Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

JUAL BELI DALAM PERNIAGAAN ISLAM (AL-MURABAHAH) 1.

0 PENGENALAN Jual beli al-Murabahah bermaksud penjual memberitahu harga asal barang yang hendak dijualnya dan menambah kadar keuntungan yang dikehendakinya. Keuntungan boleh diambil secara keseluruhan mengikut kadar peratus atau secara unit bagi setiap nilai harga yang tersebut seperti RM 1.00 bagi setiap RM 10.00. Contohnya kata penjual, saudara, saya beli motor ini dengan harga RM 4000 dan saya hendak menjualnya dengan kadar untung 10% iaitu RM 400 sahaja. Kata pembeli, Encik, betulkah harga asal motor ini RM4000?.Kata penjual, Inilah jual beli amanah. Saya cakap terus terang memang itulah harga saya beli motor ini. Kata pembeli, Baiklah, saya bersetuju membelinya dengan harga yang tersebut. Selepas itu kedua-dua pihak melakukan aqad jual beli..

2.0 PENGERTIAN AL-MURABAHAH Al-murabahah diambil dari bahasa Arab iaitu Ar-Ribhu bererti kelebihan atau ketambahan (keuntungan) dari segi bahasa. Menurut istilah pula ialah aktiviti jual beli yang ditambah untuk mendapatkan keuntungan dari modal yang dilaburkan secara persetujuan antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.

2.1 PRINSIP AL-MURABAHAH Konsep jualan barangan antara dua pihak di mana kedua-duanya bersetuju pada suatu paras harga yang meliputi harga kos barangan dan juga keuntungan. Pinjaman digantikan dengan konsep perjanjian jual beli barangan di mana peminjam akan membeli barangan sama ada dalam bentuk bahan mentah, mesin dan peralatan lainlain yang dikehendaki oleh pemimjam atau pengguna. Barangan tersebut akan dijual kepada pengguna pada harga asal melebihi harga belian asal. Konsep ini dikenali sabagai konsep mark-up price atau harga yang dinaikkan.
1|Page

Kesemua mazhab menerima prinsip murabahah ini sebagai instrumen yang sah dan dibenarkan dalam urusan perniagaan. Terdapat perbezaan pendapat dalam perlaksanaannya. Aspek pertama ialah dari segi jumlah kenaikan harga yang dibenarkan ataupun jumlah keuntungan yang boleh diperoleh oleh bank Islam apabila barangan itu dijual semula kepada pelanggannya. Aspek kedua, dari segi hak ataupun pilihan yang boleh dilakukan oleh pembeli atau pengguna apabila mendapat kenaikan harga tersebut terlalu tinggi dan tidak munasabah. Bagi tujuan menaikkan harga, Mazhab Hanbali berpendapat bahawa semua perbelanjaan yang dikeluarkan berkaitan dengan barangan yang dijual mengikut konsep murabahah itu boleh dijumlahkan atau dicampurkan sebagai harga jualan. Mazhab Shafii meletakkan keperluan tambahan di mana bayaran kepada pihak ketiga oleh penjual tidak boleh dimasukkan ke dalam harga murabahah kecuali dipersetujui oleh pembeli. Mazhab Hanafi membenarkan semua perbelajaan yang terlibat dalam perniagaan yang ada hubungan atau kaitan dengan barangan murabahah tersebut. Mazhab Maliki membahagikan perbelanjaan berdasarkan tiga kategori. Kategori pertama ialah perbelanjaan yang boleh dicampurkan dengan modal dan menjadi asas untuk mengira keuntungan. Kategori kedua, perbelanjaan yang boleh dicampurkan dengan modal tetapi tidak boleh dijadikan asas dalam mengira keuntungan dan kategori ketiga ialah perbelanjaan yang tidak boleh dicampurkan untuk mengira keuntungan.

3.0 AKAD AL-MURABAHAH Dalam kata lainnya,perjanjian atau akad yang dilakukan semasa aktiviti perniagaan dijalankan. Misalnya:"Saya menjual barang ini dengan sistem Murabahah".

