EDU Asg - Group

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Struktur Masyarakat / Kelas Sosial

Melayu

Struktur Masyarakat Di Malaysia India Cina

Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

cara pertama

keturunan/ kasta tingkat pendidikan kekayaan usia

cara kedua

suku bangsa ras golongan jenis keluaga agama

Terdapat dua cara untuk menganalisis struktur sosial: Cara pertama ialah keturunan atau kasta, tingkat pendidikan, kekayaan dan usia. Bagi kaum Melayu dahulunya mementingkan taraf pendidikan kepada kaum lelaki berbanding perempuan. Begitu sama juga bagi kaum Cina pada masa dahulu. Namun kini, perbezaan menunjukkan pendidikan dinaiktaraf dan peluang tingkat pendidikan diberikan kepada semua tanpa mengira jantina. Bagi kaum Cina pula, taraf pendidikan merupakan aspek penting dalam meningkatkan taraf ekonomi. Kaum India pula, dahulunya faktor pekerjaan mempengaruhi tingkat pendidikan. Hal ini kerana, kaum India yang memasuki negara ini bekerja sebagai pekerja ladang sahaja dan tidak mampu untuk menghantar anak-anak untuk belajar. Walau bagaimanapun struktur sosial kini telah berubah dan memberi peluang kepada semua kaum untuk memperolehi ilmu dan kemahiran di sekolah-sekolah dan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

Melalui cara kedua bagi menganalisis struktur sosial ialah melalui suku bangsa, ras, golongan, jenis keluarga, agama. Cara kedua ini membantu melihat aspek fungsi dan adat. Contohnya aspek jenis keluarga. Jenis keluarga merujuk kepada perbezaan taraf keluarga sama ada terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan perpendapatan rendah. Kebiasaannya setiap kaum akan mewarisi pekerjaan tradisi ibu bapa mereka dan berada dalam kelas sosial yang tersendiri. Orang-orang yang berada dalam jenis keluarga berada dahulunya dianggap merupakan golongan yang mempunyai kedudukan dan berpendidikan tinggi dan sebaliknya kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Namun, melalui proses perubahan mobiliti sosial yang semakin pesat telah memberi peluang kepada semua kaum tidak kira tingkat jenis keluarga dapat bernaung di bawah satu bumbung bagi mendapatkan peluang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Hal ini dapat dilhat dengan peningkatan luar

Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya murid bawahan berpeluang bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain. Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka. Hubungan yang baik dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi antara kaum-kaum yang berbeza.

Struktur Masyarakat Melayu Tradisional

Sultan Kelas Hieraki Tertinggi Kelas Bangsawan: Kaum Keluarga Diraja Kelas Pembesar : Pembesar Negeri /daerah

Rakyat Biasa : Golongan Diperintah

Setiap ahli Masyarakat mempunyai Tanggungjawab Sosial yang diterima dan diakui umum. Ikatan ini dinamakan Kontrak Sosial.

Struktur Masyarakat Cina

Kumpulan intelektual: ahli pemikiran, guru

Kumpulan petani

Struktur Masyarakat Cina

Kumpulan peniaga

Penjawat awam: termasuk tentera

Struktur Masyarakat India Sistem Kasta Kelas Brahmin Ksatriya Vaisya Sudra Pekerjaan Paderi dan guru Pendekar dan pemerintah Petani, pedagang dan pelukis Buruh

Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya. Retrieved Mac 1, 2013, from http://kheru2006.i8.com/EDU3106/2_SosioBudaya.htm Sifat Abas. (2011, December 17). Topik 2 Kesedaran Pelbagai Budaya 2a. Retrieved Mac 1,2013, from http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-2kesedaran-pelbagai-budaya-2a Hazel Bug (2012, May 16). Bab 2 Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya. Retrieved Mac 1, 2013, from http://www.slideshare.net/HazelBug/bab-2kesedaran-kepelbagaian-sosiobudaya Stryders90 (2012, September 09). Struktur Sosial. Retrieved Mac 1, 2013, from http://www.scribd.com/doc/107168978/struktur-sosial

You might also like