Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

GALAH PANJANG

SEJARAH PERMAINAN
Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang menciptanya. Ini disebabkan

pemainan Galah Panjang telah dimainkan seawal tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan ini bukan sahaja

dimainkan di Tanah Melayu, tetapi juga di negaranegara lain seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. Namun begitu nama dan corak permainan telah berubah mengikut masyarakat setempat.

PERATURAN PERMAINAN
1. Permainan dimainkan dengan cara dua kumpulan akan bermain bersama dalam permainan ini. Satu kumpulan terdiri daripada barisan penyerang dan satu lagi kumpulan terdiri daripada barisan pertahanan. 2. Setiap kumpulan akan menghantar empat hingga lima orang pemain. 3. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan ahli yang selebihnya akan menjadi awak-awak. 4. Sebelum memulakan permainan undian akan dijalankan terlebih dahulu antara kedua-dua ketua pasukan bagi menentukan pasukan mana yang akan menjadi penyerang dan pasukan yang mana akan bertahan.

PASUKAN PERTAHANAN 1. Pasukan pertahanan terdiri daripada empat orang pemain . 2. Ketua akan mengawasi pasukan penyerang yang masuk dan keluar daripada gelanggang permainan. Ketua akan mengawasi pasukan lawan dengan cara mengawasi mereka di bahagian garisan permulaan, garisan tengah dan garisan belakang. (Rujuk rajah 1) 3. Dua orang awak-awak akan menjaga kawasan di garisan melintang sahaja. 4. Pasukan pertahanan akan cuba menyentuh pasukan penyerang untuk mengeluarkan pemain lawan daripada permainan.

Rajah 1
PANDUAN Garisan yang dijaga oleh ketua

Garisan yang dijaga oleh awak-awak

PASUKAN PENYERANG 1. Terdiri daripada empat orang pemain. 2. Sebelum memulakan perlawanan, ketua pasukan akan menepuk tangan bersama dengan ketua pasukan lawan . 3. Setelah ketua pasukan menepuk tangan, barulah pasukan penyerang boleh mula memasuki gelanggang selepas kedua-dua ketua pasukan menepuk tangan. 4. Pemain penyerang tidak boleh berundur ke belakang selepas mereka melepasi garisan permulaan gelanggang. Jika pemain tersebut mengundur semula ke belakang, pemain itu akan dikira mati. 5. Pasukan penyerang juga perlu mengelak diri daripada disentuh oleh pasukan pertahanan kerana apabila pasukan penyerang disentuh oleh pasukan pertahanan mereka akan dikira mati. 6. Markah diberikan berdasarkan petak yang berjaya dilalui oleh peserta. Setiap petak memberi satu mata.

You might also like