Sejarah Chung Cheng

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pada tahun 1912, En Tan Eng Ow(terjemah )-seorang ahli perniagaan yang terkemuka,telah menubuhkan sebuah sekolah persendirian

yang diberi nama Chung Cheng di Jalan Kg Koh, Sitiawan. Malangnya,para ibu bapa pada zaman itu yang tidak mementingkan pelajaran telah menyebabkan enrolmen murid amat rendah. Ini mengakibatkan sekolah tersebut terhenti operasinya tidak lama kemudian. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920 oleh Encik Ong Seok Kim, Encik Ke Jiao Hui dan Encik Zheng Luo Sheng. Sekolah ini dinamakan Sekolah Hwa Chiao. Bilangan muridnya hanya 20 orang. Encik NG Hoon Ping telah dilantik menjadi guru besar yang pertama. Oleh sebab ekonomi sekolah tidak kukuh,guru besar sekolah ini sering bertukar. Pada tahun 1928,bilangan murid sekolah ini bertambah menjadi 90 orang. Dengan penambahan ini pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah.Seorang saudagar bernama Encik Tan Eng Ow telah bermurah hati mendermakan sekeping tanah di Jalan Raja Omar untuk dijadikan tapak bangunan sekolah baharu. Berkat jasa baik beliau tertubuhlah bangunan sekolah yang baharu dan ditukar namanya menjadi Sekolah Chung Cheng. Pada tahun 1934, Encik Kor Hoon Keng dilantik menjadi guru besar. Dengan inisiatif beliaulah diadakan kelas-kelas sekolah menengah,membina bilik darjah sementara dan padang sekolah. Pada tahun 1936, kelas-kelas sekolah sekolah menengah di Sekolah Chung Cheng ini ditutup kerana semua sekolah menengah Cina di Sitiawan bergabung menjadi Sekolah Tinggi Nan Hwa. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Hong Shiaw Yee. Semasa Perang Dunia Kedua,iaitu pada tahun 1942 hingga 1945,sekolah ini terpaksa ditutup dan telah mengalami banyak kerosakan. Apabila perang berakhir,sekolah ini pun dibuka semula,iaitu pada 10 Oktober 1945.Encik Hong Shiaw Yee masih menjadi guru besar sementara Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ialah Encik Ong Seok Kim. Untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah maka Kempen Pembinaan Bangunan Baru telah diadakan pada tahun 1946. Tiga tahun kemudian,iaitu pada tahun 1949,tujuh buah bilik darjah yang baru dan sebuah dewan telah siap dibina. Bilangan murid ketika itu melebihi 300 orang. Encik Gong Ga Hing telah dilantik menjadi guru besar untuk menggantikan Encik Hong Shiaw Yee yang meletakkan jawatan. Pada tahun 1955,Pengerusi lembaga Pengurus Sekolah telah meletakkan jawatan. Tempat beliau digantikan oleh Encik Quah Gim Choo AMN pada tahun 1959 hingga tahun 1996. Jumlah murid kian bertambah. Pada tahun 1976,bilangan murid sekolah ini melebihi 900 orang. Sekolah ini mempunyai 21 buah kelas manakala bilangan gurunya seramai 25 orang. Sebuah bangunan baharu dua tingkat yang mengandungi 12 buah bilik darjah siap dibina.

