Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

1.

0 PENGENALAN

Semester ini kami telah diperkenalkan dengan subjek baru iaitu Budaya dan Pembelajaran, dimana dalam subjek ini kami akan belajar tentang budaya serta amalan yang diwarisi oleh masyarakat berbilang kaum di Negara kita. Bagi semester ini, seperti biasa kami telah diberikan satu tugasan yang harus dilaksanakan dalam kumpulan berlima. Kami telah diberikan tajuk berkaitan dengan kepelbagaian budaya di Negara kita. Dimana, kami telah diminta untuk menyediakan satu klip video mengenai adat resam salah satu kaum di Negara kita dan kami harus membuat perbandingan berdasarkan adat resam yang menjadi pilihan kumpulan kami dengan adat resam budaya lain di Malaysia. Kami juga diminta untuk menyediakan satu esei tentang mengapa perlunya seseorang guru perlu menguasai ilmu berkaitan dengan kepelbagaian budaya di Negara kita. Di Negara kita terdapat rakyat daripada berbilang kaum dan Negara kita merupakan salah satu Negara yang kaya dengan nilai-nilai budaya serta adat resam yang diwarisi daripada nenek moyang. Sebagai seorang guru ia penting untuk mempunyai pengetahuan asas tentang budaya yang menjadi amalan dalam setiap kaum di Negara kita agar seseorang guru itu dapat mendekati muridnya dengan lebih efektif yang membolehkannya untuk meningkatkan minat murid terhadap pengajarannya. Oleh itu, nilai-nilai budaya haruslah diketahui oleh setiap guru. Tugasan ini menjadi penuh bermakna dan turut memberikan peluang kepada kami untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya yang menjadi amalan dalam kehidupan rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang serta cara hidup yang berbeza. Tugasan ini juga membolehkan kami untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kami tentang kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum serta banyak info yang baru dapat kami tahu sepanjang melaksanakan tugasan ini. Pendek kata, kami sangat pasti bahawa ilmu yang kami perolehi melalui tugasan ini pasti akan menghulurkan bantuan kepada kami apabila kami ditugaskan sebagai seorang guru kelak nanti.

2.0 SINOPSIS KEMATIAN ADAT RESAM ORANG INDIA DARIPADA KLIP VIDEO YANG DITELAH DISEDIAKAN Apabila berlaku kematian, ahli keluarga akan melaksanakan beberapa adat sebagai penghormatan terakhir pada si mati sebelum jenazah di bakar atau di kebumikan. Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat perlu mendapatkan Sijil Kematian dan permit untuk melangsungkan upacara pembakaran mayat. Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian bagi menentukan masa dan tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk membawa keranda ke tempat pembakaran juga perlu ditempah. Di rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan untuk menjalankan upacara kematian. Hanya anak lelaki, (anak sulung jika ibu yang meninggal dan anak bongsu jika ayah meninggal) atau saudara lelaki terdekat dengan si mati akan melangsungkan adat-adat tersebut. Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap kearah selatan, ibu jari kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan diatas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama. Jenazah ditutup sampai ke paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain berwarna jingga, kuning atau merah untuk wanita yang berkahwin atau bujang. Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan serbuk seeka pada dahi jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah jika simati adalah lelaki dan begitu juga jika simati adalah seorang wanita. Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemaraanya atau pakaian yang digunakan ketika majlis perkahwinan. Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda and di letakkan di anjung rumah dengan kaki simati menghala ke pintu masuk rumah. Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan mendendangkan lagu-lagu sembahyang, meletakkan beras dan duit berdekatan dengan mulut jenazah dan berjalan keliling keranda sebanyak 3 kali. Ketika ini, cucu-cucu simati akan berdiri di keliling keranda dengan memegang pandam, iaitu batang pisang yang diikat dengan kain yang direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan.

Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaan khas untuk jenazah dengan diiringi anak lelaki atau waris yang akan melangsungkan upacara pembakaran dan kaum lelaki sahaja.Kaum wanita tidak dibenarkan ke tempat pembakaran mayat. Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara kematian akan berjalan mengelilingi keranda sebanyak tiga kali bermula dari kaki jenazah diikuti dengan ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi keranda hanya sekali. Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan mengangkut sebuah pasu tembikat berisi air di bahu kirinya dan berjalan mengelilingi keranda sebanyak tiga kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat akan membuat satu lubang pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah akan dibakar oleh anak lelaki atau waris. Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang digunakan untuk upacara kematian akan dibuang. Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan upacara pembakaran akan mengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya ke laut atau sungai dan dikocakkan dalam air. Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan sembahyang. Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara pembakaran tidak akan ke luar negara, sembahyang di kuil atau menyambut sebarang perayaan.

3.0 HASILKAN SATU ESEI TENTANG MENGAPA PERLUNYA SESEORANG GURU MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG LUAS TENTANG KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI NEGARA INI DAN CARA MENGAPLIKASIKANNYA DI DALAM BILIK DARJAH. Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam tentang tajuk diatas, marilah kita meneliti terlebih dahulu mengenai definisi bagi perkataan budaya. Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan dengan jelas bahawa budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai warganegara Malaysia, kita semua sedia maklum bahawa Negara kita adalah salah sebuah Negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi hasil daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Setiap kaum di Negara kita mempunyai kepercayaan serta aspek kebudayaan yang tersendiri serta unik yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Kebudayaan yang diwarisi tersebut dipuja serta dihargai oleh setiap kaum dengan begitu cermat kerana ia dianggap sebagai satu anugerah yang begitu berharga yang harus dijaga dan diwariskan kepada generasi akan datang agar ia tidak pupus ditelan zaman. Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa kepelbagaian budaya dianggap sebagai satu isu yang sensitif kerana ia diberi keutamaan oleh setiap masyarakat di Negara kita. Oleh itu, perasaan hormat terhadap budaya masyarakat pelbagai kaum haruslah dijadikan amalan bagi memastikan keamanan Negara terpelihara. Sebagai pembentuk masyarakat, para pendidik haruslah mengambil inisiatif dengan mendekatkan diri mereka ke arah usaha untuk mengenali lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di Negara ini agar mereka dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai sifat bersatu padu serta menghormati budaya serta amalan yang diamalkan oleh masyarakat yang berlainan kaum daripada mereka.

