Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ANALISIS RUMUSAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN SYARIKAT

Nisbah semasa digunakan bagi mengukur keupayaan syarikat menggunakan asset semasanya bagi memenuhi obligasi semasa (jangka pendek) syarikat. Pada amnya, nisbah yang tinggi menggambarkan syarikat mempunyai keupayaan yang tinggi dalam memenuhi obligasi-obligasi semasanya. Berdasarkan kepada nisbah industri iaitu 1.52 kali. Syarikat Shell mempunyai nisbah semasa paling tinggi iaitu sebanyak RM 2.90 jika dibandingkan dengan syarikat minyak yang lain. Maka, Shell menyediakan sebanyak RM 2.90 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Bagi setiap RM1 liabiliti semasa dituntut, Shell bersedia membayar kesemua jumlah itu dan masih mempunyai baki sebanyak RM1.90 di penghujungnya. Manakala, syarikat Esco mempunyai asset semasa yang rendah iaitu RM0.81 dan secara tidak langsung Esco tidak dapat melakukan pembayaran semula. Esco mempunyai nisbah semasa yang rendah dengan nisbah industry. Syarikat Crest mempunyai nisbah cepat yang paling tinggi antara kelima-lima buah syarikat iaitu sebanyak RM1.50. Maka, Crest mempunyai RM1.50 aset semasa dan tidak termasuk inventori bagi membiayai setiap RM1 liabiliti semasa. Nisbah industry adalah sebanyak RM1.09. Syarikat Esco mempunyai nisbah cepatyang paling rendah iaitu RM0.50 sahaja. Nilai tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan nisbah industry. Ini adalah kurang baik bagi syarikat tersebut. Nisbah cepat syarikat Crest menggambarkan ia mempunyai kemampuan memenuhi setiap RM1 liabiliti yang ditiuntut tanpa bergantung kepada inventori, syarikat Esco pula mengalami situasi yang sebaliknya. Nisbah purata masa kutipan Nisbah pusing ganti inventori menggambarkan berapa kali dalam setahun inventori dapat dijual dan diganti semula. Lazimnya, nisbah pusing ganti yang tinggi adalah lebih baik. Nisbah industry adalah 18.09 kali. Syarikat petronas mempunyai nisbah yang paling tinggi antara lima buat syarikat minyak tersebut iaitu sebanyak 44.86 kali. Pergerakan inventori yang cepat ini biasanya diingini oleh pihak pengurusan syarikat kerana ia membantu syarikat mengurangkan kos menyimpan inventori yang biasanya tinggi. Syarikat Esco pula mempunyai nisbah yang paling rendah antara semua iaitu sebanyak 0.01 kali. Nisbah yang rendah ini mungkin disebabkan oleh penjualan produk syarikat yang kurang laris ataupun syarikat tersebut menyimpan terlalu banyak inventori yang merugikan syarikat daripada segi kos menyimpan. Nisbah hutang kepada jumlah asset mengukur sejauh mana asset syarikat dibiayai melalui hutang. Secara amnya, semakin tinggi peratus modal hutang maka semakin besar syarikat dibebani oleh belanja kewangan. Nilai yang lebih rendah adalah lebih baik untuk syarikat. Nisbah industry adalah sebanyak RM0.59. Syarikat petronas

