SEjarah Penubuhan Dan An ISN

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEjarah Penubuhan dan

Perkembangan ISN
Selasa, 17 Jun 2008 05:45
Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah
merasmikan bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan
Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang
diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988.

Tujuan Institut ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sains


sukan, perubatan sukan, penyelidikan dan pembangunan serta
pendidikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan sukan
negara. Bagi mengecapi matlamat ini, jurulatih, ahli sains sukan dan
penggiat sukan harus menggunakan pendekatan saintifik dalam
menyediakan program latihan bersistematik kepada atlet-atletnya.

Selain itu, Institut juga merupakan satu pusat sumber maklumat


dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara
seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan
negara.

Sejarah Penubuhan ISN

• 1983
o Kertas konsep asal penubuhan ISN (kertas kerja Lembaga
Pengurus Bil. 14/83, agenda 3) di dalam Mesyuarat
Lembaga Pengurus pada 28 Julai 1983.
o Kementerian Tanah & Wilayah mengenalpasti kawasan
200 ekar di Bukit Jalil bagi pembinaan bangunan fizikal
ISN.

• 1988
o Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan
Negara yang diluluskan oleh Kabinet pada 20 Januari
1988.

• 1992 – 1996
o Kerja pembinaan bermula 1 September 1992.
o Perasmian ISN dilakukan oleh YB. Dato’ Annuar Hj. Musa,
Menteri Belia dan Sukan ketika itu pada 20 Oktober 1992.
o Kemudahan dibina termasuk blok pentadbiran, sains
sukan dan dewan biomekanik, dewan latihan, asrama
(termasuk dewan makan), gimnasium serta trek latihan
(balapan dan padang).
o Pewujudan fizikal ISN dipercepatkan selaras dengan
pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan
Komanwel Kali Ke-XVI, 1998.
o Pada 14 Mac 1996, ISN telah beroperasi secara
sepenuhnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

• 2006 – 2007
o Pembangunan dan perluasan bangunan ISN dilaksanakan
bagi menampung penambahan pakar dan kepegawaian
serta ruang makmal untuk tujuan ujian, penyelidikan dan
kajian saintifik.
o Kerja-kerja pembinaan Plaza ISN bermula 5 Disember
2005 dan siap pada 1 Mac 2007.
o Majlis Penyerahan Kunci Plaza ISN berlangsung pada 31
Mei 2007.

• 25 April 2007
o YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia
dan Sukan pada ketika itu telah memutuskan perubahan
peranan dan fungsi ISN seperti berikut:
 ISN sebagai satu entiti yang memberi fokus kepada
penyelidikan, perubatan dan sains sukan di
Malaysia.
 Berperanan memberi perkhidmatan sokongan
sehingga ke peringkat akar umbi melalui kaedah
saintifik.

You might also like