Golgi Tendon

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

NAMA PELAJAR : MERREY BINTI GABALI NO.

PELAJAR : BT12110078 DISEDIAKAN UNTUK : MISS STEPHANIE CHOK


1

PENGENALAN SISTEM SARAF Sistem saraf bertanggungjawab mengintegrasi dan mengawal semua fungsi sistem tubuh badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke sisitem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari satu neuron ke neuron lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat. FUNGSI SISTEM SARAF Sistem saraf berfungsi sebagai penterjemah rangsangan. Input sensori diproses dan diterjemah. Setelah rangsangan diterjemah, seterusnya keputusan dibuat mengenai tindak balas yang bersesuian dengan rangsangan yang diterima. Selain itu, fungsi sistem saraf ialah mencetuskan pergerakan motor. Selepas melalui proses menterjemah dan membuat keputusan, tindak balas akan dibuat dengan mengaktifkan otot atau kelenjar. Tindak balas oleh otot atau kelenjar dipanggil output motor. Tindak balas ini mencetuskan pergerakan motor. Seterusnya, fungsi sistem saraf yang lain ialah menyimpan maklumat. Otak adalah sistem saraf pusat. Otak berhubung dengan semua bahagian badan melalui saraf tunjang dan saraf periferi. Otak menyimpan maklumat supaya tingkah laku boleh diubahsuai mengikut pengalaman yang lepas. Akhir sekali, sistem saraf berfungsi dalam menjana pemikiran dan idea. Saraf berfungsi dalam aktiviti-aktiviti mental seperti kebolehan menaakul dan kemahiran yanng dipelajari. Neuron deria menerima impuls daripada pelbagai bahagian tubuh badan manakal neuron motor mengkoordinasikan pelbagai aktiviti yang rumit dan terkawal melibatkan gerakan, pembelajaran, penaakulan, emosi dan pengingatan.

KLASIFIKASI SISTEM SARAF Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf melibatkan otot dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia. Sistem saraf periferi terbahagi kepada dua iaitu sistem sensori atau aferen dan sistem motor atau eferen. Sisitem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Rajah 1 menunjukkan klasifikasi sistem saraf.

Rajah 1

PENGENALAN SISTEM SARAF PUSAT Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini berfungsi sebagai pusat integrasi dan kawalan sistem saraf. Sistem saraf terdiri daripada berjutajuta sel saraf yang dikenali sebagai neuron. Maklumat yang dibawa oleh neuron adalah dalam bentuk impuls. Impuls saraf merupkan isyarat bioelektrik yang bergerak dengan pantas.

Rajah 2 :Otak dan saraf tunjang

Rajah 3 : Neuron

NEURON Setiap neuron mengandungi badan sel. Neuron terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Walaupun seuron mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, kesemua neuron mempunyai badan sel, akson dan, dendrit. Terdapat tiga jenis neuron dalam sistem saraf , antaranya ialah neuron aferen (deria), neuron eferen (motor) dan interneuron (perantaraan). Neuron aferen berfungsi membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf pusat. Interneuron berfungsi penghubung neuron aferen dan neuron eferen. Neuron eferen pula akan menerima impuls dari interneuron. Neuron eferen ini akan membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor. Dendrit berfungsi menerima impuls dari neuron dan menghantar ke badan sel. Salah satu dihujung badan sel, terdapat satu sitoplasma yang panjang dan dikenali sebagai akson. Akson ialah satu fiber panjang yang membawa impuls saraf ke luar dari badan sel.

KOMPONEN SISTEM SARAF PUSAT 1. OTAK 2. SARAF TUNJANG OTAK Otak berfungsi sebagai tempat untuk mentafsir maklumat. Reseptor deria digunakan untuk memantau perubahan yang berlaku di dalam dan di luar tubuh badan. Perubahan ini dipanggil rangsangan. Maklumat yang diterima dipanggil sebagai input sensori. Otak akan mengintegrasikan rangsangan yang diterima. Otak akan memproses pelbagai input sensori dan menentukan serta menyelaraskan tingkah laku motor yang bersesuaian dengan rangsangan.

