Emodul

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

Modul 9/14

Pemulihan Bahasa Melayu 1

Unit 1

Tajuk Latar Belakang dan Konsep Pemulihan

Jam 4

Prosedur Pemulihan

Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah

Jumlah

15

Sinopsis Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami, dan mengaplikasikan konsep-konsep pemulihan dalam mata pelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Tajuk-tajuk yang diliputi ialah konsep pemulihan, langkah-langkah pelaksanaan, dan aktiviti pemulihan.

Modul ini dibahagikan kepada tiga unit pembelajaran seperti berikut:

Unit Pembelajaran 1: Unit Pembelajaran 2: Unit Pembelajaran 3 :

Latar Belakang dan Konsep Pemulihan Prosedur Pemulihan Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah

Selepas menggunakan modul ini, diharapkan anda dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan lagi.

Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti modul ini anda akan dapat:

i. ii.

menghuraikan sejelas-jelasnya konsep pemulihan; membuat refleksi tentang masalah pembelajaran bahasa Melayu melalui pengamatan dan pengalaman di bilik darjah;

iii.

merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan dalam pengajaran pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

Arahan

1. 2. 3. 4.

Baca dan fahami objektif modul. Jawab ujian pra berdasarkan pengalaman sedia ada. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan pasca.

5.

Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.

6.

Sekiranya skor anda kurang daripada 50% buat semula unit pembelajaran yang telah anda kenal pasti.

7.

Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.

Catatan: Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk memahami setiap bidang.

Ujian Pra Tandakan ( ) pada penyataan yang tepat dan ( x ) pada penyataan yang tidak tepat.

1. Pemulihan ialah proses pengajaran dan pemebelajaran untuk membantu murid bermasalah di dalam bilik darjah. ( )

2. Rasional pemulihan Bahasa Melayu dalam bilik darjah ialah untuk mengelakkan keciciran dalam pembelajaran. ( )

3. Salah satu daripada ciri-ciri murid pemulihan ialah hiperaktif.

4. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf adalah kemahiran yang perlu diberikan perhatian oleh guru kepada murid pemulihan. ( )

5. Menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong merupakan aktiviti pemulihan kemahiran pratulisan. ( )

6. Membina perkataan yang mudah dengan menggabungkan dua atau tiga suku kata merupakan langkah keempat dalam pengajaran pemulihan bahasa Melayu mengikut kaedah abjad ( )

7. Kelemahan pengajaran pemulihan kaedah abjad ialah murid lebih mengutamakan ejaan dan sebutan tetapi tidak kepada pemahaman murid. ( )

8. Sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan guru perlu mengadakan ujian saringan dan diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan pembelajaran murid. ( )

9. Terdapat dua strategi pengajaran pemulihan iaitu stategi kumpulan dan strategi individu. ( )

10. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan perlu mengikut susunan urutan seperti berikut, ujian - pengajaran - perancangan - penilaian - kerja susulan. ( )

9/14 Pemulihan Bahasa Melayu Latar Belakang dan Konsep Unit 1

Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat: 1. menghuraikan konsep pemulihan dalam Bahasa Melayu.

Arahan

Pelajar dikehendaki:

1. 2. 3.

membaca nota yang disediakan dengan teliti, membuat rujukan perpustakaan dan maklumat dari internet, menjawab soalan tugasan/ aktiviti yang disediakan.

1.

Pengenalan

1.1 Konsep Pemulihan

1.1.1 Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk

memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

1.1.2 Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

1.1.3 O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. 1.1.4 Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

1.1.5 Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

Rumusan Konsep Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

1.2 Program Pemulihan ... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah... (Buku Panduan Am KBSR, 1982)

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.

Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua

peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar.

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang

menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas.

Apabila

kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang

diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas kepada kumpulan-kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.

1.2.1 Objektif Pendidikan Pemulihan Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu; Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran; Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran; Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka; Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah; Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Berdasarkan bahan yang telah anda baca di atas, teliti rasional pemulihan di bawah.

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Mengembangkan potensi individu

Perbezaan Murid Pengalaman Minat Kebolehan

Mengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Meningkatkan penguasaan kemahiran

Murid-murid keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

1.2.2 Jenis-Jenis Pemulihan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks) Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai 3M, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan. Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.

