Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Disediakan Oleh :

Che Nurfatini Binti Che Hussin Nur Ain Binti Zakaria (PISMP 4.14)

PERBEZAAN INDIVIDU

Perbezaan individu ialah ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental,emosi dan sosial di kalangan individu. Menurut Dictionary of Psychology (1973), perbezaan individu ialah variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lainlain aspek yang mungkin terdapat dalam sesuatu kumpulan.

DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF

Slavin (1982)-kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Suatu pembelajaran yang menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.

Noraini (2005), pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Sewaktu menjalankan aktiviti secara koperatif, semua individu terlibat cuba menyelesaikan apa sahaja permasalahan yang dihadapi demi kebaikan diri sendiri dan juga ahli kumpulan secara keseluruhannya.

Ciri- ciri pembelajaran kooperatif

Matlamat kumpulan Interaksi sosial ditekankan

Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak kerja.

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF


Pembelajaran Koperatif Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan Pembelajaran Kolaboratif

Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual. Pergantungan positif setiap Tiada kontrak/ ahli dalam menentukan pergantungan dalam kejayaan pasukan. kolaboratif bersama.

Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan mencapai objektif. Hasil secara kumpulan

Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.

Hasil secara individu

FAEDAH

Membaiki hubungan sosial

Meningkatkan pencapaian

Meningkatkan kemahiran kepimpinan

Meningkatkan kemahiran sosial

Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi Meningkatkan keyakinan diri.

Meningkatkan kemahiran teknologi

CARA-CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan pelbagai kebolehan,kaum dan jantina Tempat duduk disusun supaya murid senang berkumpul, berkongsi idea-idea Seorang ahli menjadi ketua kumpulan, pencatat dan peserta yang mengambil bahagian

Ahli kumpulan boleh mengkritik idea-idea


Menghormati dan mendengar pandangan ahli dalam kumpulan

PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF


PERINGKAT AWAL Membentuk kumpulan menggunakan: kertas warna binatang kegemaran, makanan kegemaran Membentuk norma-norma pasukan Kejayaan berpasukan kejayaan bersama Bantu rakan yang lemah Usaha mencapai matlamat

Bentuk pembelajaran kooperatif


Kaedah Jigsaw II Ahli kumpulan menjadi juru dalam sub-unit sesuatu topik. juru mengajar kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku. Kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang

Kaedah STAD

Kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan Kuiz bertulis secara individu Setiap pelajar akan mendapat markah individu Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Markah kumpulan diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan. Bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum.

TAI

Motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program bersesuaian dengan kemahiran setiap pelajar. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza.. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir. Skor mingguan kumpulan akan dijumlahkan

TGT

TGT adalah serupa dengan STAD, kecuali ianya melibatkan permainan menggantikan kuiz. Pertandingan mingguan diadakan antara tiga orang pelajar pencapaian tinggi dalam setiap kumpulan. Tiga orang dalam pencapaian rendah juga bertanding sesama mereka dan seterusnya. Pelajar yang mempunyai skor yang tinggi akan bergerak ke atas dan bertanding pada minggu yang berikutnya, pelajar yang mempunyai skor yang rendah akan turun ke bawah. Ini adalah untuk memastikan pertandingan adalah antara kumpulan yang setara. Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang mendapat skor yang tinggi.

PENILAIAN DAN PERSEPSI GURU

Merakam hasil pembelajaran murid selepas P&P Membandingkan pencapaian setiap murid dalam pembelajaran koperatif Menilai pencapaian objektif menggunakan senarai semak Perubahan tingkah laku murid

RUJUKAN
Effandi Zakaria, (2005). Pembelajaran Koperatif dalam Matematik. Selangor: Karisma Publications Sdn.Bhd

Noriani Idris, (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Selangor: Utusan Publications & Distributions Sdn.Bhd.
Seow Siew Hua, (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim et.al, (2003). Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like