Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

TARIAN DABUS : SAT U APLIKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISI MELAYU

INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DA N PENGKOMERSILA N UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

ROZIMAH BT BIDIN MAZIAH BT AB RASHID

JUN 2007

COPYRIGHT @ UiTM

DABUS : SATU APLIKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISI MELAYU

DISEDIAKAN OLEH :

ROZIMAH BT BIDIN MAZIAH BT AB RASHID

JUN 2007

iii

COPYRIGHT @ UiTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK KAMPUS SER I ISKANDAR


PEJABAT PENGARAH KAMPU S 3 2 6 0 0 BOTA, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel: 05-3742001 Faks : 05-3742211
E-Mail: drabdu!lak@perakuilm.edu.my

Surat Kami : Tarikh :

100-CPK(PK.URDC 1 4 Julai 2004

. 9/19)

Cik Rozimah bt. Bidin Pensyarah Fakulti Senilukis & Senireka UiTM Cawangan Perak. Tuan/Puan
TAJUK PROJEK: TARIA N DABUS - SATU APLIKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISI MELAYU

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumka n bahaw a Mesyuara t Jawatankuas a Penyelidika n da n Perundinga n UiTM Cawangan Perak pada 1 3 Mei 2004 telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Bersetuj u meluluska n cadanga n penyelidikan yang tela h dikemukakan ole h puan dan puan Maziah bt. Abd. Rashid. 2. Tempo h projek penyelidikan ini iala h 1 2 buian , iait u muiai 0 1 Oktobe r 2004 3. Ko s yang diluluskan ialah sebanyak RM19,904.20. 4. Penggunaa n gera n diluluska n hany a aka n diprose s setela h perjanjia n ditandatangani. 5. Semu a pembelia n peralata n yan g kosny a melebih i RM500.0 0 sat u ite m perl u menggunakan pesana n Jabata n Universit i Teknolog i MAR A (LO) . Piha k tuan/puan juga dikehendaki mematuhi peraturan penerimaan peralatan. 6. Kerta s kerja boleh dibentangkan setelah 75% deraf awal laporan akhir projek siap. Walaubagaimana pun , tuan/pua n perl u membua t permohona n kepad a Uni t Penyelidikan dan Perundingan untuk pembentangan. 7. Piha k tuan/pua n dikehendak i mengemukaka n Lapora n Kemajua n Proje k Penyelidikan dar i mas a k e semasa . Lapora n akhi r pul a perl u dihanta r sebai k sahaja projek penyelidikan disiapkan.
hingga 3 0 Septembe r 2005 .

COPYRIGHT @ UiTM

Bersama-sama in i disertaka n Perjanjia n untu k ditandatangan i ole h piha k puan . Sil a penuhkan perjanjia n berkenaa n denga n menggunaka n pe n dakwa t hita m da n kernbalikan k e Uni t Penyelidikan , Pembanguna n da n Pengkomersila n (URDC ) untu k tindakan selanjutnya . Sekian, terima kasih. 'SELAMAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN '

Yang benar
a

iJi~ vM A

PROF. MADYA DR. ABDULLAH MOHAMAD SAn>, PMP Pengarah Kampus UiTM Cawanga n Perak s.L 1 . Ketu a Biro IRDC, UiTM Shah Alam 2. Koordinato r URDC, UiT M Cawangan Perak 3. Timbala n Bendahari, UiT M Cawangan Perak

COPYRIGHT @ UiTM

Tarikh No. Fail Projek

: 3 D Jun 2007 : 100-CPK(PK.URDC. 9/19)

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam

Ybhg. Prof.,

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "TARIAN DABUS : SAT U APLIKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISI MELAYU". Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk "Tarian Dabus : Satu Aplikasi Multimedia Tarian Tradisi Melayu". Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Projek Penyelidikan

iv

COPYRIGHT @ UiTM

KUMPULAN PENYELIDI K

ROZIMAH BIDIN Ketua Projek

MAZIAH AB RASHID Ahli

Tandatangan

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna. Di antaranya : Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said, PMP (Pengarah Kampus UiTM Perak) Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Harun (Koordinator URDC UiTM Perak) Dr. Siti Nolizaiha bt. Harun (Mantan Koordinator URDC UiTM Perak) Prof. Madya Dr. Hjh Rodzyah bt. Haji Mohd Yunus (Mantan Koordinator URDC UiTM Perak) dan Pn Safiah bt. Salleh, Puan Norkiah bt. Nawawi, dan En Mahiyud-Din Zakaria, En Seteh Anjang Ria dan Ahli Kumpulan Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, Kg Gajah, Perak Pengarah dan Kakitangan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak Pengarah dan Kakitangan Jabatan Muzium Taiping, Perak Pengarah dan Kakitangan Muzium Negara Malaysia dan Semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sokongan di dalam menjayakan penyelidikan ini