1.2.3 Ciri-Ciri Murid Pemulihan Lemah dalam penguasaan 3M Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan Singkat tahap tumpuannya Kurang keyakinan diri Lambat bertindak balas Gagal dalam ujian Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya Seringkali sakit Kerap ponteng sekolah Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah Bermasalah tingkah laku Sukar mengawal emosi

1.2.4 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas Pemulihan Biasa guru ada asas latihan keguruan Pemulihan Khas ada asas perguruan dan kursus khas dijalankan pada waktu tertentu

dijalankan semasa proses p - p kelas biasa perlu pada setiap pelajaran yang diajar mata

hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan ujian pencapaian bagi setiap kemahiran perlu ujian saringan dan diagnostik

murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan ujian bulanan atau penggal

tidak perlu ujian saringan atau diagnostik tidak memerlukan rekod yang terperinci kekal dalam kelas secara

penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran pemulihan dilakukan secara khusus

pemulihan umum

dilakukan

murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru bilangan murid tidak dihadkan jadual berdasarkan pelajaran yang diajar mata

keutamaan murid tahap dicalonkan oleh guru kelas

yang

perlu merujuk kepada perancangan kurikulum sekolah bilangan murid maksimum 15 orang

AJK

jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan perlu merujuk kepada perancangan kurikulum sekolah AJK

terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar

10

1.2.5 Contoh Masalah Murid Pemulihan

1.2.5.1 Kemahiran Lisan Kosa kata yang terhad Menggunakan dialek Menggunakan bahasa ibunda Lemah dalam kesantunan berbahasa Gagal mematuhi arahan Lemah ingatan pendengaran

1.2.5.2 Kemahiran Membaca Keliru pada huruf yang hampir sama: b d , m, w Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah: a A, b B Masalah disleksia: [kail] [kali], [dada] dibaca [baba] Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata Membaca secara berlagu Lemah ingatan penglihatan Tidak faham bahan yang dibaca Sukar membuat hubung kait Tidak dapat membuat urutan 1.2.5.3 Kemahiran Menulis Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk Salah ejaan Kosa kata yang terhad Aliran pemikiran tidak lancar Lupa format penulisan Lemah dalam penyampaian idea Ayat yang tidak gramatis Lemah dalam penggunaan tanda baca

11

Tugasan

a. Daripada maklumat di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda. b. Cuba kaitkan masalah murid pemulihan (kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis) dengan seorang murid anda. Catatkan kelemahan murid anda itu.

Selamat mencuba!

12

9/14 Pemulihan Bahasa Melayu Prosedur Pemulihan Unit 2

Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat: 1. Memahami prosedur pemulihan dan; 2. Melaksanakan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.

Arahan

Pelajar dikehendaki:

1. membaca nota yang disediakan dengan teliti, 2. membuat rujukan perpustakaan dan maklumat daripada internet, 3. menjawab soalan tugasan/ aktiviti yang disediakan.

2.1

Pengenalan Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, konsep 5P iaiitu, penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan perlu

dilaksanakan oleh para guru di dalam bilik darjah. Di bawah, dinyatakan beberapa prosedur dan prinsip-prinsip pemulihan yang perlu dikuti oleh para guru bagi membantu mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

2.2

Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal ke atas mereka. Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.

Kurikulum yang diubahsuai. Dalam mengajar sesuatu item, kita hendaklah menegaskan luasnya dan bukan perinciannya Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.

13

Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian. Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

2.3

Pelaksanaan Program Pemulihan Ujian Saringan Binaan Guru Kenal pasti dan menganalisis: murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian; masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik; punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.

14

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang berikut:

kenal pasti murid

analisis masalah

membuat perancangan

melaksanakan pengajaran

membuat penilaian

tindakan susulan

15

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Murid Ujian Kenal pasti Masalah Objektif Pendekatan dan teknik Bahan / Alat P&P secara Kelas Kumpulan Individu Mengesan Kemajuan Merekod Hasil Analisis Balik kelas biasa Kelas pemulihan khas Perancangan Ambil kira

