Laporan Aktiviti Kraf Perkhemahan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

AKTIVITI KRAF PERKHEMAHAN Tarikh Masa Tempat : 6 Oktober 2012 : 2.30 petang - 4.

30 petang : Dewan terbuka

Taklimat Aktiviti Kraf Perkhemahan.

Pada 4 Oktober 2012 telah diadakan sesi taklimat berkaitan dengan aktiviti Kraf Perkhemahan kepada semua peserta sebagai persediaan untuk aktiviti kraf semasa perkhemahan nanti. Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk memastikan semua peserta memahami tujuan dan objektif kraf perkhemahan agar aktiviti berjalan lancar, mendapat gambaran tugasan yang akan dilaksanakan dan juga sebagai peringatan kepada semua peserta tentang aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh semua peserta bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Taklimat itu telah dilaksanakan oleh jurulatih bagi aktiviti kraf perkhemahan ini iaitu di bawah kelolaan Puan Iliana bt Madh Isa. Beliau telah memberikan penjelasan dengan terperinci bagi memastikan semua peserta boleh memahami dan mendapat input yang berguna bagi melancarkan aktiviti kraf perkhemahan itu nanti.

Semasa sesi taklimat kraf perkhemahan itu, peserta diminta untuk mencari gambargambar rumah melalui majalah, internet, buku dan sebagainya kerana fasilitator memaklumkan kepada semua peserta bahawa tugasan itu ada kaitan dengan kehendak aktiviti kraf itu nanti. Peserta juga diminta untuk melihat gambar gambar rangka rumah sebagai persediaan pertandingan membina kraf itu nanti.

Pemilihan Tapak.

Setelah bermesyuarat di kalangan fasilitator aktiviti kraf perkhemahan, telah sebulat suara memlih tapak untuk dijalankan aktiviti kraf perkhemahan itu di Dewan Seri Gemilang SKPTM. Pemilihan di Dewan Seri Gemilang kerana tempat itu bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilaksanakan kerana tempat itu terlindung dari panas matahari dan hujan. Ini kerana pada ketika itu ialah musim hujan jadi tempat yang terlindung sangat sesuai.

Di samping itu juga, keadaan lantai yang bersimen sangat sesuai untuk semua peserta kerana semua peserta perlu duduk dalam kumpulan masing-masing ketika melaksanakan aktiviti kraf perkhemahan . Keadaan Dewan Seri Gemilang yang luas juga telah menjadi faktor kenapa ianya dipilih sebagai lokasi perlaksaan kraf perkhemahan. Ianya dapat memberikan keselesaan bagi peserta yang perlu duduk dalam kumpulan serta memudahkan pergerakan mereka ketika melaksanakan tugasan kraf perkhemahan itu.

Menjalankan Aktiviti.

Pada 6 Oktober 2012 iaitu pada sesi petang bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang telah diadakan pertandingan Kraf Perkhemahan. Dalam aktiviti ini , peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil yang terdiri daripada sepuluh orang peserta setiap kumpulan . Kumpulan-kumpulan itu terdiri daripada 4 unit berunifom iaitu Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Tajuk yang diberikan ialah murid dikehendaki membina rangka rumah dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk melihat sejauh mana murid dapat mengaplikasikan setiap jenis ikatan yang telah diajar semasa aktiviti mingguan kokurikulum. Selain itu juga, murid diuji dengan melihat bagaimanakah mereka dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan seperti ini. Di samping itu, murid juga dapat dilatih untuk menjadi lebih bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan.

Taklimat pertandingan ini telah diberikan oleh Puan Iliana bt Madh Isa selaku ketua bagi AJK aktiviti kraf perkhemahan serta dibantu oleh guru-guru yang lain. Selepas memberikan taklimat, setiap kumpulan telah diberikan dengan sebungkus lidi buluh, sebilah gunting, segulung benang kasar dan kertas tugasan. Masa yang diberikan ialah selama 2 jam 30 minit. Pada mulanya,kelihatan murid seolah-olah kurang idea namun apabila diberikan penerangan dengan lebih dekat daripada setiap guru yang bertugas kepada setiap kumpulan, peserta semakin bersemangat dan mula menterjemahkan idea mereka melalui perbincangan dan lakaran bentuk rangka rumah yang ditugaskan. Peserta mendirikan rangka rumah dengan begitu ceria, bersemangat dan penuh kreatif. Guru-guru juga tidak jemu memberikan semangat pada setiap masa bagi memastikan apa yang telah dirancang dapat dilaksanakn dengan sebaik yang mungkin. Dari apa yang cuba dihasilkan peserta sudah cukup membuktikan bahawa peserta-peserta tersebut mempunyai imaginasi yang begitu baik dan gigih berusaha bagi merealisasikan imaginasi mereka menjadi realiti. Namun begitu ada juga peserta yang kelihatan begitu letih dan hilang fokus, namun hasil dorongan rakan sekumpulan telah menguatkan semangat rakan-rakan mereka. Masa begitu cepat berlalu. Selepas masa tamat diumumkan , peserta diminta berhenti bekerja. Setiap kumpulan diminta membawa ke hadapan gajet rangka rumah untuk dipamerkan dan juga untuk penilaian. Penilaian adalah berdasarkan kepada kretiviti binaan, kekemasan ikatan dan kestabilan binaan. Pertandingan ini telah diadili oleh Tuan Haji Md Rijani bin Md Ibrahim, Guru Besar SK Permatang Tok Mahat, Encik Zaini bin Maharup , Guru Kokurikulum SKPTM dan Encik Shukri bin Marzuki selaku Guru Kebajikan Kelab Guru. Setelah pengiraan markah dibuat, maka pengumuman pemenang telah diumumkan semasa majlis penutup. Kemenangan telah berpihak kepada kumpulan unit berunifom Tunas Kadet Remaja Sekolah. Peserta-peserta begitu gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Walaupun ada kumpulan yang tidak menang namun sebenarnya mereka berjaya menjalankan tugasan dengan baik dan bersungguh- sungguh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Kebersihan Menjalankan Aktiviti

