Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENDEKATAN PROJEK- ALAMANDA PUTRAJAYA (Aiskrim) FEBRUARI 2013

NAMA PENDIDIK : JAMEYAH BINTI SHERIFF NAMA PESERTA : PN. JURIAH BINTI DAHAM PN. ROHANIE BINTI HJ HASSAN PN. AZURIANE BINTI ANUAR PN FARIDAH BINTI HJ ABU BAKAR @ SAID PN. NAWWAR BINTI ZAMRI

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________ KANDUNGAN

FASA 1 PERANCANGAN PROJEK MEMILIH TOPIK PERANCANGAN GURU MENGENALPASTI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN SEDIAADA KANAKKANAK MEMBINA ASAS KEFAHAMAN

FASA 2 PEMBANGUNAN PROJEK PERSEDIAN UNTUK PENYELIDIKAN PENYIASATAN LAWATAN KE TAPAK LAPANGAN

FASA 3 PERSEMBAHAN PROJEK DOKUMENTASI PENILAIAN REFLEKSI/HASIL PEMBELAJARAN

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________

FASA 1
A. MEMILIH TOPIK : Panduan: 1. Pengenalan kepada projek. 2. Cerita, video atau objek digunakan untuk menerangkan kepada kanakkanak tentang tajuk projek yang akan dibincangkan. 3. Merancang Web untuk projek. 4. Mengumpul maklumat dan idea tentang apa yang telah diketahui oleh kanak-kanak. 5. Kanak-kanak melukis gambar daripada maklumat yang diperolehi. 6. Membuat senarai soalan berkaitan projek. 7. Menyediakan sudut pameran projek di dalam kelas.

NAMA PROJEK : Aiskrim Tutti Frutti


Langkah 1: Pengenalan kepada Projek: Guru memulakan perbincangan dengan menunjukkan video tentang Bandaraya Putrajaya. Guru bertanya kanak-kanak tentang pengalaman mereka tinggal di Putrajaya. Kanak-kanak bercerita tentang berbagai tempat dan juga tempat kediaman mereka di Putrajaya. Ramai kanak-kanak yang bercerita tentang pengalaman mereka pergi membeli belah di ALAMANDA PUTRAJAYA. Guru menggalakkan kanak-kanak membawa barangan yang mereka beli di ALAMANDA. Langkah 2: Mengumpul barang-barang yang dibeli oleh kanak-kanak di ALAMANDA:

Kereta mainan Fifi

Baju Nawwar

Kasut Azu

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________ Langkah 3: Membina Web Pengetahuan sedia ada kanak-kanak tentang topik.

Kanak-kanak bercerita tentang pengetahuan sedia ada mereka tentang pelbagai kedai dan barangan yang mereka lihat semasa berada di ALAMANDA

Langkah 4: Kanak-kanak menulis/melukis objek atau situasi yang mereka lihat semasa penerokaan.

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________

Langkah 6: Membina soalan berkaitan dengan topik:

Langkah 7: Menggalakkan penglibatan ibu bapa 1. Menulis surat kepada ibu bapa tentang projek yang akan dijalankan. 2. Mengadakan mesyuarat bersama ibu bapa. 3. Menggalakkan ibu bapa melibatkan diri sama ada semasa sesi lawatan atau menyediakan bahan-bahan keperluan projek. 4. Menyediakan jadual penglibatan ibu bapa semasa projek dijalankan. 5. Mendapatkan cadangan daripada ibu bapa tentang projek. _________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________ Langkah 8: Menyediakan sudut pameran projek di dalam kelas:

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________

FASA 2:
B. PEMBANGUNAN PROJEK 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Menyemak semula Web Mengenalpasti soalan yang akan dibincangkan Membuat persedian untuk kerja lapangan Menghubungi pihak yang akan dilawati Mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk sessi lawatan Membuat lawatan mengkut jadual Mengumpulkan maklumat semasa lawatan Membawa pulang semua maklumat yang diperolehi semasa lawatan Merancang projek seterusnya menghasil produk/buku skrap/ rekacipta/lukisan/persembahan dll

Langkah 1: Menyemak semula Web soalan: Guru dan kanak-kanak menyemak semula web soalan dan semua bersetuju untuk pergi melawat ke ALAMANDA dan melihat dengan lebih dekat lagi kedai-kedai yang terdapat di sana. Beberapa soalan baru telah dikemukakan oleh kanak-kanak berkaitan dengan kedai-kedai makanan yang terdapat di sana. Semua kanak-kanak bercerita yang mereka suka makan aiskrim di Tutti Fruitti. Langkah 2: Mengenalpasti soalan yang akan dibincangkan semasa sesi lawatan berjumpa pakar . Antara soalan yang ditanya oleh kanak-kanak: 1. Bagaimana asikrim di buat? - Azu 2. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat aiskrim? - Jue 3. Berapa lama aiskrim akan keras? - Ani 4. Ada berapa perisa aiskrim yang di jual? - Nawwar Langkah 3: Membuat persedian untuk kerja lapangan. Guru dan kanak-kanak berbincang tentang persiapan lawatan: 1. Menulis surat kepada pengusaha kedai tuti fruit untuk mendapatkan kebenaran. 2. Menulis surat kepada ibu bapa. 3. Menempah bas untuk lawatan. 4. menyediakan senarai semak semasa lawatan. 5. menyediakan keperluan lawatan makanan, minuman, peti pertolongan kecemasan, alat tulis. (semua surat dan senarai semak hendaklah di simpan atau disalin ke dalam jurnal ini.)

