Akta Dalam Demonstrasi Malaysia 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011

bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak .[1] Enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.

Latarbelakang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan [2] seperti Perhimpunan Bersih 2011, Perhimpunan Hindraf 2007 dan Gerakan Mansuhkan ISA dan Gerakan Mansuh PPSMI. Ia meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat. Ia dibahaskan oleh enam ahli Parlimen selama empat jam. Antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PASMarang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. [sunting] Ciri-ciri selepas pindaan 1. Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu protes jalanan; (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak. 1. Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur. 2. Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari. 3. Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis. 4. Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut daripada daripada 48 jam kepada 24 jam. 5. Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam. 6. Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari. 7. Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai 8. Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[3] 9. Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan 10. Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan. 11. Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter . [sunting] Bantahan dan tempelak 1. Pada 24 November 2011, sebuah NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen. Turut serta ialah pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pemimpin Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).[4]

2.

3.

Semua ahli Parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat bertindak keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak setuju dengan RUU Perhimpunan Aman itu.Ia dianggap undang-undang 'draconian' yang zalim seperti negara Myanmar dan Zimbabwe sedangkan Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat berhimpun.[5] Akta itu akan dicabar di mahkamah.ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan dan peguam, Edmund Bon dari 'Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights' akan membawanya ke mahkamah.

[6]

1.

2.

3.

4.

Ia lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.Denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan. Presiden Lim Chee Wee dari Majlis Peguam Malaysia menganjurkan 'perarakan peguam' atau Walk for Freedom 2 di hadapan bangunan Parlimen pada 29 November 2011, ketika rang undang-undang itu dibahaskan . Memorandum yang diiring lebih 1000 peguam, diserahkan kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. Mereka berarak dari Taman Tasik Perdana. Secara sinis katanya, negara ini juga terbentuk daripada perarakan besar yang diketuai oleh Datuk Onn Jaafar pada Februari 1946.[7] Lim Chee Wee menyatakan bahawa amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan .[8] Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menilai undanh-undang baru ini bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun.[9]

Undang-Undang Perhimpunan Aman perlu untuk elak demonstrasi 24/11/2011 5:26pm

BANDAR BAHARU 24 Nov. - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat dua hari lepas perlu mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen kerana ia akan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah kerajaan memperkenalkan undang-undang itu menunjukkan kesediaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi ruang lebih luas kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat tanpa ada sekatan dan halangan tetapi dalam keadaan terkawal. "Ini sepatut dilihat sebagai perkembangan proses transformasi politik yang lebih besar, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan penyerahan secara simbolik wang RM100 kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah agama di Dataran Serdang di sini hari ini. Katanya, jika pembangkang tidak menyokong dan tidak berpuas hati dengan undang-undang baru itu, ia mungkin diandaikan mereka melihat ia sebagai sekatan dan halangan untuk mereka. "Ada perlakuan mereka tidak disenangi rakyat seperti demonstrasi jalanan. Dengan rang undang-undang baru ini, demonstrasi jalanan tidak dibenarkan. Kalau nak suarakan, (mestilah) ikut peraturan... ini sudah disediakan ruang lebih luas untuk rakyat suarakan pandangan, katanya. - Bernama

Peguam, orang ramai mula berhimpun Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini. Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang

tindakan. Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil. Perarakan yang dinamakan Walk for Freedom, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini. Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama. LAPORAN LANGSUNG 1:05pm Kumpulan NGO itu berteduh di bawah pokok, sementara hadirin Majlis Pehuam yang jauh lebih besar itu masih lagi bertenaga dan melaungkan 'Hidup Rakyat, Hidup Himpun' beberapa kali, tanpa henti. Kumpulan NGO itu, membisu tanpa sebarang laungan. Sebelum itu, kenderaan yang lalu lalang sekitar jalan di sini, turut membunyikan hon kepada hadirin Majlis Peguam sebagai tanda sokongan. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen hadir ke sini, antaranya Tian Chua dan Mujahid Yusuf Rawa sebagai tanda sokongan mereka. 12:55pm Peserta kumpulan itu yang sekarang berjumlah kira-kira 100 orang membakar kemeja T berwarna kuning. Polis bertindak menghalang mereka. 12:50pm Wakil NGO yang menentang itu, Zulkifli Sharif memberitahu wartawan mereka melancarkan perhimpunan hari ini bagi membalas perhimpunan Majlis Peguam yang didakwa mempunyai agenda politik. "Kami nampak kumpulan Majlis Peguam memegang poster yang menggalakkan seks bebas, katanya. 12:48pm Sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen. 12.45pm: Kumpulan Majlis Peguam dan Jaringan Melayu Malaysia sampai di sebuah jambatan yang menghubungkan pintu masuk ke Parlimen. Kedua-dua kumpulan berada di jalan bersebelahan. Kumpulan Jaringan Melayu Malaysia itu dipercayai adalah anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara. Kumpulan Majlis Peguam terus melaungkan: "Bebas, bebas! Bebas himpun!" Manakala Jaringan Melayu Malaysia membalas dengan: "Kami tentang seks bebas!" dan Amar Makruf Nahi Mungkar. 12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen. Mereka mematuhi arahan itu. Lim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam bersiap sedia untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan nota bantahan mereka. Orang ramai yang berkumpul mula bernyanyi. Antaranya, lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan hidup rakyat berulang kali.