Pada tahun 1977,Encik Gong Hing telah bersara. Tempat beliau digantikan oleh Encik Tai Tek Lee. Pada tahun 1984, kempen pembinaan bangunan baharu dimulakan. Pada 15 oktober 1986, Encik Tan Cheong King telah bertukar ke sekolah lain. Tempat beliau digantikan oleh Encik Mah Sun Fatt pada 16 oktober 1986 sehingga beliau bersara pada 21 Januari 1991. Mulai dari 17.11.1987. sekolah diiktirafkan sebagai sekolah gred A, maka jawatan pentadbiran seperti berikut: guru besar, p.k.1 (Pentabiran), pk 2(Hal ehwal murid), pk kokurikulum dan penyelia petang telah ditambahkan. Pada tahun 1990, sekolah ini mengadakan perayaan ulang tahun sekolah yang ke-70. Pada 16 Mac 1991, Encik Ong Pung Sum menjadi guru besar sekolah ini. Beliau telah berusaha untuk menjalankan projek pembinaan bangunan baharu untuk menampung murid yang bertambah setiap tahun. Pada tahun 1993, bangunan sekolah yang baharu mula dibina. Pembinaan bangunan baharu ini dibina di atas tapak bangunan yang lama. Pembinaan ini siap dan digunakan pada 1 Disember 1993. Pada 24.1.1994, Encik Ong Pung Sum bersara dan jawatannya selaku guru besar telah diganti oleh Encik Hong Kee Tiong mula dari 1.2.1994. Encik Hong telah melancarkan kempen menderma buku untuk pusat sumber sekolah. Encik Hong berkhidmat selama 1 tahun 10 bulan lalu bersara. Encik Cheng Siew Chung pula menggantinya mula dari 16.12.1996. Setelah berkhidmat selama 8 bulan, Encik Cehng pula bersara. Dalam perkhidmatannya, Encik Cheng telah menjalankan projek memperbesarkan bengkel kemahiran hidup. Guru Besar, Encik Chang kap bertukar ke sekolah ini mula dari 1.9.1997. Setelah ditempatkan di sekolah ini, dengan kerjasama Lembaga Pengurus, PIBG, Persatuan Bekas Murid dan guru-guru sekolah ini, beliau telah banyak membuat perubahan termasuk membina bumbung laluan beratap, pondok membaca, mengubahsuai kantin sekolah, membina gerbang pintu dan jalan masuk ke sekolah, manaikkan taraf makmal sains, membina pancaragam berhawa dingin dan lain-lain lagi. Beliau telah mengadakan satu majlis untuk melancarkan laman web sekolah ini pada 22.9.2000. Website ialah www.dynabook.com/schools/chungcheng_sitiawan dan email beralamat sjkc_chungcheng@hotmail.com. Beliau amat disanjung oleh guru-guru dan murid-murid. Pada tahun 28.8.2001, En. Lim Ee Khoon ditukarkan ke sekolah ini untuk menggantikan tempat En. Chang Kap yang bersara. Pada tahun 2002, satu banguanan baru tingkat yang dilengkapkan dengan Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Gerakan, Bilik Muzik, empat buah bilik darjah, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Pergigian, Bilik SPBT, Bilik ABM serta Bilik Pendidikan Jasmani telah menggantikan bangunan papan yang using kerana didapati kurang selamat digunakan. Perancangan strategi serta itizam terhadap pendidkan En. Lim Ee Khoon, serta sumbangan ibu bapa, pihak sekolah telah mendirikan tempat menurunkan dan membawa murid yang berbumbung terutama pada hari hujan. Selain itu, kantin lama juga diubahsuai untuk dijadikan stor serta tempat menunggu anak-anak untuk para ibu bapa. Pada tahun2010, dibawah pimpinan dan usaha Lembaga Pengurus, Persatuaan Ibu Bapa dan Guru, serta Persatuaan Bekas Murid, sebuah dewan serbaguna telah siap didirikan pada tahun 2011. Majlis Perayaan Ulang Tahun ke-100 serta mengutip

derma telah dilangsungkan pada 29 Mei 2011. Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Doh Neng Chiong oleh Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri pengangkutan Malaysia, juga disempurnakan pada hari tersebut. Selain itu, di bawah pimpinan beliau,website sekolah telah dinaik taraf dan emel sekolah telah ditukar kepada sjkcc_sw@yahoo.com. Pada 26.6.2011, Encik Koh Yin Piul telah dilantik sebagai Guru Besar baru sekolah ini. Di bawah pimpinan beliau,prasarana sekolah telah dipertingkatkan. Pagar konkrit dan gelanggang bola keranjang baru dibinakan. Dewan besar lama telah dijadikan pejabar guru. Pejabat pentadbiran dan pejabat guru juga dinaiktaraf dan dilengkapi dengan kemudahan hawa dingin. Kini sekolah ini telah ditubuhkan selama 100 tahun. Dalam masa 100 tahun ini, sekolah ini telah melahirkan beribu-ribuan ahli masyarakat yang berwibawa yang berkhidmat untuk masyarakat dan Negara. Usaha para pengasas sekolah serta kerjasama ketiga-tiga organisasi sekolah dan guru-guru yang berdedikasi mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah pada masa ini. Pada masa yang akan datang,kerjasama dan usaha daripada semua pihak memainkan peranan yang penting untuk memantapkan kegemilangan sekolah ini.

You might also like