Jadi, setiap guru haruslah mengenali ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang dan adat resam pelbagai kaum agar mereka dapat mewujudkan modal insan yang sempurna sepertimana yang diimpikan oleh kerajaan Negara kita. Selain itu, kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk juga turut memberikan kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan juga kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, para guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengenali budaya setiap murid di dalam bilik darjahnya. Pertama sekali, dengan mengenali budaya serta kepercayaan yang diamalkan oleh anak muridnya seseorang guru dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Apabila seseorang guru berjaya mengenali latar belakang serta budaya yang menjadi amalan dalam kehidupan anak muridnya maka guru tersebut dapat mendekati murid-muridnya dengan lebih mudah dan dapat mengukuhkan lagi hubungan di antara mereka. Ini secara tidak langsung, akan membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan juga efektif. Selain daripada itu, dengan mengenali budaya anak murid guru juga boleh menempatkan murid-muridnya dalam satu kumpulan besar tanpa membezakan kaum, bangsa dan budaya dan dapat mendidik mereka secara bersama-sama agar dapat meningkatkan peluang anak muridnya untuk berinteraksi sesama mereka dengan baik. Selain daripada itu, dengan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum seseorang guru juga dapat mengajar anak muridnya tanpa membezakan kelas atasan atau bawahan dan dapat memberikan layanan yang sama tanpa mengamalkan sikap pilih kasih serta dapat memahami anak muridnya dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

Contohnya, sepertimana kita semua sedia maklum murid-murid daripada kawasan pedalaman seperti murid daripada masyarakat orang asli secara semulajadinya mempunyai sikap rendah diri dan mereka biasanya akan mengasingkan diri mereka daripada murid-murid daripada masyarakat lain. Ini kerana, mereka beranggapan bahawa taraf hidup mereka lebih rendah berbanding dengan murid daripada masyarakat yang berbeza.

Jika, seseorang guru dapat mengenali budaya murid-murid daripada masyarakat orang asli dengan jelas dan teliti maka guru tersebut boleh mengubah fikiran serta sikap rendah diri murid-murid tersebut dengan menjelaskan keunikan yang tersembunyi disebalik budaya-budaya yang mereka warisi di dalam bilik darjah bagi meningkatkan keyakinan murid-murid daripada masyarakat orang asli agar mereka juga turut mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, dengan mengenali kepelbagaian budaya serta kepercayaan yang diamalkan oleh anak muridnya yang terdiri daripada pelbagai kaum seseorang guru dapat mewujudkan disiplin serta boleh mengawal kelasnya dengan lebih efektif. Ini bermaksud, apabila seseorang guru berjaya menguasai segala ilmu pengetahuan berkaitan dengan kepelbagaian budaya serta tradisi yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian anak muridnya maka guru tersebut boleh mencegah dan juga menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini berlaku dikalangan murid yang berasal daripada masyarakat yang berbeza. Apabila, guru mendapati aktiviti yang boleh menyinggung perasaan ataupun sensitif mungkin dilakukan oleh seseorang anak muridnya yang boleh mengundang kemarahan murid lain maka guru boleh menyekat aktiviti tersebut daripada berlaku jika guru tersebut mempunyai pengetahuan yang luas tentang amalan pantang larang dalam budaya masyarakat anak muridnya dengan jelas. Seterusnya, seorang guru juga harus mempunyai pengetahuan tentang kepelbagaian budaya kerana ia akan menghulurkan bantuan sewaktu guru merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid dalam bilik darjah. Ini bermaksud, dengan mengenali budaya anak murid seseorang guru tidak sesekali akan menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-muridnya yang boleh menjejaskan hubungan antara seorang guru dengan murid. Malahan, guru sentiasa akan bersedia untuk menerima segala kepercayaan dan nilai yang diamalkan oleh anak muridnya dan berusaha untuk menerapkannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid daripada masyarakat yang berbeza turut mengenali budaya-budaya daripada masyarakat lain. Ini secara tidak langsung akan membantu guru dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi murid.
6

Selain daripada itu, seseorang guru juga akan berpeluang untuk menjelaskan serta memberikan input bersertakan bukti kepada murid-muridnya mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya di Negara kita jika guru tersebut mempunyai ilmu pengetahuan tentang budaya-budaya di Negara kita. Maka, dengan ini guru akan berjaya dalam mewujudkan sikap hormat dalam sanubari setiap murid terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di Negara kita. Seterusnya, dengan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di Negara ini seseorang guru boleh membantu murid-muridnya dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Dalam sesetengah masyarakat contohnya dalam masyarakat orang asli kepercayaan serta nilai yang mereka amalkan menyebabkan mereka kurang memberikan keutamaan kepada pendidikan yang bersifat formal. Masyarakat orang asli lebih mementingkan pendidikan yang bersifat tradisional. Jika, seseorang guru bijak menguasai segala budaya mereka dan menggunakan beberapa pendekatan yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka maka guru tersebut boleh meningkatkan kepercayaan mereka terhadap pendidikan formal serta mampu membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka yang boleh membantu anak murid masyarakat orang asli untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Setiap warga guru bukan sahaja harus memahami dam mendalami kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Malahan, mereka juga harus mahir dalam mengaplikasikan unsur-unsur kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran harian dalam bilik darjah. Sekarang, kita akan melihat strategi-strategi yang boleh digunakan oleh seseorang guru dalam mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan mereka tentang budaya masyarakat berbilang kaum di Negara kita dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran dalam bilik darjah. Guru boleh gunakan pelbagai strategik pengajaran yang releven budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. Salah satu cara atau strategik pengajaran yang sesuai digunakan ialah kaedah koperatif. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yag lain. Terdapat beberapa unsur asas dalam pembelajaran koperatif. Antaranya ialah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran rakan diri sendiri, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Cara ini memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan

menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Maka, dengan ini murid bukan sahaja belajar secara berkumpulan malahan, mereka juga belajar cara berbincang secara harmonis, berinteraksi dengan murid pelbagai latar budaya. Kedua ialah, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual. Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on. Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar memperoleh pengetahuan baharu yang bermakna kepada mereka. Oleh itu, proses pembelajaran akan berlaku lebih cepat apabila minda pelajar melihat perkaitan yang bermakna dan kelihatan berguna terhadap apa yang dipelajari. Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid-murid.
8

Pelajar belajar secara menyiasat dan kaitan antara bahan yang diajar dengan pengalaman kehidupan seharian dizahirkan. Murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati relevennya apa yang dipelajari dengan kehidupan mereka. Terdapat beberapa kebaikan penggunaan kaedah Pembelajaran Kontekstual di dalam proses pengajaran dan Pembelajaran terhadap pelajar, guru dan sektor industri. Di antara kebaikan itu ialah, pelajar dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan, mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian, memindahkan kemahiran, meneroka dan mendapatkan bukti, menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit dan belajar secara bekerjasama. Maka, dengan menggunakan kaedah kontekstual, murid akan mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi atau budaya kehidupan mereka. Dengan ini, murid akan mengetahui secara mendalam tentang kepelbagaian budaya masyarakat kita. Seterusnya, guru juga mengaplikasikan kajian masa depan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Antara dimensi penting yang perlu difahami dalam Kajian Masa Depan adalah bahawa masa depan adalah dinamik kerana sentiasa berlakunya perubahan. Masalah masa depan lazimnya kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaiannya bersifat global. Lagipun manusia terikat dengan nilai dan norma, keinginan dan hajat serta kehendak masa depan. Walau bagaimanapun, Kajian Masa Depan adalah berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi dan dapat diramal. Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) diperkenalkan untuk mendidik generasi baru bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan

bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan membina generasi masa depan, menghasilkan tenaga manusia yang berfikir, Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik, dan membawa anjakan paradigma. Maka dengan menggunakan keadah pengajaran kajian masa depan murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan.

Guru pula, membantu murid untuk berfikiran jauh dan mereka mempunyai kuasa dan pilihan untuk masa depan yang perlu dihadapi oleh murid-muridnya. Misalnya, murid yang pelbagai latar budaya merancang kehidupan mereka. Dengan ini, murid akan mengetahui secara mendalam tentang kepelbagaian budaya masyarakat kita. Kesimpulannya, setiap insan guru harus peka terhadap pemilihan strategi dan kaedah pengajaran. Strategi pengajaran yang relevan budaya harus digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah, kaedah pengajaran koperatif, kontekstual, kajian masa depan, generatif, direktif, mediatif dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. Maka murid-murid akan mengetahui kepelbagaian budaya dalam negara kita Malaysia. Mereka akan berfikiran terbuka dan menerima rakan sebaya dari segi adat resam dan cara hidup. Mereka sentiasa menghormati rakan sebaya dan tidak memperlekehkan adat resam dan budaya kaum lain.

10

4.0 RUMUSAN

Melalui kerja kursus budaya dan pembelajaran ini, kami dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang kami memperolehi selepas menyiapkan tugasan ini. Negara kita Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk dimana negara kita kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi. Setiap kaum di negara kita mempunyai kepercayaan serta aspek kebudayaan yang tersendiri serta unik yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Kepelbagaian budaya ini dianggap sebagai satu isu yang sensitif kerana ia diberi keutamaan oleh setiap masyarakat di Negara kita. Oleh itu, perasaan hormat terhadap budaya masyarakat pelbagai kaum haruslah dijadikan amalan bagi memastikan keamanan Negara terpelihara. Sebagai pembentuk masyarakat, para pendidik haruslah mengambil inisiatif dengan mendekatkan diri mereka ke arah usaha untuk mengenali lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di Negara ini agar mereka dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai sifat bersatu padu serta menghormati budaya serta amalan yang diamalkan oleh masyarakat yang berlainan kaum daripada mereka. Jadi, setiap guru haruslah mengenali ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang dan adat resam pelbagai kaum agar mereka dapat mewujudkan modal insan yang sempurna sepertimana yang diimpikan oleh kerajaan Negara kita. Seterusnya, sebagai bakal pendididik kami juga mengetahui bahawa guru harus mahir dalam mengaplikasikan unsur-unsur kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran hariannya. Misalnya guru boleh gunakan pelbagai strategik pengajaran yang releven budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. Salah satu cara atau strategik pengajaran yang sesuai digunakan ialah kaedah koperatif. Ini akan menanamkan sikap bersatu padu antara murid yang berbagai kaum dan budaya. Maka murid-murid akan mengetahui kepelbagaian budaya dalam negara kita Malaysia. Mereka akan berfikiran terbuka dan menerima rakan sebaya dari segi adat resam dan cara hidup.