2|Page

Rukun akad ini ialah pengetahuan diantara kedua-dua belah pihak tentang nilai modal pembelian dan nilai keuntungan,dalam hal ini aktiviti jual belinya adalah sah dan manakala sebaliknya apabila tidak di ketahui maka jual beli itu adalah batil. Al-Murabahah ialah menjual sesuatu barang dengan harga yang meliputi kos belian dan kadar keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalam jual beli ini pemilik barang (penjual) memberitahu pembeli jumlah harga yang dibelinya dan keuntungan yang diambil daripadanya. Keutungan boleh diambil secara keseluruhan seperti harga asal (pokok) ialah RM 50.00 dan diambil untung RM 5.00.Ataupun keuntungan yang diambil berdasarkan unit seperti harga asal RM 50.00 dan penjual mengambil untung RM 1.00 bagi setiap RM 10.00. Jual beli al-Murabahah termasuk dalam jual beli amanah yang maksud penjual hendaklah jujur dalam menyatakan harga pokok atau modal sebenar barannng yang hendak dijualnya kerana pembeli hanya bergantung pada penjual tentang modal atau harga asal barang tersebut tanpa memerlukan saksi atau sumpah. Jual beli alMurabahah pada hakikatnya menguji keluhuran hati budi orang yang berniaga dan ketulusan cara perlaksanaan perniagaan menurut hukum Islam, tanpa unsure-unsur penipuan, penindasan dan menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli). Jual beli (kontrak) al-Murabahah adalah harus berdasarkan firman Allah S.W.T:-


Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (QS. Al-Baqarah 2:275). Al-Hadits Dari Suhaib al-Rumi r.a, bahwa Rasulullah Saw, bersabda : Tiga hal yang didalamnya terdapat keberkatan: jual beli secara tangguh, muqaradhah (mudharabah), dan

3|Page

mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan rumah, bukan untuk dijual (HR. Ibn Majah)

3.1 KONSEP KONTRAK AL-MURABAHAH Ibnu Rusyd(al-jad) berpendapat bahawa ; Kontrak murabahah boleh berlaku dalam dua bentuk, pertamanya, keuntungan yang dinamakan itu berdasarkan jumlah harga dan kedua, keuntungan itu boleh didasarkan kadar peratusan tertentu. Kontrak murabahah itu boleh berlaku atas permintaan salah satu pihak yang berkontrak dan dipersetujui oleh satu pihak lagi. Biasanya ia berlaku dalam keadaan pihak pembeli tidak mengetahui harga pasaran sebenar dan mempercayai kejujuran penjual mengatakan modalnya dan keuntungan yang dicadangkan daripada kontrak itu. Begitu juga cadangan boleh jadi datangnya daripada pihak penjual sendiri yang bertujuan untuk melariskan barang jualannya dengan mempelawa kepada pembeli satu harga tertentu dengan menyatakan harga kos dan jumlah keuntungannya bersekali. Gambaran tentang kontrak ini telahdiceritakan oleh al-Imam al-ShafiI dalam kitabnya al-Umm. Pembeli yang ingin mengadakan kontrak murabahah sama ada dengan

kehendaknya sendiri atau dengan pelawaan penjual, selalunya merasakan terselamat daripada ditipu kerana kepercayaan bahawa penjual terikat dengan kewajipan atau amanah untuk bercakap benar dan jujur. Penjual, bukan sahaja dikehendaki menyatakan harga asal yang dibelinya malah juga dikehendaki memaklumkan beberapa perkara lain yang berkaitan, yang boleh mempengaruhi harga jualan seperti pembelian secara bertangguh keranai ini akan meningkatkan harga jualan nanti. Begitu juga penjual dikehendaki memaklumkan segala kecacatan yang terdapat pada barangan itu dan punca-punca terjadinya kecacatan kerana kecacatan yang baru mendatang ini boleh mengurangkan nilai barangan tersebut. Pensyariatan murabahah tidak dipersoalkan oleh mana-mana mazhab fiqh kerana ia termasuk dibawah pensyariatan jualbeli secara umum. Malahan terdapat
4|Page

