Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BAHASA MELAYU

TAHUN 4 BESTARI SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GANTONG

MARI TEKA SAYA!

TAJUK HARI INI WARISAN KITA

KETUPAT

Cara-cara Membuat Ketupat Nasi. Ketupat adalah antara makanan istimewa bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, ketupat dihidangkan pada situasi tertentu sahaja. Biasanya, makanan ini menjadi salah satu hidangan utama ketika sambutan hari raya. Ketupat berbeza mengikut negeri. Bagi negeri utara seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ketupat yang popular ialah ketupat pulut. Manakala bagi negeri di sebelah selatan, ketupat yang popular ialah ketupat nasi. Untuk membuat kelongsong ketupat nasi, daun kelapa muda diperlukan bagi memudahkan proses anyaman. Mula-mula, daun kelapa ini perlu dipisahkan daripada lidinya. Selepas itu, daun ini dianyam untuk dibuat kelongsong. Terdapat beberapa jenis ketupat nasi iaitu ketupat jantung, ketupat bawang dan ketupat kerbau.

Kemudian, kelongsong ketupat nasi diisi dengan beras yang telah dibasuh atau dituskan. Beras diisikan kira-kira separuh kelongsong dan direbus. Ketupat ini perlu direbus selama lebih kurang empat jam. Semasa direbus, airnya akan menjadi semakin kurang. Oleh itu, air hendaklah ditambah dari semasa ke semasa. Ketupat nasi yang telah dimasak dikeluarkan dari periuk dan dituskan. Langkah ini penting bagi mengelakkan ketupat nasi daripada mudah menjadi basi. Ketupat nasi perlu dipotong sebelum dihidangkan. Ketupat nasi amat enak jika dimakan dengan rendang, kuah kacang atau serondeng.

ANTONIM

Contoh perkataan popular


Bagi negeri utara seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ketupat yang popular ialah ketupat pulut.

Bagi negeri utara seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ketupat yang tidak terkenal ialah ketupat pulut.

Contoh perkataan muda


Untuk membuat kelongsong ketupat nasi daun kelapa muda diperlukan bagi memudahkan proses anyaman.

Untuk membuat kelongsong ketupat nasi daun kelapa tua diperlukan bagi memudahkan proses anyaman.

Contoh perkataan kurang


Semasa direbus, airnya akan menjadi semakin kurang.

Semasa direbus, airnya akan menjadi semakin banyak.

Contoh perkataan dikeluarkan


Ketupat nasi yang telah dimasak dikeluarkan dari periuk dan dituskan.

Ketupat nasi yang telah dimasak dimasukkan dari periuk dan dituskan.

Contoh perkataan basi


Langkah ini penting bagi mengelakkan ketupat nasi daripada mudah menjadi basi.

Langkah ini penting bagi mengelakkan ketupat nasi daripada mudah menjadi elok.

Contoh perkataan enak


Ketupat nasi amat enak jika dimakan dengan rendang, kuah kacang atau serondeng.

Ketupat nasi amat tidak sedap jika dimakan dengan rendang, kuah kacang atau serondeng.

MARI MENGUJI KEFAHAMAN

MARI MERASA SAYA

You might also like