11

Mereka sentiasa menghormati rakan sebaya dan tidak memperlekehkan adat resam dan budaya kaum lain. Selepas menyiapkan tugasan ini kami mengetahui tentang adat resam orang india dan cina khususnya semasa kematian berlaku. Kami mengumpul maklumat dari pelbagai sumber seperti internet dan buku dan menganalisis perbezaan dan juga persamaan kaum india dan juga cina. Berikut merupakan persamaan orang cina dan india dari segi adat resam semasa kematian. Dalam sesuatu kematian kaum india dan cina, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu dengan minyak wangi dan disolek. Selain itu, dalam kematian orang cina dan india mayat akan dibawa ke kubur untuk dikebumikan dengan menaiki van khas serta perarakan dari ahli keluarga dan sahabat. Semasa perarakan tersebut lagu-lagu berunsur agama akan dimainkan sebagai tanda menghormati mayat sepanjang perjalanan ke kawasan pekuburan. Permaian mercun dilarang dalam kedua-dua kaum ini semasa berlakunya sesuatu kematian. Antara perbezaan yang kami dapat mengetahui ialah penglibatan kaum wanita. Dalam kaum india, wanita tidak dibenarkan mengiringi ke kawasan pengebumian. Manakala, dalam kaum cina, wanita dibenarkan mengiringi ke

kawasan pengebumian. Kedua ialah tempoh masa, alam masyarakat india tempoh menyimpan mayat adalah satu hingga dua hari sahaja. Manakala untuk orang cina, tempoh menyimpan mayat adalah bergantung kepada hari yang sesuai untuk mengebumikan mayat. Seterusnya adat berkabung. Tempoh berkabung masyarat india adalah selama setahun. Manakala, untuk orang cina pula, hari ketujuh selepas kematian merupakan masa kemuncak bagi upacara berkabung. Kesimpulannya, kerja kursus ini memberikan pelbagai input kepada kami sebagai bakal pendidik.

12

5.0 5.1 REFLEKSI 1

Terlebih dahulu bersyukur kepada Tuhan kerana saya,Mugeshini Krisna Rau dapat, menyiapkan Tugasan Kerja Ilmu Pendidikan iaitu Budaya dan Pembelajaran 3106 secara berkumpulan yang diberikan kepada semua guru pelatih mengikut

masa yang telah ditetapkan. Pada mulanya, apabila melihat kepada soalan dan tajuknya saya berasa amat teruja dan teruji untuk mendapatkan bahan-bahan yang patut dimuatkan dalam tugasan ini di samping ingin memahami dengan teliti apa kehendak tugasan tersebut.Di sini saya perlu mengenalpasti mengenai adat resam sama ada perkahwinan, kelahiran, perayaan atau kematian salah satu kaum yang terdapat di Malaysia dan proses yang berlaku dalam bentuk rakaman video. Di sini, kumpulan kami telah memilih adat kematian kaum India dan Cina. Barulah saya mengetahui serba sedikit tentang adat kaum Cina dan juga kaum India. Kalau selama ini saya tidak pernah pun melihat ,kali ini sedikit sebanyak ilmu itu dapat saya pelajari. Banyak juga input yang telah saya dapat fahami dan menambah pengetahuan tentang adat kaum lain dalam diri saya. Walaupun subjek yang saya belajar ini tiada dalam sukatan terutamanya untuk sekolah rendah tetapi saya akan cuba memanfaatkan ilmu ini untuk anakanak saya yang berada di sekolah rendah . Saya akan menggunakan segala pengetahuan yang saya dapati ini sebagai contoh untuk saya memupuk nilai murni mengenali kaum lain dalam diri anak-anak murid saya yang akan datang. Saya juga terpaksa menggunakan masa dengan sebaiknya,semaksimum yang ada dan sabar untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya dan kawan-kawan saya terpaksa berkorban masa pada setiap hujung minggu terutamanya hari Ahad demi untuk menyiapkan kerja kursus tersebut.Bagi saya ini satu cabaran dalam meningkatkan lagi diri saya dan juga ilmu yang didapati sebagai seorang guru yang akan bergelar siswazah tidak lama lagi. Banyak benda dan perkara yang selama ini tidak saya ketahui dalam memantapkan diri saya dapat saya lakukan terutamanya dalam bidang budaya dan pembelajaran ini melalui
13

pembacaan buku-buku berkaitan dengan tajuk ini serta pencarian maklumat melalui internet.Saya dapat rasakan bahawa tajuk atau mata pelajaran Budaya dan pembelajaran merupakan salah satu subjek yang paling mencabar dan sukar setakat ini. Melalui kerja kursus ini saya telah mengetahui perbezaan dan persamaan antara adat kematian kaum India dan Cina. Sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui atau menpunyai pengetahuan yang luas tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Hal ini kerana guru yang akan mengaplikasikan budaya atau pengetahuan ini kepada murid di bilik darjah. Hal ini dapat meningkatkan budaya masyarakat yang menghormati adat pelbagai kaum dan juga dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim. Hal ini juga membantu dalam meningkatkan konsep Satu Malaysia. Murid akan lebih terdedah dengan

pembelajaran ini. Mereka tidak akan mengalami masalah komunikasi antara kaum lain sekiranya mereka menghormati atau mempunyai pengetahuan tentang adat kaum lain. Ini merupakan tanggungjawab guru yang utama dan tercabar. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada pensyarah kesayangan kami di atas segala bimbingan,panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dan kawan-kawan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini sama ada dalam bentuk penerangan,nasihat ataupun sumber bahan.Saya beruntung dan berterima kasih mendapat pensyarah ini yang sangat baik hati dan berkomitmen tinggi. Ruang masa yang panjang serta mencukupi yang diberikan kepada kami semua, pelajar diucapkan ribuan terima kasih.Harapan saya dan kawan-kawan agar hasil yang kami berikan dapat memuaskan hati pensyarah tersebut.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua yang lain terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi tugasan ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua teman-teman dan rakanrakan seperjuangan kerana bersama-sama berbincang dan bertungkus lumus tidak kira masa dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya dalam mencari bahan berkaitan dengan tajuk ini. kerjasama,dan panduan semasa saya menyiapkan

