Professional Documents
Culture Documents
11 Unit 7
11 Unit 7
PENGENALAN
Kesempurnaan sesuatu kurikulum persekolahan yang dirancang itu belum tentu menjamin pencapaian hasrat dan objektifnya. Yang lebih penting dalam sekuen pelaksanaan sesuatu kurikulum itu ialah bagaimana realiti penterjemahan kandungan kurikulum itu dalam konteks bilik darjah. Di sinilah peranan besar yang dituntut daripada para guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 7.1 Aliran Falsafah Pendidikan Tradisional Dan Kontemporari Falsafah Pendidikan Tradisional Falsafah Pendidikan Kontemporari
5.Unit/rancangan pelajaran disusun berdasarkan 5. Unit/rancangan pelajaran disusun topik atau konsep. berdasarkan masalah atau minat murid. 6.Kandungan adalah berasingan berdasarkan disiplin. 6. Kandungan adalah bersepadu; lebih dari satu mata pelajaran.
Instruksi/Pengajaran
1.Tumpu kepada penggunaan buku teks dan buku kerja; pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam bilik darjah. 2. Pembelajaran seluruh kelas; jadual tetap. 1. Pelbagai bahan instruksi; pengajaran dan pembelajaran termasuk sumber komuniti.
2. Seluruh kelas, kumpulan kecil dan individu; jadual anjal. 3. Kumpulan heterogeneous. 4. Murid terlibat secara aktif mencari informasi boleh diguna dan diaplikasi. 5. Tumpuan kepada pelbagai pengalaman bilik darjah dan situasi instruksi.
3.Kumpulan homogeneous. 4.Murid menyerap secara pasif pengajaran guru dan buku teks. 5.Tumpuan kepada keseragaman pengalaman bilik darjah dan situasi instruksi.
Pengajaran
Reinhartz & Beach (1997) menjelaskan maksud pengajaran sebagai implimentasi kurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Manakala Kane et. al. (2002) dalam tinjauan semula tentang konsep pengajaran telah menyenaraikan perkara berikut:
pengajaran sebagai menyampaikan maklumat pengajaran sebagai pemindahan maklumat pengajaran sebagai ilustrasi aplikasi teori kepada praktis pengajaran sebagai memperkembang konsep/prinsip dan perkaitan keduanya pengajaran sebagai memperkembang keupayaan untuk menjadi pakar pengajaran sebagai meneroka cara memahami dari perspektif tertentu pengajaran sebagai mendapatkan perubahan konsep
Terdapat dua perspektif terhadap ilmu apabila membincangkan tentang pengajaran iaitu perspektif objektivis (melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran) dan perspektif konstruktivis (melaksanakan kaedah induktif). Perspektif objektivis mempunyai ciri-ciri berikut: Ilmu sebagai satu komoditi yang pasti dan boleh diperturunkan. Tumpuan kepada isi kanfdungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan pemindahan pembelajaran. Menggunakan Taksonomi Bloom sebagai asas untuk pengajaran dan penilaian. Ilmu pengetahuan bersifat kumulatif. Disokong teori pemprosesan maklumat (menjelas bagaimana pengetahuan diplajari) dan teori skema (menjelas bagaimana pengetahuan dibentuk). Strategi pengajaran berbentuk ekspositori seperti kaedah kuliah, demonstrasi, simulasi, main peranan dan latih tubi. Secara ringkasnya perkara tersebut adalah seperti Jadual 7.2.
Jadual 7.2 Perspektif Objektivis Jenis Teori Pengasas Teori Pembelajaran Pengasas Teori/Model Pembelajaran Skinner Fokus/Objektif Pengajaran & Pembelajaran
Penguasaan isi pelajaran melalui proses pelaziman dan penggunaan motivasi ekstrinsik. Penguasaan kemahiran dan pengetahuan prosedur melalui penggabungan dan subprosedur. Gagne, Penguasaan isi pelajaran Bloom, melalui pencetusan proses mental seperti skema dan metakognisi.
