Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI

Sepanjang melaksanakan tugasan projek Kurikulum Pedagogi Pendidikan Jasmani ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru pada masa hadapan. Melalui sub-tugasan yang pertama iaitu membuat lakaran grafik bagi Huraian Sukatan Pendidikan Jasmani KBSR, saya lebih memahami tiga tunjang utama dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, sbu-tugasan ini turut mendedahkan saya tentang strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani secara berkesan. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas yang lain, saya bukan sahaja mendapat maklumat yang cukup dalam pencarian maklumat bagi tajuk Gaya Pembelajaran Terdorong, malah saya juga mendapati bahawa topik ini sangat menarik dan memberikan pelbagai informasi yang berguna kepada kami sebagai bakal guru satu hari nanti. Setelah membaca kesemua maklumat yang telah diperolehi, saya mendapati bahawa Gaya Pembelajaran Stail J ini adalah merujuk kepada pengalaman pelajar untuk belajar secara inkuiri penemuan bagi mewakili diri sendiri. Pelajar mengambil tanggungjawab yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar sendiri akan menimbulkan persoalan, meninjau, mengetahui, merekacipta satu bentuk program atau jadual latihan dan melaksanakannya bagi perkembangan diri. Oleh itu, guru perlulah bertindak sebagai pembimbing kepada murid dan perlu menyokong keputusan yang telah diambil oleh pelajar dan hanya mengambil bahagian mengikut permintaan dan keperluan pelajar. Dalam tugasan projek ini juga, saya telah merancang satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan format yang tepat. Melalui sub- tugasan ini, terdapat kelemahan
28

yang dapat saya kenalpasti dan sudah tentu saya akan usahakan untuk mengatasinya pada masa hadapan. Masalah yang saya hadapi ialah kurangnya pengalaman dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian bagi subjek Pendidikan Jasmani. Saya telah berkolaborasi dengan kawan-kawan sekelas dan daripada kelas yang berbeza bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang cara pembuatan Rancangan Pengajaran Harian tersebut. Selain itu, perancangan masa yang lemah menyebabkan saya menghadapi masalah dalam menyusun jadual harian. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan saya mengalami masalah dalam membuat tugasan projek ini. Walaubagaimana pun, saya sedaya upaya mencari masa yang sesuai agar dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan dan berkualiti. Akhirnya, saya berjaya menghasilkan rancangan pengajaran tersebut hasil daripada usaha sendiri dan melalui perbincangan bersama kawan-kawan dan melalui pembacaan maklumat yang telah saya lakukan. Akhir sekali, proses terakhir yang telah saya lakukan ialah menyemak semua hasil yang telah disiapkan dengan teliti sebelum melakukan

pendokumentasian terhadap tugasan yang telah dilakukan sebelum ini. Saya berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya tepat pada masanya. Tugasan ini sememangnya telah banyak memberikan ilmu

pengetahuan dan pengalaman kepada kami dalam mempertingkatkan kualiti kerja kami sebagai guru untuk kegunaan di sekolah masing-masing dan panduan pada masa akan datang. Diharapkan daripada proses pelaksanaan tugasan ini akan dapat memberikan satu lagi aspek kemahiran kepada kami sebagai seorang pendidik.

29

You might also like