Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Pendahuluan Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran. Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil. Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Tujuan penyediaan JSU ialah: 1. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik; 2. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin; 3. Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; 4. Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran 5. Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Tujuan JSU dibina; 1. Ujian tidak dibina secara sembarangan. 2. Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. 3. Panduan kepada penggubal soalan. 4. Menetapkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa. 5. Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang. PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM DALAM JSU Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut hierarki yang mengandungi enam aras kesukaran iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. 1. Aras kemahiran domain kognitif i. Pengetahuan Mengingat kembali Takrifkan Padankan Perihalkan Namakan Lakarkan Kenal pasti Nyatakan Tuliskan Labelkan Lukiskan Senaraikan ii. Kefahaman Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain, mentafsir bahan atau idea dan merangkakan trend masa depan Ubahkan Anggarkan Buat Inferens Anggarkan Terangkan Hubungkaitkan Tukarkan Cirikan Banding bezakanBerikan contoh Tambahkan Kelaskan Ukur Ramalkan Sukat iii. Aplikasi Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit Kirakan Hitungkan Tunjuk cara Jelaskan dengan contoh Ubahsuai

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

iv. Analisis Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen Cerakinkan Jelaskan melalui contoh Pilih Huraikan Kawal pemboleh ubah Asingkan Kesimpulan Susun mengikut keutamaan Buat urutan Buat andaian Selesaikan masalah iv. Sintesis Menggabungkan komponen-komponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif Gabungkan Buat eksperimen Rancangkan Ringkaskan Buat analogi Binakan Rangkakan Buat reka cipta Konsepsikan Buat gambaran mental Reka bentukkan vi. Penilaian Menilai idea/bahan/maklumat/kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan tertentu Taksirkan Wajarkan Buat keputusan Tafsirkan Sokong Kritik Kesan kecondongan

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Pembinaan item ujian Di dalam tugasan ini, saya telah memilih untuk membina item ujian bagi murid Tahun 4 untuk Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Sebelum membina item ujian, langkah-langkah pembinaan JSU perlu diketahui dan dipatuhi. Langkah-Langkah Pembinaan JSU 1. Mengkaji Sukatan Pelajaran Sukatan pelajaran perlu dikaji untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: i. ii. iii. iv. v. Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk. Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain. Kompleksiti sesuatu tajuk Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom . Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu: i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran ii. Paksi Objektif Afektif 3. Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) ditentukan dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

4. Menentukan Bilangan Soalan Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Langkah-langkah membina JSU Langkah Langkah 1 Perkara Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji. a. Soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item. Langkah 2 Tentukan soalan-soalan yang akan dibina itu c. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira : = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa Keseluruhan a. Kognitif Langkah 3 Tentukan model aras kesukaran item - Menggunakan Taksonomi Bloom b. Afektif c. Psikomotor a. Ujian objektif Langkah 4 Apakah jenis ujian yang akan diuji? b. Ujian struktur c. Ujian esei 1. Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei). Langkah 5 2. Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar). 3. Pemarkahan. 1. Menyatakan mata pelajaran. 2. Tingkatan. Langkah 6 3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Soalan Objektif Mata Pelajaran : Tahun : Kemahiran Hidup 4

Jawab Semua soalan di bawah

1. Murid yang disenaraikan kurang berisiko untuk mengalami kecederaan dalam bengkel kecuali a) murid yang berkasut getah. b) murid yang patuh kepada peraturan keselamatan. c) murid yang merancang kerja yang akan dilakukan. d) murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat tanpa mempedulikan peraturan. 2. Fungsi peti pemadam api adalah a) Mengesan kebakaran b) Menyimpan makanan c) Memadam kebakaran d) Merawat kecederaan dan luka sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel. 3. Yang berikut adalah fungsi organisasi bengkel, kecuali a) mengelakkan kemalangan. b) menyiapkan kerja dengan cepat. c) menentukan alatan tangan tersusun. d) memastikan bengkel dalam keadaan bersih. 4. Gergaji besi digunakan untuk memotong bahan daripada ___________. a) b) getah plastik c) kayu d) besi

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

5. Apakah tindakan awal yang perlu dilakukan oleh murid jika rakannya cedera ketika menggergaji kayu? a) Laporkan kepada guru dengan segera b) Memaklumkan kepada ibubapa murid tersebut c) Menelefon pihak ambulans d) Mendiamkan diri

6.