14

Seperti mana yang kita semua maklum walaupun banyak kekangan dan kerja yang perlu diselesaikan terutamanya di sekolah namun masih mampu tersenyum dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ pasti ada kejayaan.Berat sama dipikul,ringan sama-sama kita jinjing. Akhir sekali saya amat berharap agar ilmu yang saya perolehi ini dapat

diaplikasikan sepenuhnya dan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi kemahiran saya sebagai guru berijazah yang berkualiti tinggi sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan negara masa kini dan secara tidak langsung memberikan satu manfaat yang amat berkesan kepada murid-murid saya khususnya dalam membentuk satu Malaysia yang aman,damai,bersatu padu,dinamik serta semangat berkerjasama yang erat tanpa mengira agama,bangsa ataupun kaum.

MUGESHINI KRISNA RAU (910104-07-5828)

15

5.2 REFLEKSI 2

Saya Pragash A/L Ramu dari opsyen 5 PISMP BT / PJ / RBT berasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sebaik yang

mungkin. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn.Hjh Rokiah selaku Pendidikan dan tidak pensyarah terhingga Budaya dan Pembelajaran dari Jabatan Ilmu lagi kepada rakan-rakan sekumpulan yang

banyak membantu saya dalam menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini.

Tajuk yang diberi kepada kami ialah mengenai adat resam(budaya), upacara kematian orang india dan cina . Melalui tugasan ini saya mempelajari banyak pengetahuan berkaitan upacara kematian orang cina. Pada mulanya tugasan ini, saya bersama rakan-rakan sekumpulan saya telah memperolehi maklumat tentang upcara kematian kaum india dan cina.

Seterusnya, saya dapat banyak pengalaman yang manis dan pahit. Pengalaman manisnya ialah, saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan-rakan. Saya juga dapat mengenali lebih mendalam berkaitan upacara kematian agama saya sendiri dan juga agama cina. Hubungan kerjasama antara rakan memudahkan saya dan rakan sekumpulan saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna bersama rakan-rakan kumpulan saya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn.Hjh Rokiah selaku pensyarah pembimbing dan tidak terhingga lagi kepada rakan-rakan 5 PISMP dan ahli-ahli kumpulan saya yang banyak

membantu saya dalam menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Pragash A/L Ramu (910505-05-5035)

16

5.3 REFLEKSI 3 Dengan limpah kurnia Tuhan saya telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Budaya Dan Pembelajaran pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Pravina A/P Mohan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Budaya Dan Pembelajaran Puan Rokiah Buyong kerana beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini dan membantu kami dengan memberi maklumat-maklumat yang sangat penting. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Selepas saya mendapat tugasan ini, kami mengumpul maklumat dari pelbagai sumber. Antaranya ialah sumber internet, sumber pusat sumber, serta Buku Panduan Budaya Dan Pembelajaran. Saya dan rakan-rakan telah bersamasama mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Selepas menyiapkan tugasan ini, saya mengetahui bahawa adalah penting bagi setiap guru untuk memastikan keamananan Negara dengan mendidik anak muridnya. Saya mengetahui bahawa sebagai pembentuk masyarakat, para pendidik haruslah mengambil inisiatif dengan mendekatkan diri mereka ke arah usaha untuk mengenali lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum di Negara ini agar mereka dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai sifat bersatu padu serta menghormati budaya serta amalan yang diamalkan oleh masyarakat kita. Maka sebagai seorang bakal pendidik, saya akan mengenali ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang dan adat resam pelbagai kaum. Ini akan membantu saya untuk melahirkan modal insan yang sempurna sepertimana yang diimpikan oleh kerajaan kita. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa, Seterusnya, sebagai bakal pendididik kami juga mengetahui bahawa guru harus mahir dalam mengaplikasikan unsur-unsur kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran hariannya. Misalnya guru boleh gunakan pelbagai strategik pengajaran yang releven budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. Antaranya ialah guru boleh gunakan kaedah koperatif, kaedah kolaboratif, kaedah kontekstual, serta menyelitkan kajian masa depan dalam p&p hariannya.

17

Kaedah-kaedah ini menekankan interaksi antara murid. Aktiviti-aktivitinya pula berbentuk aktiviti kumpulan, perbincangan, simulasi dan sebagainya. Ia juga berpusatkan murid. Dimana guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator. Dengan keadah-kaedah ini, murid akan mengetahui secara mendalam tentang kepelbagaian budaya masyarakat kita. Kerja kursus ini juga dapat menambahkan pengetahuan kemahiran ICT dalam diri siswa guru. Kami mengetahui bagaimana menghasilkan satu video yang canggih dengan menggunakan kemahiran ICT. Pada zaman sekarang, kemahiran ICT adalah sangat penting dalam pengurusan bilik darjah. Dengan penggunaan ICT dalam pengajaran murid akan lebih cenderong dan berminat untuk belajar, lebihlebih lagi dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza murid akan melibatkan diri mereka dalam proses pnp. Maka proses pnp juga akan berjalan dengan lancar. Dengan melaksanakan tugasan ini, saya mengetahui tentang adat resam orang india dan cina (khususnya adat resam semasa kematian). Berikut merupakan persamaan orang cina dan india dari segi adat resam semasa kematian. Dalam sesuatu kematian kaum india dan cina, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu dengan minyak wangi dan disolek. Seterusnya, dalam kematian orang cina dan india mayat akan dibawa ke kubur untuk dikebumikan dengan menaiki van khas serta perarakan dari ahli keluarga dan sahabat berlangsung. Semasa perarakan tersebut lagu-lagu berunsur agama akan dimainkan sebagai tanda menghormati mayat sepanjang perjalanan ke kawasan pekuburan. Antara perbezaan yang saya mengetahui ialah penglibatan kaum wanita. Dalam kaum india, wanita tidak dibenarkan mengiringi ke kawasan pengebumian. Manakala, dalam kaum cina, wanita dibenarkan mengiringi ke kawasan pengebumian. Mata pelajaran Budaya Dan Pembelajaran ini merupakan matapelajaran yang sangat penting kepada warga pendidik terutamanya guru. Ini kerana dengan mempelajari subjek ini saya akan dapat memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu, melalui subjek ini juga saya telah dapat menyelami dengan lebih mendalam lagi mengenai budaya dan pembelajaran serta dapat memahami keperluan mereka dengan lebih dekat.
18

