Tajuk 5-Terapi Cerita

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

TAJUK 5 : BINCANG DAN KENDALIKAN SATU BENGKEL HANDS-ON UNTUK TERAPI KANAK-KANAK DI SEKOLAH.

(TERAPI BERCERITA)
DISEDIAKAN OLEH: AKMAL ADIBAH BINTI D Z AYA O L A K M A L SITI AMINAH BINTI WAHAB P E N S YA R A H P E M B I M B I N G : PN SITI AISHAH BINTI HAMID

DEFINISI
Mok Soon Sang (2011) mendefinisikan bercerita adalah satu aktiviti digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej, dan suara. Choong Lean Keow (2010), teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita digunakan sebagai hiburan, pendidikan, pengekalan budaya dan pemupukan nilai-nilai moral.

Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi bercerita menggunakan cerita rekaan kanakkanak sebagai asas untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas untuk meneroka alternatif penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi. Helen Keller, dalam The Story of My Life (1903) menulis, mendengar cerita merupakan cara yang paling mudah dan secara semulajadi untuk kanakkanak menguasai bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsikan dunia secara rasional.

TUJUAN
Media komunikasi antara ahli terapi dan klien

Menggabungkan maklumat verbal dan nonverbal yang dibekalkan oleh klien semasamereka menyampaikan cerita yang akanmembawa kepada hasil yang diharapkan.
Membuat pengenalan dan membentuk visualserta imej dalamankepada klienselesaikanmasalah

BERCERITA SEBAGAI SATU PENDEKATAN TERAPI


Cerita dikaitkan dengan masalah atau pengalaman hidup

Penerapan nilai murni dan pengajaran

Menambah keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan dan idea

Menggalakkan komunikasi dan hubungan sosial yang positif

ELEMEN CERITA
Plot :
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwaperistiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.

Watak-perwatakan:
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.

Sambungan

Latar belakang
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu: (a) Latar tempat : Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi. (b ) Latar waktu atau masa : Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya. (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat : Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

Sambungan

Nilai-nilai murni
Nilai murni pula ialah sesuatu peristiwa atau perbuatan yang suci.

Pengajaran
Pengajaran yang dimaksudkan dalam novel ialah suatu pengalaman yang menjadi ikhtibar kepada para pembaca. Selalunya pengarang akan menyampaikan pengajaran mengenai kehidupan seharian manusia, mengenai percintaan para remaja dan bermacam-macam lagi.

TEKNIK TERAPI CERITA

Sensitif

Galakkan kanakkanak reka cerita

Teknik

Terapi
Bercerita
Positif

Kreatif

Mok Soon Sang menyatakan bahawa teknik bercerita terbahagi kepada 4 iaitu :
a) Sensitif : Terapis yang berpengalaman akan menggunakan teknik supaya cerita itu tidak seakan-akan menyamai situasi yang dialami klien. b) Kreatif : Cerita haruslah disampaikan dengan penuh kreatif,semangat dan sepenuh perasaan. Seeloknya pemilihan nada dan bahan sokongan juga perlu ada. c) Positif : Sentiasa mengakhiri cerita dengan peristiwa positif dan kejayaan watak menyelesaikan masalah. d) Menggalakkan kanak-kanak bercerita : Selepas mendengar cerita,kanak-kanak digalakkan untuk mereka cerita serupa dengan tema cerita yang tadi.

KEPENTINGAN TERAPI BERCERITA


1. Menggambarkan emosi dalaman

2. Menyediakan pengalaman hadapan


3. Mengajar penyelesaian masalah secara kreatif 4. Menunjukkan tindakan dan akibat

PROSES/PERINGKAT BERCERITA

Semasa Sebelum Selepas

PROSES / PERINGKAT

Aktiviti Bercerita Berpusatkan Guru Sebelum :


a) Guru harus memilih cerita, tema yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya.

b) Sebelum sesi bercerita bermula, guru harus menghafal isi-isi penting.


c) Sediakan alat bantu untuk mengajar. d) Sediakan soalan untuk murid. e) Menyusun tempat duduk.

Semasa :
a) Menggunakan alat bantu untuk bercerita. b) Pastikan murid bersedia mendengar cerita. c) Kedudukan guru boleh dilihat oleh semua murid. d) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.

e) Kontak mata antara guru dengan murid.


f) Suara guru jelas dan lantang. g) Intonasi yang sesuai berdasarkan situasi dalam cerita.

Selepas:
a) Aktiviti susulan : soal jawab- isi cerita, nilai-nilai murni. Minta murid mengulang cerita. Perbincangan dengan murid tentang tema, nilai yang terkandung dalam cerita.

AKTIVITI BERCERITA BERPUSATKAN MURID


Kanak-kanak akan menyampaikan cerita, guru B&K akan mengemukakan versi alternatif yang mengandungi cara-cara penyelesaian yang lebih sihat terhadap konflik dalam versi kanakkanak tadi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan anak patung, atau boneka agar isu-isu yang sukar atau segan dilafazkan seperti penderaan fizikal atau seksual dapat disampaikan dengan jelas. Oleh itu murid memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru seperti bercerita, menjawab soalan dan aktiviti susulan. Murid akan berusaha dan berlatih untuk mempersembahkan cerita yang menarik dan sesuai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh guru mengikut perspektif individu.

Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh guru semasa proses penyampaian supaya murid dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan keupayaan diri. Di samping meningkatkan keyakinan diri, murid juga dapat meluahkan perasaan dan idea mereka dengan cara yang sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan harta benda jika mereka berhadapan dengan masalah.

Dengan terapi bercerita, mereka dapat mengaitkan diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan pendapat guru dan kawan-kawan.

AKTIVITI HANDS ON
Tajuk : Si Arnab Dan Si Kura-kura

Tema : Kesombongan membawa padah.


Watak Perwatakan : Si Arnab dan Si Kura-kura Bahan bantu : buku pop-up (Si Arnab Dan Si Kura-kura)

RUJUKAN
Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Subang Jaya :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Iskandar Carey. ( 1976). Orang Asli The Aboriginal Tribes of Penisular Malaysia. Kuala Lumpur : Oxford University Press. http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/terapi-terapi-kaunselingdan-bimbingan.html

You might also like