Pengajaran

Penilaian

untuk kuasai

Kerja Susulan belum

Sila rujuk rajah di atas. Melalui ujian saringan binaan guru, guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Guru bolehlah merancang aktiviti pemulihan berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Pendekatan dan teknik yang diguna pakai hendaklah sesuai dan alat bantuan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga diharap dapat membantu proses tersebut. Guru boleh menggunakan kaedah kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu, bergantung kepada jumlah pelajar yang dipilih untuk kumpulan pemulihan. Setelah P&P di jalankan, maka guru perlu membuat penilaian bagi mengesan kemajuan yang dicapai, merekodkan hasil dan menganalis dapatan tersebut. Bagi pelajar yang berjaya menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai, mereka boleh balik ke kelas biasa manakala yang belum mengusai kemahiran atau objektif hendaklah dikekalkan dalam kelas pemulihan khas sekiranya disediakan guru pemulihan khas. Sekiranya guru pemulihan khas tidak ada maka guru kelas biasa hendaklah melaksanakan pemulihan di dalam kelas biasa. Pelajar ini tidak boleh ditinggalkan atau diabaikan. Guru harus faham bahawa mendidik pelajar ini adalah amanah dan tanggungjawab guru membimbing dan mengatasi kelemahannya.

16

2.4

Ujian Diagnostik Definisi: Mengenal pasti ketidakupayaan seseorang murid dari segi pengamatan, psikomotor, kognitif atau psikolinguistik yang dijangka akan menyebabkan gangguan penguasaan sesuatu kemahiran. Salvia & Ysseldyke (1978) mengenal pasti sebab-sebab kenapa seseorang murid gagal menguasai kemahiran sasaran. Proses ini melibatkan faktor-faktor gaya belajar, penggunaan peneguhan dan punca di mana bermulanya gangguan pembelajaran. Langone (1991)

Ujian Disgnostik mengandungi, satu sampel pembinaan ujian, senarai kemahiran yang hendak diuji dan JSU/JPU. Ketiga-tiga kompenan ini dirangkum bagi mengesan daerah kelemahan bahasa pelajar.

Ujian Diagnostik
Senarai kemahiran:
1. Mengenal abjad 1.1 Abjad kecil secara turutan 1.2 Abjad kecil secara rawak 1.3 Abjad besar secara turutan 1.4 Abjad besar secara rawak 1.5 Abjad kecil dengan gambar 1.6 Abjad kecil dengan abjad besar 2. Mengenal suku kata 2.1 v 2.2 kv 2.3 kvk 2.4 kvkk

17

Ujian Diagnostik
Senarai kemahiran:
3. Mengenal perkataan 3.1 v+kv 3.2 kv+kv 3.3 kv+kv+kv 3.4 kvk 3.5 v+kvk 3.6 kv+kvk 3.7 kvk+kv 3.8 kvk+kvk 3.9 kvkk 3.10 v+kvkk 3.11 kv+kvkk 3.12 kvkk+kv 3.13 kvk+kvkk 3.14 kvkk+kvk 3.15 kvkk+kvkk : : : : : : : : : : : : : : : ubi, ibu, baju, gigi kereta, petola bas, zip ikan, epal kasut, perut pintu, garpu cincin, cermin gong, tong abang, udang parang, terung nangka, tangga bintang, kambing songkok, songket longkang, kangkung

Ujian Diagnostik
Senarai kemahiran:
4. Mengenal rangkai kata 4.1 rangkai kata mudah 4.2 rangkai kata 5. Membina ayat 5.1 ayat mudah 5.2 ayat kompleks 6. Bacaan & Pemahaman 6.1 Petikan mudah perkataan kv+kvkv+kv- terkawal 6.2 Petikan kompleks : batu bata, titi kayu : bakul rotan, kasut kulit

18

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv Suaikan perkataan dengan gambar

guli buku mata meja jari topi


Analisis kesalahan:

19

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv Bulatkan perkataan yang sesuai dengan gambar

buku muka gaji kopi gari meja


Analisis kesalahan:

buka mata gula topi jari maju

baka mula guli tepi gigi malu

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv Tulis perkataan yang sesuai dengan gambar

mata

Analisis kesalahan:

20

Ujian diagnostik di atas merujuk contoh sukatan pelajaran sekolah rendah manakala bagi sukatan pelajaran sekolah menengah, guru-guru boleh melihat dan merancang mana-mana kemahiran yang perlu didiagnostik seperti contoh di atas. SELAMAT MENCUBA

2.5 Strategi Pengajaran Pemulihan

2.5.1. Strategi Kumpulan: Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama; Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk muridmurid yang bermasalah; Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru.

2.5.2 Strategi Individu: Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan; Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu; Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan; Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu.

