Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap

anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tana air. Integrasi: satu proses bagi mewujudkan sati identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan, politik Integrasi wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara yang maju dan kurang maju contohnyan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur atau Semenanjung dan Sabah/Sarawak Integrasi ekonomi bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik Integrasi kebudayaan ialah membentuk satu kebudayaan kebangsaan Integrasi sosial ialah merangkumi usaha-usaha untuk menyatupadukan rrakyat melalui aktiviti sosial antaranya sukan, pendidikan (aktiviti kokurikulum), kesihatan dan sebagainya Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi JERI. Contoh penubuhan sekolah Wawasan, Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari Integrasi politik bertujuan untuk menyatukan rakyat melalui kerjasama politik seperti Parti Perikatan Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Akomodasi: 1. Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya hidup masing-masing. 2. Proses akomodasi jelas kelihatan dalam pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalma bidang ekonomi, pendidikan mereka saling memerlukan. 3. Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk

jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. Pluraliti: Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi. Rujukan: Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA, 2007.

You might also like