Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

1.0

PENGENALAN 1.1 Tujuan Asas Rujukan Tujuan penyediaan Asas Rujukan ini adalah :i. Sebagai panduan untuk menyediakan Kajian Semula Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak. ii. Menerangkan tentang matlamat, objektif, cadangan, skop kerja dan prosedur yang perlu dikaji dalam penyediaan Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya. iii. Untuk menjelaskan dengan terperinci mengenai kehendakkehendak pelanggan; Penyediaan Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya perlu mematuhi dan mengambil kira dokumen-dokumen berikut:i. ii. iii. iv. v. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933) Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) Dasar dan Strategi Pembangunan Negara dan Negeri. Rancangan Struktur Ipoh (Pengubahan)

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

1
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

2.0

KEPERLUAN KAJIAN Cadangan Pembangunan Bandar Baru ini dijalankan, berikutan beberapa lokasi lain yang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan telah pesat membangun, akan tetapi kawasan kajian terus ketinggalan dalam arus pembangunan. Berikut adalah beberapa isu yang dikenalpasti kenapa begitu perlu kajian mengenainya dilaksanakan; Tidak Mencapai Sasaran serta Matlamat Asal Pembangunan. Bandar Baru Meru Raya telah dicadangkan sebagai Koridor Bistari Negeri Perak supaya dapat membawa kemajuan kepada negeri dari segi ICT/ MSC. Walau bagaimanapun, ianya tidak mampu untuk mencapai matlamat asal asas pembangunan Bandar tersebut seperti yang dicadangkan.

i.

ii.

Ketidakutamaan Dasar Oleh Kerajaan Negeri. Dasar Kerajaan Negeri yang tidak memberikan fokus dan keutamaan kepada projek pembangunan Bandar Baru Meru Raya juga menjadi faktor kepada kurangnya penglibatan pelaburpelabur.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

2
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii.

Tiada Sokongan Dan Promosi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa Sokongan dan promosi dapat membantu kepada pembangunan sesuatu pelan perancangan. Akan tetapi, dalam pelan perancangan Bandar Baru Meru Raya sebagai Koridor Bistari Negeri Perak, kelemahan dua aspek penting yang sewajarnya diberi perhatian oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa ini telah menyebabkan kegagalan terhadap pembangunan Bandar Meru Raya sebagai pemangkin kepada indstri berteknologi tinggi.

iv.

Ketidaksesuaian Pengisian Elemen Pembangunan Pengisian elemen pembangunan yang tidak sesuai dengan statusnya sebagai Koridor Bistari Negeri Perak menjadikan ianya tiada daya tarikan utama yang mampu meyokong kedayamajuan suatu kawasan bandar baru. Oleh itu, kajian semula bagi bandar ini akan lebih memberi penekanan terhadap aspek tersebut.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

3
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

3.0 KAWASAN KAJIAN Tasik Pedu yang merupakan kawasan kajian terletak kira-kira 90 Km dari Pusat Bandar Alor Star, 30 Km dari pekan Kuala Nerang dan 5 Km dari Sempadan Malaysia Thailand merupakan sebuah tempat pelancongan di mana komponen utamanya ialah hutan simpan. Aktiviti utama di kawasan Tasik Pedu ialah pelancongan dan pertanian/perhutanan. Kawasan kajian juga mengambilkira keseluruhan tasik pedu seluas 75 kilometer persegi. Kawasan kajian yang hendak dibangunkan berkeluasan 1600 ekar dengan sebahagiannya telah dibangunkan sebagai resort iaitu Mutiara Pedu Lake Resort, Anjung Pedu dan Desa Utara Pedu Lake. Kawasan kajian yang terletak dalam lingkungan Pakej Insentif Pembangunan Pelancongan Koridor Utara ini telah dicadangkan untuk dijadikan Destinasi Pelancongan Baru di Tanah Semenanjung Koridor Utara sebagai destinasi percutian keluarga. Bandar Baru Meru Raya yang merupakan kawasan kajian ini terletak kirakira 11 km dari pusat bandaraya Ipoh, merupakan kawasan yang strategik kerana mempunyai sistem kemudahsampaian yang baik disamping berdekatan dengan Lebuhraya UtaraSelatan melalui susur keluar Jelapang, Kawasan kajian meliputi keseluruhan kawasan Bandar Baru Meru Raya, Perak yang berkeluasan 1500 ekar dengan sebahagiannya telah dibangunkan untuk perumahan, rekreasi, perniagaan dan perindustrian. Kawasan kajian yang terletak dalam lingkungan Koridor Tengah Perak ini telah dicadangkan untuk dijadikan pusat tempatan utama dan ruang untuk pertumbuhan sektor perdagangan dan perkhidmatan bertaraf separa wilayah, khususnya antara IpohSungai Siput(U) dan IpohSeri IskandarLumut. Keadaan Topografi kawasan kajian adalah beralun dan mendatar dengan ketinggian antara 30 150 meter dari aras laut.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