Sibernetik
Landa
Kognitif
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (2006) Perspektif konstruktivis pula mempunyai ciri-ciri berikut: Melihat pelajar sebagai Pembina ilmu. Pengajaran bertujuan untuk mengubah cara dan tahap berfikir. Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untuk mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi. Isi pelajaran diketepikan selepas kepakaran diperolehi. Pengajaran berfokus kepada proses pembinaan ilmu pengetahuan. Contoh strategi pengajaran adalah inkuiri (seperti pembelajaran berasaskan masalah) dan belajar sambil melawat. Secara ringkasnya perkara tersebut adalah seperti Jadual 7.3.
Jadual 7.3 Perspektif Konstruktivis Jenis Teori Pengasas Teori Pembelajaran Pengasas Teori/Model Pembelajaran Fokus/Objektif Pengajaran & Pembelajaran
Lawson, Collins Kemahiran pentaakulan, dan Stevens, pemikiran aras tinggi Bruner, Taba berdasarkan logik dan pembangunan pelbagai kecerdasan. Rogers Spiro, Thelen Pembelajaran yang bermakna dan ownership of knowledge. Kemahiran pentaakulan, pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan (scaffolding), pembelajaran koperatif/kolaboratif dan sebagainya.
Rogers Vygotsky
Pembelajaran
Marton dan Booth (1997; dalam Fry dan Marshal, 2003) menyatakan pembelajaran adalah berkenaan bagaimana kita menanggap dan memahami dunia, tentang membuat makna. Fry dan Marshal (2003) berpendapat pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan. Pembelajaran itu dikatakan telah berlaku apabila terdapat perubahan pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan. Kebiasaannya, ektiviti pembelajaran di sekolan dibahagikan kepada tiga klasifikasi domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif adalah aktiviti pembelajaran yang berfokus kepada aktiviti intelek, domain afektif merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang berpusat kepada rohani dan emosi, dan domain psikomotor pula merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang mengaitkan penggunaan jasmani tubuh badan. Terdapat pelbagai teori dan model pembelajaran yang telah dikemukakan. Namun, modul ini akan membincangkan empat teori dan model pembelajaran sahaja yang bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran di sekolah rendah iaitu behaviourisme, konstruktivisme, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pelbagai kecerdasan. Teori pembelajaran behaviourisme pula mendapat sambutan yang baik dalam dekad 1950an dan 1960an. Kata kunci kepada teori ini ialah ransangan (stimuli) dan gerak balas. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu organisme akan memberikan suatu gerak balas apabila suatu ransangan dikenakan ke atas mereka. Perkara ini amat benar jika dilihat terhadap perlakuan lahiriah organisme tersebut. Namun, mungkin gerak balas
yang diberikan adalah suatu gerak balas refleksi semacam tindakan pantulan. Di sini, teori pembelajaran behaviourisme tidak dapat menjelaskan proses kognitif yang berlaku terhadap organisme tersebut. Jika diaplikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, teori ini berpendapat bahawa murid perlu menyesuaikan diri mereka kepada persekitaran. Murid perlu memberi tindak balas terhadap ransangan persekitaran termasuk guru. Peranan guru lebih dominan kerana murid dianggap seperti suatu bekas yang perlu diberi ilmu pengetahuan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dianggap pasif kerana hanya menanti ransangan daripada guru. Aliran konstruktivisme percaya bahawa individu murid itu mempunyai keupayaan untuk membina ilmu pengetahuan. Individu murid perlu secara aktif membentuk dan membina ilmu. Murid dianggap telah mempunyai ilmu pengetahuan dan otak mereka tidak kosong walau pun mereka belum didedahkan dengan sesuatu isi pelajaran baru. Ada kemungkinan pengetahuan yang terdapat dalam diri mereka itu salah. Justeru, guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid dalam merancang dan melaksanakan pengajaran mereka. Pengajaran akan mengakibatkan pemindahan dan transformasi maklumat yang mana individu murid akan membina, menjana dan menyesuaikan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, para guru perlu memikirkan cara untuk memastikan berlakunya pemindahan dan transformasi ilmu kepada diri murid. Pembelajaran berasaskan pengalaman pula menyatakan bahawa pemahaman yang dimiliki oleh