COPYRIGHT @ UiTM

vi

ISI KANDUNGA N

Penghargaan Daftar Ilustrasi Daftar Rajah Abstrak

1.0 Pengenalan 1.0.1 Latar belakang kajian 1.0.2 Pernyataan Masalah 1.0.3 Objektif 1.0.4 Kepentingan Projek 1.0.5 Skop Projek / Batasan Kajian 1.0.6 Definisi Terma / Konsep 2.0 Perihal Tarian 2.0.1 Definisi 2.0.2 Jenis-jenis Tarian Melayu 2.0.3 Tarian Dalam Masyarakat Melayu 3.0 4.0 Kajian Literatur Kaedah Kajian 4.0.1 Rekabentuk kajian 4.0.2 Prosidur Analisis

5.0 Tarian Dabus 5.0.1 Sejarah 5.0.2 Tokoh 5.0.3 Perkembangan Tarian Dabus di Malaysia 5.0.4 Definasi Dabus 5.0.5 Aktor atau ahli-ahli Tarian Dabus 5.0.6 Peralatan 5.0.7 Persiapan Awal dan Aturan Tarian 5.0.8 Cara Tarian Dabus dipersembahkan 6.0 Langkah Tarian Dabus 6.0.1 Langkah Satu atau Sembah Pahlawan 6.0.2 Langkah Dua atau Lirik 6.0.3 Langkah Tiga atau Lang Sewah 6.0.4 Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga

vii

COPYRIGHT @ UiTM

7.0 Raga m Dasar Langkah Tarian Dabus 7.0.1 Petunju k Ragam Dasar 7.0.2 Raga m Dasar Langkah Satu atau Sembah Pahlawan 7.0.3 Raga m Dasar Langkah Dua atau Lirik 7.0.4 Raga m Dasar Langkah Tiga atau Lang Sewa h 7.0.5 Raga m Dasar Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga 8.0 Mese j da n Keistimewaan Tarian Dabus 8.0.1 Penggunaa n senjata tajam dalam Tarian Dabus 8.0.2 Ala t Penyampai nasihat 8.0.3 Ala t berkomunikasi 8.0.4 Ala t penyebaran Agama Islam 8.0.5 Ala t pengembangan Sen i Tar i 9.0 Aplikas i Multimedi a 9.0.1 Pengenala n 9.0.2 Definas i Multimedi a 9.0.3 Aplikas i Multimedi a dalam kebudayaan Melayu 9.0.4 Fungs i Aplikas i Multimedi a dalam sen i tar i Melay u 9.0.5 Taria n Dabus dalam Multimedia Interaktif 9.0.6 Kaeda h Produksi 10.0 Dapata n Penyelidikan 11.0 Cadanga n 12.0 Kesimpula n Bibliografi Lampiran A - Ilustras i 3 2 - 3 8 paparan muka depan menu dan Submenu Set Multimedia CD RO M Tarian Dabus Lampiran B - Se t Multimedia CD ROM Tarian Dabus

viii

COPYRIGHT @ UiTM

DAFTAR ILUSTRAS I

Ilustrasi 1 : Ilustrasi 2 : Ilustrasi 3 : Ilustrasi 4 : Ilustrasi 5 : Ilustrasi 6 : Ilustrasi 7 : Ilustrasi 8 : Ilustrasi 9 : Ilustrasi 1 0 : Ilustrasi 1 1 : Ilustrasi 1 2 : Ilustrasi 1 3 : Ilustrasi 1 4 : Ilustrasi 1 5 : Ilustrasi 1 6 : Ilustrasi 1 7 : Ilustrasi 1 8 : Ilustrasi 1 9 : Ilustrasi 2 0 : Ilustrasi 2 1 : Ilustrasi 2 2 : Ilustrasi 2 3 : Ilustrasi 2 4 : Ilustrasi 2 5 : Ilustrasi 2 6 : Ilustrasi 2 7 : Ilustrasi 2 8 : Ilustrasi 2 9 : Ilustrasi 3 0 : Ilustrasi 3 1 : Ilustrasi 32-38 :

