Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Langkawi,pulau lagenda Oleh ahmad ezzat bin ismail lagenda telah menceritakan bahawa pada zaman dahulu terdapat

seorang puteri yang cantik jelita dengan rupa yang menawan bernama mahsuri. beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang dan telah dijatuhkan hukuman tanpa usul periksa.tuduhan palsu itu menyebabkan beliau menerima hukuman iaitu ditikam hingga mati.walaupun beliau menyatakkan kebenaran beliau tetapi suara-suara yang cemburu kerana kecantikannya telah menyokong tuduhan tersebut.lagenda telah menyatakan bahawa semasa beliau menjalani hukuman, tikaman keris ke atas mahsuri telah mengeluarkan darah putih yang dipercayai menunjukkan kebenaran beliau.semasahendak mengembuskan nafasnya yang terakhir,beliau talah bersumpah bahawa pulau langkawi akan menerima sumpahannya selama 7 keturunan. sekarang langkawi telah dikatakan terlepas daripada sumpahan mahsuri kerana terdapat projek pembangunan dan kemajuan yang pesat di pulau itu.pengisytiharaan pulau ini sebagai pulau bebas cukai oleh perdana menteri dato seri dr mahathir mohamed pada tahun 1991 telah disambut baik oleh penduduk pulau.kerajaan telah membina berbagai kemudahan infa-struktur dalam meningkatkan taraf kehidupan penduduk langkawi. pulau langkawi telah berkembang dengan pesatnya dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.hotel-hotel bertaraf antarabangsa telah tumbuh bak cendawan pada musim hujan dan kerajaan telah membuka lapangan terbang antarabangsa langkawi bagi menampung kedatangan pelancong luar serta untuk acara dwi-tahunan iaitu pameran antarabangsa laut dan udara langkawi (lima). bagi pelancong tempatan yang ingin menghabiskan masa cuti, tempat-tempat menarik boleh dilawati disana seperti makam mahsuri, telaga air panas, telaga tujuh ,taman buaya,undersea world, aquabeat theme park, pantai datai, pantai cenang,tasik dayang bunting dan pulau payar.sekali pergi ke langkawi jangan lupa membawa pulang minyak gamat asli langkawi yang mujarab untuk mengubati berbagai-bagai jenis penyakit

You might also like