Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KESAN-KESAN IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, terdapat kesan-kesan imperialisme Barat di Asia Tenggara.

Antaranya ialah para pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat. Sistem politik perundangan peribumi juga telah ditukar agar menyamai sistem Barat. Seterusnya, persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma dan India manakala Belanda di Indonesia, Perancis menjelajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina. Selain itu, kegiatan ekonomi peribumi telah dihapuskan dan kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain. Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan Bandar untuk memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah. Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka. Di samping itu, perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk. Kuasa Barat menjalankan dasar pecah perintah bagi mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka. Akhir sekali, tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.

You might also like