E n Seteh b. Anjan g Ria Khalifah Tarian Dabus 2 E n Nasarudin b. Abdullah Sani Penasihat Tarian Dabus 2 Penari-penar i Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, K g Gajah 3 Pemuzi k Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, K g Gajah 3 Ana k Dabus Tradisional 3 Ana k Dabus Tiga Kelopak 4 Ana k Dabus Tiga Kelopak Berhujung Tumpul 4 Ana k Dabus Tiga Kelopak Tanpa gegelang 4 Ana k Dabus Tombol 4 Prose s Menegangkan Gendang Dabus 4 Gendan g Dabus 4 Gon g yang digunakan dalam persembahan 4 Baha n Jampi dan Penawar 5 Beka s Perasap yang dinyalakan 5 Kemenya n dan Bekas Perasap 5 Berte h yang digunakan untuk membuka gelanggang 6 Bera s da n Kemenya n 6 Ai r Tepung Penawar 6 Dau n Pemulih atau Daun Kabung 6 Dau n Setawar 6 Dau n Sepenuh 6 Dau n Ati-ati berwarna Merah 6 Dau n Ati-ati berwarna Hijau Bercorak 6 Dau n Rumput Sambor 6 Dau n Gabong 6 Khalifa h sedang menjampi anak dabus 7 Khalifa h sedang menjampi lenga n penari 7 P n Fatimah bt Seteh sedang mencucuk anak dabus ke lengan 10 Penar i sedan g mencucuk anak dabus ke lenga n 10 Aks i mencucuk lengan gaya dahulu 10 Aks i mencucuk lengan gaya moden 11 Papara n muka depan menu dan Submenu Set Multimedia CD ROM Tarian Dabus 14

9 9 5 7 9 0 1 2 2 5 5 7 8 9 9 0 1 2 4 4 5 5 6 7 7 2 2 5 9 9 0 4

ix

COPYRIGHT @ UiTM

DAFTAR RAJA H

Rajah

Salasilah Kumpulan Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, Kg Gajah diketuai oleh En. Seteh b. Anjang Ria Tapak kaki kiri dan kanan Tapak kaki separuh bermakna penari menjengket Tapak kaki kiri penuh bergaris luar dan tapak kaki kanan bergaris luar Tapak kaki kanan penuh bergaris luar dan tapak kaki kiri bergari sluar

30 85 85

Rajah Rajah Rajah

2a 2b 2c

: : :

86

Rajah

2d

86 86 88 93 94 98 99

Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah

2e 3 4a 4b 5a 5b 6a 6b

: : : : : : : :

Tanda arah undur ke belakang dan ke depan Ragam Dasar Langkah Satu atau Sembah Pahlawan Ragam Dasar Langkah Dua atau Lirik melangkah ke kanan Ragam Dasar Langkah Dua atau Lirik melangkah ke kiri Ragam Dasar Langkah Tiga atau Lang Sewah pusing kiri Ragam Dasar Langkah Tiga atau Lang Sewah pusing kanan Ragam Dasar Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga (melompat menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat) Ragam Dasar Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga (melompat menggunakan kaki kanan dan kaki kiri diangkat)

103

104 121 124

Rajah Rajah

7 8

: :

Proses Pembangunan Produk Multimedia Tarian Dabus Organigram Proses Penghasilan Multimedia Tarian Dabus

COPYRIGHT @ UiTM

ABSTRAK

Tarian tradisi Melayu sekarang ini masih mendapat tempat istimewa di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Tarian tradisi ini sering dipersembahkan di dalam upacara-upacara kebudayaan dan majlis-majlis tertentu kerana ianya mempunyai banyak keistimewaan. Zaman sains dan teknologi yang serba canggih pula membantu menyemarakkan lagi keindahan lenggok tari sehingga menyentuh jiwa. Menyedari hakikat ini timbullah satu dorongan penyelidik untuk menghayati keindahan gerak tari salah satu tarian tradisi Melayu iaitu Tarian Dabus. Justeru itu penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mendokumentasikan keindahan pergerakan Tarian Dabus. Pendokumentasian Tarian Dabus dilakukan dalam aplikasi multimedia berasaskan komputer. Kaedah

penyelidikan adalah menerusi observasi, temubual dan proses penghasilan multimedia. Proses penghasilan multimedia ini menggabungkan elemen-elemen media seperti teks, grafik, audio, animasi langkah kaki dan video persembahan tarian. Dapatan dari penyelidikan ialah penyelidik berjaya menghasilkan satu set Multimedia CD ROM Tarian Dabus. CD ROM ini memuatkan maklumat Tarian Dabus yang merangkumi aspek aktor, alatan, kostum, muzik, doa, dan pergerakan persembahan tari. Perisian yang digunakan adalah Director MX dan mod penyampaian menerusi komputer.

