Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penutup Keseluruhan Latihan Membunyikan Huruf, Suku Kata dan Perkataan (a) b(beh), a(ah)=ba Pelajar membunyikan bunyi

i behbagi huruf b dan ah bagi huruf a terlebih dahulu. Kemudiannya, gabung dan membunyikan menjadi ba. (b) t(teh), u(uh)=tu Pelajar membunyikan bunyi teh bagi huruf t dan uh bagi huruf u terlebih dahulu. Kemudiannya, gabung dan membunyikannya menjadi tu. (c) ba+tu = batu Pelajar akan menggabungkan kedua-dua suku kata bersama dengan ba gabung dengan tu untuk membunyikan perkataan batu.

Aktiviti Tambahan Latihan lain untuk mengajarkan cara membunyikan huruf, suku kata dan perkataan dengan menggunakan kaedah fonetik. Sesuatu huruf diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan bentuk huruf tersebut dan gambar sesuatu benda yang namanya bermula dengan bunyi fonik huruf tersebut. Sambil melihat gambar dan huruf awal yang berkaitan kanak-kanak akan menyebut bunyi fonik tersebut. Misalnya, aa (a) untuk ayam, beh b untuk bola dan ceh untuk cawan dan lain-lain lagi. Guru melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan bunyi fonik awal dan bentuk huruf pada tepi atau bawah gambar tersebut. Gambar-gambar itu akan ditunjukkan kepada kanak-kanak sambil guru menyebut bunyi foniknya.

Selepas kanak-kanak mengenal bentuk dan huruf fonik melalui gambar, barulah mereka diajar untuk mencantumkan bunyi huruf menjadi suku kata atau perkataan.

Kaedah Fonetik dengan Bahan Bantu Belajar Bahan bantu belajar sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Pembinaan bahan yang baik amat perlu untuk mengekalkan minat murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran. Guru mesti bijak mengatur strategi untuk menarik minat dan mengekalkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran yang telah dikuasainya. Apabila memperkatakan bahan bantu belajar, guru seharusnya sedar akan fungsi alatan dan bahan yang terlalu meluas itu. Bahan bantu belajar boleh terdiri daripada bahan maujud, bahan berasaskan media cetak, berasaskan media elektronik, ICT dan apa sahaja yang berfungsi sebagai bahan yang dapat membantu guru dalam melicinkan P&P. Bahan bantu belajar yang terlalu luas bidangnya itu belum lagi dikelompokkan atau dikhususkan penggunaannya kepada tajuk-tajuk tertentu. Misalnya, penggunaan kad imbasan hanya dikhususkan bagi tajuk pelajaran membaca suku kata sahaja. Cara ini bererti semua bahan bantu belajar boleh digunakan untuk mengajar semua tajuk. Cuma peranan guru dalam hal ini ialah, guru seharusnya memilih bahan yang bersesuaian dengan tajuk dan dapat mencapai hasil pembelajaran. Antara bahan bantu belajar yang boleh digunakan dalam kaedah fonetik ialah bahan maujud, carta, jadual, graf, gambar, kad-kad dan alat-alat audio visual yang sangat luas fungsinya masa ini. Pemilihan bahan-bahan ini serta pengubahsuaian dan kreativiti guru menjadi perkara penting dalam menentukan keberkesanan

penggunaannya dalam P&P.

You might also like