Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

BERDASARKAN BACAAN SEBUAH ARTIKEL ATAU JURNAL TENTANG SATU ETNIK DI MALAYSIA, BINCANGKAN ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA DI DALAM BILIK DARJAH.

TENUNAN KAIN PUA DALAM BUDAYA IBAN DI SARAWAK

1.0 PENGENALAN Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Etnik yang ingin dibincangkan adalah kaum iban. Professor Clifford Sather (1980) membahaskan bahawa The Iban or Sea Dayak of Sarawak are the single most populous indigenous group in Malaysia aside from the Malays. By tradition the Iban are a riverine people, dwelling in longhouse communities located along the main rivers and smaller streams of the interior of Sarawak. Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Secara keseluruhan, artikel ini

membincangkan tentang ritual kain pua Iban di Bahagian Sri Aman, Sarawak. Kain pua adalah penting kepada orang iban bukan sahaja untuk kegunaan harian malah penting dalam ritual-ritual orang iban. Kain pua juga sangat istimewa dalam kalangan orang Iban dan dianggap sebagai anugerah tuhan. Selain itu, artikel ini

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


juga membicarakan tentang ritual-ritual yang berkaitan dengan penenunan kain pua dan pantang-larang tertentu dalam penenunan tersebut. Selain itu, kain pua juga dianggap sebagai simbol identiti atau pengenalan diri orang iban kepada tuhan. Akhir sekali, kain pua juga dianggap sebagai lambang identiti budaya masyarakat Iban di seluruh dunia.

2.0 ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA

2.1 KUASA MISTIK KAIN PUA

Noria Tugang. (2010) menjelaskan bahawa kain pua ini dianggap sebagai kain berantu dalam kalangan kaum Iban kerana motif-motif dan komponen reka coraknya secara keseluruhan menjadi faktor dalam hal ini. Kaum Iban juga mempercayai bahawa motif-motif dan komponen reka coraknya diperturunkan oleh kuasa luar biasa, iaitu petara (tuhan), dewa-dewi, hantu, semangat dan tua (roh nenek moyang). Sekiranya motif-motif yang ditenun dalam kain pua sangat bertenaga, hal ini akan membawa mereka dekat dengan kuasa luar biasa dan alam ghaib. Selain itu, Noria Tugang. (2011) juga telah membicarakan dalam kajiannya bahawa kuasa, tenaga dan semangat ke dalam hasil tenunan dapat diserap oleh motif-motif yang terdapat pada kain pua. Akhir sekali, Kain pua ini juga haruslah disimpan dengan cara hormat kerana dianggap memiliki unsur-unsur seperti pandang mistik, kudus, suci dan sakral.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


2.2 Ritual Pembuatan Motif-Motif Kain Pua

Dalam artikel ini, Noria Tugang. (2010) juga telah membicarakan tentang ritual pembuatan motif-motif kain pua. Ritual pembuatan motif-motif kain pua mempunyai dua kaedah ritual iaitu membaca mantera dan ritual miring. Dalam kaedah ritual membaca mantera, sebelum menghasilkan motif-motif penenunan akan minta kebenaran kepada tuhan. Dalam kalangan masyarakat Iban, Mereka percaya bahawa tuhan akan memberi keputusannya menerusi mimpi penenun.

Mengikut kajian Noria Tugang. (2010) membahasakan kaedah kedua adalah yang digunakan dalam ritual pembuatan motif-motif kain pua adalah ritual miring. Dalam ritual ini, penenun memohon kebenaran daripada kuasa luar biasa untuk membuat motif-motif yang bertaraf tinggi. Di samping itu, ritual ini adalah wajib dalam kalangan masyarakat Iban dan miring bermaksud ritual khas yang diadakan untuk menyembah dan memberi makanan kepada tuhan. Manakala, Noria Tugang.(2010) telah membicarakan bahawa semasa mengadakan ritual miring masyarakat iban akan menggunakan bahan-bahan seperti daun sirih, daun gambir, buah pinang, daun rokok apung, tembakau, sagun (tepung beras yang telah digoreng), bertih padi, tumpi (sejenis kuih untuk petara yang diperbuat daripada tepung beras), pulut yang telah dimasak di dalam buluh dan lain-lain. Di samping itu, Masyarakat Iban juga menggunakan makanan yang bukan halal dalam upacara ritual mereka. Akhir sekali, masyarakat Iban juga sangat mempercayai bahawa pembuatan kain pua adalah susah kerana ia tidak memenuhi syarat ritual miring sekiranya darah ayam tidak digunakan dalam pembuatan kain pua dan penenun dipercayai akan mengalami kemalangan.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