dalam hadith tentang amalan jual tawliyah (salah satu daripada Bay al-Amanah disamping murabahah dan wadiah) iaitu ketika Abu Bakar membeli dua ekor unta untuk digunakan semasa hijrah bersama nabi. Abu Bakar hendak memberikan salah satu iaitu kepada Nabi secara hibah namun Nabi menolaknya dengan bersabda, juallah secara tawliyah iaitu dengan harga modal sebagaimana harga yang dibeli oleh Abu Bakar. Sungguhpun begitu, pada pandangan kebanyakan ulama fiqh, jualan secara musawamah (jualbelibiasa) adalah lebih baik dan digalakkan daripada jualan secara murabahah kerana jualan ini memerlukan kejujuran dan berterus terang dalam proses tawar menawar. Memandangkan murabahah merupakan salah satu daripada jenis jualbeli yang dihalalkan, maka secara umumnya ia tertakluk kepada rukun-rukun dan syarat-syarat sah jual beli. Di samping itu terdapat beberapa syarat khusus baginya, iaitu: i. Penjual hendaklah menyatakan kos atau modal sebenar barangan yang hendak dijual itu kepada pembeli. ii. Penjual dan pembeli bersetuju mengenakan kadar keuntungan yang ditetapkan sebagai tambahan kepada kos atau modal, yang mana jumlah kedua-duanya merupakan harga jualan bagi jualan murabahah tersebut. iii. Sekiranya berlaku kekecohan dalam menentukan kadar sebenar kos atau modal barangan itu, pihak pembeli boleh membatalkan kontrak tersebut dan dengan demikian terbubarlah jualbeli murabahah itu. iv. Barangan dan harga bagi jualan itu bukanlah daripada barangan ribawi yang ditegah pertukaran jual beli nya kecuali mematuhi syarat-syarat pertukaran barangan ribawi. v. Sekiranya barangan yang hendak dijual secara murabahah itu telah dibeli daripada pihak lain, jualbeli yang pertama ini mestilah sah dari segi syarak. Walaupun kesemua mazhab sekata tentang prinsip murabahah sebagai satu alat yang sah dan dibenarkan dalam urusan perniagaan, namun mereka berselisih pendapat tentang perincian pelaksanaannya, terutama dari aspek penentuan harga dan kadar keuntungan dan aspek hak untuk membatalkan atau membubarkan kontrak tersebut. Terdapat segolongan ulama dan pakar ekonomi Islam yang
5|Page

mempersoal, membantah atau tidak mengalakkan prinsip murabahah digunakan. Siddiq umpamanya, mempersoalkan penggunaan prinsip murabahah oleh institusiinstitusi kewangan islam sebagai alat kredit kepada pelanggan yang membuat pembelian dengan bayaran tertanguh yang bererti memberi ruang kepada pembiaya mendapat keuntungan yang ditentukan awal tanpa menanggung sebarang risiko.

3.2 CARA KONTRAK AL-MURABAHAH Kontrak al-Murabahah dilakukan sama ada: 1. Penjual membuat tawaran untuk menjual barang dengan mengatakan saya membeli barang ini dengan harga RM 100.00 dan saya menjual kepada awak dengan mengambil untung RM 15.00, atau mengatakan Saya beli barang ini dengan harga RM 100.00 san saya jual kepada awak secara al-Murabahah dengan mengambil untung RM 1.00 bagi setiap RM 10.00 modal saya. 2. Pembeli membuat tawaran untuk membeli dari penjual dengan mengatakan Jual kepada saya barang itu dan saya akan member untung kepada awak sebanyak 10% dari modal awak, atau disebut jumlah tertentu.