Kebersihan adalah separuh dari Iman. Justeru itu penerapan nilai murni ini telah selayaknya diterapkan kepada semua peserta agar mereka semua menjaga kebersihan. Sebelum aktiviti kraf perkhemahan itu dijalankan, semua peserta telah diingatkan agar menjaga kebersihan sepanjang aktiviti sedang dijalankan dan selepas aktiviti itu.

Fasilitator yang bertugas telah menyediakan beg-beg plastik sampah

agar

memudahkan semua peserta membuang sampah di dalam beg plastik itu. Selepas aktiviti itu dijalankan semua peserta telah bergotong royong membersihkan kawasan aktiviti mereka dan keseluruhan Dewan Gemilang kerana ia juga akan dinilai. Semua Fasilitator berpuas hati dengan kerjasaman yang telah diberikan oleh semua peserta.

Keselamatan Menjalankan Aktiviti

Bagi memastikan aktiviti kraf perkhemahan berjalan dengan lancar, semua peserta telah diberi taklimat keselamatan bagi memastikan semua peserta mengambil berat tentang langkahlangkah keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa aktiviti. Oleh kerana semasa aktiviti itu dijalankan, semua kumpulan telah dibekalkan dengan gunting, lidi buluh, dan benang maka langkah langkah keselamatan telah diambil oleh semua fasilitator yang bertugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Langkah-langkah yang diambil ialah semua peserta mengetahui dan menjaga disiplin ketika menjalankan aktiviti dan tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan perlatan yang berbahaya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kecederaan. Oleh itu setiap kumpulan dipantau oleh setiap orang fasilitator yang bertugas. Ketika aktiviti itu tamat , tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Keputusan Aktiviti Kraf Perkhemahan.

Keputusan pertandingan kraf perkhemahan adalah seperti berikut: Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Saguhati : : : : Kumpulan TKRS 2 Kumpulan PBSM 1 Kumpulan PUTERI ISLAM 2 Kumpulan PENGAKAP 1 Kumpulan PUTERI ISLAM 3 Kumpulan TKRS 1 Kumpulan PBSM 3 Kumpulan PENGAKAP 2 Kumpulan PENGAKAP 3 Kumpulan TKRS 3 Kumpulan PBSM 2 Kumpulan PUTERI ISLAM 1

Setiap kumpulan yang berjaya akan menerima hadiah semasa majlis penutupan.

Rumusan.

Secara keseluruhannya aktiviti kraf perkhemahan ini sangat berjaya kerana semua peserta dapat menyiapkan semua tugasan iaitu membina rangka rumah dalam masa yang telah ditetapkan. Setiap peserta telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan semangat berpasukan yang jitu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Segala apa yang telah dirancang sebelum aktiviti, semasa aktiviti dan selepas aktiviti telah berjalan dengan baik.

Dengan

kerjasama

semua

fasilitator

yang

bertugas

telah

memudahkan

dan

melancarkan aktiviti kraf perkhemahan. Setelah aktiviti perkhemahan itu dilaksananakan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan aspek kebersihan dewan selepas aktiviti dijalankan juga amat memuaskan.

Semua peserta juga sangat berpuas hati dengan hasil kerja berkumpulan mereka. Diharapkan agar aktiviti akan dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang kerana ia dapat melatih semangat berpasukan setiap peserta dan melatih kreativiti peserta dengan lebih berkesan.

Hasil daripada aktiviti ini : Peserta dapat memahirkan diri mereka dengan ikatan yang telah dipelajari. Peserta juga mempelajari cara berkomunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan kraf yang dikehendaki dengan lebih baik dan menarik.

Lampiran.

AKTIVITI KRAF PERKHEMAHAN SKPTM


ARAHAN: Bina bentuk rangka rumah

dengan menggunakan lidi-lidi buluh yang telah disediakan dan diikat dengan menggunakan benang. Lidi-lidi itu boleh dipatahkan mengikut kesesuaian bentuk yang dibina . Penilaian adalah berdasarkan keteguhan binaan dan ikatan serta kekemasan binaan. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

LAPORAN BERGAMBAR SEMASA PERTANDINGAN KRAF PERKHEMAHAN SKPTM 2012.

Fasilitator membimbing murid.

Para peserta duduk dalam kumpulan begitu khusyuk menghasilkan kraf mereka.

MURID BEGITU KHUSYUK MEMBINA RANGKA RUMAH DENGAN PENUH

Rangka rumah yang sedang dibina oleh peserta salah satu kumpulan perkhemahan.

Peserta bekerjasama menyiapkam rangka rumah yang dibina.

Rangka rumah yang telah disiapkan oleh semua kumpulan dan dipamerkan untuk tatapan semua.

Penilaian oleh panel penilai bagi mencari pemenang.

You might also like