dengan bersurat). Maka Tarikh Lapor Sekolah Semasa ialah? Soalan 2 : Jika Guru/Staf TIDAK lapor diri pada 01/06/2011 seperti diarahkan, guru ini dikira guru sekolah mana? Apa yang perlu dilakukan oleh PGB?

Tarikh Lantikan/Sah SEMASA

Tarikh Lantikan DGA32/DGA34/DG48 sebelum bermula SSM Mac 2002.

Tarikh Lapor Sekolah Semasa

Tarikh Masuk Skim Pencen

Tarikh inilah yang menentukan sama ada Guru/Staf diberi taraf TPC (Skim Pencen) atau TTP (Skim KWSP). Gred SSM yang disandang LEBIH TINGGI dari Waran Perjawatan. Contoh: 1. Seseorang Guru Penolong(GAB) yang naik pangkat melalui Time Base contoh ke DGA32/DG44/DG48, maka Pengisian Jawatan adalah KUP. Sebab Waran Jawatan GAB adalah DGA29/DG41 sahaja. 2. Guru Besar Siswazah juga KUP sekiranya Waran Jawatan Guru Besar adalah DGA32/DGA34 sahaja.

Perbezaan antara Jawatan Hakiki dengan Khas Untuk Penyandang (KUP).

Pengertian Naik Pangkat

Merujuk kepada Perubahan GRED GAJI SSM yang lebih tinggi contoh dari DGA29 ke DGA32 seterusnya atau DG41 ke DG44 seterusnya. Merujuk Kepada Tarikh Naik Pangkat Semasa/Sekarang. Contoh : Gred Jawatan semasa = DGA34 Tarikh Naik Pangkat dirujuk kepada tarikh lantikan DGA34. PENTING: Sila catatkan dalam EMIS Tarikh Naik Pangkat Terkini. Tapi jangan lupa kemaskini data Sejarah Perkhidmatan.

Tarikh Naik Pangkat

Perubahan Jawatan

Perubahan kepada Jawatan yang lebih kanan contoh Penolong Kanan HEM ke Penolong Kanan Pentadbiran dan PGB. Kes ini ada ketika tidak melibatkan Perubahan GRED GAJI. Merujuk kepada WARAN PERJAWATAN di sekolah. Contoh; Jika Guru DG44(KUP) dilantik sebagai Penolong Kanan DG44 maka Pengisian Jawatan adalah HAKIKI. Ini disebabkan terdapat WARAN PERJAWATAN PKTD Hakiki DG44 di sekolah tersebut.

Pengisian Jawatan

Tempoh SAH kurang 1 atau lebih 3 Tahun

Lazimnya, tempoh SAH Jawatan TIDAK KURANG 1(Satu) dan TIDAK LEBIH 3(Tiga) Tahun dari Tarkh Lantikan. Abaikan jika ada kes disahkan diluar kebiasaan. Soalan: Betulkan Tarikh Lantikan SAMA Tarikh SAH? Jika sama apa erti wujud TEMPOH PERCUBAAN?

Tahun Pengalaman Mengajar

Nilai Minimum ialah 1. Jika data tidak dikemaskini lebih setahun, bermakna GDM tidak tambah Nilai Tahun Pengalaman Ajar. Semua Pekerja Kerajaan WAJIB mencarum dalam KWSP bila mula bekerja hingga tahap tertentu. SALAH jika tiada nombor KWSP. MENCARUM atau tidak mesti ada Nombor KWSP. Hubungi Pejabat KWSP jika dah LUPA dan tak tercatat dalam *BRP.

Nombor KWSP

Taraf Jawatan

TPC = Pilih Masuk Skim Pencen dan ada tarikh Masuk Skim Pencen TTP= Pilih Masuk Skim KWSP. Sila semak sahaja. Status Tetap= Mereka telah ada Tarikh Sah dan Tarikh Masuk Skim Pencen CBA = Tetap Dalam Tempoh Percubaan (Catatan: Kebanyakan Guru Baru mulai 2011 telah ditemuduga dan dilantik oleh *SPP ke DG41 sebelum ke penempatan pertama). Status Percubaan = Mereka Telah ada Surat/Tarikh Lantikan SMB = Guru/Staf yang dilantik secara sambilan. Cth: Guru Interim ada Tarikh Mula dan Tamat Kontrak

Alamat Tetap

Merujuk kepada Alamat Datang dan Balik Kerja setiap hari. Adakah logik alamat di Sabah tetapi bekerja di Perak. Jika tinggal di Bilik Warden, sila isi alamat Rumah/Bilik Warden. Alamat ini akan dirujuk bila PPD/JPN mencari rumah guru luar waktu persekolahan. Soalan: Jika masa cuti guru pulang ke kampong atau cuti belajar mana satu alamatnya? Jawapan: Pihak pengurusan kena minta Guru Catat Alamat semasa bercuti dalam Buku Catatan Sekolah. Jangan catatkan alamat kampong dalam alamat tetap EMIS.

Alamat Surat

Merujuk kepada Alamat Tetap. Boleh berbeza dengan Alamat Tetap sekiranya POSMAN tidak boleh hantar surat ke alamat tetap. Contoh Alamat Tetap: Rumah Guru SK Hutan Belum DiRaja. Posman hanya hantar surat ke PPD Hulu Perak sahaja. Latihan: Seorang Guru Warden tinggal di bilik warden asrama. Apakah Alamat Tetap akan sama dengan Alamat Surat? Kalau TIDAK sama, setiap hari dia datang kerja dari mana? Soalan: Kenapa Alamat Sekolah TIDAK boleh dijadikan Alamat Tetap/Surat Menyurat.