Penyusunan elemen media di dalam CD ROM Tarian Dabus adalah teratur dan interaktif yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna. Penyelidik berharap penyelidikan ini memberi sumbangan yang bermakna kepada pencinta seni tari tempatan dan masyarakat umum dalam menghayati keindahan gerak tari yang unik

menerusi teknologi terkini. Tarian Dabus adalah budaya tempatan perlu dihargai dan dijagai agar tidak pupus dek zaman, tidak lekang dek hujan.

xi

COPYRIGHT @ UiTM

1.0 Pengenala n

Penyelidikan berkaita n denga n buday a tempata n perl u diber i perhatia n seriu s kerana i a memainka n perana n pentin g dala m memelihar a buday a tradisiona l Melayu . Penduduk Malaysi a terdir i dar i berbaga i kau m yan g kay a denga n buday a tradis i masing-masing yan g diwaris i seja k zaman-berzaman . Pelbaga i bentu k warisa budaya tradis i masi h wuju n

d sehingg a kin i yan g didapat i dala m berbaga i bidan g

seperti, bidan g sen i suara , sen i lakonan , sen i tar i da n sebagainya . Buday a yan g wuju d dalam setia p kelompo k masyaraka t pad a suat u mas a dahul u dipercaya i tela h menjad i sebahagian daripad a keperlua n hidu p pad a mas a itu . Umpamany a Sen i Sila t yan g mempunyai fungs i da n kelebihanny a tersendiri , pelbaga i jeni s sen i tar i samad a berbentuk hibura n mah u pu n berunsu r spiritua l da n lain-lai n bidan g yan g diangga p sebati da n kemestia n dala m kehidupa n seharia n mereka . Setia p neger i d i Malaysi a mempunyai warisa n budayany a tersendir i yan g menjad i kebanggaa n da n masi h dipelihara da n dipertontonka n bag i mengekalka n khazana h negara. Di Neger i Pera k terdapa t beberap a jeni s taria n yan g tela h diwaris i seja k dahulu lag i sepert i Taria n Dabus , Taria n Bubu , Luka h da n lain-lain . Taria n Dabu s adalah tarian yan g paling popula r dan mendapat sambuta n masyaraka t terutamanya di daerah Pera k Tengah . Taria n Dabu s merupaka n sat u kesenia n rakyat . Selai n d i neger i Perak terdapa t jug a d i neger i Selango r da n Melaka . Taria n in i menggabungka n beberapa aspe k bunyia n puis i seperti , gendan g dabus , gon g da n ziki r sert a goyanga n anak dabu s yan g bergemercik . Puis i yan g disampaika n dala m bentu k iram a ziki r adalah terdir i dar i ziki r puis i Melay u da n Arab . Kemunca k Taria n Dabu s iala h adega n mencucuk bend a taja m pad a sala h sat u anggot a bada n bag i menunjukka n kekebala n

COPYRIGHT @ UiTM

penari. Tarian Dabus telah dimainkan beratus tahun dahulu, dan menjadi tarian warisan keluarga yang masih diamalkan sehingga kini. Sehingga hari ini tarian tersebut masih dipertontonkan bagi memelihara warisan budaya tradisi di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia. Penyelidikan mengenai tarian ini perlu dilakukan agar tarian ini dapat dikekalkan dan didokumentasikan sebagai salah satu bahan rujukan pada masa depan. Justeru itu sejajar dengan perkembangan teknologi yang kian canggih, sememangnya langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengekalkan

Tarian Dabus dari terus pupus ditelan zaman. Sehubungan dengan itu satu penyelidikan yang terperinci perlu dilaksanakan dan seterusnya didokumentasikan dengan menggunakan teknologi terkini sesuai dengan budaya hidup masa kini.

1.0.1 Latar belakang kajian


Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bentuk budaya seperti tarian, silat dan sebagainya yang masih diwarisi sehingga kini khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Budaya ini jika tidak dipelihara atau direkodkan ia akan hilang begitu sahaja setelah ahli-ahli yang menggiatkan budaya tersebut meninggal dunia. Sebagai langkah permulaan bagi mengekalkan budaya di negeri Perak ini, penyelidik telah memilih salah satu tarian tradisi Perak iaitu Tarian Dabus sebagai bahan penyelidikan. Penyelidikan ini hanya difokuskan pada Tarian Dabus yang dimainkan di Tanjung Bidara, Kampung Gajah sahaja. Keseluruhan maklumat yang berkaitan dengan Tarian Dabus di Kampung Tanjung Bidara dikumpul dan didokumenkan terdiri dari aspek aktor, alatan, kostum, muzik, doa, dan pergerakan tarian. Keenam aspek ini dihuraikan secara terperinci dan

