Pengurusan Projek-Laporan Bengkel Multimedia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TH 3843 PENGURUSAN PROJEK MULTIMEDIA

TASK 2LAPORAN BENGKEL MULTIMEDIA KREATIF

Nama: NORHAZIYAH BINTI KUSAI No. matrik : A138413 Jabatan :TH Nama pensyarah: PUAN SITI FADZILAH BINTI MAT NOOR

LAPORAN BENGKEL MULTIMEDIA KREATIF

Bengkel Multimedia Kreatif telah diadakan di Dewan Multimedia FTSM pada hari Selasa, 26 Februari 2013. Bengkel tersebut adalah salah satu program yang dijalankan dalam Minggu Mesra Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat yang berlangsung dari 25 hingga 28 Februari 2013. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan, iaitu Encik Mohd Azrul Mohd Noor, pengurus kanan syarikat Multi Media Synergy Corporation Sdn. Bhd. (MMSC) dan Encik Ahmad Razuri Roseli pembantu pengarah seni syarikat Les Copaque Production Sdn Bhd. Slot pertama disampaikan oleh Encik Mohd Azrul. Penyampaian beliau lebih menjurus kepada bidang education and entertainment atau edutainment berdasarkan pengalaman beliau yang berkhidmat di syarikat tersebut. Syarikat MMSC telah ditubuhkan daripada sinergi epembelajaran profesional yang memiliki pengalaman dan kepakaran dalam bidang reka bentuk courseware, reka bentuk berarahan, penciptaan media, pembangunan kandungan, pengurusan projek dan perundingan. Encik Mohd Azrul menerangkan bahawa untuk menceburi bidang multimedia, seseorang itu perlu mempunyai minat dan kreatif. Kualiti kerja juga amat dititik beratkan kerana minat dan kreativiti sahaja belum cukup untuk menjadikan sesuatu hasil kerja itu bernilai. Selain itu, mahir menggunakan perisian multimedia seperti Adobe Photoshop, Adobe Flash, Adobe Illustrator dan perisian-perisian lain juga penting untuk mendapat sesuatu pekerjaan dalam bidang ini. Beliau juga menunjukkan contoh beberapa courseware yang telah dihasilkan oleh MMSC. Slot kedua pula disampaikan oleh Encik Ahmad Razuri. Beliau memulakan slot kedua dengan menayangkan video animasi Upin dan Ipin episod Kenangan Mengusik Jiwa. Episod tersebut adalah penghargaan kepada Seniman Negara iaitu Tan Sri P.Ramlee. Datuk Aziz Satar dijemput untuk menjadi tetamu khas dalam episode tersebut. Animasi Upin dan Ipin adalah produk syarikat Les Copaque yang amat terkenal di Malaysia dan juga di luar negara seperti Indonesia dan Brunei. Syarikat tersebut mempunyai 3 jabatan iaitu Animation, Art dan Story House. Antara tugas jabatan Animation ialah blocking, finalize animation dan lipsing. Jabatan Art bertanggungjawab untuk membuat concept, modeling, rendering, compositing, effects dan games. Jabatan Story House pula ditugaskan untuk membuat script, audio, composer, story board dan design.

Selepas itu, Encik Ahmad Razuri menayangkan video di sebalik tabir penghasilan animasi Upin dan Ipin episod Kenangan Mengusik Jiwa. Dalam video tersebut, semua proses untuk membuat animasi ditunjukkan, bermula dari proses mencari idea sehingga proses akhir penghasilan video animasi tersebut. Selain animasi 3D, Les Copaque Production juga turut menghasilkan perisian permainan iaitu Upin dan Ipin Dash Game dan Laksamana Upin dan Ipin The Game yang masih dalam fasa pembangunan. Encik Ahmad Razuri mengakhiri ceramah dengan menyatakan passion atau minat dan kesungguhan yang kuat adalah sangat penting dalam sesuatu pekerjaan terutamanya dalam bidang multimedia. Melihat dari segi pengurusan projek, Encik Ahmad Razuri banyak menerangkan tentang organisasi Les Copaque Production, yang mempunyai 3 jabatan yang membahagikan tugas mengikut kepakaran masing-masing. Dalam sesebuah projek, perancangan kerja adalah penting untuk memastikan projek berjalan dengan baik. Selain itu, syarikat tersebut menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi semasa bekerja. Kebolehan bekerjasama juga adalah penting kerana projek yang dijalankan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Pengurusan projek adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran, alat, dan teknik dalam sesuatu projek untuk memenuhi keperluan projek yang dijalankan. Seperti yang dinyatakan oleh Encik Mohd Azrul, pengetahuan dan kemahiran terhadap sesuatu perisian atau alatan adalah penting untuk membangunkan sesuatu produk. Tanpa ilmu dan kamahiran yang baik, sesuatu hasil kerja tidak dapat dibangunkan atau produk akan menjadi tidak berkualiti.

You might also like