Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan 1: Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai untuk menggambarkan data

tentang nilai eksport Negara T sehingga bulan Disember 2005. Dengan meningkatkan galakan eksport selepas negara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk sejak bulan Julai 1997 sehingga pertengahan tahun 1998, jumlah eksport Negara T telah meningkat sebanyak 7.38% atau RM9.4 bilion pada bulan Disember 2005 berbanding bulan Disember 2004. Nilai eksport yang dicatat pada tahun 2004 ialah RM120 bilion. Antara enam barang eksport utama Negara, petroleum mentah mencatatkan angka yang tertinggi, iaitu sebanyak RM36.77 bilion. Ini diikuti oleh hasil yang berkaitan dengannya, iaitu gas asli cecair yang mencatatkan jumlah RM34 bilion. Lazimnya, gas asli cecair didapati di kawasan di mana petroleum mentah digerudi. Barang eksport yang ketiga terbanyak menyumbang kepada pendapatan negara T ialah barang eletrik. Barang elektrik seperti penyaman udara, radio, televisyen dan sebagainya dieksport ke seluruh dunia dan angka yang dicatatkan pada tahun 2005 adalah sebanyak RM53.54 bilion. Seterusnya ialah barang tekstil, terutama batik dan sutera yang bernilai RM15.05 bilion. Hasil eksport yang terkecil pada tahun ini ialah kayu balak. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk mengekalkan ekosistem yang baik dan mengawal pembalakan. Nilai yang dicatatkan adalah sebanyak RM3.52 bilion. Barang eksport yang bersifat tradisional, iaitu getah juga mencatat angka yang agak menggalakkan, iaitu RM16.52 bilion.

Soalan 1: Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai untuk menggambarkan data tentang nilai eksport Negara T sehingga bulan Disember 2005. Dengan meningkatkan galakan eksport selepas negara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk sejak bulan Julai 1997 sehingga pertengahan tahun 1998, jumlah eksport Negara T telah meningkat sebanyak 7.38% atau RM9.4 bilion pada bulan Disember 2005 berbanding bulan Disember 2004. Nilai eksport yang dicatat pada tahun 2004 ialah RM120 bilion. Antara enam barang eksport utama Negara, petroleum mentah mencatatkan angka yang tertinggi, iaitu sebanyak RM36.77 bilion. Ini diikuti oleh hasil yang berkaitan dengannya, iaitu gas asli cecair yang mencatatkan jumlah RM34 bilion. Lazimnya, gas asli cecair didapati di kawasan di mana petroleum mentah digerudi. Barang eksport yang ketiga terbanyak menyumbang kepada pendapatan negara T ialah barang eletrik. Barang elektrik seperti penyaman udara, radio, televisyen dan sebagainya dieksport ke seluruh dunia dan angka yang dicatatkan pada tahun 2005 adalah sebanyak RM53.54 bilion. Seterusnya ialah barang tekstil, terutama batik dan sutera yang bernilai RM15.05 bilion. Hasil eksport yang terkecil pada tahun ini ialah kayu balak. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk mengekalkan ekosistem yang baik dan mengawal pembalakan. Nilai yang dicatatkan adalah sebanyak RM3.52 bilion. Barang eksport yang bersifat tradisional, iaitu getah juga mencatat angka yang agak menggalakkan, iaitu RM16.52 bilion.

Soalan 2: Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan sebuah carta pai yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan terpilih Malaysia bagi tahun 2004.
Nilai eksport beberapa barangan terpilih bagi tahun 2004 dianggarkan berjumlah RM126 641 juta. Daripada jumlah ini, 9.84% atau RM12 463 juta adalah bahan mentah yang tidak boleh dimakan seperti kayu balak dan kelapa sawit. Eksport bahan mentah yang tidak boleh dimakan ini dilakukan ke beberapa negara. Pakistan adalah Negara yang menjadi pembeli utama kelapa, manakala Korea Selatan merupakan pasaran getah utama Malaysia. Pasaran kayu-kayan Malaysia adalah ke Thailand, Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Sementara itu, eksport bahan-bahan makanan, minuman, dan tembakau pula berjumlah RM11 654 juta, iaitu kurang RM809 juta berbanding dengan eksport bahan mentahg yang tidak boleh dimakan. Bahan-bahan makanan ini termasuklah bahan-bahan makanan yang telah diproses seperti buah-buahan dalam tin, biskut dan sebagainya. Permintaan yang tinggi terhadap bahan makanan mencerminkan harga yang lebih baik bagi pasaran barangan tersebut. Antara Negara yang menjadi pasaran eksport bahan makanan Malaysia termasuklah Amerika Syarikat, Singpura, China, dan negara-negara EC. Eksport minyak dan sayuran mencatatkan nilai tambahan yang melebihi sekali ganda, iaitu sebanyak RM14 873juta berbanding dengan eksport bahan makanan pada tahun 2004. Pembeli utama sayur-sayuran Malaysia ialah Singapura. Sementara itu, eksport bahan kimia adalah berjumlah RM29 965 juta, manakala eksport barangan kelengkapan pengangkutan merupakan nilai eksport paling rendah bagi eksport barangan terpilih ini dengan berjumlah RM5 324 juta pada tahun 2004. Dalam pada itu, eksport bagi barangan pembuatan merupakan nilai eksport yang tertinggi dengan jumlah RM40 708 juta berbanding dengan nilai eksport barangan lain. Secara keseluruhannya, prospek eksport barangan terpilih adalah lebih baik berbanding dengan prospek bagi barangan yang sama pada tahun 2003. Eksport barang terpilih ini telah menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan pendapatan eksport negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan 2005, Jabatan Perangkaan Malaysia)

You might also like