Saya berharap tugasan ini sudah pasti akan menjadi pengetahuan yang bermanfaat kepada saya, sebagai seorang pendidik pada masa yang akan datang. Ini kerana, saya dan rakan-rakan saya telah memperoleh pelbagai input yang amat penting bagi diri kami sebagai guru. Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya dan rakan sekumpulan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Dengan menyiapkan tugasan ini saya memperolehi banyak maanfaat dan pengetahuan yang berkaitan bidang perguruan serta sektor pendidikan. Selepas membuat kerja kursus pendek ini saya pasti, saya boleh mengajar anak murid saya dengan cara yang berkesan pada masa yang akan datang. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Pravina A/P Mohan (911015-08-5930) BT/PJ/RBT

19

5.4 REFLEKSI 4 Saya bernama Shamala A/P Nallinan dari ingin mengucapkan salam

sejahtera dan salam Satu Malaysia kepada pensyarah subjek Budaya dan Pembelajaran kami iaitu Pn. Rokiah Buyong dari Jabatan Ilmu Pendidikan bagi semester 5 PISMP ini. Sebelum memulakan pengalaman saya menerusi refleksi kendiri ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana memberi peluang kepada saya untuk mengenali lebih lanjut tentang adat resam kaum lain. Tugasan yang diberikan kepada kami sekumpulan ialah membuat pemerhatian (perbezaan dan persamaan) berdasarkan adat resam yang dipilih oleh kami dengan adat resam lain yang terdapat di negara kita. Kami juga ditanggungjawabkan untuk menyediakan satu sinopsis berdasarkan klip video mengenai adat resam yang menjadi pilihan kumpulan kami serta sebagai satu konklusi . Selain itu, kami diminta untuk menyediakan satu esei lengkap yang

membincangkan dengan jelas tentang kepentingan penguasaan pengetahuan kepelbagaian budaya kepada seseorang guru dan cara mengaplikasikan ilmu

tersebut kepada anak muridnya di dalam bilik darjah. Saya berasa bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan mengikut kehendak soalan yang diberikan kepada kami .Dalam konteks ini, tidak boleh menafikan bahawa saya dan ahli kumpulan saya telah memperolehi banyak ilmu daripada tugasan ini.

Sebelum

saya melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak

maklumat dari pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. Saya telah melayari beberapa website untuk mencari maklumat tambahan untuk tugasan kami walaupun sistem wireless terlalu lemah. Saya telah mencari banyak maklumat yang berkaitan dengan tugasan tetapi saya masih berasa kurang jelas tentang tugasan ini. Lalu, saya telah berbincang dengan pensyarah pembimbing kami tentang kerja kursus ini untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. Beliau amat mendorong saya dan ahli kumpulan saya dengan memberi penjelasan yang mendalam tentang tajuk . Selepas perbincangan daripada pensyarah saya mendapat gambaran tentang tajuk tugasan. Selain itu, saya juga membuat perbincangan bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain supaya jawapan tugasan kami ini dapat menjawab kehendak soalan.

20

Semasa saya mula tugasan ini,

saya berasa kurang keyakinan untuk

menyiapkan tugasan ini dalam masa yang singkat. Tetapi ahli kumpulan yang saya telah mendorong untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam kumpulan kami

mengagihkan soalan tugasan supaya setiap bahagian dapat dikaji dan dibuat dengan sempurna. Setiap selang dua hari, kami akan duduk meja bulat untuk berbincang sejauh manakah tugasan kami berada. Jika kami kurang jelas dengan kehendak soalan, pada masa itu juga kami akan berbincang antara satu sama lain sehingga kami jelas dengan kehendak soalan.. Kami saling membantu antara satu sama lain untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya . Ahli kumpulan saya turut menyumbang idea ketika melaksanakan tugasan ini. Mereka bukan sahaja menerima idea-idea saya malah turut sabar membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Dengan ini, hubungan persahabatan kami menjadi rapat lagi. Perkongsian maklumat dan idea mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara saya dan rakan sekelas saya Melalui tugasan kali ini, saya telah memahami dengan lebih dalam lagi tentang adat resam budaya beberapa kaum. Saya telah menyedari bahawa kepelbagaian adat resam dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara tidak langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui adat resam kaum lain dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika

mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, kerja kursus ini juga telah mengajar saya cara untuk berdisiplin dan menguruskan waktu dengan sempurna dan mengikut format yang telah ditetapkan. Hal ini amat penting sebagai bekalan sebelum saya melalui praktikum.