Daripada strategi yang dikemukakan di atas, bina satu senarai semak tentang cara mengajarkan kelas pemulihan, secara individu atau kumpulan. Syabas, anda bersedia melaksanakan tugasan ini.

21

Lampiran Contoh Borang Skor Individu Nama Murid: _______________________________________________________ Tahun: ____________________________ Kod Elemen: Membaca Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Item O Kebolehan mengecam huruf Kebolehan menamakan huruf Kebolehan membunyikan vocal Kebolehan menguasai suku kata KV, KVK, KVKK Kebolehan membaca dan memahami perkataan VKV, KVKV, VKVK, dan perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung Kebolehan membaca dan memahami perkataan Kebolehan membaca dan memahami pelbagai jenis dan bentuk ayat Kebolehan membaca dan memahami perenggan B A T Catatan

6. 7. 8.

Petunjuk: O = Omit

Apabila murid tidak memberi sebarang respon atau jawapan Respon atau jawapan murid tidak berkaitan

B = Belum (Belum menguasai perkara yang ditaksirkan) A = Asas (Menepati kriteria: Penguasaan terhadap sesuatu konstruk pada peringkat asas berpandukan kriteria yang telah ditetapkan) T = Tinggi (Penguasaan terhadap sesuatu konstruk yang melebihi daripada kriteria yang perlu ditetapkan)

22

Tugasan

Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan. Sila hubung kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan di sekolah. Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil. Dokumentasikan refleksi anda itu.

Penutup Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha pemulihan tentang sesuatu kemahiran bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut:

Sebelum kita membuat ujian saringan atau diagnostik kita perlu membina alat atau bahan ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan mengumpulkan tindak balas atau jawapan pelajar untuk diperiksa dan dinilai. Bagi pelajar yang lemah diberikan pemulihan di dalam kelas. Aktiviti pemulihan amat penting kerana pelajar yang lemah dapat mengikuti P&P seterusnya bersama-sama rakan yang lain.

23

9/14 Pemulihan Bahasa Melayu Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah Unit 3

3.1 Peringkat Prabacaan Murid-murid pemulihan perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. Berikut ialah kemahiran yang perlu diberi perhatian;

1. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama 2. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza 3. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf 4. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan 5. menyusun benda atau gambar mengikut urutan 6. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar 7. memadankan huruf mengikut urutan.

Pada peringkat ini, anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan berkesan. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan permainan huruf, suku kata dan perkataan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan huruf atau simbol yang diperkenalkan kepada murid-murid.

Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid tidak dapat mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. Oleh itu, apabila anda melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan, anda perlu memberi penekanan terhadap simbol dan maknanya.

Untuk melaksanakan tujuan di atas, anda harus bijaksana memilih kaedah serta pendekatan yang sesuai dan berkesan supaya apa-apa yang anda lakukan benar-

24

benar dapat menolong murid-murid pemulihan anda. Antara kaedah dan pendekatan yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut:

Kaedah Abjad Kaedah Fonik Kaedah Suku Kata Kaedah Perkataan Kaedah Ayat dan Cerita Pendekatan Cerakinan Pendekatan PEBAS Pendekatan Gabungan Bunyi Kata Pendekatan Abjad-Suku Kata

Bagaimanakah anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan? Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda:

1. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan betul 2. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata 3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata 4. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis huruf.

Setelah meneliti keterangan di atas, anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu anda ambil perhatian. Berikut ialah perkara-perkara tersebut: 1. Penguasaan bahasa lisan: Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik supaya mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada bunyi-bunyi tertentu. Oleh itu, bahan bacaan yang dipilih haruslah

mengandungi perkataan-perkataan yang sudah ada dalam pengalaman muridmurid.

25

2. Penglihatan: Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. Cara ini akan membantu murid-murid mengenal huruf, suku kata dan perkataan dengan cepat dalam latihan mengeja. Seterusnya, murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya serta mampu mengenal pasti persamaan dan perbezaan huruf-huruf tersebut. 3. Pendengaran: Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan pendengaran murid-murid pemulihan. Melalui latihan ini murid-murid dapat mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan. 4. Hubungan huruf dengan bunyinya: Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. Anda patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini.

5. Peraturan membaca dari kiri ke kanan: Dalam tulisan Rumi, susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke kanan.

