Pantang Larang Melayu, Cina Dan India

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Pantang_larang_Melayu Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Pantang larang Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Ibu hamil tidak boleh melintas Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu bawah ampaian, nanti anak gagap. hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta. Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak. Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain. Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan. Sebab pantang larang wujud

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul

Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung Larangan ini untuk mengelakkan bising di

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang

rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.

(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak (b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan

ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran

untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.

[sunting] Pantang larang sebelum perkahwinan Terdapat 44 pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang

Sebab pantang larang wujud Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.

mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.

Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas

Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.

Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan. Petai dan Jering mempunyai bau yang kuat. Dibimbangi akan

Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan Minuman bergas tidak gas yang tinggi yang baik untuk kesihatan. boleh menyebabkan kencing manis. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut Terdapat hadis dalam perkara ini.

bagi mengelak diri dari perkara sihir.

sesetengah adat) Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. Elakkan minum minuman keras dan merokok. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. Amalkan makan jamu

supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. Jika telah nikah gantung maka tidak

boleh bersama. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar

muka nampak segar. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. Jangan makan kepala

ayam nanti mengantuk masa bersanding. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar. Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Pantang larang: Kematian

Pertama,kita tidak boleh bercakap kuat walaupun berzikir atau membaca al quran ketika menghantar jenazah ke tanah perkuburan kerana kita digalakkan untuk memikirkan apa yang terjadi pada si mati.Kedua ialah kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi di atasnya.Kita tidak boleh memagar kawasan kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal seperti emas ataupun menulis di atas kuburan dengan dakwat emas.Akhir sekali ialah tidak boleh duduk di atas kuburan dan tidak boleh memakai alas kaki(selipar atau kasut) ketika berjalan di sela-sela kubur kecuali rumput di kawasan tersebut mempunyai duri.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina Pantang larang kaum cina

Pantang-larang sewaktu perayaan


Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-dimalaysia/5725-warisan-budaya-cina.html Adat Budaya Cina Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Kelahiran Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Hindari Permasaalahan Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi. Berpantang Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga. Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Mencukur Rambut Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. Memberi Nama Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

http://grp33.blogspot.com/2010/08/pantang-larang-kaum-cina-dalam.html

Pantang Larang Kaum Cina Dalam Pengebumian


Orang yang kematian ahli keluarga tidak boleh bagi angpow/hadiah kepada bakal pengantin. Ini dikatakan memberi hormat dan simpati kepada ahli keluarga si mati untuk menggunakan duit angpow tersebut untuk majlis pengebumian si mati. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan terseksa. Masyarakat cina percaya sekiranya kucing hitam yang melangkahi mayat tersebut , mayat itu akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/41-pantang-larang-semasa-pekahwinan.html Pantang larang kaum india Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india.

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung. 1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam 2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.

3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. 4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

You might also like