Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI PERGERAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU LANGKAH KETENTERAAN Apabila darurat diisytihar, Tanah Melayu telah

diletakkan di bawah pentadbiran tentera British dan undang-undang darurat diisytihar.i Di bawah Peraturan-peraturan Darurat 1949, secara automatiknya, semua parti politik berhaluan kiri terutamanya PKM telah diharamkan. Malah, kerajaan boleh menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara, membuang negeri sesiapa yang dianggap menggugat keamanan negeri dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang dianggap bersubahat. Langkah kerajaan seterusnya ialah perluasan pasukan tentera di mana Sir Gerald Templer telah berusaha menambahkan kekuatan tentera di Tanah Melayu. Antaranya ialah penubuhan mata-mata khas Melayu dan Pasukan Polis Persekutuan diperbesarkan selain itu, antara tahun-tahun 1951-1953, Pasukan Pengawal Kampung (Home Guards) telah diwujudkan untuk membantu memperkukuhkan pertahanan menentang revolusi bersenjata PKM.ii Dalam pada itu, sebanyak 23 batalion askar telah dihantar dari Britain dan negaranegara Komanwel untuk membantu dalam serangan yang lebih agresif terhadap komunis di hutan.iii Terdapat banyak sekatan jalanraya dan kawalan kampung telah diadakan di tempattempat strategic seperti di simpang jalan dan kawasan-kawasan yang berisiko.iv Dalam pada itu, pada tahun 1951, kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan langkah pengerahan masuk tentera ke atas rakyatnya yang sihat dan kuat untuk bersama-sama berjuang menentang pengganas-pengganas komunis. Perintah berkurung juga telah dikeluarkan di kawasan komunis yanh aktif di samping memperkenalkan kawasan hitam dan putih pada tahun 1952 oleh Gerald Templer di mana kawasan-kawasan putih yang bebas daripada kegiatan komunis dilonggarkan peraturan-peraturan darurat manakala kawasan-kawasan hitam yang masih aktif komunis diperketatkan lagi kawalannya.v LANGKAH BUKAN KETENTERAAN Kerajaan British juga telah memperkenalkan penggunaan kad pengenalan untuk warga Tanah Melayu yang berusia dua belas tahun ke atas. Mereka wajib untuk membawa kad pengenalan tersebut ke mana-mana untuk memudahkan pengesanan anasir-anasir komunis. Ini menyebabkan ramai pemimpin komunis melarikan diri ke hutan akibat takut diberkas oleh pihak kerajaan. Selain itu, pihak kerajaan telah melancarkan skim penempatan semula setinggan Cina di bawah Rancangan Briggs. Hal ini bertujuan menempatkan semula setinggansetinggan Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung

baru untuk melindungi mereka yang dipaksa membantu PKM dan lebih penting bagi menghapuskan sistem bekalan komunis. Menjelang tahun 1952, seramai 400 000 orang setinggan Cina telah ditempatkan semula di lebih kurang 400 buah kampung baru. Di tempat baru terbabit, British telah membina pos keselamatan dan meletakkan Home Guards untuk berkawal di samping pasukan polis yang menggunakan ejen perisik. Kawalan ketat oleh pasukan keselamatan telah menyelamatkan penduduk kampung daripada ancaman komunis. Hubungan orang cina dengan komunis menjadi lemah dan komunis mengalami masalah kekurangan bekalan makanan dan sumber. Penempatan semula ini telah berjaya melemahkan PKM yang terpaksa keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera kerajaan. Catuan makanan juga telah dikenakan bagi mengelak komunis mendapat bekalan makanan.vi Oleh itu, pihak British telah mengawal penjualan dan pengangkutan bahan makanan di samping mencatat nama pelanggan dan kuantiti yang dibeli. Orang ramai pula diberi kupon utnuk mendapatkan makanan berdasarkan jumlah ahli keluarganya sahaja. Langkah yang ketiga ialah penubuhan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasajawatankuasa Kerja Perang di peringkat daerah dan negeri melalui Arahan No. 1 bertarikh 16 April 1950. Majlis Perang Persekutuan dianggotai pegawai-pegawai atasan, polis, tentera udara dan darat bertujuan merancang dasar perang umum manakala Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan daerah berperanan mengkoordinasikan rancangan-rancangan operasi dalam menentang pengganas-pengganas komunis. Salah satu langkah penting ialah perang saraf atau perang psikologi yang digunakan oleh Jeneral Sir Gerald Templer pada bulan Januari 1952. Dalam menjalankan perang psikologi, Antara langkah-langkah perang psikologi yang telah dijalankan ialah pindaan peraturan-peraturan kewarganegaraan yang membolehkan lebih ramai orang bukan Melayu menjadi warganegara dan proses pilihanraya majlis-majlis tempatan bagi mewujudkan rasa tanggungjawab rakyat terhadap negara mereka dan membawa mereka ke arah berkerajaan sendiri. Dengan itu, rakyat digalakkan untuk memberi maklumat-maklumat untuk membolehkan penangkapan gerila-gerila komunis selain daripada mendapat hadiah wang tunai yang diberikan kerajaan. Gerila-gerila komunis juga digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam hutan di mana mereka akan diampunkan dan dibantu menyesuaikan diri semula dalam penghidupan baru mereka. Satu rundingan yang diberi nama Rundingan Baling turut diadakan pada 28 disember 1955 atas permintaan Chien Peng.vii Namun rundingan tersebut dikatakan gagal. PKM semakin terhimpit selepas Tanah Melayu diisytihar merdeka kerana mereka telah gagal membina kerajaan yang diidam. Namun kerajaan berterusan mengatur tindakan untuk mematahkan komunis sehingga tertamatnya darurat pada 31 Julai 1960.

Ho Hui Ling. ( Pasukan Polis dan Persekutuan dan Mata-mata Khas diperbesarkan menjadi 70 000 orang di samping. Tugas utama ialah mendapatkan maklumat dan panduan untuk gerakan pasukan pasukan keselamatan. Kejayaan utama ialah membanteras anasir subvertif sehingga tertangkap Lee Meng yang merupakan seorang ejen komunis cekap. iii Bantuan ketenteraan Negara komenwel adalah dari Britain, Australia, New Zealand, Fiji dan Gurkha.
ii iv

Dalam sekatan jalanraya, mereka akan memeriksa dan merampas barang yang diharamkan seperti makan yang melebihi had. v Kawasan hitam yang pertama ialah Gua Musang dan kawasan putih yang pertama adalah Melaka. vi Menurut responden, seorang Home Guard pada zaman darurat vii Rundingan Baling diadakan di antara wakil PKM dan wakil kerajaan. Pihak kerajaan menawarkan pengampunan kepada seluruh anggota komunis yang menyerah diri tetapi wakil PKM menuntut supaya PKM diiktiraf sebagai parti sah dan mereka bebas mengamalkan ideologi mereka. Rundingan akhirnya gagal.

You might also like