6. Gabung jalin semua aspek bahasa: Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca dalam kalangan murid, anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis terlebih dahulu. Untuk merangsang minat murid-murid, anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi untuk mengenal perkataan-perkataan dalam pelajaran membaca. 7. Merangsang dan menghidupkan minat murid: Sebagai guru, anda patut mengetahui apa-apa yang diminati oleh murid-murid anda. Biasanya murid-murid pemulihan amat gemar akan gambar atau kadkad yang berwarna-warni. Oleh itu, latihan membaca melalui aktiviti bercerita

26

atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang menarik. Anda boleh memilih mana-mana alat atau bahan yang berikut;

i. ii. iii. iv. v. vi.

kad-kad huruf kad-kad suku kata kad-kad perkataan carta bergambar pita rakaman carta huruf-huruf vokal dan konsonan

3.2 Peringkat Pratulisan

Murid-murid pemulihan sudah boleh diajar kemahiran pratulisan sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam bendabenda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu,

latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya murid-murid dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pratulisan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh murid-murid. Menurut

Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i.

Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

ii.

Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii.

Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

27

iv.

Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

v.

Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

vi.

Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vii.

Melukis garis condong.

viii.

Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

ix.

Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

3.3 Kaedah Abjad

Cuba anda imbau semula semula zaman persekolahan anda khususnya semasa anda berada dalam tahun satu atau tadika. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru anda untuk mengajarkan asas kemahiran membaca kepada anda dan rakan-rakan? Pastinya, salah satu kaedah yang sering digunakan ialah kaedah abjad. Kaedah ini merupakan suatu kaedah mengajarkan kemahiran asas membaca yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah huruf atau mengeja.

Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf dalam sistem ejaan, iaitu daripada huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan diperkenalkan dengan huruf vokal dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata dan seterusnya membentuk perkataan. Untuk lebih jelas, anda boleh meneliti langkah-langkah pelaksanaan kaedah ini seperti yang berikut:

28

Langkah 1 Memperkenalkan keseluruhan huruf atau abjad dengan menyebut nama huruf mengikut urutannya a, b, c, d hingga z. Teknik yang boleh digunakan ialah nyanyian dan hafalan. Langkah 2 Memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi vokal serta huruf-huruf konsonan. Huruf-huruf ini boleh diperkenalkan dengan cara menyebut nama huruf awal untuk sesuatu benda, binatang atau tumbuhan.

Langkah 3 Membina suku kata, iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal ba, bi, bu, be, bo, be ca, ci, cu, ce, co, ce. Biasanya murid-murid membaca dengan mengeja dan menyebut nama huruf lalu membunyikan suku kata.

Langkah 4 Menggabungkan suku kata untuk membina perkataan yang mudah-mudah - dua atau tiga suku kata. Perkataan yang dihasilkan daripada gabungan suku kata ini dibaca dengan cara mengeja setiap suku katanya. Contohnya untuk perkataan buku (bu + ku), murid-murid menyebut setiap huruf dalam suku kata pertama dan mengejanya hingga menghasilkan bunyi bu. Proses yang sama diteruskan untuk suku kata kedua ku dan diulang-ulang hingga menghasilkan perkataan buku. Langkah 5 Membaca ayat-ayat pendek atau buku teks. Cara membaca juga sering dilakukan secara mengeja.

Kaedah abjad ada kekuatan dan kekurangannya. Kekuatannya ialah murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Di samping itu, kaedah ini sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi. Cara mengeja suku katanya tetap. Kaedah ini juga memberi asas yang kukuh dalam membaca kerana murid-murid mahir mengeja setelah dilatih tubi.

29

Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu murid-murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak sedangkan masih ada sebahagian besar daripada mereka yang belum pernah didedahkan dengan huruf atau abjad. Penghafalan huruf-huruf yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan, iaitu sepatutnya murid-murid mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu. Selain itu dengan menggunakan kaedah ini murid-murid terlalu bergantung kepada proses mengeja. Murid-murid terbawa-bawa dengan tabiat mengeja. Hal ini menyebabkan mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut semasa membaca. Kaedah ini juga tidak mementingkan pemahaman murid kerana keutamaannya ialah ejaan dan sebutan.

Tugasan

1. Berdasarkan perkara-perkara yang telah dijelaskan tadi, rancang satu pengajaran pemulihan mengenal huruf dan hubungannya dengan bunyi. 2. Laksanakan pengajaran tersebut dan buat refleksi tentang kelebihan dan kekurangan yang dapat dikesan.