seseorang individu murid itu bukan bersifat tetap. Individu murid akan memperolehi pengalaman apabila mereka belajar khususnya belajar dengan cara melakukan sesuatu (learning by doing). Pemahaman akan dibentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman yang dilalui. Siri pengalaman yang dilalui akan membentuk pemahaman murid secara berterusan. Pusingan Pembelajaran Kolb menyatakan terdapat empat peringkat keupayaan bagi menjamin pembelajaran iaitu pengalaman konkrit (concrete experience CE), pemerhatian reflektif (reflective observation RO), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization AC) dan percubaan aktif (active experimentation AE). Murid perlu diberi peluang dan kebebasan untuk mendapat pengalaman baru (CE). Seterusnya murid perlu diberi peluang untuk membuat refleksi (RO) tentang pengalaman yang telah mereka lalui. Di peringkat ini, maklum balas daripada orang lain adalah penting. Di langkah seterusnya, murid diharapkan mampu membentuk dan membentuk semula, memproses idea, menjadikannya milik sendiri dan menyepadukan idea baru mereka menjadi teori yang logikal (AC). Di peringkat keempat, individu murid akan menggunakan teori untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan menguji implikasinya dalam situasi baru. Pusingan ini akan berterusan apabila individu murid melalui siri pengalaman baru dan membina pemahaman. Howard Gardner telah memperkenalkan Teori Pelbagai Kecerdasan. Kemunculan teori ini telah menyanggah pendapat yang selama ini mengatakan faktor kecerdasan murid sebagai penentu kejayaan aktiviti pembelajaran murid. Sebaliknya, Howard Gardner mencadangkan lapan kecerdasan yang pelbagai yang dipunyai oleh individu berdasarkan perbezaan keupayaan dan potensi mereka iaitu:
Kecerdasan verbal linguistik Kecerdasan logic matematik Kecerdasan visual ruang Kecerdasan kinestetik Kecerdasan muzik Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal
Kecerdasan naturalis
Teori ini memberi implikasi bahawa setiap guru perlu mengenal pasti kecenderongan murid dan menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lapan laluan pembelajaran yang dicadangkan oleh Gardner ini.
Rajah 7.1 menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum Pengajaran
Penentuan kemahiran atau isi pelajaran Penelitian kebolehan sedia ada murid Penentuan objektif P&P Penentuan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik P& P Pemilihan bahan sumber
Semasa Pengajaran
Pelaksanan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik Pengurusan kelas Penggunaan bahan bantu Penilaian
Selepas Pengajaran
Rajah 7.2 Urutan Fasa Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (Sumber: Ikhsan Othman & Norila Md Salleh, 2005)
AKTIVITI 7.1 Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara konsep pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aliran tradisional dan moden.
Aliran Pengajaran Pembelajaran
Tradisional
Moden
Garis panduan untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang beupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah antara yang boleh difikir oleh guru dan dilaksanakan. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (If we fail to plan, we plan to fail. Plan your work and work your plan) Fikirkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid. Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat murid dan tumpuan murid. Kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian. Beri peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka
mengajar juga adalah sama kepada semua murid. Kadang-kala penggunaan papan putih/hitam lebih tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat. Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering berlaku. Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set induksi, perkembangan dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah ketika memberi pengenalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baru bagi menyediakan murid pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas sesuatu prinsip, deskripsi dan rumusan tentang isi pelajaran.
Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru dapat mudah memberi bimbingan dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan akan berlaku interaksi antara murid dengan murid di mana murid yang lebih berkebolehan dapat membantu murid yang kurang berkebolehan.