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________ Langkah 4: Menyediakan Jadual Lawatan: 8.00 am : Kanak-kanak berkumpul di TABIKA 8.30 am: Bertolak ke ALAMANDA 8.45 am: Tiba di ALAMANDA 9.00 am: Melawat ke Kedai Tutti Fruitti 11.00am: Bertolak pulang ke TABIKA (semua kanak-kanak diminta untuk memakai pakaian seragam TABIKA dan membawa sepasang baju serta botol air) Langkah 7: Mengumpulkan maklumat semasa lawatan Semasa lawatan, guru hendaklah membantu kanak-kanak bertanyakan soalan kepada pakar tentang soalan-soalan yang telah disediakan.

Semasa lawatan berbagai soalan telah ditanya oleh kanak-kanak. Mereka sangat berminat tentang cara aiskrim dihasilkan dan bercadang untuk membuat projek aiskrim apabila pulang ke TABIKA nanti.

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________ Langkah 8: Membawa pulang semua maklumat yang diperolehi semasa lawatan

Selain melawat ke kedai Tutti Fruitti, kanak-kanak telah melihat banyak kedai-kedai di Kompleks ALAMANDA, antaranya kedai kasut, pakaian, supermarket, kedai telefon dan lain-lain:

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________

kanak-kanak menghasilkan contoh barang-barang yang dilihat semasa berasa di Alamanda Langkah 9: Merancang dan menghasilkan hasilcipta/persembahan projek Kanak-kanak telah berbincang dengan guru untuk membuat asikrim di TABIKA. Perbincangan tentang mendapatkan maklumat untuk membuat aiskrim telah dijalankan dan kanak-kanak telah menemui resepi untuk membuat aiskrim. Bahan-bahan untuk membuat aiskrim telah dikenalpasti dan kanak-kanak telah membuat senarai untuk membeli bahan-bahan tersebut di kedai mini sebelah TABIKA mereka.

Senarai bahan untuk membuat asikrim:

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________

Kanak-kanak melukis bahan-bahan yang hendak digunakan untuk membuat aiskrim tutti fruitty

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________

FASA 3
C. KESIMPULAN PROJEK 1. 2. 3. 4. 5. Menyiapkan hasil projek. Membuat persiapan untuk persembahan projek. Menjemput ibu bapa/komuniti. Mengadakan persembahan. Membuat refleksi dan penilaian bersama kanak-kanak.

Langkah 1: Menyiapkan hasil kerja: Kanak-kanak menyiapkan buku resepi Aiskrim Tutti Fruitti Langkah 2: Membuat persiapan untuk persembahan projek Guru dan kanak-kanak bercadang untuk mengadakan demonstrasi membuat aiskrim Tutti Fruitti kepada Ibu bapa. Kanak-kanak telah menyediakan kad jemputan kepada ibu bapa ke sesi tersebut. Bahan-bahan telah disediakan oleh kanak-kanak

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________ Langkah 3: Mengadakan demonstrasi membuat aiskrim:

Langkah 5: Kanak-kanak menyediakan buku resepi cara membuat Aiskrim Tutti Frutti

_________________________________________________________________________________________________

Pendekatan Projek PAPN _________________________________________________________________________________________________ Langkah 5: Membuat Refleksi dan penilaian bersama kanak-kanak

Hasil Pembelajaran
TUNJANG SAHSIAH, SOSIO EMOSI DAN KEROHANIAN: Berasa teruja dan seronok kerana telah mengetahui cara untuk membuat aiskrim dengan mudah dan berkhasiat. TUNJANG BAHASA DAN KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL: Mengetahui dan mengenal pelbagai variasi bahan yang digunakan dalam pembuatan aiskrim. TUNJANG DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN: Dapat menghasilkan dan merasa aiskrim yang dibuat sendiri mengikut citarasa dan perisa yang dikehendaki. TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA: Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus melalui aktiviti dalam pembuatan aiskrim seperti aktiviti menuang susu dan ketika menghias aiskrim. TUNJANG KREATIVITI DAN ESTETIKA: Dapat melukis dan mewarna mengikut daya kreativiti masing-masing. TUNJANG SAINS DAN MATEMATIK Dapat membezakan warna susu mengikut perisa. Dapat membezakan saiz dan bentuk hiasan yang digunakan kemahiran menyukat bahan dalam pembuatan aiskrim mengikut sukatan yang betul.

_________________________________________________________________________________________________

You might also like