dipersembahkan dalam bentuk CD ROM. Aspek pergerakan menjadi fokus utama

COPYRIGHT @ UiTM

dalam kajian ini, justeru itu langkah pergerakan ditunjukkan dalam bentuk animasi, audio dan video. Menerusi CD ROM ini diharapkan pengguna secara tidak langsung dapat menghayati Tarian Dabus dengan lebih baik. Di samping itu pembaca boleh berinteraktif untuk memahami tarian tersebut, malah pembaca boleh membaca teks, visual grafik untuk memahami gerakan tari dengan menggunakan kaedah animasi, audio dan video.

1.0.2 Pernyataan Masalah


Tarian Dabus adalah satu tarian tradisional Melayu atau tarian rakyat negeri Perak yang begitu unik. Namun begitu akhir-akhir ini Tarian Dabus semakin pupus dan terpinggir. Kalau adapun hanya dianggotai oleh generasi tua. Kemasyuran tarian ini suatu ketika dahulu menjadikannya satu tarian yang popular dan digemari oleh segenap lapisan rakyat. Namun dewasa ini Tarian Dabus kurang mendapat tempat dihati masyarakat khususnya golongan muda. Hakikat ini telah mendorong penyelidik untuk menjalankan penyelidikan bertujuan mendokumentasikan keindahan

pergerakan Tarian Dabus dalam set aplikasi multimedia. Diharapkan tarian ini terus berkembang dari satu generasi ke satu generasi. Sekiranya perhatian dapat diberikan dengan sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab usaha menghidupkan Tarian Dabus dan mengekalkan keaslian tarian tersebut boleh dilaksana dengan sempurna.

1.0.3 Objekti f
Objektif penyelidikan ini adalah untuk: 1. 2. mendokumentasikan keindahan pergerakan tari dalam Tarian Dabus. mendokumentasikan Tarian Dabus dalam aplikasi multimedia.

COPYRIGHT @ UiTM

3.

mengumpul maklumat dan mengekalkan warisan tarian Melayu agar tidak pupus akibat pengaruh asing, perubahan gaya dan corak hidup

masyarakat moden.

1.0.4 Kepentingan Projek


Kepentingan penyelidikan adalah untuk: 1. memperkenalkan kepada generasi baru bahawa tarian tradisi Melayu amat 2. 3. kaya dengan keindahan dan keunikan yang tersendiri.

menjadikan salah satu sumber rujukan dalam bentuk multimedia. meneruskan usaha mengekalkan keindahan pergerakan seni tarian tradisi Melayu iaitu Tarian Dabus.

1.0.5 Skop Projek/Batasan Kerja


Skop projek ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pemilihan tarian, fokus, dan lokasi kajian.

a. Pemilihan tarian
Pemilihan tarian adalah terhad kepada tarian tradisi Melayu sahaja iaitu Tarian Dabus. Tarian Dabus ialah tarian rakyat yang dimainkan di kalangan masyarakat Melayu tradisi sekitar Kampung Tanjung Bidara, Kampung Gajah, Daerah Perak

Tengah, di negeri Perak.

b. Fokus
Penyelidikan ini akan hanya difokuskan kepada Keindahan Pergerakan dalam tarian. Dua aspek utama dalam pergerakan tarian yang akan diselidiki ialah aspek pertama langkah-langkah tarian merangkumi aktor, alatan, kostum, muzik, doa dan