Bagaimanakah pula pengumpulan murid mengikut pencapaian, minat dan jantina dapat dilakukan? Apakah justifikasi guru untuk berbuat demikian? Dalam hal ini, saiz kumpulan yang berdasarkan bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan akan menentukan darjah penglibatan dan interaksi murid sesama mereka. Kumpulan kecil yang mengandungi ahli terdiri daripada dua hingga empat orang murid lebih bersifat tidak formal. Tidak semestinya melantik seorang ketua untuk menyelaras aktiviti kumpulan. Kumpulan kecil begini memberi peluang kepada ahli dalam kumpulan berinteraksi secara maksimum dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kumpulan yang sederhana besar pula terdiri daripada 5 hingga 10 orang ahli. Aktiviti dalam kumpulan yang dilakukan secara bersama lebih bersifat formal kerana perlu ada seorang ketua untuk menyelaras aktiviti supaya dapat dilaksana dengan lancar. Kumpulan besar yang ahlinya terdiri daripada lebih 10 orang murid dalam setiap kumpulan sangat bersifat formal. Seorang ketua kumpulan yang amat berkebolehan
perlu dilantik untuk menyelaras aktiviti kumpulan. Darjah penglibatan setiap murid dalam aktiviti pembelajaran amat terbatas disebabkan bilangan ahli yang terlalu ramai. Newble dan Cannon (1995) telah menyarankan bahawa pengajaran yang menggunakan kaedah kumpulan perlu ada ciri-ciri berikut:
Penglibatan yang aktif di pihak murid. Pertemuan secara bersemuka. Aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab.
AKTIVITI 7.2 Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara kaedah pembelajaran secara, kumpulan dan individu dari aspek peranan guru, peranan murid dan tujuan pemilihan kaedah tersebut.
Pembelajaran Secara Peranan Guru Peranan Murid Tujuan Pemilihan
Kelas
Kumpulan
Individu
Pemulihan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979 : Perakuan 5) telah memperakukan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu. Berkaitan hal ini terdapat pekeliling KPM yang memastikan kelas pemulihan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Antaranya ialah Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32) bertarikhh 22 Januari 1985 (Guru Khas Pendidikan Pemulihan), Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26) bertarikh 18 Januari 1986 (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah), Surat Pekeliling Bahagian SekolahSekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bertarik. 30 Jun 1989(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah). Menurut Kamus Dewan Edisi IV (2005), perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira (Panduan Am KBSR - 1982). Antara objektif Program Pemulihan Khas adalah untuk membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas. Fokus utama pembelajaran dalam KBSR ialah untuk memastikan semua murid berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tamat melalui pengalaman pembelajaran di sekolah rendah. Namun demikian, perbezaan keupayaan individu yang pelbagai mungkin menjadi penghalang dan mengakibatkan pencapaian penguasaan kemahiran-kemahiras asas dalam kalangan sesetengah murid tidak tercapai. Bahkan semua murid mempunyai hak untuk belajar dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Maka tugas guru adalah untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran yang diperlukan untuk melancarkan pembelajaran murid. Penilaian formatif yang dijalankan oleh guru sepanjang tempoh pengajarannya di dalam bilik darjah memerlukan guru mengenalpasti tahap pencapaian dan penguasaan muridmurid terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan ketika membuat perancangan pengajaran hariannya. Hasil dari penilaian formatif tersebut, jika guru dapat mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku, guru tersebut tidak boleh meneruskan kepada langkah/ fasa seterusnya. Guru perlu mempastikan muridnya yang menghadapi masalah lewat menguasai isi kandungan bagi tajuk yang diajar itu benarbenar memahaminya menerusi aktiviti pemulihan seperti pengulangan, analogi, model dan sebagainya. Setelah murid- murid tersebut menguasainya maka barulah guru boleh meneruskan pengajarannya kepada langkah/ fasa seterusnya. Perbezaan keupayaan antara individu murid menuntut guru perlu memberikan layanan dan perhatian yang khusus kepada sesetengah murid (yang ketinggalan) dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkembangan intelek antara individu murid yang tidak sama memerlukan guru memikirkan strategi yang berbeza dan khusus kepada kumpulan murid yang mengikuti kelas pemulihan ini. Selepas murid-murid ini berupaya menguasai semua kemahiran asas ini maka mereka akan meneruskan proses pembelajaran dalam sistem persekolahan biasa.
