Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SKRIP JURUACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (MAKP10) TAHUN 2010 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG
[Pegawai Pelajaran Daerah Limbang berangkat tiba ke Ruang Legar Tun Rahah, Smk Seri Patiambun Limbang sambil menandatangani Buku Pelawat Rasmi]

Mengumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG. Mengiringi ketibaan Tetamu Kehormat ialah Persembahan Silat oleh Persatuan Seni Silat Helang Putih. YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD DZULBADZLI BIN ABDULLAH sekarang sedang menandatangani BUKU PELAWAT RASMI SEKOLAH.
(Para hadirin diminta untuk berdiri sebaik sahaja perkataan MENGUMUMKAN disebut)

Lagu Kebangsaan Negara, NEGARAKU dan LAGU RASMI SEKOLAH WAWASAN CEMERLANG dimainkan

Hadirin dipersilakan duduk. YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG. YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG YANG DIHORMATI ENCIK MUHAMMAD BIN SAMSUDIN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH PATIAMBUN, LIMBANG

MENENGAH

KEBANGSAAN

SERI

YANG DIHORMATI PEMANCA TUAN HAJI LADIS BIN PANDIN YANG DIHORMATI KETUA-KETUA MASYARAKAT DAN KETUA-KETUA JABATAN, PARA PENGETUA DAN GURU-GURU BESAR, PENOLONG KANAN-PENOLONG KANAN, GURUGURU, IBU BAPA DAN SETERUSNYA PUTERA DAN PUTERI SMK SERI PATIAMBUN YANG DIKASIHI SEKALIAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI SEJAHTERA, SALAM 1MALAYSIA

WABARAKATUH,

SALAM

DAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (MAKP10) PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN BAGI SESI 2010 Alhamdulillah, pada pagi yang penuh berbahagia lagi bererti ini, kita seharusnya memmanjatkan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, dapatlah kita berkumpul di Ruang Legar Tun Hajah Puan Rahah yang serba indah ini untuk menjayakan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (MAKP10) PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN BAGI SESI 2010 ini. Untuk pengetahuan para hadirin, MAJLIS ANUGERAH ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR ini membawa satu matlamat iaitu untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar di sekolah ini yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti, serta tidak lupa mengharumkan nama sekolah di persada negeri dan negara dalam meningkatkan dan seterusnya mengekalkan kegemilangan sekolah baik dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput USTAZ IDRIS BIN YACOB untuk memimpin kita dalam bacaan doa. Majlis mempersilakan. Bacaan doa dilafazkan oleh Ustaz Idris bin Yacob

AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada USTAZ IDRIS BIN YACOB di atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini akan lebih diberkati Allah SWT. Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Patiambun, Limbang

Terima kasih diucapkan kepada YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN di atas ucapan alu-aluan beliau sebentar tadi. Seterusnya, tibalah masa yang paling ditunggu-tunggu, UPACARA PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2010. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2010. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(Alternatif)

Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Tetamu Kehormat kita, YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2010. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Ucapan Perasmian oleh Perasmi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG merangkap Tetamu Kehormat di atas penyempurnaan perasmian MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2010 sebentar tadi.
(Alternatif)

Majlis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG di atas kesudian merasmikan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR sebentar tadi. Jambatan bunga terhias indah Buat penyeri di pagi hari Lafaz rasmi termeterai sudah Tanda majlis sudah dirasmi

UPACARA PENGANUGERAHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PELAJAR

[Upacara Penyampaian Sijil dan Penganugerahan bermula. Para pelajar yang menerima sijil dan anugerah telahpun bersedia di penjuru pentas dipandu arah oleh Pengurus Pentas]

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Sesungguhnya pihak sekolah amat berbesar hati kerana segala urusan seharian di SMK Seri Patiambun turut dibantu dan dikawal selia oleh Lembaga Pengawas yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka. Lembaga Pengawas Sekolah terbahagi kepada dua organisasi pentadbiran iaitu Pengawas Sekolah Harian dan Pengawas Asrama. Pihak sekolah juga turut dibantu oleh Pengawas Pusat Sumber bagi memastikan perjalanan akademik berjalan lancar serta memantapkan keperkasaan Pusat Sumber sentiasa berada dalam tahap yang cemerlang. Pada hari ini, mereka bakal diberi pengikitirafan dan penghargaan di atas segala sumbangan mereka yang tidak berbelah bagi kepada sekolah. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada Lembaga Pengawas, majlis dengan segala hormatnya menjemput ENCIK SAADI BIN HAMID, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM untuk naik ke pentas diiringi oleh PUAN DOREEN HU LIN LIN, KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK. Majlis mempersilakan. Upacara Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Lembaga Pengawas Sekolah