Gambarajah di atas menunjukkan bolt dan nat. Alatan tangan apakah yang digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan nat dan bol. a) b) 7. sepana hujung terbuka pemutar skru rata c) tukul besi d) playar gabung

Playar muncung tirus dalam gambar di atas digunakan untuk ______________. a) b) c) d) mencengkam benda kerja memutarkan skru memegang benda-benda kecil mengetuk paku

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

8. Syelek merupakan bahan kemasan berbentuk ____________. a) b) c) d) 9.. Semburan Helaian Cecair Kepingan

Berdasarkan carta aliran di atas, siapakah berada di X? a) b) Guru Murid c) Tukang kebun d) Ketua pengawas

10. Langkah pertama yang harus dilakukan apabila hendak menggunakan alatan tangan ialah a) melabelkan nama alatan. b) menggunakan alatan dengan betul c) merancang dan memilih alatan yang betul. d) membersihkan dan meminyakkan alatan. 11. Berikut adalah tujuan perlunya rekacipta kepada setiap murid, kecuali a) menyemai nilai dan sikap kerja yang baik b) mempu berdaya saing dengan rakan-rakan c) rajin dan bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab yang diberi d) menciplak idea rakan untuk menyiapkan projek yang dibuat

10

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

12. Segi tiga sama merupakan salah satu contoh bentuk asas dalam ___________________. a) b) satu dimensi dua dimensi c) tiga dimensi d) empat dimensi

13. Televisyen direka daripada bentuk asas ___________________. a) kuboid b) silinder c) sfera d) piramid

14. Mentol berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga ___________. a) kimia b) kinetik c) bunyi d) cahaya

15. Litar _________ adalah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui satu laluan sahaja. a) sesiri b) elari c) dua siri d) dua selari

16. Lukisan kerja yang menggunakan simbol dinamakan lukisan __________. a) kejuruteraan b) simbol c) skematik d) seni

17. Simbol di atas menunjukkan .... a) L.E.D b) Anod c) L.E.D dwi warna d) perintang boleh laras

11

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

18. .

Gambar rajah di atas menunjukkan satu lukisan litar sesiri .Apakah yang berlaku sekiranya suis disambungkan. a) b) c) d) Mentol A menyala manakala mentol B tidak menyala Mentol A tidak menyala manakala mentol B menyala Mentol A menyala dengan terang manakala mentol B menyala dengan malap Mentol A dan mentol B tidak menyala

19. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya alatan tangan di dalam bengkel hilang? a) b) c) d) Mendiamkan diri. Menggantikan dengan alatan yang baru. Menyiasat siapa yang mengambil alatan itu. Melaporkan kehilangan alatan itu kepada guru.

20. Alat tangan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya a) b) c) d) selamat dan tidak mudah hilang sentiasa bersih dan mudah digunakan berkilat dan menarik tidak berbau busuk

12

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Soalan Subjektif Mata Pelajaran : Tahun : Kemahiran Hidup 4

Jawab Semua soalan di bawah 1. Senaraikan dua punca kemalangan boleh berlaku di dalam bengkel. i. _____________________________________________________________ ii. _____________________________________________________________ 2. Mengapa kita harus mematuhi peraturan keselamatan di bengkel. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. Mengapa jadual tugas kerja harian di bengkel perlu disediakan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. Nyatakan kegunaan playar biasa ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. Nyatakan mengapa alatanperlu dibersihkan sebelum disimpan. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

13

Pembinaan item/soalan ujian pencapaian akdemik pelajar berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HBLS 1103

Rujukan : 1. http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/JSU. 2. http://www.akademikpahang.edu.my/ 3. www.slideshare.net/.../jpu-dan-pembinaan-it 4. http://www.scribd.com/document_downloads/direct/84836538?extension=xls&ft=136 2215131&lt=1362218741&uahk=VkxhtIMYXHlqS4WCY7HefgQ3MlE 5. http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf 6. http://kemahiran.files.wordpress.com/2012/03/jsu-khb-pengkalan-chepa-2012.xls 7. http://images.alberttai.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/S8B@HgooCIIAA FeftBo1/proposal%20(complete).doc?key=alberttai:journal:29&nmid=329287566

14

You might also like