Terdapat pelbagai program di sekolah rendah sekarang ini yang berorientasi pemulihan. Antaranya ialah pemulihan dalam kelas, KIA2M dan PROTIM. Kesemua program pemulihan memerlukan kaedah individu yang mana guru yang terlibat perlu membuat perancangan yang rapi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru pemulihan perlu mengetahui apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar dan apa yang dipelajari oleh murid selepas mengajar. Ketika merancang guru perlu mengambil kira maklumat individu murid, sebab-sebab mereka memasuki program pemulihan dan faktor-faktor yang berkaitan. Guru pemulihan perlu bijak merancang kaedah yang hendak digunakan dan bahan bantu mengajar yang hendak digunakan. Penilaian perlu dilaksanakan untuk melihat pencapaian dan perkembangan murid. Program pendidikan pemulihan bermatlamat untuk membolehkan murid-murid menguasasi kemahiran asas literasi iaitu menulis, mengira dan membaca. Objektif pendidikan pemulihan ini adalah membantu murid yang lemah tahap akademiknya: menjalankan ujian dignostik membina dan meningkatkan keyakinan diri. belajar sesuatu mata pelajaran mengikut kebolehannya memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas ialah disebabkan oleh konsep setiap individu murid adalah mempunyai tahap keupayaan yang berbeza. Perbezaan individu ini perlu menjadi panduan dan amalan guru dalam usaha merancang, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pengayaan
Jika kelas pemulihan bertujuan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, tujuan kelas pengayaan pula ialah sebaliknya. Kelas pengayaan ialah satu proses yang mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi diberikan kepada sekumpulan murid selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa yang telah dilakukan di
dalam kelas. Murid-murid ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi. Tujuan diwujudkan kelas pengayaan ini ialah untuk memperkembangkan penguasaan kemahiran murid-murid ke tahap yang lebih tinggi lagi selaras dengan keupayaan mereka sendiri. Pengayaan juga dapat memperkembangkan lagi potensi yang sedia ada pada murid-murid meliputi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran. Selain itu, pengayaan dapat menyediakan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, krititis, imaginatif, inovatif, motivatif dan bakat murid-murid dalam pelbagai bidang.Secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan akan dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka. Melalui cara ini, keupayaan dan potensi murid yang terlibat akan dapat dimaksimunkan. Biasanya aktiviti kelas pengayaan ini tidak dimasukkan ke dalam jadual waktu pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan murid yang terpilih ini akan diberikan kerja tambahan berbentuk lembaran kerja atau projek. Namun demikian tahap tugasan yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap mereka. Pembelajaran murid adalah lebih bercorak pembelajaran kendiri. Manakala pihak guru akan memberikan bimbingan secara minimum. Seringkali murid yang terpilih akan mengadakan perbincangan dengan rakan dan guru mereka dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana pengayaan merupakan aktiviti bagi memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima, maka jenis-jenis aktiviti pengayaan yang dilaksanakan mestilah sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid, bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri dan berbentuk lembaran kerja atau projek. Aktiviti pengayaan memerlukan proses pengendalian yang teliti dan sistematik: Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai
Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
. . . Bahagian pembangunan Kurikulum, KPM. 2010
AKTIVITI 7.3 Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara pemulihan dan pengayaan.
