Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pengenalan Salah satu elemen yang penting dalam sesebuah negara ialah kerajaan.

Kerajaan adalah sebuah organisasi yang merancang dan memimpin negara dalam mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Dalam sistem demokrasi berparlimen kabinet adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah kabinet. Oleh itu boleh dikatakan kerajaan sangat penting kerana tanpa sesebuah kerajaan maka tidak akan wujud negara yang baik dan sempurna. Kerajaan boleh didefinasikan sebagai satu badan yang mempunyai kuasa didalam negara samada di peringkat persekutuan, wilayah dan tempatan serta meliputi keseluruhan sistem perlembagaan (Robertson, 1985:142). Kerajaan juga merupakan agen negara yang bertanggungjawab mengagihkan nilai yang dilakukannya melalui dasar awam. Selain itu kerajaan juga boleh didefinasikan sebagai satu institusi kompleks yang mentadbir negara Salah satunya ialah menggubal undang-undang untuk mengawal rakyat dan negara. (Syed Ahmad, 1995:202) Walaupun sesebuah negara mengamalkan sistem politik yang boleh menyebabkan kerajaan dalam sesebuah negara bertukar-tukar namun tugas kerajaan tersebut tetap sama dan akan melaksanakan dasar untuk kepentingan negara, kerana kerajaan bertanggungjawab terhadap semua elemen bagi memastikan kedaulatan, keselamatan, keamanan dan kemakmuran sesebuah negara terus terpelihara.

JENIS-JENIS KERAJAAN A) Monarki Monarki atau Pemerintahan beraja merupakan sejenis kerajaan dimana Raja adalah ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Di bawah sistem kerajaan Monarki, kuasa sepenuhnya terletak pada seseorang iaitu raja atau ratu. Pada zaman dahulu, raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negaranya iaitu dikenali sebagai sistem kerajaan Monarki. Kekurangan sistem kerajaan Monarki ialah, rakyat tidak boleh memilih pemerintah yang mereka kehendaki. Hal ini demikian kerana di bawah sistem pemerintahan ini, tiada parti politik atau pilihan raya umum diadakan. Pentadbiran hanya dijalankan oleh raja dan keluarga atau kerabatnya. Tetapi, kini negara-negara yang mengamalkan sistem kerajaan Monarki telah berubah dan kuasa raja dihadkan oleh perlembangaan dan parlimen. Warisan takhta kerajaan ini berdasarkan keturunan dan ahli-ahli kerabat yang membantu dalam pentadbiran. Contoh negara Monarki yang masih ada ialah Arab Saudi dan Brunei Darussalam. Sehubungan dengan itu semua perjalanan jentera kerajaan akan berada di bawah telunjuk satu orang yang selalunya bergelar ruler atau raja. Justeru, menurut setiap undang-undang adalah di bawah kelulusannya dan dia dianggap sebagai sumber
2

kedaulatan, pemegang kuasa yang mutlak serta tidak terbatas. (Katni Kamsona Kibat : 1986). Selain daripada itu, di dalam sejarah sebuah negara yang mempunyai pemerintahan bentuk monarki ia mempunyai asal-usulnya sendiri. Dalam konteks ini, raja yang memerintah dilantik oleh rakyat dan selepas itu pemerintahan tersebut akan diwarisi oleh keturunannya dari satu zaman ke zaman. Untuk menjamin kesinambungan pemilikan kuasa, kebiasaannya takhta raja ini akan diambil alih oleh anak lelaki yang sulung. Seorang raja di dalam sistem monarki memiliki kuasa mutlak dan dikatakan mempunyai asal-usul daripada Tuhan. (K.Ramanathan: 2003) Walaupun terdapat kes yang melibatkan kekejaman seseorang raja, namun rakyat haruslah tunduk patuh kepada baginda dan hanya Tuhan sahaja yang mempunyai kuasa untuk menarik balik jawatan tersebut.(K.Ramanathan :2003) Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokratik. Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya diMalaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan.
3

B) Demokrasi Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undangundang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. -Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil -Rakyat diberi hak mengundi -Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) -Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain -Kebebasan persatuan

Tedapat 2 jenis demokrasi yang utama iaitu: i).Direct Democracy Sering digelar sebagai pure democracy. rakyat sendiri yang akan memilih pemerintah melaui assembly untuk mentadbir negara tanpa melalui perwakilan seperti sekarang. pemilihan ini adalah secara langsung. dan applied kepada sistem ini tidak diamalkan lagi dimana-mana negara di dunia ini. hanya pada zaman yunani dahulu di Athens sistem ini di amalkan. ii). Indirect Democracy : Dalam bahasa lebih ringkasnya disebut demokrasi berpewakilan atau (representative democracy). Hampir keseluruhan negara didunia ni mengamalkan demokrasi ini. dalam konteks ini wujudnya instrumen( alat) yang menjadi medium kepada pembentukan sesebuah kerajaan iaitu parti politik. Melalui parti ini akan ada calon2 yang dilantik, dan rakyat akan memilih calon-calon yang telah dipilih dalam sesuatu parti yang bertanding dalam pilhanraya.