21

Pengetahuan yang telah saya peroleh akan kurang bermakna apabila tidak ditindak lanjut dengan pengamalannya. Maka, pada masa akan datang saya akan mengajar dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Akhirnya saya berharap agar tugasan sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana tugasan ini membolehkan saya memperoleh banyak pengetahuan yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini serta amat berguna dalam kerjaya sebagai bakal guru di masa hadapan. Saya sebagai guru pelatih dan bakal guru akan mengaplikasikan ilmu yang saya dapat melalui tugasan ini, semasa berada disekolah nanti. Sekian, terima kasih. Shamala A/P Nallinan (910630-05-5202)

22

5.5 REFLEKSI 5

Saya Vinothini A/P Velutham dari opsyen 5 PISMP BT/PJ/RBT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.Rokiah Buyong, Pensyarah Subjek Budaya Dan Pembelajaran kelas saya, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya dan ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan bagi semester ini. Tugasan yang diberikan kepada kami sekumpulan ialah membuat pemerhatian (perbezaan dan persamaan) berdasarkan adat resam yang dipilih oleh kami dengan adat resam lain yang terdapat di negara kita. Kami juga ditanggungjawabkan untuk menyediakan satu sinopsis berdasarkan klip video mengenai adat resam yang menjadi pilihan kumpulan kami serta sebagai satu konklusi kami diminta untuk menyediakan satu esei lengkap yang membincangkan dengan jelas tentang kepentingan penguasaan pengetahuan kepelbagaian budaya kepada seseorang guru dan cara mengaplikasikan ilmu tersebut kepada anak muridnya di dalam bilik darjah. Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, saya berasa cukup seronok kerana tugasan ini merangkumi kepelbagaian kebudayaan di negara kita dan saya berasa tugasan ini akan memberi peluang kepada saya mengenali dengan lebih mendalam berkenaan dengan keunikan setiap kebudayaan yang diwarisi oleh masyarakat majmuk di negara kita. Selepas memberikan tugasan, pensyarah kami telah memberikan satu taklimat yang cukup ringkas dan jelas kepada kami tentang bagaimana tugasan ini perlu dijalankan. Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, saya telah mendapat satu gambaran yang jelas tentang tugasan ini. Saya dan rakan-rakan sekumpulan saya telah mula mengumpulkan maklumat tentang topik ini melalui melayari Internet dan juga melalui beberapa buah buku daripada pusat sumber. Walaupun, kami tidak dapat mencari banyak maklumat dengan merujuk buku daripada perpustakaan tentang tugasan tetapi kami masih dapat menyiapkannya dengan kerahmatan Tuhan dan dapat menyerahkannya pada tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah kami. Sepanjang tugasan ini, saya telah dapat belajar beberapa nilai moral seperti bertolak ansur, sabar dan tolong menolong antara ahli kumpulan saya.

23

Saya juga telah berjaya mengamalkan amalan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekelas saya. Selain itu, tugasan ini telah memberikan peluang kepada saya untuk mengenali tentang amalan-amalan yang terdapat dalam upacara melenggang perut yang biasanya dijalankan kepada kaum wanita yang mengandung. Kami telah memilih upacara ini untuk dibandingkan dengan masyarakat lain (Cina) dalam tugasan kami. Masyarakat Cina turut mengamalkan upacara ini dan saya dapati terdapat beberapa persamaan diantara kedua-dua upacara yang dijalankan. Walaupun, berbeza dari segi amalan-amalan yang diikuti, tujuan upacara melenggang perut dijalankan oleh kedua-dua masyarakat adalah atas tujuan yang sama iaitu berdoa kepada Tuhan agar wanita yang mengandung itu melahirkan bayi yang sihat dengan selamat. Selain daripada itu, tugasan ini juga turut memberikan peluang kepada saya untuk mengenali adat-adat kaum lain di negara kita. Apabila, saya membuat analisis tentang persamaan amalan yang terdapat diantara adat resam dikalangan pelbagai masyarakat di negara kita, saya berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang amalan, kepercayaan serta budayabudaya yang terdapat di negara kita. Seperti mana, dinyatakan dalam tugasan ini saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru saya haruslah mendekatkan diri dengan segala amalan serta budaya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Ini adalah untuk memastikan apabila saya menjadi seorang guru kelak segala ilmu yang saya perolehi melalui tugasan ini akan saya gunakan dalam mewujudkan perasaan hormat dikalangan anak murid saya terhadap budaya masyarakat lain. Ini secara tidak langsung, akan meningkatkan semangat saya sebagai seorang guru serta akan mendorong saya untuk menjalankan tugas saya secara lebih profesional. Saya pasti tugasan ini memberi banyak input yang berguna kepada saya dan saya akan berusaha untuk mengamalkan semua input ataupun maklumat

penting yang telah saya peroleh melalui tugasan ini untuk memulakan perjalanan saya sebagai seorang guru pada masa akan datang nanti.

24

Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada insan-insan yang telah menghulurkan bantuan dan memberi tunjuk ajar serta memberi sokongan kepada saya dan ahli kumpulan saya dalam menjayakan tugasan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Pn.Rokiah Buyong yang sangat membantu saya dan ahli kumpulan saya dalam menjayakan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH ; VINOTHINI A/P VELUTHAM ( 910418-01-6126 )

25

6.0 BORANG KOLOBORASI

Nama

: MUGESHINI A/P KRISNA RAO (910104-07-5828) PRAGASH A/L RAMU (910505-05-5035) PRAVINA A/P MOHAN (911015-08-5930) SHAMALA A/P NALLINAN (910630-055202) VINOTHINI A/P VELUTHAM (910418-01-6126)

Opsyen Subjek

: :

5 PISMP (BT/PJ/RBT) BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH : PN. HJH ROKIAH BUYONG TARIKH 1/2/2013 AKTIVITI-AKTIVITI Tajuk kerja kursus diberi oleh pensyarah. diberikan Penerangan dengan lebih CATATAN Tugasan dihantar 1.3.2013 perlu pada T/TANGAN

terperinci oleh

pensyarah

tentang kerja kursus. 5/2/2013 Kami kelima telah berbincang dan membahagikan kerja Membuat agihan kertas. Membuat jadual kerja. mula mendapatkan Nota Ringkas Catatan bibliografi

masing-masing. . 10/2/2013 Kami

maklumat tentang tajuk yang telah diberikan kepada kami dari pelbagai sumber seperti melayari internet, ,mencari

maklumat dalam buku-buku rujukan dan sebagainya.

