Ucapan Pertandingan Pakaian Beragam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Selamat pagi dan salam sejahtera untuk semua hadirin dan hadirat sekalian.

Pada pagi ini dengan berbesar hati kami dari SK Tanah Putih ingin menampilkan beberapa orang model yang dipilih khas dengan tema-temanya yang tersendiri.

MODEL 1 (MAXWELL) Untuk makluman semua, model pertama kami ini membawakan tema NINJA. Beliau merupakan seorang yang amat meminati rancangan-rancangan animasi daripada negara matahari terbit dan menjadikan Ninja Hatore sebagai idolanya. Kebanyakan daripada pakaian ninja ini diperbuat daripada guni padi yang mana berasnya sudah dijual di pasar minggu baru-baru ini. Bintang ninja dan juga pedang samurainya diperbuat daripada kotak terpakai. Seterusnya.

MODEL 2 (LENNY) Untuk makluman semua, model kedua kami ini membawakan tema MISS WORLD. Beliau amat meminati rancangan-rancangan berkaitan dengan ratu cantik dan mempunyai impian ingin menjadi seorang peragawati suatu hari nanti. Beliau menjadikan Aisywararai sebagai idolanya. Bahagian kepalanya diperbuat daripada _______________________. Bahagian badannya diperbuat daripada _________________________ yang terpakai. Seterusnya.

MODEL 3 (ROSSY SANABONG) Untuk makluman semua, model ketiga dari SK Tanah Putih ini membawakan tema IBAN WARRIOR / PAHLAWAN IBAN. Beliau amat meminati bidang-bidang kebudayaan dan sekarang ini sering diundang untuk menyertai persembahan ngajat. Beliau menjadikan Jerry Kamit sebagai idolanya dan berharap untuk bekerja dengan Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan Malaysia di bahagian tarian etnik seperti di Kampung Budaya Sarawak. Bahagian kepalanya yang dikenali sebagai LANJANG diperbuat daripada kotak air mineral dan juga plastik makanan yang digunakan oleh pihak pembekal RMT untuk menghantar makanan ke sekolah. Daripada dibuang begitu sahaja, dengan kekreatifan yang para guru

dan murid miliki telah mengubahnya menjadi sesuatu yang boleh digunakan semasa perayaan Hari Gawai Dayak. Baju Burungnya pula telah dibuat daripada kotak terpakai dan dianyam dengan menggunakan kertas-kertas soalan yang hendak dibuang. Manakala siratnya pula telah diperbuat daripada plastik-plastik yang diperolehi semasa membeli barang di Pesta Nenas Sarikei baru-baru ini. Seterusnya.

MODEL 4 (CONNEY) Untuk makluman semua, model keempat kami ini membawakan tema PRINCESS. Beliau amat meminati rancangan-rancangan berbentuk hiburan dan menjadikan LADY GAGA sebagai idolanya. Bahagian kepalanya diperbuat daripada _______________________. Bahagian badannya diperbuat daripada _________________________ yang terpakai. Seterusnya.

MODEL 5 (MELLVEEN) Untuk makluman semua, model terakhir dai SK Tanah Putih ini membawakan tema ANDROID iaitu Robot berbentuk manusia di alaf baru. Beliau amat meminati rancangan-rancangan berkaitan dengan robot dan mempunyai impian ingin menjadi seorang engineer suatu hari nanti. ANDROID ini sangat berguna terutamanya di kawasan yang bermasalah air. Apa yang saudara saudari perlu lakukan ialah dengan memasukkan duit 20 sen dan airnya akan dikeluarkan dari bahagian botol di belakangnya dan bukannya di hadapan. Bahagian kepalanya diperbuat daripada _______________________. Bahagian badannya diperbuat daripada _________________________ yang terpakai. Bahagian badannya diperbuat daripada kotak printer yang terpakai manakala api yang menyala-nyala itu adalah lampu raya yang digunakan semasa perayaan hari raya baru-baru ini tadi. Seterusnya.

Sekian sahaja sedikit penerangan tentang penggunaan bahan dan juga barang terpakai yang sudah digubah semula demi untuk menghasilkan barang baharu demi untuk menyelamatkan dunia kita ini. Besarlah harapan kami dari SK Tanah Putih agar semua kita dapat menyemaikan semangat cinta akan alam sekitar. Janji ditepati, alam sekitar kita sayangi. Sekian, terima kasih.

You might also like