Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SOALAN

Pilih satu cabang falsafah pendidikan barat yang dianggap paling sesuai digunakan pada masa kini. Bentangkan rasional pemilihan tersebut?

Aliran rekonstruktivisme

PENGENALAN REKONSTRUKTIVISME

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Perkataan Rekonstruktivisme ataupun reconstruct dalam bahasa inggeris membawa maksud menyusun kembali. Pelopor utama aliran fahaman Rekonstruktivisme ialah George S. Counts (18991947) dan Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah menyokong pragmatisme John Dewey.

MALAYSIA PADA MASA KINI


Kualiti hidup sosial dan proses perbandaran merupakan cerminan tamadun manusia dalam pembangunan

sesebuah negara. Kedua-duanya mempunyai pertalian


yang erat dalam menentukan tahap sosio-ekonomi

penduduk setempat walaupun sukar untuk diselarikan. Ini disebabkan proses perbandaran yang sebahagian besarnya berpunca daripada pertambahan bilangan penduduk

sering berdepan dengan masalah dan isu kualiti hidup


sosial di sesebuah bandar.

Pembangunan bandar yang pesat secara langsungnya menuntut

perubahan paradigma baru dalam kalangan penghuninya yang


akhirnya menjadi titik penentu terhadap kualiti hidup sosial sesebuah masyarakat bandar. Dengan ini suatu kerangka pembangunan fizikal

yang melibatkan proses perbandaran dan spiritual yang melibatkan


manusia dan kemanusiaan hendaklah dirancang secara komprehensif. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kualiti hidup sosial yang mempunyai nilai-nilai ketamadunannya yang tersendiri tanpa

menghadapi dilema dan kekeliruan dalam memahami budaya kehidupan bandar yang selama ini dianggap sebagai pusat segala penyakit sosial.

Rasionalnya:
Tugas utama pendidikan harus mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk Order Baru Masyarakat sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.

THEODORE BURGHARD HURT BRAMELD berpendapat: Pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemenelemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut.

Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat contohnya ialah nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sekolah seharusnya mengamalkan prinsip rekonstruktivisme supaya murid mematuhi segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka.

Teori rekonstuktivisme berusaha membina masyarakat baharu, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia.

Sekolah juga berkebolehan memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Di samping itu, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan malah juga berperanan membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama.

Teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah.

Bahan-bahan pelajaran dapat distukturkan secara sistematik dan bersepadu.

mata pelajaran kemanusiaan menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah dan dapat membentuk murid yang beperikemanusiaan berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.

You might also like