Rajah 4

Rajah 5

KOMPONEN OTAK TERBAHAGI KEPADA TIGA :

Rajah 6 : Otak

SEREBRUM SEREBELUM MEDULA OBLONGATA

SEREBRUM Serebrum bahagian otak adalah yang kawalan

SEREBELUM Serebelum terletak

MEDULA OBLONGATA Medula oblongata adalah penyambung tunjang ke otak. sebagai Berfungsi mengawal saraf

bahagian belakang. Mempunyai lipatan. Berfungsi pengawal banyak

paling besar dan penting. Mengawal terkawal. Pusat pergerakan. Pusat kawalan deria tindakan

tindakan luar kawal atau automatik. Contoh kawal pengembangan tindakan luar seperti dan

imbangan

badan dan menyelaraskan pergerakan badan.

(sentuhan,

penglihatan,

bau dan pendengaran) Pusat intelek, ingtan dan kewarasan. Tempat dan kawalan saraf

pengecutan salur darah, bersin, batuk, denyutan jantung dan pernafasan.

tempat

mentafsir

maklumat.

SARAF TUNJANG

Rajah 7 : Saraf Tunjang

Saraf tunjang bermula dari medula oblongata hingga ke hujung ruangan tulang belakang. Saraf tunjang ini bukanlah sebahagian daripada tualang belakang, walaupun saraf tunjang berhampiran dengan tulang belakang. Bahagian dalam saraf tunjang terdiri daripada jirim kelabu (badan sel), manakala bahagian luar saraf tunjang terdiri daripada jirim putih (gentian saraf). Di sepanjang saraf tunjang terdapat 31 pasang saraf spina. Saraf spina ini terbahagi kepada dua iaitu akar dorsal dan akar ventral.

Saraf tunjang berfungsi dalam mengalirkan maklumat sensori dari sistem saraf periferi sama ada somatik atau autonomik ke otak. Selain itu, saraf ini juga berfungsi mengalirkan maklumat dari otak ke pelbagai efektor seperti otot-otot skeletal, otot kardiak dan otot licin. Saraf tunjang juga berfungsi sebagai pusat refleks-refleks minor. Saraf tunjang menghubungkan otak ke seluruh badan.

PENGENALAN SISTEM SARAF PERIFERI Sistem saraf periferi akan menghasilkan sistem sensori (sistem aferen) dan sistem motor (sistem eferen). Fungsi sistem saraf periferi adalah mengawal aktiviti autonomik badandan bertindak sebagai pusat refleks.

Rajah 8 :Neuron deria

Rajah 9 : Neuron motor

Sistem motor (eferen) menghasilkan sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Siatem saraf somatik Membolehkan kawalan otot-otot rangka. Mengawal tindakan terkawal dalam badan kita. Sebagai contoh menghidu dan melihat. Sistem saraf autonomik Mengawal atur aktiviti otot kardiak dan otot licin serta kelenjar di luar kawalan. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf

parasimpatetik. Sistem saraf simpatetik denyutan berfungsi jantung,

mempercepatkan

membesarkan anak mata dan menahan perembesan air liur. Fungsi Sistem saraf parasimpatetik pula bertentangan dengan sistem saraf simpatetik seperti memperlahankan denyutan jantung, mengecilkan anak mata dan merangsang perembesan air liur.

