Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PEMULIHAN

Disediakan oleh:
SHAHLAN ABD MUTALIB NURISINA FELINA BINTI MHAYKAN

PISMP 3C

KONSEP PEMULIHAN
Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas. Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.

DEFINISI PEMULIHAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam bilik darjah khas di sekolah biasa, iaitu pusat khusus yang diasingkan daripada kelas biasa. Tansley ( 1967 ) satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

RUMUSAN
Pendidikan pemulihan ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru dengan menggunakan strategi yang sesuai untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran. Selain itu, dengan adanya pelaksanaan program pemulihan ini, murid merasakan diri tidak terasing dengan rakan-rakan yang lain dalam kelas. Hal ini demikian kerana, tujuan utama program pemulihan ini adalah supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam bilik darjah dengan baik.

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

DARI SEGI EMOSI DAN TINGKAHLAKU


Perasaan rendah diri. Perasaan risau. Perasaan sedih, hiba atau duka. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran. Perasaan takut akan perkara-perkara baru Degil, tidak patuh pada peraturan dan suka melawan. Pasif Malas

SOSIAL
Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu kawan-kawan. Lemah/kurang interaksi dengan rakan. Gemar menghisap atau mengigit kuku. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Menangis enggan masuk bilik darjah. Hyper aktif

KESIHATAN
Lemah tubuh badan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang. Tumpuan perhatian terhad. Lemah gerakan motor kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk Kurang menjaga kebersihan diri.

KESEDIAAN BELAJAR
Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata yang kurang. Lemah pemahaman Kurang keyakinan diri dan ransangan. Kurang matang (IQ tidak seimbang dengan umur hayat)

PENGAMATAN
Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah pendengaran bunyi. Keliru dengan konsep ruang. Kesukaran mengaitkan pelajaran lama dengan pelajaran baharu. Tidak meyelesaikan masalah. Tidak kreatif. Lemah daya pemikiran/ingatan.

You might also like