Seni Peribumi

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 36

SENI

PERIBUMI
JAH-HUT MAHMERI PUA KUMBU
Disediakan oleh : Mahfuzah Zulkiflee Syaza Amalin

JAH-HUT
Jah-Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk JahHut ialah 2,442 dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000 orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

Tempat tinggal Kum Jah-Hut

Antara kampung-kampung ini termasuk Kg.Pos Penderas dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Seboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara penempatan-penempatan orang Jah-Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah-Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.

Peta Penempatan

BAHASA JAH-HUT
Bahasa yang ditutur oleh orang Jah-Hut dikenali sebagai bahasa Jah-Hut dan merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa. Dalam bahasa Jah-Hut, Jah bermaksud orang. Hut pula bermaksud bukan atau tidak.

Bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan bukan orang ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Bahasa Jah-Hut telah banyak menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya. Loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, Ulu Ceres, dan sebagainya.

KEPERCAYAAN
Raja Panglima Batin Pawang Menteri Poyang (pengamal pengubatan.

7 semangat roh dalam diri : i. Semangat orang ii. Semangat angin iii. Semangat hantu iv. Semangat rusa v. Semangat khinzir vi. Semangat lalat vii.Semangat iblis.

KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang JahHut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam.

Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah-Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.

Walaupun orang Jah-Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orangorang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.

Seni Pengukiran Kayu JahHut


Suku kaum ini memang terkenal dengan ukiran-ukiran kayu (arca). Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda, serta menggambarkan kehidupan mereka.

Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura haiwan dan manusia serta alam ghaib seperti hantu. Ukiran (arca) akan dinamakan dengan karakter masing-masing, kebanyakkannya hantu. Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.

Tokoh Pengukir Kayu Suku Kaum Jah-Hut


Along b Hitam Ayau b Bandak Batin Hitam b Wahi Bujai b Ali Jatim b Bani Menteri Bani b Wahi Puteh b Debos Salleh b Kahang Gaga b Pandak

Kassim b Wahi

JENIS-JENIS KAYU
Cengal Merbau Tembusu hutan Sena Merpati Kemuning Rhu bukit Raja kayu Arang rengas.

Karya Menteri Bani b Wahi

CONTOH HASIL UKIRAN

BAPAK

DAN

ANAK PAKAI CHAWAT

MAH-MERI
Suku kaum Mahmeri, dari kumpulan Senoi adalah antara pribumi yang turut menghasilkan ukiran kayu. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, mahmeri memberi maksud bersisik.

Mereka juga dikenali sebagai orang laut. orang laut. Sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang penempatan mereka yang berhampiran dengan laut berhampiran dengan laut iaitu di Pulau Carey, Pulau Carey, Selangor.

Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam masyarakat Mahmeri dan mereka turut dikenali sebagai pengukir yang mahir. Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan.
Ada di antara ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan UNESCO.

PUA KUMBU (SENI TENUNAN)


Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci.

Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk : Kelahiran anak Sampai usia Menerima barangan penting kepada rumah panjang - Untuk tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian.

Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang.

Motif Fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi).

Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan.

CONTOH TENUNAN

SEKIAN, TERIMA KASIH~

You might also like