TINDAKAN REFLEKS Tindakan refleks adalah tindakan luar kawal yang berlaku secara automatik. Tindakan yang terhasil tidak dikawal oleh otak. Rangsangan yang diterima tidak akan diterjemah diotak. Tindakan refleks ini berlaku dengan sangat pantas. Tindakan refleks ini bertujuan unutk melindungi badan kita daripada sebarang kecederaan. Tindakan refleks melibatkan tiga bahagian iaitu : 1. Neuron sensori 2. Interneuron 3. Neuron motor

ARKA REFLEKS Arka refleks adalah laluan impuls dari reseptor ke efektor. Arka refleks paling ringkas dialami oleh vertebra melibatkan dua neuron sahaja iaitu neuron aferen yang membentuk sinaps dalam sistem saraf pusat dan neuron eferen. Sinaps ialah tempat pertemuan khusus antar neuron transmisi dan neuron penerimaan. Sinaps berperanan dalam mengaturkan fungsi tisu dengan menyediakan lauan-laluan tertentu bagi pemindahan pelbagai maklumat saraf.

Rajah 10 : Keratan rentas saraf tunjang dan arka refleks.

10

Rajah 11 : proses transmisi impuls dari neuron ke neuron

Rangsangan yang diterima oleh organ-organ deria ditafsirkan dalam bentuk impuls. Impuls dihantar ke tombol sinaptik pada hujung akson. Impuls ini dihantar menyeberangi klef sinaptik dengan bantuan neurotransmitter yang disimpan dalam vesikel. Molekul-molekul neurotransmitter yang terikat pada reseptor dibebaskan ke klef sinaptik dan kemudian ke salur ion. Semasa salur ion tertutup, neurotransmiter tersebut dipecahkan dan dibebaskan. Contoh tindakan refleks dalam aktiviti harian. 1. Menarik tangan dengan serta-merta apabila ia dengan tidak sengaja menyentuh benda yang tersangat panas. 2. Melarikan diri apabila dikejar anjing. 3. Bersin apabila menghidu aroma masakan yang pedas. 4. Menekan brek kereta atau memusing stering kereta apabila terlanggar sesuatu.

11

KEPENTINGAN MENGUASAI TERMA-TERMA ANATOMI DAN PERGERAKAN. Antara kepentingan menguasai terma-terma anatomi dan pergerakan ialah membantu jurulatih

menilai kualiti pergerakan yang dilakukan oleh atlet semasa melakukan sesuatu kemahiran dalam sesuatu sukan yang terlibat. Untuk menghasilkan sesuatu kemahiran sukan dengan baik, atlet perlulah melakukan teknik-teknik yang betul semasa melakukan kemahiran tersebut. Dalam hal ini jurulatih berperanan dalam membantu atlet untuk melakukan serta memperbaiki teknik yang betul kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi terhadap kemahiran yang berkenaan. Amat penting bagi seorang jurulatih untuk menguasai terma-terma dalam bidang anatomi dan pergerakan. Hal ini kerana, pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan kepada atlet untuk memperbaiki kelemahan atlet semasa melakukan kemahiran dalam sesuatu sukan. Sebagai contoh, semasa atlet melakukan larian pecut, jurulatih memerhatikan bahawa atlet tersebut berlari dengan menggunakan keseluruhan tapak kaki. Seharusnya atlet perlu berlari dengan menggunakan bebola kaki. Jurulatih dapat mengenal pasti kelemahan atlet dengan cepat kerana telah menguasai terma pergerakan yang betul. Jurulatih haruslah memberitahu dan menunjukkan kepada atlet teknik larian yang betul. Seterusnya, kepentingan menguasai terma-terma anatomi dan pergerakan adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan. Sudah menjadi kebiasaan dalam dunia sukan akan berlaku kecederaan walaupun kecederaan itu tidak teruk. Bagi atlet yang baru menceburkan diri dalam sukan yang berbentuk kemahiran seperti sukan olahraga, bola sepak dan lain-lain, mereka tidak akan terlepas daripada mengalami kecederaan. Hal ini kerana, mereka perlu mempelajari pergerakan-pergerakan baru yang mereka tidak pernah lakukan sebelumnya. Mereka melakukan sesuatu pergerakan yang baru tanpa mengambil kira caracara melakukan pergerakan dengan betul lalu mengakibatkan kecederaan pada diri sendiri. Situasi ini berlaku kepada atlet yang kurang berpengalaman dan kurang pengetahuan terhadap kemahiran yang dilakukan. Kecederaan berlaku semasa atlet melakukan kemahiran dengan cara dan teknik yang tidak betul. Sebagai contoh, atlet lompat jauh mengalami kecederaan angkel semasa melakukan fasa lonjakan. Kecederaan berlaku disebabkan atlet tersebut melakukan cara lonjakan yang salah. Kesalahan yang dilakukan atlet semasa melakukan lonjakan adalah memijak papan lonjak semasa posisi kaki dalam keadaan fleksi-plantar. Jelaslah bahawa, menguasai terma-terma anatomi dan pergerakan amat penting bagi atlet agar mereka tidak melakukan kesilapan semasa melakukan sesuatu kemahiran sehingga menyebabkan kecederaan.