Rumusan Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan salah satu alternatif untuk mengurang dan seterusnya mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid. Guru seharusnya mengenalpasti nurid-murid yang mempunyai masalah berkenaan dan berusaha untuk membantunya dengan mengaplikasikan prosedur serta aktiviti pemulihan yang dicadangkan, untuk

melaksanakan aktiviti pemulihan dalam bilik darjah, guru seharusnya terlebih dahulu menguasai aspek-aspek penting dalam pengajaran pemulihan daripada sudut strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik agar pelaksanaannya tersusun dan terancang. Kebolehan murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis bergantung penuh kepada peranan dan kewibawaan guru tersebut.

30

Tugasan

1. Terjemahkan kefahaman anda tentang pemulihan Bahasa Melayu menerusi lakaran peta konsep yang bersumberkan maklumat-maklumat yang diberi. Gunakan kreativiti anda. 2. Jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dilaksaksanakan oleh guru sebelum menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. 3. Murid A tidak dapat membaca dengan lancar. Setiap kali membaca sering tersangkutsangkut dan sukar menyebut bunyi konsonan berganding /ng/ dan /ny/. Sediakan satu rancangan pemulihan yang sesuai.

31

Ujian Pasca Tandakan ( ) pada penyataan yang tepat dan ( x ) pada penyataan yang tidak tepat.

1. Pemulihan ialah proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid bermasalah di dalam bilik darjah. ( )

2. Rasional pemulihan Bahasa Melayu dalam bilik darjah ialah untuk mengelakkan keciciran dalam pembelajaran. ( )

3. Salah satu daripada ciri-ciri murid pemulihan ialah hiperaktif.

4. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf adalah kemahiran yang perlu diberikan perhatian oleh guru kepada murid pemulihan. ( )

5. Menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong merupakan aktiviti pemulihan kemahiran pratulisan. ( )

6. Membina perkataan yang mudah dengan menggabungkan dua atau tiga suku kata merupakan langkah keempat dalam pengajaran pemulihan bahasa Melayu mengikut kaedah abjad ( )

7. Kelemahan pengajaran pemulihan kaedah abjad ialah murid lebih mengutamakan ejaan dan sebutan tetapi tidak kepada pemahaman murid. ( )

8. Sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan guru perlu mengadakan ujian saringan dan diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan pembelajaran murid. ( )

9. Terdapat dua strategi pengajaran pemulihan iaitu strategi kumpulan dan strategi individu. ( )

10. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan perlu mengikut susunan urutan seperti berikut, ujian - pengajaran - perancangan - penilaian - kerja susulan. ( )

32

Jawapan:-

1. ( /

2. ( / )

3. ( X )

4. ( / )

5. ( X )

6. ( / )

7. ( / )

8. ( / )

9. ( / )

10.( X )

33

Rujukan Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman. Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Manual IPP3M. Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Khas (1999b). Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur. Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Sidang Editor (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

34

AHLI PANEL PENGGUBALAN DAN PEMURNIAN MODUL BAHASA MELAYU (MAJOR) PROGRAM KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (SABK)

Bil

Nama Cik Norliza Bt Mohd Yusof Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru (Penyelaras)

Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dengan Kepujian (UPSI) Sijil Perguruan Asas (IPSI) Guru Bahasa Melayu 14 tahun

1.

2.

Azman Bin Rahmat IPGM Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab Durian Daun, 75990 Melaka.

MA Kesusasteraan Melayu (UPM) Bac. Bahasa & Linguitsik Melayu (UPM) Sijil Perguruan (IPKS, Sabah)

3.

Mohd Januri Bin Aiyub IPGM Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah

Sarjana Pengajian Melayu (UM) Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) UM Sijil Perguruan (IPKB, Kelantan)

4.

Mohd Zamri Bin Mohd Akhir IPGM Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sarjana Pendidikan Kesusasteraan Melayu (UPSI) Sarjana muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu(UPSI) Diploma Perguruan Khas Kesusasteraan Melayu (IPBMM) Sijil Perguruan (IPSI)

5.

Zakaria bin Khalid IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang.

MA Bahasa Melayu (UPM) Bac.Pend.(PBMP) UPM Sijil Perguruan Khas (Bacaan dan Penulisan) Sijil Perguruan (IPKB) Kota Bharu, Kelantan.

35

36

You might also like