4
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Rajah 1:

Pelan Lokasi

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

5
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

4.0

ISU-ISU UTAMA PERANCANGAN i. Tidak Berdaya Saing Dasar kerajaan negeri yang mewujudkan pelbagai jenis koridor dengan tujuan mempercepatkan proses pemajuan bagi negeri Perak menyebabkan hilangnya fokus terhadap pembangunan Bandar Baru Meru Raya walaupun fungsi utamanya adalah sebagai Pusat Tempatan Utama. Oleh yang demikian Bandar Baru Meru Raya ini tidak berdaya saing berbanding dengan bandar-bandar yang terdapat di Lembah Kelang dan Pulau Pinang ii. Kelemahan Sistem Perhubungan Bandar Baru Meru Raya yang terletak di pinggir bandar Ipoh, tidak mendapat kemudahan perhubungan melalui perlabuhan seperti bandar Kuala Lumpur, Johor Baharu mahupun Georgetown dan Butterworth di Pulau Pinang. Perlabuhan Lumut yang terletak kira-kira 100 km dari bandar Ipoh menimbulkan kesukaran bagi
AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

6
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

pelabur-pelabur luar untuk berurusan dengan pelabur tempatan bagi urusan perdagangan. Secara tidak langsung ia sukar menjana perkembangan sektor perindustrian dan perdagangan bagi memantapkan lagi ekonomi negeri Perak.

iii.

Ketidakselarasan Dasar Pembangunan Dasar pembangunan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri tidak selaras dengan dasar pembangunan yang telah direncanakan oleh kerajaan Persekutuan bagi memajukan Negeri Perak sebagai Koridor Tengah. Ini berlaku kerana kerajaan negeri tidak jelas dengan arah tuju sesebuah pembangunan dan perlaksanaannya. Selain itu, dasar-dasar yang dicadangkan oleh kerajaan negeri juga tidak dapat menonjolkan kedayamampuan untuk mencapai sasaran.

iv.

Suntikan Projek Mega Dari Peringkat Nasional Melalui dasar kerajaan Persekutuan untuk memajukan Wilayah Pembangunan Utara, pembangunan projek-projek mega yang bersempadanan dengan negeri Perak iaitu di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Kedah secara tidak langsung telah menyebabkan terpinggirnya rancangan untuk melaksanakan pelan pembangunan bagi negeri ini.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

7
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

v.

Anjakan minda Kengkangan dalam menyampaikan idea-idea baru bagi sesuatu rancangan pembangunan menyebabkan tiadanya anjakan paradigma dalam perlaksanaannya. Hal ini secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap tren pembangunan semasa kerana tidak mampu bersaing dengan kemajuan teknologi bandarbandar di sekelilingnya.

5.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Wawasan Pembangunan * Wawasan Pembangunan Negeri Perak. Wawasan pembangunan yang dicadangkan untuk RSIP ialah BANDAR SEJAHTERA. Wawasan tersebut disokong oleh empat teras utama iaitu kosmopolitan, hijau, dinamik dan cekap. *

Wawasan Pembangunan Kawasan Kajian.