COPYRIGHT @ UiTM

pergerakan. Aspe k kedu a iala h mese j yan g henda k disampaikan . Sen i Taria n Dabu s merupakan sen i yan g menekanka n kepad a eleme n pergeraka n tubu h badan , ruang , masa da n tenaga . Asa s Taria n Dabu s merupaka n sat u pergeraka n yan g dilakuka n dalam berbagai-baga i cora k lantai . Daripad a pergeraka n in i empa t pergeraka n lag i dihasilkan iait u penar i bertinggun g d i hadapa n pentas , pergeraka n kak i kir i da n kanan, pergeraka n melompa t da n mengulan g pergeraka n melompat . Tarian Dabu s menegaska n pergeraka n kak i manakal a tanga n digunaka n untu k memegang peralata n (ana k dabus) . Taria n in i mempunya i repertoir e pergeraka n yan g terhad yan g diulan g berkali-kal i dala m persembahan . Dar i aspe k estetik a Taria n Dabus adala h sat u taria n Melay u yan g dipengaruh i ole h tingkahlak u buday a orang orang Melayu . Unsur-unsu r tingkahlak u mempengaruh i taria n dabu s yan g dilakuka n secara perlahan-lahan , inda h da n lema h lembu t sepert i pergeraka n anatom i contohnya pada tubu h bada n terutam a tangan , lengan , jari, bada n da n kepala . Di dala m sesuat u Taria n Dabu s yan g dipersembahka n mempunya i sesuat u mesej yan g henda k disampaika n ole h penari-penari . Suda h menjad i sat u konse p ata u idea d i dala m kehidupa n masyaraka t Melay u sesuat u perkar a it u tida k dinyataka n secara 'terbuka ' sebalikny a i a disampaika n secar a simboli k ata u ad a mese j disebaliknya (Moh d Ghous e Nasuruddin , 1994) . Mese j yan g disampaika n aka n mewakili sesuat u yan g Iai n da n mungki n perkara-perkar a yan g abstra k dilambangka n supaya jela s makn a da n maksudnya . D i dala m Taria n Dabu s pergeraka n da n alata n yang digunaka n dala m persembaha n adala h merupaka n sat u simboli k kepad a mese j yang henda k disampaika n kepad a penonto n yan g berkaita n denga n aspe k sosio budaya, ekonomi , politi k da n agama .

COPYRIGHT @ UiTM

c. Lokas i Kajian
Tarian Dabus terdapat di beberapa daerah lain di negeri Perak seperti di Bagan Datoh, Kampung Pasir Panjang, Setiawan suatu ketika dahulu dan juga di negeri Selangor serta Melaka. Namun begitu, kajian ini hanya akan ditumpukan di sekitar Negeri Perak khususnya di Kampung Tanjung Bidara, Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah sahaja.

1.0.6 Definis i Terma/Konsep

a. Definisi Dabus Dabus bermaksud 'besi atau lembing yang tajam' dalam bahasa Bugis. Dalam persembahan Tarian Dabus ini ia lebih dikenali sebagai anak dabus iaitu alat yang dipegang oleh penari semasa menari. Alat ini akan digoncang sambil

menghentakkannya oleh penari untuk menghasilkan bunyi gemercik.

b. Penari, Pemuzik dan Guru Penari-penari terdiri daripada kaum lelaki dan wanita. Jumlah penari adalah tidak terhad antara seramai 8 orang hingga 10 orang ahli atau lebih ramai lagi mengikut permintaan penonton. Pemuzik adalah orang yang bertanggung jawab memainkan alat muzik ketika persembahan. Jumlah pemuzik juga tidak terhad terdiri antara 8 orang hingga 10 orang yang kebanyakkannya terdiri dari kaum lelaki. Guru merupakan ketua dalam sesuatu persembahan. Guru yang dikenali juga sebagai khalifah memgang peranan paling penting. Guru akan membaca doa dan jampi, bersyair mengikut senikata dari kitab berzanji dan menyediakan air penawar dan

melakukan rawatan pemulihan kepada penari-penari.

COPYRIGHT @ UiTM

c. Peralatan i. Anak dabus - alat yang digunakan dalam tarian yang dipegang oleh penari semasa menari. Alat ini mempunyai hujung yang tajam yang berfungsi untuk mencucuk pada mana-mana anggota badan terutamanya pada bahagian lengan penari ketika mereka menari. ii. Tepung Tawar - air yang dimasukkan ke dalam satu bekas, di dalamnya dimasukkan umbut pisang dan daun setawar. Kegunaannya adalah untuk memulihkan luka iaitu mengurangkan bisa besi dan menghentikan pendarahan. Encik Seteh b. Anjang Ria (Khalifah Tarian Dabus Tanjung Bidara) mengumpamakan bahawa penawar ini seperti 'Sejuk batang pisang, begitu sejuk ditikam besi'. air

d. Kostum i. Penari - kostum penari terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk penari lelaki dan penari wanita. Pada masa dahulu penari lelaki memakai pakaian berupa pakaian pahlawan yang terdiri dari baju Melayu hitam dan seluar hitam A panjang, sampin
3

hitam dan kain putih diikat di kepala. Manakala penari wanita pula memakai pakaian berupa Puteri Perak berwarna hitam. Sekarang ini penari lelaki memakai baju Melayu dan baju batik. Manakala penari wanita masih memakai baju puteri Perak tetapi tidak lagi terikat dengan warna hitam. Kostum yang dipakai oleh penari bergantung kepada tempat persembahan hendak diadakan. ii. Guru atau khalifah - kostum atau pakaian guru pada masa duhulunya memakai pakaian seperti pahlawan Melayu tetapi sekarang guru memakai baju Melayu biasa, seluar, sampin (songket) dan songkok. Sekarang ini guru atau khalifah turut memakai baju batik dan bersongkok.

