Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGERTIAN PLBD Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut: Pembelajaran

luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

OBJEKTIF PLBD PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah: Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual; Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar; Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan; Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat. Menerapkan nilai-nilai murni.

MODEL PLBD Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD: Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.

Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)

(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)

Terdapat tiga Model PLBD iaitu Model PLBD 1 merupakan pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di kawasan sekolah seperti makmal komputer, makmal sains dan taman sekolah. Model PLBD 2 pula ialah berhampiran kawasan sekolah seperti taman permaianan, kawasan kampung dan luar pagar sekolah. Model PLBD 3 ialah

pembelajaran jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) merupakan satu lawatan yang terancang dan berintegrasi ilmu). Kawasan tersebut ialah kawasan sekolah lain, taman sains, universiti, pusat sukan dan taman rekreasi.

Perancangan PLBD dilakukan sebelum, semasa dan selepas.

Sebelem

pembelajaran, tujuan dan objektif PLBD. Hasil pembelajaran tajuk atau konsep dalam sukatan atau sikap dan kemahiran. Ia juga perlu memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD, dan ibu bapa. Kemudian, ia juga perlu diberi taklimat berkenaan keselamatan, peraturan dan tanggungjawab guru serta murid. Sebelum memulakan pembelajaran perlu

menyediakan peralatan untuk aktiviti. Semasa aktiviti pembelajaran perlulah menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga. Menggalakkan murid membuat pertanyaan untuk mendapat maklumat. Membuat perhatian secara langsung dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, mengumpul dan merekod maklumat, mematuhi peraturan lawatan serta bekerjasama dalam kumpulan. Selepas aktiviti PLBD, guru perlu memberikan maklumat tambahan jika diperlukan murid, membimbing murid membuat rumusan, menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD, menyusun maklumat yang terkumpul, menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan

You might also like