Meningkatkan penyertaan penduduk setempat dalam sektor pelancongan melalui

peningkatan skala dan kecemerlangan industri kraftangan dan pertanian setempat (in situ)

menjadikan Bandar Baru Meru Raya sebagai kawasan pembangunan yang progresif dan berdaya maju berteraskan fungsi perkhidmatan, perdagangan dan pengangkutan serta menjadikan kawasan kajian sebagai Pusat Tempatan Utama peringkat wilayah

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

8
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

5.1

Matlamat MENYEDIAKAN PELAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL KAWASAN BANDAR BARU MERU RAYA, YANG MENEKANKAN ASPEK PEMBANGUNAN SECARA BERSEPADU, MAMPAN, SERTA BERDAYA MAJU SELARAS DENGAN WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI PERAK dengan mempertingkatkan kehidupan yang berkualiti disamping memperkukuhkan kualiti alam persekitaran.

5.2 Objektif
5.3 Meningkatkan jaringan perhubungan antara Lapangan Terbang Alor Setar ke Kuala Nerang 5.4 Meningkatkan jaringan perhubungan antara Kuala Nerang ke Tasik Pedu 5.5 Mewujudkan aktiviti-aktiviti tasik yang memenuhi standard pelancong luar negara yang tinggi. Antaranya seperti luncur air, memancing dan bersampan 5.6 Mengendalikan acara tempatan atau serantau seperti perlumbaan bot, pertunjukan atau kejohanan luncur air dan lain-lain 5.7 Menarik minat muzium atau pameran utama, khusus untuk keluarga dan kanakkanak. Sebagai contoh, pameran Ripleys Believe it or Not 5.8 Memperkenalkan beberapa aktiviti keluarga seperti belon udara panas dan taman tema air 5.9 Mewujudkan kem percutian untuk kanak-kanak 5.10Mewujudkan pusat pembelajaran interaktif /eksplorasi seperti pusat angkasa dan pusat sains 5.11Mewujudkan beberapa padang golf di kawasan sekitar

i. ii.

Menjadikan Meru Raya sebagai kawasan pusat bandar baru. Mencapai perseimbangan pembangunan diantara pusat petempatan dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh, selaras dengan Hierarki Bandar.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

9
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii.

Mewujudkan kawasan petempatan yang terancang dan bersepadu yang dapat menampung limpahan pembangunan dari Bandar Ipoh dari segi kawasan perumahan, perdagangan dan perindustrian.

iv.

Membangunkan kawasan-kawasan perumahan pelbagai jenis untuk semua golongan masyarakat yang dilengkapkan dengan kemudahan awam bagi mempertingkatkan integrasi sosial dan kualiti kehidupan.

v.

Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti bagi menyokong pembangunan perbandaran, perindustrian dan perumahan.

vi.

Memperbaiki dan mempertingkatkan laluan dan aliran lalulintas, rangkaian laluan pejalan kaki, tempat letak kereta, dan kemudahan pengangkutan awam supaya lebih menyeluruh dan bersepadu.

vii.

Meningkatkan pembangunan kawasan-kawasan hijau dan landskap bagi mengindahkan kawasan-kawasan bandar.

viii.

Memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar bagi mewujudkan keseimbangan antara pembangunan dan kawasan semulajadi.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

10
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

6.0

PENDEKATAN KAJIAN Berdasarkan kepada matlamat, tema, objektif, bidang dan skop kajian cadangan pembangunan pelan induk Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak adalah berikut:

6.1

PAKEJ 1: i. ii. iii.

PERSPEKTIF MAKRO DAN PEMBANGUNAN

KAWASAN SEMPADAN Rumusan rumusan dasar peringkat makro Perancangan Strategik Pelan Spatial Negara dan Rancangan Struktur Negeri Pembangunan kawasan sempadan

6.2

PERANCANGAN FIZIKAL 6.2.1 Gunatanah fizikal corak, tren dan taburan jenis-jenis

a. Menganalisis gunatanah.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

11
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

b. Mengenalpasti gunatanah.

masalah

dan

prospek

berkaitan

c. Mengkaji dan menganalisis topografi serta struktur geologi untuk mengenalpasti kawasan yang mempunyai halangan dan berpotensi untuk pembangunan. d. Membuat unjuran keperluan gunatanah utama sehingga tahun 2020. e. Mengemukakan cadangan serta cara-cara mengatasi masalah yang dikenalpasti dengan mengambilkira aspek alam sekitar dan pembangunan mampan. 6.2.2 Perumahan a. b. c. Mengkaji dan menganalisis dan taburan dan jenis perumahan sediada. Mengenalpasti Membuat menganalisis rumah isu-isu, mengikut permasalahan dan prospek berkaitan perumahan. unjuran keperluan kategori iaitu kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi (unjuran kategori rumah berdasarkan unjuran pendapatan penduduk). d. Mengemukakan cadangan strategi bagi mengatasi isu dan masalah yang dikenalpasti.