COPYRIGHT @ UiTM

iii. Ahli Muzik - ahli muzik kebanyakannya terdiri dari lelaki. Mereka memakai pakaian baju Melayu. Mereka juga turut memakai baju batik dan bersongkok.

e. Doadanjampi Doa dan jampi berlaku serentak. Doa dan jampi kendalikan oleh guru atau khalifah sahaja. Ia dibaca sebelum dan selepas tarian dengan cara memegang sebiji kemenyan dan diperasapkan ke sekeliling gelanggang. Doa dan jampi dibaca dalam bahasa Arab dan Melayu. Doa dan jampi dilaksanakan bagi mengelak sebarang kecelakaan sepanjang persembahan Tarian Dabus. f. Unsur Lupa Unsur lupa dalam Tarian Dabus adalah separuh lupa sahaja. Penari berada dalam keadaan separuh lupa dengan ratib, zikir, paluan gendang dabus dan gong serta bunyian gemercing anak dabus. Unsur separuh lupa pernah diamalkan oleh kumpulan Tarian Dabus pada masa dahulu. Namun begitu unsur-unsur lupa tidak dipraktikkan lagi disebabkan pengaruh agama Islam yang tidak menggalakkan unsur-unsur sedemikian.

COPYRIGHT @ UiTM

2.0 Periha l Taria n

2.0.1 Defmis i
Secara umumnya tarian ialah pergerakan tubuh badan manusia yang membawa sesuatu maksud seperti komunikasi, estetika, emosi, disertai dengan muzik, juga menjangkau pengaruh kawalan minda dan badan, kadangkala berunsur spritual dan kadangkala hanya sekadar satu senaman untuk kecergasan badan (Gell, Alfred, 1985). Defmisi tarian yang dikemukakan oleh Joan C. (1993) 'Dance i s the making of rhythmical steps and movements for their own sake (as againt steps and

movements done i n order t o g o somewhere, t o d o work, o r t o dress oneself'. Terdapat pakar sejarah tarian dan muzik telah mendifinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak geri berirama yang indah.

2.0.2 Jeni s Tarian Melayu


Dalam kebudayaan Melayu terdapat pelbagai jenis tarian. Ia merangkumi tarian Melayu tradisional dan tarian Melayu moden. Corak tarian Melayu tradisional mempunyai dua pergerakan iaitu pergerakan yang lemah lembut dan pergerakan yang rancak. Kedua-dua pegerakan ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Umumnya tarian Melayu tradisional terbahagi kepada empat kategori iaitu; i. ii. iii. iv. Tarian Istana Tarian rakyat Tarian rakyat pengaruh Arab dan Parsi Tarian khusus untuk lelaki

COPYRIGHT @ UiTM

2.0.3 Tarian dalam masyarakat Melayu


Seni Tari mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan manusia dan alam. Tarian dalam alam Melayu diertikan sebagai seni yang halus. Di sebalik kehalusan gerak-geri yang ditunjukkan melalui lenggang lenggok dan ayunan tangan yang lembut itu sebenarnya terdapat cerita-cerita yang menarik. Menurut Sharif Mohd Faisal Sh. Mahmud (2002) dalam menggayakan ataupun menarikan tarian-tarian ini, masyarakat Melayu selalunya mengambil unsur-unsur fenomena semulajadi seperti ribut, kemarau, gempabumi dan sebagainya untuk tujuan dijadikan motif dalam merencanakan lenggok tari tarian yang dipersembahkan. Tarian dalam dunia Melayu merupakan satu pelengkap dan berfungsi dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Mohd Ghouse Nasuruddin (1994) menyatakan perkembangan tarian tradisi Melayu bermula dari pergerakan ritual yang ringkas, kemudian berkembang kepada tarian rakyat sehinggalah kepada tarian istana yang lebih kompleks dan halus. Tarian yang dipersembahkan oleh masyarakat Melayu itu mempunyai dua fungsi iaitu aspek sekular dan spritual. Fungsi sekular ialah mendidik dan menyambungkan cerita dongeng, legenda, adat tradisi dan hiburan. Manakala aspek spritual ialah memberi maksud yang lebih mendalam sebagai saluran untuk menghubungi, mempelawa dan memuja semangat animisme. Tarian Melayu terbahagi kepada empat bahagian iaitu drama tari, tarian istana, tarian rakyat dan tarian Melayu moden. Drama tari merujuk kepada tarian yang mempunyai pergerakkan dan berfungsi seperti mak yong, menora dan lain-lain. Tarian istana pula bermula dari istana seperti tarian asyik, tarian joget gamelan di mana keseluruhan tarian dikendalikan oleh pihak istana. Tarian rakyat terdiri dari berbagai-bagai jenis tarian yang kebanyakannya merupakan hiburan di waktu lapang. Tarian rakyat bermula sejak zaman kuno (berunsur animisme) sehingga kedatangan

