Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Cuaca dan Iklim 1. Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. 2.

Ciri-ciri iklim di Malaysia : a. suhu b. angin c. hujan 3. Suhu di Malaysia adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. 4. Purata suhu di Malaysia adalah 27C 5. Perbezaan suhu setiap bulan adalah kecil iaitu 1C hingga 2C 6. Malaysia menerima tiupan angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. 7. Angin Monsun Timur Laut Bertiup antara bulan November hingga Mac. 8. Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei hingga September. 9. Angin Sumetera bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober 10. Hujan di Malaysia dipengaruhi oleh tiupan angin monsun. 11. Oleh itu, Malaysia menerima hujan sepanjang tahun. 12. Jumlah hujan di Malaysia ialah 2600 mm setahun.

Faktor yang mempengaruhi Cuaca dan Iklim di Malaysia 1. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi iklim di Malaysia, iaitu :

Ketinggian dari aras laut - suhu lebih rendah di kawasan tanah tinggi kerana kurang mendapat haba pembalikan. Kedudukan terletak di garisan lintang 1 Utara sehingga 7 Utara. Oleh itu Malaysia beriklim Khatulistiwa. Faktor ini menyebabkan panas dan lembap sepanjang tahun. Kepulauan - kawasan darat yang jauh dari laut mempunyai suhu yang lebih tinggi. Angin dan Hujan- Angin-angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut membawa hujan lebat dan dapat menyederhanakan suhu.

2. Kedudukan Malaysia terletak di antara garisan lintang 1U hingga 7U.

3. Iklim negara kita mengalami panas dan lembab sepanjang tahun. 4. Suhu di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi. 5. Suhu rendah di kawasan tinggi seperti Cameron Highland berbanding kawasan rendah seperti Ipoh. 6. Taburan hujan di Malaysia dipengaruhi oleh angin monsun. Angin Monsun Timur Laut membawa hujan lebat. 7. Kawasan yang paling banyak menerima hujan ialah Bukit Larut manakala kawasan yang kurang menerima hujan ialah Kuala Pilah. 8. Suhu di pulau menjadi rendah kerana disederhanakan oleh air laut. 9. Contohnya suhu di Pulau Pangkor adalah rendah berbanding dengan Ipoh.

Pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi penduduk. 1. Antara kegiatan ekonomi penduduk yang dipengaruhi oleh iklim ialah : a. pertanian b. perikanan c. pelancongan d. pembalakan 2. Ciri iklim di Malaysia menggalakkan kegiatan pertanian seperti penanaman padi, getah, kelapa sawit, nanas dan koko. 3. Suhu yang rendah di kawasan Cameron sesuai untuk penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. 4. Penangkap ikan dapat dijalankan bila laut tidak bergelora 5. Nelayan pantai timur tidak menagkap ikan ke laut pada masa angin Monsun Timur Laut bertiup. 6. Cuaca yang panas menggalakkan pelancong asing ke pinggir pantai untuk menikmati keindahan pantai. 7. Selain itu kawasan tinggi menjadi tempat pelancong untuk menikmati suhu dan udara yang segar. 8. Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan pokok-pokok di hutan.

9. Pokok seperti cengal, merbau dan keruing dapat tumbuh subur kerana ada cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. 10. Pokok-pokok di dalam hutan ditebang, diproses dan dieksport ke luar negara. Bencana Alam 1. Hujan, suhu dan angin boleh mengakibatkan bencana alam. 2. Bencana alam yang berlaku di Malaysia ialah a. Banjir b. Tiupan angin kencang c. Kemarau

Zon Iklim Dunia Zon iklim dunia terdiri daripada Zon Panas, Zon Sederhana Panas, Zon Sederhana Sejuk dan Zon Sejuk. Ciri-ciri bagi kawasan zon iklim tersebut ialah : 1. Zon Panas

Suhunya berada di antara 32-40 darjah celcius. Hujan tahunan kurang daripada 250 mm. Contoh kawasan : Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama.

2. Zon Sederhana Panas


Berkeadaan panas dan kering ketika musim panas. Suhu antara 21-24 darjah celcius. musim sejuknya adalah sederhana sejuk dan lembap iaitu sekitar 10 darjah celcius. Hujan tahunan 600-800 mm. Contoh kawasan : Pantai Mediterranean dan Carlifornia Tengah.

3. Zon Sederhana Sejuk


Musim panasnya sederhana sejuk iaitu sekitar 18-21 darjah celcius. Musim sejuknya panjang iaitu -17 darjah celcius. Hujan turun dalam bentuk salji. kawasan ini mengalami kejadian empat musim (Musim Panas, Musim Luruh, Musim Sejuk dan Musim Bunga) Contoh Kawasan : Canada dan Utara China.

4. Zon Sejuk

Sejuk sepanjang tahun. Suhu musim panasnya 10 darjah celcius iaitu selama 3 bulan sahaja.

Musim sejuknya panjang dan suhunya -45 darjah celcius. Hujan turun dalam bentuk salji. Contoh kawasan : Greenland, Iceland dan Antartika.

You might also like