Upacara dimulakan dengan menjemput Ketua Pengawas Sekolah, TOMMY YOALA ANAK MAUH sebagai wakil penerima sijil penghargaan bagi Pengawas Sekolah Harian. Seterusnya dijemput Ketua Pengawas Asrama, JACKLYN ANAK ASSIAH@PUNGKAS untuk menerima sijil penghargaan bagi mewakili Pengawas Asrama. Berikutnya, dijemput Pengerusi Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah, ANDRIYAS ANAK ALAT untuk menerima sijil penghargaan bagi mewakili Pengawas Pusat Sumber.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada 10 PELAJAR TERBAIK SETIAP TINGKATAN. Penerima akan menerima sijil dan baucar Koperasi Sekolah. Mendahului senarai adalah 10 pelajar terbaik daripada Tingkatan 1 dan 2. Senarai nama penerima akan diumumkan bermula daripada kedudukan ke 10 sehingga kedudukan pertama. Upacara Penyampaian Hadiah kepada 10 Pelajar Terbaik Tingkatan 1 dan 2

[Rujuk Lampiran Senarai SULIT Penerima-Penerima Hadiah] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ENCIK SAADI BIN HAMID, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM di atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian SIJIL PENGHARGAAN PENGAWAS dan hadiah kepada 10 PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 1 DAN 2 sebentar tadi. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada 10 Terbaik Tingkatan 3 dan 4, majlis dengan segala hormatnya menjemput MATUSIN BIN LAKAH, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID untuk pentas diiringi oleh CIK DAYANG ZALENA BINTI AWANG HAMERAN, BIDANG VOKASIONAL DAN TEKNIK. Majlis mempersilakan. Upacara Penyampaian Hadiah kepada 10 Pelajar Terbaik Tingkatan 3 dan 4 Pelajar ENCIK naik ke KETUA

[Rujuk Lampiran Senarai SULIT Penerima-Penerima Hadiah] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ENCIK MATUSIN BIN LAKAH, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID di atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 10 PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 3 DAN 4 sebentar tadi.

Hiburan Selingan Pertama: Persembahan Tarian Kebudayaan

Hadirin yang dihormati sekalian, Pada pagi ini, kita berasa amat bertuah kerana selain dapat menyaksikan kejayaan para putera dan puteri SMK Seri Patiambun dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan disiplin, kita juga bakal disajikan dengan persembahan-persembahan menarik hasil bakat terpendam putera dan puteri SMK Seri Patiambun dengan gandingan mantap guru-guru yang membimbing mereka ke persada kecemerlangan. Menghiasi slot pertama hiburan khas pada pagi ini, kita sajikan sebuah persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh Kelab Kebudayaan SMK Seri Patiambun yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Kumpulan Seri Sekar Patiambun. Baiklah, tanpa melengahkan masa, apa kata kita saksikan persembahan mereka yang bertajuk (sama-sama) TARIAN ENJUT. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas sajian menghiburkan yang mewarnai slot pertama hiburan khas pada majlis kita pagi ini. Buat makluman hadirin, Kumpulan SERI SEKAR PATIAMBUN telah mengharumkan nama sekolah dengan menggondol TEMPAT KETIGA dalam PERTANDINGAN TARIAN KARNIVAL SENI DAN KEBUDAYAAN, PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG. Tahniah diucapkan. Aturcara majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada 3 PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 5 dan MATAPELAJARAN TERBAIK. Penerima bagi Pelajar Terbaik Tingkatan 5 bakal membawa pulang sijil dan hadiah manakala bagi Matapelajaran Terbaik, penerima bakal membawa pulang sijil, hadiah dan piala. Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan sukacitanya mempersilakan USTAZAH NOR SHAM BINTI MD. JUB, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN IKHTISAS diiringi oleh PUAN FLORENCE CHARLES PANAI, KETUA BIDANG BAHASA untuk naik ke pentas. Upacara Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada 3 Pelajar Terbaik Ting. 5 dan Matapelajaran Terbaik

[Rujuk Lampiran Senarai SULIT Penerima-Penerima Hadiah]

Contoh Skrip bagi slot ini:

Bagi Tingkatan 5A, tempat ketiga/kedua/pertama ialah (nama), beliau juga merupakan penerima bagi matapelajaran terbaik iaitu (nama matapelajaran) Bagi Tingkatan 5B/C/D/E/F/G, tempat ketiga/kedua/pertama ialah (nama). Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada USTAZAH NOR SHAM BINTI MD. JUB, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN IKHTISAS di atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 3 PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 5 dan MATAPELAJARAN TERBAIK sebentar tadi. Seterusnya, upacara penyampaian sijil, hadiah dan piala kepada PELAJAR TERBAIK MATAPELAJARAN. Bagi menyempurnakan agenda ini, majlis dengan sukacita menjemput YANG DIHORMATI ENCIK MUHAMMAD BIN SAMSUDIN, YANG DIPERTUA PIBG SMK SERI PATIAMBUN, LIMBANG diiringi oleh ENCIK SAADI BIN HAMID, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM untuk naik ke pentas. Upacara Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada Pelajar Terbaik Matapelajaran

[Rujuk Lampiran Senarai SULIT Penerima-Penerima Hadiah]


Contoh Skrip bagi slot ini:

Bagi matapelajaran ...(nama matapelajaran)..., dijemput ...(nama penerima)... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG DIHORMATI ENCIK MUHAMMAD BIN SAMSUDIN, YANG DIPERTUA PIBG SMK SERI PATIAMBUN, LIMBANG di atas penyempuranaan hadiah sebentar tadi Hiburan Selingan Kedua: Persembahan Solo oleh Jeffysus Nathanius Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan dengan satu persembahan istimewa yang akan mewarnai slot kedua hiburan khas kita pada pagi ini. Persembahan solo keyboard ini akan mendendangkan beberapa buah lagu hits masa kini. Persembahan medley ini akan didahului dengan lagu Mandarin yang berjudul TONG HUA dendangan artis terkenal GUANG LIANG, menyusul selepas itu, lagu KISS THE RAIN dendangan pemain piano terkenal dari KOREA, YIRUMI diikuti oleh medley lagu-lagu hits daripada artis yang sangat terkenal masa kini iaitu LADY GAGA iaitu BAD ROMANCE dan PAPARAZZI. Terimalah JEFFYSUS NATHANIUS dengan persembahan solo beliau. Dipersilakan.

Demikianlah persembahan solo keyboard yang dipersembahkan oleh adik JEFFYSUS NATHANIUS itu tadi. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas sajian persembahan yang mewarnai slot kedua hiburan khas sebentar tadi. Tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada PELAJAR TERBAIK KATEGORI TINGKATAN. Untuk pengetahuan para hadirin, penerima bakal menerima sijil, hadiah, piala dan sejambak bunga sumbangan Koperasi Sekolah. Bagi menyempurnakannya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan YANG DIHORMATI PEMANCA TUAN HAJI LADIS BIN PANDIN diiringi oleh ENCIK MATUSIN BIN LAKAH, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID untuk naik ke pentas. Upacara Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada Pelajar Terbaik Tingkatan

[Rujuk Lampiran Senarai SULIT Penerima-Penerima Hadiah] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG DIHORMATI PEMANCA TUAN HAJI LADIS BIN PANDIN di atas penyempuranaan hadiah sebentar tadi. Pihak sekolah juga memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam khususnya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Untuk upacara penyampaian hadiah kepada PELAJAR TERBAIK PMR TAHUN 2009, majlis dengan ini menjemput YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG diiringi oleh USTAZAH NOR SHAM BINTI MD. JUB, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN IKHTISAS untuk penyempurnaan upacara ini. Penerima bakal membawa pulang sijil, hadiah, piala, Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM50 sumbangan khas PIBG dan sejambak bunga sumbangan Koperasi Sekolah. Upacara Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada Pelajar Terbaik PMR 2009

Dijemput juga ibu bapa penerima untuk naik ke pentas bersama dengan anak masing-masing untuk menerima sijil dan hadiah daripada Tuan Pengetua.