26

17/2/2013 Kami

memindahkan

semua

Menaipkan maklumat.

maklumat yang telah kami dapat ke dalam komputer

selepas mengaturnya dengan betul. 22/2/2013 Kami memeriksa semula

kerja-kerja yang telah kami siapkan. 26/2/2013 Kami menyemak semula kerja yang telah disiapkan dan kami cuba membetulkan kesalahan yang kami. 1/3/2013 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan. Diterima direkodkan. dan terdapat dalam nota Pembetulan dibuat.

27

7.0 RUJUKAN

INTERNET

1. http://ahmadawang.blogspot.com/2008/11/konsep-BUDAYA.html http://www.scribd.com/doc/13395157/ppt-budayaindia 2. www.malaysia.edu.my/skpmtdon/notes/ADATKEMATIAN%20BD.pdf www.scribd.com/doc/4429912/india 3. http://akugpc.blogspot.com/2010/05/carapengebumian.html 4. http://www.klikduniaku.com/nota adat/PBDT/TKG.PDF

BUKU

1. Abdullah Hassan et. al (1999), Budayadanpembelajaran, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 2. Abdullah Hassan et. al (2006), adat kematian kaum di malaysia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor. 3. Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus jenazah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor. 4. Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), budaya dan pembelajaran/adatkaum , Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 5. Kamarudin Hj. Husain (1994), adat kematian orang Cina, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 6. Leonard M.S Yong (1996), Guru Yang Kreatif, : Isu-isu kematian orang India dan Cina, Arenabuku Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

28

8.0 LAMPIRAN

Upacara Pengebumian Tradisional Masyarakat Cina

Penyolekan untuk tubuh mayat

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu dengan minyak wangi dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan dipakaikan baju Kafan dan dimasukkan ke dalam keranda.

Saudara-mara dan kawan-kawan si mati akan diberitahu tentang berita kematian si mati dan mereka akan menghadirkan diri ke upacara pemakaman dengan membawa hadiah dan wang derma sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.

Apabila tepat pada masanya, keranda akan ditutup and dipaku. Kemudian, keranda akan dihantar ke tanah perkuburan dan dikebumikan. Ahli keluarga si mayat akan terbentuk suatu rombongan bagi mengiring si mayat dari rumah ke tanah perkuburan.

Upacara Pengebumian Lagu agama atau lagu tradisional masyarakat Cina akan dimainkan dengan kuat sebagai lambang kesedihan dan wang kertas yang disalut logam akan dicampak di sepanjang perjalanan. Setelah sampai ke tanah perkuburan, mayat akan dikebumikan apabila tepat pada masanya. Selepas itu, upacara menyembah kubur dan pembakaran barang
29

persembahan buatan kertas akan dijalankan seperti pembakaran wang kertas dan pakaian kertas.

Bahan-Bahan untuk dibakar kepada si mati

30

Adat Pengurusan Kematian Masyarakat India

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

31

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu. Upacara Menanggalkan Thaali Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolaholah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

32

Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

KolliCatti Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut.

33

Adat Resam Kaum India Sewaktu Kematian

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga akan melaksanakan beberapa adat sebagai penghormatan terakhir pada si mati sebelum jenazah di bakar atau di kebumikan. Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat perlu mendapatkan Sijil Kematian dan permit untuk melangsungkan upacara pembakaran mayat. Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian bagi menentukan masa dan tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk membawa keranda ke tempat pembakaran juga perlu ditempah. Di rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan untuk menjalankan upacara kematian. Hanya anak lelaki, (anak sulung jika ibu yang meninggal dan anak bongsu jika ayah meninggal) atau saudara lelaki terdekat dengan si mati akan melangsungkan adat-adat tersebut. Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap kearah selatan, ibu jari kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan diatas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama. Jenazah ditutup sampai ke paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain berwarna jingga, kuning atau merah untuk wanita yang berkahwin atau bujang. Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan serbuk seeka pada dahi jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah jika simati adalah lelaki dan begitu juga jika simati adalah seorang wanita. Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemaraanya atau pakaian yang digunakan ketika majlis perkahwinan. Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda and di letakkan di anjung rumah dengan kaki simati menghala ke pintu masuk rumah. Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan mendendangkan lagu-lagu sembahyang, meletakkan beras dan duit

berdekatan dengan mulut jenazah dan berjalan keliling keranda sebanyak 3


34

kali. Ketika ini, cucu-cucu simati akan berdiri di keliling keranda dengan memegang pandam, iaitu batang pisang yang diikat dengan kain yang direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan. Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaan khas untuk jenazah dengan diiringi anak lelaki atau waris yang akan

melangsungkan upacara pembakaran dan kaum lelaki sahaja.Kaum wanita tidak dibenarkan ke tempat pembakaran mayat. Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara kematian akan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali bermula dari kaki jenazah diikuti dengan ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi keranda hanya sekali. Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan mengangkut sebuah pasu tembikat berisi air di bahu kirinya dan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat akan membuat satu lubang pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah akan dibakar oleh anak lelaki atau waris. Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang digunakan untuk upacara kematian akan dibuang. Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan upacara pembakaran akan mengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya ke laut atau sungai dan dikocakkan dalam air. Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan sembahyang. Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara pembakaran tidak akan ke luar negara, sembahyang di kuil atau menyambut sebarang perayaan.

35

36

You might also like