Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) RANCANGAN Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mula diperkenalkan

semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pendidikan pada 1984 (ketika itu Menteri Pelajaran) kini akan digiatkan lagi melibatkan lebih banyak sekolah di seluruh negara.

Walaupun kini program RIMUP dijalankan secara berterusan di beberapa buah sekolah di seluruh negara sehingga kini, pelaksanaannya dijalankan secara tidak serius dan tidak berstruktur.Ditambah dengan kewujudan beberapa kompleks sekolah wawasan, RIMUP seolah-olah dilupakan walaupun konsep pelaksanaannya baik dan murni.

Bagaimanapun menurut menurut sumber Kementerian Pendidikan, kini, selain program integrasi menerusi sekolah wawasan, program RIMUP mula dihidupkan semula di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang. Kata sumber itu lagi, usahausaha serius ke arah menyegar dan menyebarluaskan program RIMUP juga kini sedang giat dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab berhubung kegiatan dan aktiviti-aktiviti sekolah.

Khabarnya, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan akan menghalusi semula buku panduan pelaksanaan RIMUP yang diterbitkan pada 1986 dan akan disebarkan ke seluruh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai panduan pelaksanaan. Buku panduan itu akan diperincikan lagi dengan memasukkan beberapa elemen baru terutamanya aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan pelajar secara bersama melalui perkongsian kemudahan melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah. Selain itu menurut sumber Kementerian Pendidikan, jika sebelum ini buku panduan itu ditumpukan kepada pelaksanaan di sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, tetapi konsepnya kini akan diperluaskan di sekolah-sekolah menengah.

Apa sebenarnya pengisian RIMUP dan apakah perbezaannya dengan projek integrasi yang dilakukan menerusi konsep sekolah wawasan?. Perbezaan paling ketara antara kedua-dua konsep integrasi itu ialah daripada segi fizikalnya.

Sekolah Wawasan seperti mana yang diketahui umum melibatkan sebuah kompleks yang menghimpunkan ketiga-tiga jenis aliran sekolah rendah di negara ini iaitu SK, SJKC dan SJKT.

Program-program integrasi antara ketiga-tiga sekolah itu dijalankan di dalam kawasan persekitaran sekolah. Walaupun memakai nama sekolah yang berlainan dan di bawah pentadbiran tiga guru besar berlainan, pelajar dan guru sekolah berkongsi kemudahan asas seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin. Perhimpunan pelajar melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah iaitu SK, SJKC dan SJKT dilakukan setiap hari.

RIMUP pula meliputi aktiviti-aktiviti bercorak integrasi kaum melibatkan tiga sekolah berlainan aliran terutamanya daripada kawasan yang berhampiran.

Projek-projek yang dilaksanakan itu akan melibatkan penggabungan kegiatankegiatan khas, penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah serta perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada. Matlamat akhirnya ialah perpaduan kaum antara pelajar daripada ketiga-tiga aliran persekolahan.

Konsep kesefahaman, kerja sama, tolong menolong, muhibah dan toleransi antara pelajar daripada ketiga-tiga jenis aliran persekolahan ini juga adalah unsur-unsur yang akan disemai menerusi program RIMUP.

Antara kegiatan-kegiatan khas yang dicadangkan untuk dilakukan secara bersama ialah seperti merentas desa, lumba jalan kaki, bola sepak, bola keranjang, bola baling, sukaneka dan juga kegiatan-kegiatan bercorak khidmat masyarakat seperti gotong royong membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah.

Satu aspek penting dalam melaksanakan RIMUP ini ialah ia tidak akan melibatkan aspek-aspek agama, akademik, bahasa pengantar, kurikulum dan pentadbiran ketiga-tiga jenis sekolah.Dalam erti kata lain, segala program yang dirancang di

bawah RIMUP hendaklah dilaksanakan di luar waktu rasmi sekolah demi menjejaskan keperibadian serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah. Soal integrasi kaum antara pelajar kini menjadi amat penting bagi menjamin bangsa Malaysia yang bersatu padu dan kesedaran kepada pentingnya perpaduan itu perlu dipupuk sejak pelajar berada di sekolah lagi.

Memandangkan pembinaan sekolah wawasan memerlukan belanja yang besar, RIMUP perlu dilaksanakan secara lebih serius, tersusun dan melibatkan lebih banyak sekolah. Malah, kerjasama antara ketiga-tiga buah sekolah itu seharusnya tidak dihadkan kepada aktiviti-aktiviti bercorak kokurikulum semata-mata, tetapi juga melibatkan aktiviti akademik.

Umpamanya berkongsi mengadakan kelas-kelas tuisyen ataupun bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan antara ketiga-tiga sekolah. Selain itu, ketiga-tiga sekolah juga boleh bersatu tenaga untuk mengadakan kem-kem motivasi. Mungkin di sini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada ketiga-tiga sekolah boleh bergabung tenaga untuk merancang program tertentu.

TUJUAN PROGRAM Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan sebab ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas..

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa.

Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.

Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai

dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah. Dengan usaha begini dapat meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia bersatupadu hidup dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju Negara maju.

Objektif :

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, serta suasana harmoni dikalangan semua peserta secara sedar dan terancang.

Melahirkan semangat persefahaman dan semangat toleransi dikalangan murid serta semua yang terlibat.

Berkongsi kebudayaan, kemudahan, peralayan, tenaga, dan kepakaran, kegembiraan, keseronokan dikalangan semua pelajar dan peserta yang terlibat dalam semua acara yang diikuti bersama.

You might also like