[Rujuk Lampiran Senarai SULIT Penerima-Penerima Hadiah] Aturcara diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada TERBAIK SPM TAHUN 2009. PELAJAR

Penerima bakal membawa pulang sijil, hadiah, piala, Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM80 sumbangan khas PIBG dan sejambak bunga sumbangan Koperasi Sekolah. Upacara Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada Pelajar Terbaik SPM 2009

Sekali lagi, dijemput juga ibu bapa penerima untuk naik ke pentas bersama dengan anak masing-masing untuk menerima sijil dan hadiah daripada Tuan Pengetua. [Rujuk Lampiran Senarai SULIT Penerima-Penerima Hadiah] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG di atas penyempurnaan upacara penyampaian hadiah dan sijil kepada PELAJAR TERBAIK PMR & SPM 2009 sebentar tadi. Hiburan Selingan Terakhir: Persembahan Lagu Puisi hasil karya Cikgu Benyamin Matusin

Bagi mengisi slot terakhir hiburan khas kita pada pagi ini, para hadirin akan disajikan dengan persembahan lagu-lagu puisi hasil nukilan CIKGU BENYAMIN MATUSSIN yang juga merupakan seorang pendidik di sekolah ini. Hasil nukilan beliau akan diterjemah dalam bentuk lagu sebentar lagi dengan beberapa buah judul iaitu pertama ...(judul lagu)...termasuk lagu yang mengangkat mereka ke persada kegemilangan iaitu SUNGAI BANGAT. Terimalah persembahan daripada Kumpulan...SERI SUKMA (sama-sama). Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan SERI SUKMA di atas persembahan yang bertenaga itu tadi. Untuk pengetahuan para hadirin, KUMPULAN SERI SUKMA bimbingan CIKGU BENYAMIN MATUSSIN ini telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam PERTANDINGAN LAGU-LAGU PUISI PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG sempena dengan BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010. Kita sekarang beralih kepada upacara kemuncak majlis iaitu majlis penganugerahan kepada para penerima yang bakal menerima ANUGERAH-ANUGERAH KHAS pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Sudah menjadi tradisi kepada sekolah ini untuk menyelitkan beberapa buah anugerah khas dalam agenda Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil dan pada tahun ini diberi nafas baru sebagai Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Anugerahanugerah ini dicipta untuk mempertingkatkan tahap disiplin dalam kalangan pelajar di samping menghargai keperibadian dan karektar pelajar yang dinilai dari segi sahsiah yang tinggi. Tiga anugerah bakal diterima oleh pelajar-pelajar yang telah pun dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Konsul Pemilihan. Sebelum upacara penganugerahan bermula, ada mukadimah ringkas ketiga-tiga anugerah tersebut. baiknya kita perdengarkan

ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM dianugerahkan kepada pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyahut segala cabaran dan dugaan dalam bidang kokurikulum. Pelajar yang bakal menerima anugerah ini telahpun menyertai pelbagai arena baik di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa yang mampu meningkatkan kegemilangan sekolah. Selain itu, sahsiah yang baik dan disenangi oleh guru dan rakan-rakan sekolah menjadi kriteria khas dalam anugerah ini. ANUGERAH KHAS MITHALI diadakan untuk menghargai keperibadian seseorang pelajar yang dinilai dari pelbagai aspek iaitu dari segi sahsiah, kepemimpinan yang efektif serta daya usaha yang tinggi bagi memantapkan diri khususnya dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Antara ciri penerima anugerah ini adalah berdisiplin baik, berketrampilan baik sebagai seorang pelajar, suka menolong guru dalam apa jua keadaan dan menegur pelajar di samping melaksanakan tanggungjawab yang diberi. ANUGERAH KHAS HARAPAN pula diwujudkan dengan matlamat untuk menyuntik semangat para pelajar supaya belajar dengan tekun serta aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar yang dianugerahkan dengan anugerah ini dinilai melalui prestasi dan pencapaian setiap peperiksaan yang dilalui oleh beliau. Untuk upacara penanugerahan ini, majlis dengan penuh takzim menjemput YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG diiringi oleh YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG untuk naik ke pentas. Kita dahului senarai anugerah dengan ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM. Penerima bakal membawa pulang sjil, hadiah, piala, Sijil Premium BSN RM50 sumbangan khas PIBG, dan sejambak bunga sumbangan Koperasi Sekolah. Bagi Kategori Lelaki, beliau merupakan seorang pelajar dari Tingkatan 4, aktif dalam badan unit beruniform dan beliau pernah mewakili Negeri Sarawak dalam Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan.

Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Tarian Karnival Seni dan Kebudayaan dengan pencapaian tempat ketiga. Beliau yang dimaksudkan ialah ...(nama penerima)... Dijemput juga ibu bapa pelajar untuk bersama-sama naik ke pentas. Bagi Kategori Perempuan pula, beliau merupakan seorang pelajar yang baru sahaja hampir setahun menjejakkan kaki di SMK Seri Patiambun. Pelajar Tingkatan 1 ini sememangnya aktif dalam sukan sehingga pernah mewakili Negeri Sarawak dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri. Pencapaian tertinggi beliau adalah mendapat Johan dalam acara 100 meter lari berpagar. Beliau yang saya maksudkan ialah ...(nama penerima)... Dijemput juga ibu bapa pelajar untuk bersama-sama naik ke pentas. Seterusnya, ANUGERAH KHAS MITHALI 2010. Penerima bakal membawa pulang sjil, piala, Sijil Premium BSN RM50 sumbangan khas PIBG, dan sejambak bunga sumbangan Koperasi Sekolah. ANUGERAH KHAS MITHALI 2010 bagi kategori lelaki jatuh kepada ...(nama penerima)... Dijemput juga ibu bapa pelajar untuk bersama-sama naik ke pentas. ANUGERAH KHAS MITHALI 2010 bagi kategori perempuan jatuh kepada ...(nama penerima)... Dijemput juga ibu bapa pelajar untuk bersama-sama naik ke pentas. Anugerah Khas yang terakhir, ANUGERAH KHAS HARAPAN 2010 Penerima bakal membawa pulang sjil, piala, Sijil Premium BSN RM50 sumbangan khas PIBG, dan sejambak bunga sumbangan Koperasi Sekolah. ANUGERAH KHAS HARAPAN 2010 bagi kategori lelaki jatuh kepada ...(nama penerima)... Dijemput juga ibu bapa pelajar untuk bersama-sama naik ke pentas. ANUGERAH KHAS HARAPAN 2010 bagi kategori perempuan jatuh kepada ... (nama penerima)... Dijemput juga ibu bapa pelajar untuk bersama-sama naik ke pentas. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya merangkul anugerah-anugerah khas sebentar tadi. Limau purut di luar pagar Masak di tepi Pengkalan Rama Anugerah terbaik idaman pelajar Siapa gerangan bakal penerima

Upacara Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada Pelajar Terbaik Keseluruhan 2010

Kini, tibalah kita ke anugerah yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN TAHUN 2010 Sebelum kita mengetahui dan mengumumkan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai penerima anugerah ini, marilah kita sama-sama mendengar mukadimah ringkas biodata beliau terlebih dahulu. [BIODATA PELAJAR dibaca, rujuk lampiran] Untuk makluman, penerima bakal membawa pulang sijil, hadiah, piala dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM100 sumbangan khas PIBG dan sejambak bunga sumbangan Koperasi Sekolah. Penerima ANUGERAH PELAJAR TERBAIK disandang oleh ...(nama penerima)... KESELURUHAN TAHUN 2010

Untuk itu, majlis menjemput ...(nama penerima) untuk naik ke pentas bersama dengan ibu bapa beliau untuk menerima hadiah daripada YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG. Kita mengharapkan agar anda terus meraih yang terbaik untuk kecemerlangan diri dalam apa jua bidang dan peluang yang diceburi. Biarlah kejayaan anda akan menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada semua pelajar. Semoga jejak langkah anda diikuti oleh para pelajar yang lain. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat kita, YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG, di atas kesudian beliau menyampaikan anugerah-anugerah tersebut. Sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis mempersilakan YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG untuk menyampaikan cenderahati tanda kenangkenangan kepada YANG BERBAHAGIA ENCIK MOHD. DZULBADZLI BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LIMBANG. Majlis mempersilakan.

Upacara Penyampaian Cenderahati kepada Tetamu Kehormat

Majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YANG BERUSAHA ENCIK AHMAD BIN MELAN, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG di atas penyempurnaan penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat kita sebentar tadi. Dengan berakhir upacara penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah sudah MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SESI 2010. Jawatankuasa Induk dan Penggerak MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SESI 2010 ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tetamu Kehormat kita, para jemputan, pihak-pihak penaja, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola, guru-guru dan para pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis kita pada pagi. Tidak ketinggalan juga buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Kami juga ingin memohon maaf andai ada terlanjur bicara dan kekurangan jua kiranya sepanjang kami mengendalikan majlis pada pagi ini. Yang baik itu datang dari Allah SWT, segala kekurangan itu datangnya dari diri kami sendiri. Sebelum tirai berlabuh, dijemput para hadirin untuk berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu negeri Sarawak, IBU PERTIWIKU. Majlis menjemput tetamu-tetamu kehormat serta ibu bapa diiringi oleh Tuan Pengetua untuk menikmati jamuan yang diadakan di ...(tempat)... Majlis mempersilakan. Sehingga berjumpa lagi di tahun-tahun yang mendatang, akhir kata, salam sejahtera, salam 1Malaysia dan wabillahitaufikwalhidayah...

You might also like