6.2.3

Perdagangan a. Menganalisis jenis, trend dan corak aktiviti perdagangan semasa.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

12
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

b. Menganalisis isu/masalah dan prospek perdagangan. c. Mengkaji keperluan ruang untuk aktiviti perdagangan. d. Mengemukakan cadangan strategi bagi mengatasi isu/masalah yang dikenalpasti.

6.2.4

Perindustrian a. Mengenalpasti isu/masalah dan prospek pembangunan industri dikawasan kajian. b. Mencadangkan cadangan cara-cara mengatasi kepada dan lain-lain penambahbaikkan pembangunan

industri dengan mengambilkira aspek alam sekitar. 6.2.5 Kemudahan Masyarakat a. b. Menganalisis penawaran kemudahan masyarakat berdasarkan keperluan penduduk Menyediakan petempatan. c. d. e. Menganalisis masyarakat. Membuat unjuran keperluan kemudahan masyarakat sehingga tahun 2020. Mengemukakan cadangan bagi mengatasi isu/masalah yang dikenalpasti. isu/masalah berkaitan kemudahan inventori kemudahan masyarakat sediada mengikut bilangan, taburan dan hierarki

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

13
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

6.2.6

Alam Sekitar dan Landskap a. Menganalisis kemudahan rekreasi sediada serta mengenalpasti isu/masalah berkaitan landskap dan rekreasi. b. Mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan kemudahan rekreasi dan keindahan pusat-pusat petempatan dari segi landskap. c. d. e. f. Mengemukakan rekreasi/taman. Menganalisis masyarakat. Membuat unjuran keperluan kemudahan masyarakat sehingga tahun 2020. Mengemukakan cadangan bagi mengatasi isu/masalah yang dikenalpasti. isu/masalah berkaitan kemudahan cadangan hierarki kawasan

Rajah 2:

Carta Aliran Pendekatan Penyediaan Kajian Cadangan Teknikal Perlantikan Perunding Pengumpulan Data Analisis Maklumat Dan Unjuran Cadangan Kewangan

Penyediaan Asas Rujukan

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

14
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Penyediaan Laporan Teknikal Dan Pelan Konsep Pembangunan

UPEN LULUS Draf Awal Pelan Induk

MBI LULUS Draf Akhir Pelan Induk

Jabatan Perancang Negeri LULUS 7.0 HASIL KAJIAN Hasil utama kajian pembangunan Bandar Baru Meru Raya adalah merupakan; i. ii. 7.1 Pelan Cadangan. Pernyataan Bertulis. Pelan Cadangan Pelan cadangan adalah merupakan cadangan gunatanah terperinci keseluruhan kawasan kajian 15
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

yang

menunjukkan

taburan

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

gunatanah utama. Ianya akan dijadikan sebagai asas panduan berkaitan perancangan sesuatu pembangunan yang hendak dijalankan. Selain daripada pelan cadangan, beberapa pelan lain turut disediakan bagi menyokong pelan gunatanah cadangan berkenaan seperti Pelan Pengezonan, Pelan Subjek dan Pelan Sisip. Pelan-pelan ini akan menunjukkan dengan terperinci berkaitan dengan subjek-subjek yang dikaji seperti berikut ; i. ii. Pelan Konsep Pembangunan Pelan Induk Susun Atur

7.2 Pernyataan Bertulis Hasil kajian yang dijalankan akan dipersembahkan dalam bentuk laporan-laporan tertentu yang akan disediakan oleh pasukan kajian. Ianya akan disediakan dalam beberapa peringkat laporan bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Antara laporan-laporan lain yang disediakan bagi melengkap kajian ini adalah seperti berikut; i. ii. Laporan Teknikal dan Anggaran Kos Kajian Laporan Kajian Feasibiliti 16
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii.