C) Demokrasi Berparlimen Dalam sisitem berparalimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali. Parlimen (legislature) ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah
5

menggubal undang-undang dan dasardasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat. Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara: atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura, Denmark dan Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi. Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majority kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undang-undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa, termasuk pembangkakng, boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi lazimnya ini dilakukan oleh parti yang memerintah. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen. Setiap rang undang-undang melalui tiga tahap bacaan pertama, di mana rang undang-undang tersebut diedarkan kepada ahli-ahli parlimen; bacan kedua, di mana perbahsan umum diadakan; dan bacaan ketiga, di mana rang undang-undang itu dikaji fasal demi fasal. Selepas diluluskan oleh dewan rakyat, rang undang-undang tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula, (dipanggil senat, dewan negara dan sebagainya) iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan. Di senat perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh senat rang undangundang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk ditandatangani. Selepas ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang undang-undang.
6

Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar, sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar itu. Tetapi menteri-menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai kementerian-kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen. Sebagai contoh, menteri pengangkutan bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasar-dasar pengangkutan, beliau juga yang menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan (atau birokrasi).Menteri-menteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya bertanggungjawab melaksana. Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam. Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan sangat rapat. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu fusion of power ataupun satu percantuman kuasa Justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semanagat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal. Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan kehakiman (judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi berparlimen dan
7

demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Badan kehakiman di negara-negara demokrasi berpresiden seperti Amerika Syarikat lebih bebas dan berkuasa jika dibandingkan di negara-negara demokrasi berpresiden seperti England, Jerman Barat dan Kanada. Mengikut teori demokrasi, badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syaratsyarat perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri. Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik itu.

D) Sosialis

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon. Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia. Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.

E) Komunis Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat. Antara pengasasnya yang paling penting termasuklah Karl Marx dan Friedrich Engels. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat. Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) China (Republik Rakyat China) Cuba (Republik Cuba) Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao) Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ) Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)
10

Walaubagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu: i. ii. iii. iv. v. China Laos Vietnam Cuba Korea Utara

Sungguh pun begitu fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri. Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.

F) Totalitarianisme Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrim adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total. Sistem ini adalah lebih ketara dari sistem diktator atau negara
11

polis police state dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara relahati akan patuh dengan kerajaan. Kadangkala kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang total ini. Pada asalnya perkataan ini telah digunakan oleh Benito Mussolini bagi rejimnya di Itali. Sewaktu Perang Dunia II, Hannah Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan diantara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori sivik. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar darinya seperti rejim Franco di Sepanyol, dan Mussolini Itali sebelum Perang Dunia II, dan juga rejim komunis seperti

di Yugoslavia dibawah pimpinan Tito dan China dibawah Deng Xiaoping, adalah lebih bersifat autoritarian berbanding totalitarian. Namun terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman dibawah pimpinan Adolf Hitler adalah beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing. Khmer Rouge dibawah kerajaan Pol Pot yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada masyarakat dimana lebih kurang dua juta rakyatKemboja telah dijadikan mangsa penindasan rejim tersebut. Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini misalnya, Hitler, Stalin,

12

Mao Ze Tung, Mussolini, Pol Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara. Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek dinegara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme

Kesimpulan Kerajaan boleh melakukan pelbagai fungsi dalam menguruskan negara melalui pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat negara, Ini termasuklah berperanan sebagai pelindung, pemberi pengadilan, pengawal, pengusaha dan penghukum dalam proses mengagihkan nilai masyarakat. Usaha pengelasan kerajaan adalah bertujuan untuk mengasingkan ciri-ciri yang paling penting daripada yang kurang penting dalam sesuatu sistem politik. Pengelasan bermula daripada pendekatan perbandingan dan juga dari segi matlamatnya. Selain itu, skema pengelasan juga mungkin bertujuan menunjukkan hubung kait antara pembolehubah-pembolehubah yang berlainan. Satu perkara yang dilihat penting ialah perhubungan antara jenis sistem politik dan struktur sosioekonomi.

13

Rujukan Katni kamsona Kibat. 1986.Asas Ilmu Politik. Institut Teknologi Mara. Shah Alam. K. Ramanathan. 2003. Asas Sains Politik Edisi Ketiga. Penerbit Fajar Bakti. Shah Alam. Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif.2009. Bentuk-bentuk Pemerintahan.PKP UKM. Bangi. Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerintahan_beraja. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201-demokrasiberparlimen.html

14

You might also like