Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai penduduk untuk menunjukkan jumlah

penduduk Malaysia mengikut umur dan jantina pada tahun 1999.

Sebagaimana struktur kependudukan di Negara-negara sedang membangun yang lain, struktur kependudukan di Malaysia menunjukkan bentuk pyramid. Ini bermakna jumlah penduduk mengikut kumpulan umur ketara berbeza dengan memperlihatkan keadaan bahawa penduduk yang berusia muda, jauh lebih ramai daripada jumlah penduduk yang berusia lanjut. Jumlah penduduk lelaki yang berumur di bawah Sembilan tahun berjumlah 3.65juta orang. Jumlah ini menunjukkan lebihan seramai 2.65juta orang berbanding jumlah lelaki yang berumur 80 tahun ke atas. Jumlah lelaki yang berumur 10-19 tahun pula kurang seramai 0.56juta orang berbanding yang berumur di bawah Sembilan tahun. Bilangan lelaki berumur 20-29 tahun terus berkurangan seramai 0.15 juta orang berbanding kumpulan umur yang sebelumnya. Jumlah penduduk lelaki yang berumur antara 30-39 tahun pula mencatatkan angka 2.54 juta orang, manakala peringkat umur yang seterusnya ialah 2.15 juta orang. Jumlah lelaki yang berumur antara 50-59 tahun pula ialah seramai 2.0juta orang dan untuk kumpulan umur yang seterusnya,berkurangan seramai 0.15juta orang. Bagi kumpulan umur yang seterusnya, iaitu yang berumur antara 70-79, jumlahnya ialah 1.62juta orang. Jumlah penduduk perempuan memperlihatkan angka yang lebih kecil pada peringkat umur rendah berbanding lelaki. Tetapi, pada peringkat umur yang lebih tinggi, kelihatan bahawa penduduk perempuan melebihi penduduk lelaki. Pada peringkat umur di bawah Sembilan tahun, jumlah penduduk perempuan kurang sebanyak 0.31juta orang berbanding kanak-kanak lelaki. Tetapi, pada usia tertua, jumlah perempuan melebihi lelaki seramai 0.99juta orang. Pada peringkat umur antara 70-79 tahun, bilangan perempuan ialah 1.84juta orang, manakala pada peringkat umur yang sebelumnya, menunjukkan lebihan seramai 0.05juta orang. Jumlah penduduk yang kedua teramai bagi perempuan adalah yang berumur antara 10-19 tahun, iaitu seramai 2.91juta orang. Jumlah ini menunjukkan lebihan seramai 0.16 juta orang berbanding kumpulan umur antara 20-29 tahun. Mereka yang berumur antara 50-59 tahun berjumlah 2.10juta orang dan jumlah ini menunjukkan kurangan 0.15juta orang berbanding kumpulan umur yang sebelumnya. Kumpulan penduduk perempuan yang berumur antara 30-39 tahun pula mencatat angka 2.40juta orang. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Banci penduduk 1999, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001.

You might also like