Laporan Cadangan Pembangunan

Pernyataan bertulis ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan sesuatu cadangan dan ianya akan menyokong Pelan Cadangan digariskan yang turut dikemukakan. terkandung Konsep dalam dan strategi yang yang laporan-laporan

dikemukakan.

7.3 Penyerahan Laporan Jadual 1: Jenis Laporan dan Tarikh Penyerahan. BIL 1. 2. 3. 4. JENIS LAPORAN Laporan Teknikal dan Anggaran Kos Kajian (Individu) Laporan Kajian Feasibiliti (Kumpulan) Pelan Konsep Pembangunan (Individu) Pelan Induk Susun Atur (Individu) TARIKH 4hb Ogos 2007 25hb Ogos 2007 1hb 2007 22hb 2007 September September

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

17
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

5.

Laporan Cadangan Pembangunan (Individu)

29hb 2007

September

8.0 ORGANISASI KAJIAN 8.1 Pasukan Kajian Pasukan Kajian adalah terdiri daripada pasukan Teras, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, UPEN Perak, dan Pasukan Kajian. 8.1.1 Pasukan Teras Pasukan Teras terdiri daripada pegawai/kakitangan, UPEN Perak, Bahagian Rancangan Pembangunan, JPBD Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan diketuai oleh Pengurus

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

18
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Projek. Tugas-tugas dan tanggungjawab pasukan teras adalah :i. ii. iii. iv. v. vi. Menyelaras pengurusan kajian; Membuat kajian lapangan untuk penyediaan data/maklumat asas guna tanah; Mengawas, menyelia dan memberi nasihat teknikal kepada perunding; Menyelaras pengumpulan maklumat dan data; Menyemak laporan-laporan; Menentukan supaya kajian berjalan lancar dan perkara-perkara penting dikaji serta diberi penekanan dan tindakan segera; vii. Persiapan untuk cetakan laporan Draf (Akhir)Pelan Induk Laporan Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak.

8.1.2

UPEN PERAK Tugas-tugas dan tanggungjawab UPEN Perak adalah :i. Selaku penghubung di antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan agensi-agensi kerajaan dengan Pasukan Teras dan pihak perunding; ii. Menyemak bersama-sama Pasukan Teras dan Pihak Berkuasa Tempatan, laporan-laporan agar menepati keperluan asas rujukan dan mencapai kualiti yang ditetapkan;

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

19
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii.

Mengurus proses membawa Draf Pelan Induk Laporan Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak untuk kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara setelah diperakukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Perak.

8.1.3

Pegawai Perancang MBI Tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai Perancang MBI adalah :i. Menyemak bersama Pasukan Teras dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, laporanlaporan agar menepati keperluan asas rujukan dan mencapai kualiti yang ditetapkan; ii. Membantu Pasukan Teras dan Perunding dalam penyediaan data/maklumat asas; iii. Membantu memberi nasihat teknikal kepada perunding; dan iv. Mengurus dan mengemukakan laporan-laporan untuk pembentangan di Mesyuarat peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

8.1.4

Pasukan Kajian Pasukan kajian ini terdiri daripada kalangan mereka yang profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Bidang tugas

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

20
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

dan pengkhususan

masing-masing

dapat diperincikan

seperti jadual disebelah ;

Jadual 2 : Pasukan Kajian


PAKEJ PAKEJ PERSPEKTIF MAKRO DAN PEMBANGUNAN SEMPADAN PENGKHUSUSAN Pengurus Projek/ Jururancang Bandar Jururancang Gunatanah PAKEJ PERANCANGAN FIZIKAL Jururancang Perumahan Jururancang Kemudahan Masyarakat Arkitek Landskap Jururancang NAMA En. Anas Bin Dolah En. Muhamad Hisham Bin Hashim Pn. Noor Azila Binti Ramli En. Puan Norshahila Binti Mohyidin En. Amir Bin Zakaria Cik Shafa Marzidah

PAKEJ ASAS EKONOMI

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

21
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

PAKEJ KEJURUTERAAN PAKEJ KEWANGAN DAN PERLAKSANAAN

Perniagaan/Perindustrian Jurutera Infrastruktur Dan Utiliti Jururancang Pengangkutan Juruanalisa Kewangan dan Perlaksanaan Projek