10

COPYRIGHT @ UiTM

Islam ke Tanah Melayu. Antara tarian rakyat berunsur animisme ialah gunungan, ulik gambuh dan balai yang lebih kepada persembahan semangat padi. Manakala setelah kedatangan Islam ke Nusantara, tarian rakyat mula mengalami perubahan sedikit

demi. Di antaranya adalah seperti penambahan unsur-unsur zikir memuji Allah dan Nabi Muhammad S.A.W dalam tarian dabus, hadrah dan rodat. Tarian Melayu Moden merupakan tarian yang diciptakan untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden seperti joget, inang, asli dan lain-lain (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1994). Sesuatu struktur bentuk tarian atau pergerakan tari dipengaruhi oleh suku kaum, organisasi sosio-ekonomi, agama dan politiknya. Begitulah dalam tarian Melayu. Orang Melayu cintakan keamanan, sopan santun dan saling hormat menghormati di antara satu dengan lain sehinggakan mempengaruhi gaya tarian mereka yang dilakukan secara perlahan-lahan, indah dan lembut. Pergerakan tari yang indah dan lembut dalam tarian Melayu melibatkan pergerakan anatomi pada bahagian atas tubuh terutamanya pada pergerakan tangan, lengan, jari, badan dan kepala. Pergerakan kaki pula akan mengatur langkah samada ke depan, belakang, kiri dan kanan. Sesetengah tarian yang penarinya perlu memegang peralatan seperti Tarian Dabus penarinya memegang anak dabus, tarian kuda kepang penarinya memegang kuda kepang dan lain-lain, maka pergerakan kaki lebih diutamakan berbanding dengan pergerakan tangan. Dari segi pakaian atau kostum setiap jenis tarian Melayu mempunyai kostumnya tersendiri. Ia mempunyai potongan tertentu. Kostum yang dipakai bersesuaian pula dengan pergerakan tarian itu sendiri samada pergerakan yang lemah lembut atau rancak. Kostum bukan sahaja dipakai oleh penari malah turut dipakai oleh guru dan pembantu seperti pemain muzik, pembantu dan sebagainya.

II

COPYRIGHT @ UiTM

3.0 Kajia n Literatu r

Perhubungan baik di antara semua masyarakat di Malaysia amat penting untuk mewujudkan masyarakat majmuk Malaysia yang harmoni. Bentuk-bentuk

perhubungan universal yang ada dalam masyarakat Malaysia adalah dalam pelbagai corak. Salah satunya adalah menerusi tarian. Tarian adalah satu bentuk komunikasi universal bukan lisan. Ia terbentuk di kalangan masyarakat di mana melaluinya kita berupaya menghayati budaya sesuatu kaum. Menurut Bagong Kussudiardjo (1981) tarian bererti keindahan gerak anggota-anggota badan manusia yang bergerak, berirama dan berjiwa atau dapat juga diberi erti bahawa seni tari adalah keindahan bentuk dari anggota badan manusia yang bergerak, berirama dan berjiwa yang harmonis. Tarian dianggap sebagai suatu bentuk seni yang pertama diusahakan oleh manusia kerana ia tidak memerlukan sebarang peralatan, kecuali tubuh badan manusia. Bentuk dan stail tarian yang awal menggunakan tarian sebagai alat untuk berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai oleh mereka, apa yang dirujuk hari ini sebagai fenomena semulajadi, seperti ribut petir, gempa bumi, letupan gunung berapi, kemarau, dan seumpamanya (Mohd Ghouse Nasuruddin,1994). Dalam setiap persembahan tarian melibatkan elemen 'primary' dan

'secondary'. Pauline Koner (1993) menyatakan "Primary element deal with the act i s emotion, motivation, focus, dynamic and movement, which are as vital as fire, air, earth, and water are to life. Secondary Element deal with the craft and include an

analysis and study of stage levels example platforms, steps, boxes and ladders; hand props like fans, chiness ribbons, elastic, hoops, chairs; fabric like various leghts and textures of cloth; costumes like long skirts, caftan's and period suggestions. Finally

12

COPYRIGHT @ UiTM

You might also like