Aspek Pemulihan Pengayaan
Pembelajaran berasaskan projek Pembelajaran koperatif Inkuiri penemuan Pembelajaran luar bilik darjah Pembelajaran tematik Dalam pembelajaran Bahasa Malayisa Tahun 2 umpamanya pembelajaran tematik melibatkan tema kekeluargaan; kemasyarakatan; kesihatan dan kebersihan; keselamatan; perpaduan; Kebudayaan, Kesenian dan Estetika; Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Alam Sekitar dan Teknologi Hijau; Pertanian; dan ekonomi. Penekanan kepada konsep 5P juga perlu dilaksanakan. Konsep 5P adalah merujuk kepada penggabunjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian. Konsep 5P juga diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1 & 2 Sekolah Kebangsaan.
Jadual waktu pelajaran bagi setiap tahun persekolahan dalam sebuah kelas bercantum seboleh-bolehnya disusun mengikut mata pelajaran yang sama dalam waktu pelajaran yang sama. Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Bahasa Melayu, muridmurid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama. Pengajaran dan pembelajaran juga akan mencantumkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan. Antaranya ialah seperti kaedah kelas jika guru ingin menyampaikan maklumat am kepada semua pelajar. Kaaedah kumpulan boleh digunakan jika guru ingin mengasingkan murid berdasarkan kecekapan kemahiran dan kebolehan akademik. Kaedah individu juga boleh digunakan jika guru ingin memfokus kepada seseorang individu murid.
RUMUSAN
Unit ini telah memberi fokus tentang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dari aspek konsep pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian cadangan kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah telah turut sama dibincangkan. Pengajaran dalam KSSR juga disentuh sedikit sebagai cetusan kepada para pelajar untuk terus mendalami lagi perkara tersebut dari semasa ke semasa.
KATA KUNCI
Falsafah pendidikan kefahaman tentang segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan. Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke atas individu murid atas beberapa sebab seperti kerja individu; murid yang perlu bimbingan secara khusus dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira
Kaedah kelas
Kaedah kumpulan
Kaedah individu
Pemulihan
Pengayaan
Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa.
PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan berikut. 1. Manakah antara berikut merupakan aliran falsafah pendidikan moden? A. B. C. D. Perenialisme Esensialisme Progresivisme Eksistensialisme
2.
Pendidikan moden menuntut guru berfungsi sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakah antara berikut boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas? A. B. C. D. Guru adalah sumber ilmu yang mutlak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menetapkan pengalaman kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah pihak yang berautoriti dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Guru perlu menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.
Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik. Perancangan pengajaran yang baik __________ I. II. III. IV. A. B. C. D. menyatakan objektif dengan jelas. menepati kehendak sukatan pelajaran. tidak mengabai murid berpencapaian rendah. boleh terlaksana dalam masa yang ditetapkan.
I dan IV sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, II, III dan IV sahaja
4.
Sebagai guru, aktiviti refleksi perlu dilakukan di peringkat ____________ A. B. C. D. sebelum pengajaran. semasa pengajaran. selepas pengajaran. sebelum, semasa dan selepas pengajaran
5.
Manakah antara berikut ciri-ciri Pemulihan dan Pengayaan yang dilakukan dalam sesi pengajaran di dalam kelas? l. ll. lll. lV. A. B. C. D. Bilangan pelajar yang biasanya sedikit. Dimasukkan dalam jadual waktu kelas. Ujian diagnostik terlebih dahulu perlu dilakukan. Murid berkeupayaan hampir sama dikumpul bersama.
l dan ll sahaja ll dan lll sahaja l dan lV sahaja lII dan lV sahaja 1. C; 2. D; 3. D; 4. C; 5. C
CADANGAN JAWAPAN:
RUJUKAN
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Tahun Satu & Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. & Metcalf, K.K. (2003). The act of teaching (3rd ed.). Boston: McGraw Hill. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2009). Curriculum: Foundations, principles and issues (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Reinhartz, J. & Beach, D.M. (1997). Teaching and learning in the elementary school: Focus on curriculum. New Jersey: Merill Sufean Hussin (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wiles, J. & Bondi, J. (1998). Curriculum development: A guide to practice (5th.ed.). New Jersey: Merrill Prentice Hall.