2.3 Pantang-Larang Dalam Penenunan Kain Pua

Dalam jurnal Tenunan Kain Pua Dalam Budaya Iban Di Sarawak, Noria Tudang.(2010) juga telah menyenaraikan beberapa pantang larang masyarakat Iban dalam proses penenunan kain pua mereka. Di samping itu, Para penenun juga memberi keutamaan yang tinggi terhadap pantang larang ini. Hal ini kerana mereka mempercayai bahawa motif-motif yang ditenun mempunyai semangat dan boleh mengancam nyawa penenun sekiranya tidak mematuhi pantang larang tertentu. Pertama sekali, pantang larang yang berkenaan dengan kerja-kerja mungga atau ngirit. Dalam kalangan masyarakat iban, Mungga atau ngirit ialah kerja-kerja menegangkan utas-utas benang untuk mengira jumlah yang paling tepat utas benang loseng bagi membuat motif-motif kain pua. Noria Tugang.(2010) juga telah membahaskan bahawa Bagi orang Iban kerja-kerja mungga atau ngirit boleh dilakukan oleh Indu Sikat Indu Kebat, Indu Mungga Indu Nyara, Indu Nenkebang Indu Muntang Indu 6 Nakar Indu Ngar atau Indu Pandai Indu Julai Tau Nacai Gajai Lebor Api. Namun demikian, Kemahiran yang amat tinggi diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja mungga ini. Manakala, Wanita juga digalakkan untuk menjalankan kerja mungga ini dalam kalangan masyarakat iban. Di samping itu, Pantang larang yang sangat ditakuti adalah membuat kerja-kerja mungga atau ngirit untuk dirinya sendiri ataupun untuk orang lain kerana dipercayai bahawa telah meragut banyak nyawa penenun. Justeru, penenun juga dilarang untuk menenun kain pua secara berkembar (dua helai) dalam satu tangga ubong pada satu-satu masa dalam kalangan masyarakat orang iban kerana mereka mempercayai semangat jahat akan makan semangat penenun dan boleh menyebabkan jatuh sakit selama bertahun-tahun atau meninggal dunia.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


2.4 Penggunaan kain Pua Dalam Ritual

Selain daripada itu Noria Tugang. (2010) dalam kajiannya juga telah membicarakan dalam artikelnya bahawa dulu masyarakat iban telah menggunakan kain pua untuk mengadakan ritual miring dan gawai. Di samping itu, dalam ritual gawai juga kain pua telah digunakan untuk menerima dan menyambut kedatangan tuhan atau kuasa luar biasa lain naik ke rumah panjang orang iban.. Manakala, Kain pua juga telah menjayakan komunikasi orang iban dengan kuasa luar biasa. Justeru, berdasarkan Noria Tugang.(2010) masyarakat iban menggunakan kain pua dalam ritual gawai untuk memenuhi dan melengkapi syarat-8 iaitu syarat peralatan gawai, dan dengan itu, pelaksanaan sesuatu ritual gawai itu dianggap cukup sempurna.

3.0 APLIKASI KEPELBAGAIAAN BUDAYA DALAM P&P

Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Shamsul Amri

Baharuddin.(2007) menyatakan bahawa Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya.

Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Dengan ini, kita dapat memahami bahawa kepelbagaian budaya bermaksud

peradaban yang berbagai-bagai jenis. Malaysia juga merupakan salah satu contoh negara yang mengamalkan kepelbagaian budaya. Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan keistimewaannya iaitu dengan merangkumi pelbagai etnik dan budaya budaya berbeza. Manakala, penerapan budaya lain di dalam bilik darjah sangat