Binti Abdullah Ayeop En. Nahirul Nazeli Bin Ismail Mohd Nizam Bin Zainal Cik Rohana Binti Mohamed Kassim

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

22
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Jadual 3: PROGRAM KERJA KAJIAN CADANGAN PEMBANGUNAN BANDAR BARU MERU RAYA, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

PERKARA 1 Asas Rujukan Laporan Teknikal dan Cadangan Kewangan Laporan Awalan Pengumpulan Data Lawatan Tapak Laporan Teknikal (Analisis dan Penemuan) Laporan Strategi Pembangunan Laporan Cadangan Pelan Induk 2 3 4 5 6

MINGGU 7 8 9 10 11 12 13 14

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

23

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

9.0 PROGRAM KERJA Kajian ini dijangka akan mengambil masa selama 14 minggu dan dimulakan pada 7 Julai 2007. Program kerja seperti dilampiran sebelumnya menunjukkan peringkat kerja dan had masa yang diperuntukan bagi menyiapkan kajian. 10.0ANGGARAN KOS KAJIAN 10.1 Anggaran Kos Kajian Bagi menjalankan kajian ini, anggaran kos kajian adalah berjumlah RM 800,000.00. Anggaran kos kajian ini terbahagi kepada dua komponen utama, iaitu:i. ii. Anggaran perbelanjaan perunding; dan Anggaran perbelanjaan pengurusan.

10.2

Bayaran Kemajuan Perunding Pembayaran kepada perunding melibatkan bayaran khidmat kepakaran perunding mengikut man-month, khidmat sokongan perunding, imbuhan balik perunding, kaji selidik dan kajian lapangan (termasuk 5% cukai perkhidmatan). Anggaran kos perbelanjaan perunding adalah sebanyak RM 500,000.00. Pembayaran yuran perunding adalah secara berperingkat dan berdasarkan kemajuan kajian seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. Laporan Teknikal dan Anggaran Kos Kajian Laporan Kajian Feasibiliti Pelan Konsep Pembangunan Pelan Induk Susun Atur Laporan Cadangan Pembangunan 20% 30% 10% 25% 15%

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

24
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

Bayaran yuran perunding akan dibuat setelah laporan diterima dan diperakui oleh Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal. Bagaimanapun, sebanyak 10% daripada setiap peringkat pembayaran yuran perunding akan ditangguhkan sehingga semua pindaan laporan (jika ada, hasil dari perbincangan dan mesyuarat) telah dibuat dan diterima oleh Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal. Jumlah sebenar `man-month khidmat perunding adalah bergantung kepada keputusan perundingan pelantikan perunding dan cadangan perincian `man-month mengikut kepakaran masing-masing.

10.3

Anggaran Perbelanjaan Pengurusan Angaran perbelanjaan pengurusan Pasukan Teras melibatkan tuntutan perjalanan, penyediaan bahan publisiti termasuk menjalankan sesi Perbincangan Kumpulan Sasaran, sesi verifikasi data/maklumat, percetakan laporan, pembelian alat tulis, dan sebagainya. Perbelanjaan pengurusan adalah dianggarkan sebanyak RM 300,000.00. Kos kajian adalah terdiri daripada komponen-komponen seperti jadual 3 di bawah ; Jadual 4 : Anggran Perbelanjaan Pengurusan BIL BUTIRAN 1 Bayaran Khidmat Pakarunding 2 Kos Imbuhan Balik 3 Kaji Selidik dan Pengumpulan Data 4 Percetakan Laporan 5 Kos-Kos Tidak Dijangka 6 Pengurusan Pasukan Kajian JUMLAH

KOS (RM) 500,000.00 100,000.00 30,000.00 75,000.00 25,000.00 70,000.00 800,000.00

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

25
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak LAPORAN ASAS RUJUKAN

11.0

KESIMPULAN Penyediaan Asas Rujukan ini adalah diharapkan dapat memberikan gambaran juga hala tuju kajian yang akan dilaksanakan. Selain itu, ia juga dapat menjadi panduan dalam menggerakan pasukan kajian agar berada di landasan yang betul semasa menjalankan kajian Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

AP221 Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah

26
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara

You might also like