Tajuk Eksperimen

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TAJUK EKSPERIMEN : PERSAINGAN ANTARA TUMBUHAN 1.

Objektif / Tujuan : Untuk menyiasat hubungan antara bilangan anak benih dengan ketinggian anak benih. 2. Nyatakan pembolehubah-pembolehubah: i) Pembolehubah dimanipulasi : bilangan anak benih

Pembolehubah dimanipulasi ialah perkara yang berbeza yang akan mempengaruhi keputusan atau hasil penyiasatan.Berdasarkan

penyiasatan ini, kami perlu menggunakan bilangan anak benih yang berbeza iaitu 4 anak benih dalam bekas X dan 12 anak benih dalam bekas Y. ii) Pembolehubah dimalarkan : kuantiti air yang disiram, kuantiti kapas , jenis anak benih Pembolehubah dimalarkan adalah perkara yang tidak berubah atau

tetap sepanjang penyiasatan iaitu dari awal hingga akhir dan tidak akan mempengaruhi hasil penyiasatan. Dalam penyiasatan ini, kami perlu memalarkan jenis anak benih, kuantiti air yang disiram dan kuantiti kapas yang digunakan bagi mengesahkan penyiasatan ini. ii) Pembolehubah bergerakbalas : ketinggian anak benih

Pembolehubah bergerakbalas ialah perkara di akhir atau keputusan atau hasil di akhir penyiasatan. 3.Menyatakan hipotesis (Membuat satu pernyataan umum tentang hubungan pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa). Hipotesis : Semakin bertambah bilangan anak benih , Semakin berkurang ketinggian anak benih.

4. Prosedur/ Langkah-langkah: Bahan /radas : Dua buah bekas yang sama saiz, kapas , anak benih kacang hijau, air (kps 7: Mengeksperimen) Langkah- langkah : 1 Dua buah bekas yang sama saiz dilabelkan sebagai X dan Y.

2. Kedua-dua bekas itu diisikan dengan kuantiti kapas yang sama banyak.

3.Empat anak benih diisikan dalam bekas X dan dua belas anak benih lagi diisikan dalam bekas Y.

4. Kedua-dua bekas diletakkan di tempat yang terang dan disiram dengan kuantiti air yang sama banyak.

5. Selepas seminggu, pertumbuhan dan ketinggian anak benih diukur dan diperhatikan.

6. Keputusan dicatatkan dalam jadual seperti di bawah : Bekas Bilangan anak benih Ketinggian anak benih (cm) X Y 4 12

(kps 4:berkomunikasi ,kps 7: mengeksperimen, kpm 1: menggunakan dan mengendalikan bahan Sains dengan betul , kpm 2 : mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup).

Berdasarkan keputusan penyiasatan, hipotesis yang dapat dibuat ialah: Hipotesis : Semakin bertambah bilangan anak benih , Semakin berkurang ketinggian anak benih. Ada dua pola yang dapat digunakan untuk dikaitkan dengan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas iaitu, i) jika bilangan anak benih berkurang, maka ketinggian anak benih akan bertambah. ii) jika bilangan anak benih bertambah, maka ketinggian anak benih akan berkurang. Menyatakan kesimpulan: Kesimpulan yang dapat dibuat ialah tumbuhan bersaing untuk mendapatkan

keperluan asas seperti air, nutrien, ruang dan juga cahaya matahari. Ini bermakna, jika bilangan anak benih yang ditanam sedikit atau kurang, maka

ketinggian atau kesuburan tumbuhan itu akan bertambah disebabkan persaingan antara anak benih berkurang.Anak benih itu akan mendapat keperluan asas yang cukup untuk membolehkannya bertumbuh dengan subur. Sebaliknya, anak benih yang ditanam dengan bilangan yang banyak akan menghadapi persaingan yang hebat untuk mendapatkan keperluan asas tadi. Jadi, kadar pertumbuhan anak benih tersebut kurang subur dan terbantut tumbesarannya.

You might also like