mempunyai nisbah yang rendah iaitu RM0.40 dan ini adalah baik untuk syarikat tersebut kerana lebih rendah nilai nisbah, lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima lebih perlindungan jika berlakunya pembuibaran syarikat. Syarikat Petra pula mengalami situasi yang sebaliknya kerana nilai nisbah yang agak tinggi RM0.78 berdasarkan kepada nisbah industry. Nisbah hutang kepada ekuiti mengukur nisbah pembiayaan yang dating daripada hutang dan ekuiti.nisbahyang rendah menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang sewaktu berlakunya pembubaran satu-satu syarikat.nisbah industry adalah RM1.85. Modal hutang syarikat Petra adalah RM3.81 lebih besar berdasarkan kepada nisbah industry. Ini bermakna Petra terlalu banyak berhutang dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham. Shell hanya mempunyai nisbah hutang kepada ekuiti sebanyak RM0.31 sahaja. Ini adalag baik jika dibandingkan dengan syarikat minyak yang lain. Pusing ganti aset tetap mengukur kecekapan sesebuah syarikat menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan. Berdasarkan kepada nisbah industry iaitu RM5.39, syarikat Shell menunjukkan nisbah yang paling tinggi iaitu sebanyak RM9.76 dan diikuti oleh Esco iaitu RM 8.30. syarikat Crest menunjukkan nisbah yang paling rendah, RM1.71. Ini menunjukkan bahawa setiap RM1 aset tetap, sebanyak RM1.71 jualan dapat dijanakan dan ini adalah kurang baik berikutan nisbah iondustri yang lebih tinggi berbanding nisbah syarikat tersebut. Pusing ganti jumlah aset memberitahu berapa kali jumlah asset berpusing atau berganti dengan jualan syarikat. Umumnya, semakin tinggi nilai nisbah ini, maka semakin cekap syarikat menggunakan asetnya. Nisbah industry bagi pusing ganti jumlah aset adalah sebanyak RM2.07. Syarikat esso menunjukkan nilai yang tinggi iaitu RM3.61 manakala syarikat Crest menunjukkan nisbah yang rendah iaitu RM0.75. dalam kata lain, aset syarikat Crest sudah berpusing ganti sebanyak 0.75 kali daripada jualannya. Jika dibandingkan dengan nisbah industry, syarikat crest adalah jauh ketinggalan. Margin untung kasar Margin untung bersih ialah nisbah keuntungan bersih syarikat kepada jumlah jualan atau dengan ringkasnya ia memberitahu berapa peratus untuk selepas cukai disumbangkan oleh jualan tahunan syarikat. Nisbah margin untung bersih syarikat esso jauh lebih rendah daripada nisbah industrinya. Maknanya daripada setiap RM1 jualan, untung bersih dihasilkan ialah RM0.01. syarikat petra mempunyai nisbah yang tinggi iaitu sebanyak RM0.07 dan ianya lebih tinggi berbanding nilai nisbah industry.

Pulangan atas asset Nisbah ini mengukur pulangan yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dibuat terhadap aset-aset perniagaan dengan cara membahagikan untung bersih dengan jumlah aset. Berdasarkan nisbah industry bagi nisbah ini, puratanye adalah 0.07/7%. Iaitu setiap RM1 yang dituntut dalam aset syarikat menghasilkan hamper 7 sen kepada para pelabur. syarikat Esso(0.02) dan Crest(0.01) menunjukkan nilai nisbah pulangan atas aset di bawah nisbah industry yang ditetapkan berbanding dengan syarikat Shell(0.15), Petronas(0.12) dan Petra(0.07).Nisbah pulangan aset yang tinggi mengambarkan syarikat yang semakin maju dan baik dalam pasaran para pelabur. Pulangan atas ekuiti Nisbah pulangan atas ekuiti dilakukan untuk mengukur pulangan yang diperolehi daripada pelaburan yang dibuat oleh usahawan dalam perniagaan. Berdasarkan kepada nisbah industry bagi nisbah ini menunjukkan puratanya adalah 0.18/18% yang member maksud syarikat berupaya member pulangan sebanyak 18% kepada para pemegang saham mengikut modal ekuiti. Setiap RM1 modal yang dituntut menghasilkan 18.00 sen disalurkan kepada pemegang saham. Berdasarkan nisbah industry, syarikat yang berada di bawah nisbah industry adalah Esso(0.09) dan Crest(0.03). syarikat lain seperti Shell(0.25), Petronas(0.21) dan Petra(0.33) mempunyai pulangan atas ekuiti di atas nisbah industry yang ditetapkan. Pusing ganti akaun belum terima

Perolehan sesaham

You might also like