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


penting agar murid-murid dapat mengenali budaya etnik lain secara mendalam. Di dalam sebuah bilik darjah yang biasa sekurang kurangnya terdapat 3 hingga 4 etnik yang berbeza seperti kaum melayu, kaum cina , kaum india dan orang asli. Selain itu, budaya kaum iban juga dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai etnik. Contohnya, tenunan kain pua ini juga boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek pendidikan seni kerana motif-motif dan reka corak tenunan kain pua ini boleh diadaptasikan dalam subjek ini. Dengan ini bukan sahaja etnik iban malah etnik-etnik lain juga akan melibatkan diri dalam subjek ini secara aktif. Ini adalah kerana motifmotif dan reka corak yang digunakan dalam tenunan kain pua adalah keindahan alam semula jadi seperti alam haiwan, tumbuhan, serangga, cakerawala dan unsurunsur alam spiritual. Dengan ini, guru juga boleh membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam melukis dan membuat tenunan serta mengenali budaya kaum iban. Manakala, guru-guru juga boleh membuat alat bantu mengajar menggunakan reka corak tenunan kain pua. Hal ini juga akan membantu para guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Motif-motif dan reka corak yang digunakan dalam tenunan kain pua sesuai untuk kepelbagaian budaya dan juga akan diterima oleh pelbagai etnik. Di samping itu, mempunyai elemen penting iaitu keunikan dan kesempurnaan kepada kaum Iban. Keunikan warna merah tua, coklat, maroon, biru tua yang dicipta sendiri, Penggunaan warna-warna ini juga dapat diaplikasikan dalam pendidikan seni. Dengan ini, guru-guru juga dapat melahirkan murid-murid yang lebih kreatif dalam subjek pendidikan seni dan murid-murid pelbagai etnik juga dapat mengenali keunikan orang iban. Dengan mengaplikasi budaya kaum iban dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dapat mewujudkan murid-murid yang

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


berkemahiran tinggi dan inovatif. Selain itu, guru-guru juga dapat mengaplikasikan kepelbagaian budaya kaum iban iaitu tenunan kain dalam mata pelajaran pendidikan moral. Hal ini kerana, kaum iban juga mempercayai bahawa tenunan kain pua juga mempunyai nilai-nilai sakral dan mistik. Menurut kajian Noria Tugang. (2010) menyatakan bahawa Masyarakat iban juga mempercayai bahawa unsur-unsur dalam tenunan kain pua boleh mendatangkan kesempurnaan kepada hidup orang Iban. kebanyakan motif, dan rekacorak pua Iban mengandungi nilai dalaman yang mengandungi makna simbolik yang menyampaikan suatu mesej sangat penting kepada pencipta dan pemilik pua. Nilai-nilai ini juga dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai yang diberi keutamaan dalam budaya orang iban adalah kepercayaan kepada tuhan, nilai patriotisme dan nilai kekeluargaan. Selain itu, Nilai-nilai ini bukan sahaja untuk etnik iban malah nilai-nilai ini juga boleh diajar di bilik darjah yang mempunyai pelbagai budaya. Contohnya, nilai kepercayaan kepada tuhan bukan sahaja untuk etnik iban malah etnik etnik lain juga mengamalkan nilai tersebut. Dengan ini, guru dapat mengaplikasikan kepelbagaian budaya dalam proses pengajaran dan pembelajran. Dengan

mengenali budaya kaum iban, guru juga boleh menyedarkan murid-murid kepentingan nilai nilai ini untuk membangunkan taraf hidup mereka. Nilai-nilai ini juga boleh diaplikasikan dengan senang dalam proses pengajaran dan

pembelajaran . Sebagai guru haruslah pakar dalam budaya murid-murid di dalam kelas kita.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


4.0 Penutup Justeru, sebagai bakal pendidik haruslah memberi prihatin terhadap kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah. Selain itu, cabaran ini akan dihadapi oleh semua bakal pendidik di dalam bilik darjah. Oleh itu, sebagai guru perlulah

mempunyai pengetahuan yang luas dalam kepelbagaian budaya. Hal ini akan memudahkan para guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang masalah. Selain itu, kita haruslah bersyukur kerana dapat hidup bersama pelbagai etnik secara harmoni. Negara Malaysia juga kaya dengan pelbagai budaya dan etnik. Dengan ini, masyarakat Malaysia bukan sahaja dapat mengenali budaya sendiri malah mereka juga dapat mengenali budaya etnik-etnik di Malaysia. Dengan ini, perpaduan antara etnik-etnik dapat diperkukuhkan. Selain itu, guru yang harus mempraktikkan kepelbagaian budaya ini di dalam bilik darjah supaya keamanan dan perpaduan negara dapat dipertahankan. Akhir sekali, bukan sahaja juga guru malah setiap penduduk Malaysia perlu mengetahui etnik etnik di Malaysia dan budaya setiap etnik.

You might also like