Jawapan: Kerana Guru/Staf TIDAK mahu sekolah/PPD/JPN tahu alamat rumahnya. Tidak ada Guru yang tinggal di Pejabat Sekolah atau Pejabat Asrama. Sekolah/PPD/JPN gagal hubungi Guru/Staf bila berlaku kes kecemasan. Contoh Salah: SK Hutan Belum DiRaja Contoh Betul: 34F, Bilik Warden Asrama SK Hutan Belum DiRaja Nombor Telefon Nombor Telefon Sekolah Guna Nombor Telefon Rasmi. Jika TIADA taipkan TIADA termasuk kes talian tidak berfungsi. Jangan Guna Nombor HP Guru Besar. Nombor Telefon Guru Data Guna Nombor Handfon Rasmi. Ini membantu PPD/JPN hubungi terus GDM untuk sebarang pertanyaan. Nombor Telefon Peribadi Guru/Staf Guna Nombor handfon atau Nombor Rumah yang sebenar. Bukan nombor telefon di kampong. Untuk mudah dihubungi semasa kecemasan. Kes Benar: KPM/JPN/PPD/Sekolah tidak dapat hubungi guru/staf semasa cuti persekolahan apabila saudara dikampong ingin maklumkan kes kecemasan/kemalangan/kematian saudara terdekat. Punca: Tidak mahu beri nombor telefon.

Nombor Fail Peribadi

Nombor FP merujuk nombor yang didaftarkan oleh JPN Perak. Lazimnya sekolah akan dimaklumkan dalam tempoh kurang 6 bulan. Jangan guna No FP negeri lain. Biarkan KOSONG jika pasti tiada lagi nombor.

Nombor Gaji

Lazimnya sekolah akan dimaklumkan dalam tempoh kurang 6 bulan. Merujuk kepada sebjek yang Mempunyai Sukatan Pelajaran dan diRekodkan Dalam Buku Persediaan Mengajar Harian.

Subjek Mengajar

Soalan: Adakah Waktu Perhimpunan Mingguan, Program-Program Kurikulum/Kokurikulum juga dikira sebagai WAKTU MENGAJAR? Jika Ya, sila rujuk dalam Buku Rekod Mengajar ada atau tidak dicatatkan Tajuk/Objektif/Aktiviti/Refleksi untuk waktu perhimpunan tersebut. Bilangan Waktu Mengajar Seminggu Merujuk kepada jumlah waktu mengajar; Contoh pengiraan mudah: Loceng pertama bunyi/tak bunyi, Guru MASUK Kelas dan Loceng kedua bunyi/tak bunyi Guru KELUAR Kelas. Ia dikira 1 Waktu. PERSOALAN: Kenapa masih terdapat GDM kira dalam bentuk Minit? Adakah loceng disekolahnya berbunyi setiap minit? Kita bilang WAKTU bukan Bilang Minit. Bilangan Waktu Mengajar Guru Data, Guru Media dan Penyelaras Bestari (ICT) Waktu Mengajar PGB DiNasihatkan sila ikut Pekeliling yang sedang berkuatkuasa masa kini. Semua PGB MESTI diisi waktu mengajarnya TIDAK Kurang 5 waktu seminggu. Mesti diisi tidak kurang 12 Waktu seminggu. Saoalan: Dalam data EMIS ada Penolong Kanan ajar 5 waktu seminggu. Adakah bilangan waktu mengajar Penolong kanan di sekolah sama bilangan dengan Pengetua/Guru Besar? Tempoh Istihar Harta Semua Penjawat Awam dikehendaki perbaharui istihar harta 5(lima) tahun sekali. Ini untuk memudahkan kes-kes kenaikan pangkat atau istihar pertambahan harta semasa. Nasihatkan Guru/Staf yang terlibat. Isi Borang walaupun TIADA PERUBAHAN HARTA. Dalam Perlembagaan Persekutuan dan secara tradisinya Melayu itu agamanya Islam. Jadi lihat contoh ralat Di Bawah: Murid Melayu = 6 Murid Islam = 5 Bermaksud ada 1 murid Melayu bukan Islam di sekolah ini. Rujuk Kaum jika ada murid kaumnya Asli Semenanjung, Etnik Sabah atau Sarawak dan Siam tetapi diistihar Melayu (Islam). 6

Bilangan Waktu Mengajar PenologPenolong Kanan

Bialangan Murid Islam Kurang Bilangan Murid Melayu

Guru Kaunselor Mengajar

Mengikut Unit Kaunseling JPN, Kaunselor Sepenuh Masa diulang SEPENUH MASA di sekolah TIDAK Mengajar. Dalam EMIS sila declare TIDAK MENGAJAR. Patuhi pekeliling dinyatakan. Bagi Jawatan tertentu, peruntukan 1 Body masuk ke sekolah. Rujuk WARAN PERJAWATAN Sekolah masing-masing. Contoh: Peruntukan Jaw Luar Norma Untuk Semua Sekolah Tanpa Kira Gred: PGB / PK HEM / Guru Media Bagi semua Sekolah Rendah tanpa kira Gred, Jawatan Guru Pemulihan (GPM) diberikan SEORANG Guru Setiap Sekolah Rendah. (Rujk Sumber: BSM. Januari 2011. Norma Perjawatan
Pindaan Tahun 2011)

Waran Perjawatan Luar Norma

*BRP: Buku Rekod Perkhidmatan *SPP : Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

You might also like