4.0 HARGA DAN KOS TAMBAHAN Faktor harga dan kos amat penting bagi menentukan pengiraan harga jualan semula dan kadar untung.Proses pengiraan kadar untung jual beli secara murabahah dibuat berpandukan:1. Perundingan langsung berasaskan :

i)
6|Page

Kos belian tanpa tambahan (al-thamanu al-Awal),

ii)

Kadar untung (al-Ribhu) Jelasnya, harga jualan semula yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak meliputi kos belian dan kadar untung.

2. Untung yang sudah ditentukan : Cara ini aladalah sah sekiranya semua kos termasuk kos lansung dan kadar untung itu dinyatakan ketika aqad jual beli. Semua kos dan keuntungan kecuali kos tidak langsung hendaklah dinyatakan kepada (bakal) pembeli sebelum persetujuan jual beli dan aqad dilakukan. 5.0 JENIS-JENIS AL-MURABAHAH 1. Al-Murabahah barang yang telah ada: Biasanya berlaku bagi barang yang dimilliki pleh penjual yang ada di hadapan penjual dan pembeli. 2. Al-Murabahah barang yang dipesan (belum ada): Juga boleh berlaku bagi barang yang belum dimiliki oleh penjual. Aqad (kontrak) ini boleh berlaku jika bakal pembeli membuat pesanan untuk membeli dengan menyuruh penjual membeli sesuatu barang dan menjual kepadanya dan dia bersedia member untung kepada penjual. Al- Murabahah ini dikenali sebagai AlMurabahah Lil Amri bil- Syira (Al-Murabahah bagi orang yang menyuruh membeli). 6.0 SYARAT JUAL BELI AL-MURABAHAH 1. Mengetahui harga pertama (harga asal atau pokok) Pembeli dalam kontrak al-Murabahah (pembeli kedua) hendaklah

mengetahui harga pembelian yang pertama oleh penjual (pembeli pertama) dalam kontrak al-Murabahah.Jika harga yang pertama tidak diketahui, maka kontrak al-Murabahah menjadi tidak sah.

7|Page

2.

Mengetahui Keuntungan Pembeli hendaklah mengetahui keuntungan yang diambil oleh penjual. Oleh itu, jumlah untung yang akan diambil hendaklah dinyatakan dengan jelas.Jika keuntungan tidak dinyatakan, jua beli itu tidak akan menjadi jual beli al-Murabahah malahan jual beli biasa sahaja (jual beli al-Musawamah).

3.

Jika jual beli itu berbentuk tukaran barang (butter trade), maka modal hendaklah berbentuk barang-barang mithli (barang-barang yang ada unit serupa di pasar dengan harga yang sama) seperti barang yang disukat, barang yang ditimbang dan barang yang dibilang. Barang ribawi (emas, perak, gandum, tamar, barli dan garam yang dijual sesame jenis secara berlebih kurang) tidak boleh dijual secara al-Murabahah kerana akan menjadi riba.

4.

Hendaklah aqad (kontrak) penjualan pertama sah. JIka aqad (kontrak) jual beli pertama itu tidak sah,maka barang yang dibeli itu tidak boleh dijual secara al-Murabahah kerana barang yang dibeli itu tidak berpindah milik kepada pembeli pertama (penjual dalam kontrak al-Murabahah). Oleh itu, penjual tidak boleh menjualnya sama ada dengan cara al-Murabahah atau pun dengan cara-cara lain.

6.1 PENIPUAN HARGA JIka penjual member kenyataan palsu tentang harga yang dibelinya atau tentang sifat pembelian barang berkenaan,maka pembeli berhak membuat pilihan ( Haqqu al khiyar) iaitu sama ada membatalkan kontrak al-Murabahah atau meneruskannya. Contoh penipuan ialah seperti penjual mengatakan Aku beli barang ini secara tunai sadangkan ia membeli secara hutang.

8|Page

7.0 NILAI POSITIF JUAL BELI AL-MURABAHAH Jual beli mengambil untung (al-Murabahah) member kebaikan kepada umat islam: 1. Jual beli al-Muarabahah merupakan salah satu pilihan kaedah jual beli kepada umat islam. 2. Membolehkan penjual mendapat untung yang halal yang diredhai oleh kedua-dua belah pihak. 3. Membina budaya jual beli berteraskan amanah dan ukhwah (rasa persaudaraan). 4. 5. 6. Menjalankan proses jual beli secara telus. Mengelakkan penipuan. Membolehkan umat Islam membangun ekonomi secara aktif dan berdaya maju.

