Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Model pembelajaran berasaskan inkuiri penemuan Bidang: SAINS HAYAT Tajuk: KEPERLUAN ASAS HAIWAN UNTUK HIDUP Standard

Kandungan: 2.1 -Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 2.1.1 -Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. 2.1.2 -Menaakul kepentingan keperluan asas kepada haiwan. Masa: 60 minit (2 waktu) FASA 1. Persediaan -memerhati -menyoal indikator 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. 1.1.2 Menumpukan perhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh. 2. Imaginasi -meramal -membuat hipotesis CADANGAN AKTIVITI Guru tunjukkan klip video seekor haiwan terbiar sambil menyoal untuk timbulkan perasaaan ingin tahu murid. (Link: Sick Limping Cat (Part 2 of 3).avi & Sick Limping Cat (Part 3 of 3).avi -murid membuat pemerhatian CADANGAN KOMUNIKASI Apakah yang kamu dapat perhatikan dalam video ini? Bagaimanakah keadaan haiwan itu? Adakah semua haiwan bernasib sebegini?

Guru menunjukkan slaid 2 gambar haiwan (rujuk lampiran 1). Slaid 1 haiwan sihat Salid 2 haiwan mati Guru meminta murid meramal apa punca situasi tersebut. Haiwan memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal untuk terus hidup.

Apakah yang dapat kamu lihat? Gambar haiwan manakah yang lebih kamu suka? Mengapa haiwan ini berkeadaan seperti ini? Mengapakah haiwan ini sihat dan seekor lagi mati? Apakah keperluan haiwan untuk terus hidup?

Indikator 2.1.1 Menghasilkan idea yang bermakna 2.2.5 Membincang kelebihan dan kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir

3. Perkembangan -menguji hipotesis Indikator 3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea. 3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

Guru sediakan 4 stesen: Murid melawat ke setiap stesen mengikut giliran dan melengkapkan jadual tersebut. Stesen A 2 ekor berudu dalam bekas berisi air dan seekor di dalam bekas air dilapisi minyak. Stesen B belalang / lipas diletakkan dalam bekas yang ada makanan dan bekas yang tiada makanan (telah disediakan lebih awal) Stesen C sediakan seekor cacing didalam tanah lembap dan seekor lagi diletakkan di tanah yang kering Stesen D letakkan cacing di dalam bekas yang berisi tanah lembap dan satu lagi dalam bekas tanpa tanah Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan bersama lembaran kerja (Lampiran 3). -Guru sebagai fasilitator.

Apakah yang akan kita siasat? Apakah yang kamu dapat perhatikan? Apakah yang haiwan perlu untuk hidup? Haiwan manakah yang boleh hidup?

4. Tindakan Membuat kesimpulan Melapor Indikator 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

Murid membuat kesimpulan berdasarkan data yang diperolehi. Murid-murid membentangkan dan berkongsi hasil dapatan dengan rakan sekelas. Guru membantu murid membina idea tentang perkaitan antara haiwan dengan keperluan asas untuk hidup. Soalan yang diajukan adalah berdasarkan hasil dapatan penyiasatan murid.

Apakah keputusan yang kamu perolehi? Apakah yang diperlukan oleh haiwan untuk hidup? Bolehkah anda jelaskan?

Murid membuat rumusan tentang kepentingan keperluan asas haiwan untuk hidup Pentaksiran Murid berupaya meramal, merancang, membuat hipotesis dan membuat kesimpulan. KPS: Meramal Membuat hipotesis Memerhati Merekod data Membuat kesimpulan Nilai dan Sikap Bekerjasama, jujur dalam merekod hasil dapatan, yakin diri.

Mengapakah haiwan memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal?

LAMPIRAN 1

Kucing A

Kucing B

LAMPIRAN 2

Gambar untuk Stesen D

LAMPIRAN 3
Nama Kumpulan: Ahli Kumpulan: Arahan: Berdasarkan pemerhatian, tandakan ( oleh haiwan-haiwan berikut: Makanan

) pada keperluan asas yang diperolehi


Udara Air Tempat Tinggal

A Stesen 1 B

A Stesen 2 B

A Stesen 3 B Stesen 4

A B

Kesimpulan: Haiwan memerlukan _____________________, ____________________, ________________ dan ______________________ untuk hidup.

You might also like