12:30pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan mereka mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat. 12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: Kami pelindung YB. 12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman. "Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan." 11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi. 11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk. NONE"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!, katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat. Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu. 11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan tepukan gemuruh. 11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang. 11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini. Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu. 11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat. Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalahguna. Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan boo para hadirin. "Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan? "Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM. 11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin. 11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill'

dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'. 11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik. Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini. 11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir. 11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media. 11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan. "Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara. 11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa. Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam. 11:05am: Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas. 11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning. 11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari. 11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba. 10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang. 10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam. 10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang. 10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini. Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan. 10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen. 10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.

Zaman belia Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis. Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

ISA 1960

Malaysia

Tajuk Panjang:

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

Tarikh

Perkenan DiRaja:

1960

Penggubalan:

1960

Pembatalan:

dalam proses

Undang-Undang Lain

Pindaan:

1988

Undang-undang berkaitan:

Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1955

Status: Sebahagiannya Dipinda

pbs Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia, melibatkan beribu-ribu

orang[perlu rujukan] termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad. [perlu rujukan] Namun pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.[1]

[sunting] Maksud akta Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA. ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. [perlu rujukan] [sunting] Sejarah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[2] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menahan sesiapa pun tanpa merujuk kepada mahkamah. Sebaliknya tahanan mempunyai hak representasi di hadapan Lembaga Penasihat yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan[3] [sunting] Perundangan Seksyen-seksyen berkaitan Akta ini adalah seperti berikut: Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: "Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya." Sek 8. Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang "(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan manamana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, Menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun" [sunting] Penahanan Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting. [sunting] 60 hari pertama Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

[sunting] Penyeksaan Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka. [perlu rujukan] [sunting] Pembebasan Kendatipun kerajaan boleh membebaskan tahanan tanpa bersyarat, dalam sesetengah kes, ia telah menuntut mereka yang dibebaskan untuk membuat "pengakuan" umum di televisyen dan radio.[4] [sunting] Kritikan Tulisan graffiti di dinding bangunan di Kuala Lumpur yang membawa saranan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan menggesa pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta sungguhpun mereka memiliki akta yang serupa seperti Akta USA PATRIOT. [sunting] Dalam negara Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR. Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum." [sunting] Luar negara Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya. [sunting] Pecahan tahanan ISA[5] Pada 17 November 2007, seramai 74 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Berikut adalah bilangan tahanan ISA dari 2004-2009:

Punca ? Kesalahan

Bilangan

Catatan

Jemaah Islamiah

18 orang Mereka dikaitkan dengan Al Qaeda

Daulah Islamiyah / Darul Islam Sabah

17 orang

beroperasi di Tawau, Sabah keturunan Filipina

Pemalsuan wang syiling RM1

17 orang Wang syiling dihapuskan.

Pemalsuan dokumen pengenalan

29 orang

Pemalsuan pasport rakyat China

Penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI)

Gerakan Militan Selatan Thailand, Pejuang Pemisah Selatan Thailand

7 orang

Agen perisik asing

7 orang

Jika tahanan merayu dan memenuhi syarat, Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memberi bantuan RM200.00 setiap bulan kepada keluarga tahanan.[6] [sunting] Pemansuhan Pada malam 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus bersama-sama dengan Akta Buang Negeri 1959 dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih efektif dalam menandingi masalah keganasan.[

Pada 31 Disember 2009, Hakim Datuk Lau Bee Lan memustuskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah' untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam. Hujah itu berdasarkan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu daripada segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak terhadap kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KK) adalah merupakan salah satu bahagian daripada 25 bahagian utama di dalam Kementerian Dalam Negeri.

Secara umumnya fungsi Bahagian KK adalah untuk memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang berkait keselamatan dalam negeri.

Bahagian KK pada asasnya merangkumi tiga (3) aspek penting iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Elemen pertama dan kedua iaitu pencegahan dan penguatkuasaan direalisasikan melalui pelaksanaan Undang-Undang Pencegahan sedia ada yang telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian ini iaitu:

1. 2. 3. 4.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960; Ordinan Darurat (Ketenteraman Awan dan Mencegah Jenayah) 1969; Akta Mencegah Jenayah 1959;dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

Elemen ketiga iaitu Pemulihan direalisasi melalui program pemulihan yang telah dirangka terhadap tahanantahanan yang telah dikenakan perintah tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA).

Visi

Menjamin Keselamatan Dalam Negeri Terpelihara

Misi

Mentadbir Urus Dasar Keselamatan Dalam Negeri Bagi Memastikan Kedaulatan, Keutuhan, Keamanan Dan Kepentingan Negara Serta Rakyat Terjamin Dari Ancaman Keselamatan Dalam Negeri.

Objektif

1. 2.

Mengekalkan keamanan dan keselamatan negara Membanteras segala bentuk ancaman berunsur sabversif, ekstremis, spionaj,sabotaj, kekerasan dan keganasan.

3.

Memastikan keselamatan dan keharmonian rakyat Malaysia terjamin

Fungsi Utama Bahagian

1.

Menentukan pelaksanaan dasar- dasar yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam supaya keselamatan negara terpelihara;

2.

Menentukan supaya pelaksanaan undang- undang dan peraturan dilaksanakan dengan teliti, adil dan berkesan;

3.

Memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara melalui kerjasama serantau dan global dengan negara luar/asing yang mempunyai kepentingan bersama dalam bidang keselamatan.

4.

Memastikan pemantauan terhadap undang-undang, peraturan dan program pemulihan dilaksanakan dengan berkesan.

5.

Mengkaji kesesuaian dan keberkesanan dasar, undang-undang dan peraturan yang sedia ada selaras dengan keadaan dan keperluan semasa.

You might also like