8.0 RUKUN AL-MURABAHAH 1. Melibatkan dua pihak yang berakad :Penjual dan Pembeli a) Mukallaf ( akil dan baligh ). Kanak-kanak sah akad jual beli jika melibatkan nilai yang sedikit ( mazhab Hambali ) dan telah mumayiz ( mazhab Hanafi ). b) Dengan kemahuan sendiri c) Merdeka d) Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau waras. e) Beragama Islam jika bertujuan jual beli al-Quran dan al-Hadi
9|Page

tidak

2. Barang niaga a) Bersih dan suci b) Berfaedah c) Kepunyaan penjual atau wakilnya d) Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli

bertangguh ( Bai'u Salam ) e) Penjual dan pembeli mengetahui jenis, kadar, dan sifat barang jualan. 3. Harga a) Bersih dan suci b) Berfaedah c) Kepunyaan penjual atau wakilnya d) Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli bertangguh (baiu salam) e) Penjual dan pembeli mengetahui jenis kadar dan sifat barang jualan. 4. Ijab dan Qabul a) Tidak diselangi dengan perkataan lain b) Bersamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz c) Tidak boleh ditalikkan d)Tidak boleh dihadkan masanya.

10 | P a g e

8.1 BUKTI JUAL BELI AKAD AL-MURABAHAH DARI SUNNAH Transaksi jual beli yang terjadi pada saat sahabat Nabi, Abu Bakar membelikan sebuah unta yang di perlukan Nabi Muhammad SAW untuk hijrah ke madinah dengan harga tawliyyah, yaitu harga pokok tanpa laba, karena sesungguh nya Abu Bakar hendak menghadiahkan unta tersebut kepada Nabi, namun Nabi Muhammad menolaknya dan membayar harga unta tersebut kepada Abu Bakar sesuai dengan harga yang di beli oleh Abu bakar, tanpa tambahan. Implikasi dari hadis ini adalah jual beli dapat dilakukan dengan harga pokoknya saja dan juga dengan tambahan, dengan syarat pembeli mengetahui harga pokok dan harga tambahannya.

9.0 KESIMPULAN Dengan segala perkara yang telah dibentangkan, dapatlah disimpulkan bahawa pada dasarnya transaksi Bay al-Murabahah adalah transaksi jual-beli yang mudah, bukannya suatu skema pembiayaan, namun dengan diizinkannya pembayaran

transaksi murabahah dengan cara memenuhi syarat, maka Bank Syariah boleh melakukan pembiayaan dengan akad murabahah, hanya apabila nisbahnya memerlukankan untuk membeli suatu barang/komodity seperti rumah, kendaraan roda dua atau kendaraan roda empat dan barang elektronik, bukan untuk modal kerja atau working capital. Kalau ada Bank Syariah yang memberi pembiayaan murabahah untuk keperluan modal kerja, dapat kita katakan disini bahwa Bank Syariah tersebut sudah melanggar syarat dan ketentuan daripada prinsip ekonomi syariah.

11 | P a g e

10.0 RUJUKAN Hasil pencarian setiap ahli:1) www.scibd.com (Rita) 2) Nibrahosen.multiply.com/journal/item/32/bay_al_murabahah.(Muhd) 3) http:/ms.wikipedia.org/wiki/Murabahah(Ashikin) 4) ( QS. Al-Baqarah 2:275 ).(Rita) 5) http://infad.usim.edu.modules..................................................................(Dini) 6) INCEIF 2006, Applied Shariah in Financial Transactions, Topic 5 application of murabahah(Azuan) 7) Buku SISTEM KEWANGAN ISLAM hasil pengarang Dr. Abdul Mumin Abd. Ghani(Muhd)

12 | P a g e

You might also like