12

Ahli fisioterapi mempunyai peranan dalam membantu atelt yang mengalami masalah kecederaan. Kecederaan yang biasa dialami oleh atlet adalah kecederaan tisu lembut yang merangkumi salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, sendi dan juga melibatkan kecederaan yang serius seperti tulang retak dan dislokasi tulang. Sebagai ahli fisioterapi, menguasai dan memahami terma-terma yang ada dalam bidang anatomi dan pergerakan ini adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana, untuk membantu mereka merancang dan membuat terapi yang sesuai untuk atlet berdasarkan kecederaan yang dialami. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira oleh ahli fisioterapi dalam membantu atlet yang mengalami kecederaan. Antaranya ialah, mengenal pasti tahap kecederaan atlet, mengetahui bahagian yang cedera, dan merancang apakah fisioterapi yang sesuai dijalankan untuk atlet tersebut sehinggalah atlet tersebut sembuh sepenuhnya. Amat penting bagi ahli fisioterapi untuk menguasai terma-terma anatomi ini agar mereka tidak melakukan kesilapan semasa melakukan tugas mereka. Kesilapan yang dilakukan mungkin akan menjadikan lagi kecederaan yang dialami oleh atlet menjadi semakin serius. Menguasai terma-terma anatomi ini dapat membantu individu atau atlet untuk merancang latihan yang spesifik untuk otot-otot yang dominan digunakan dalam sukan yang diceburi . Kekuatan otot amat diperlukan bagi setiap sukan yang melibatkan aktiviti fizikal. Otot perlu dibentuk dan dilatih agar menjadi kuat. Namun, ia bergantung pada latihan yang dilakukan oleh atlet. Pengetahuan dalam bidang ini amat perlu bagi atlet dalam menguatkan sistem otot mereka. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mencapai matlamat dalam membentuk otot dan melatih otot yang terlibat sehingga menjadi kuat. Mereka tahu jenis latihan yang perlu dilakukan bagi otot-otot tertentu dengan melakukan pergerakan yang betul. Contohnya, atlet ingin menguatkan otot tangan , latihan yang sesuai untuk menguatkan otot tangan adalah melakukan latihan fleksi dan ekstensi dumbell. Selain itu, kepentingan menguasai terma-terma anatomi dan pergerakan adalah untuk bidang perubatan. Anatomi badan manusia mempunyai panggilan atau istilah-istilah tertentu. Seperti frontal, medial, inferior, lateral dan sebagainya. Sebagai seorang pakar bedah dalam bidang perubatan, mereka perlu menguasai istilah-istilah tersebut untuk mempermudahkan mereka menjalankan proses pembedahan dengan lancar dan selamat. Jika mereka tidak dapat menguasai istilah tersebut, berkemungkinan operasi pembedahan tidak akan berjaya, dan mugkin juga mereka akan melakukan kesilapan semasa melakukan pembedahan.

13

You might also like