Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Refleksi Assalamualaikum, saya Nur Fadhillah Binti Ghazali amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk

menyiapkan tugasan kerja Kursus Pendek pada tarikh yang ditetapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Zaharah kerana banyak membantu saya dalam kerja kursus ini. Selain itu terima kasih juga kepada pasangan saya bagi tugasan kali ini,Norfatin Nadia kerana memberikan komitmen yang secukupnya untuk menghasilkan karya tugasan kali ini. Alhamdulillah Saya amat gembira kerana berpeluang untuk menimba ilmu melalui tugasan kerja kursus kali ini. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai etnik dan setiap etnik mempunyai budaya yang tersendiri. Tugasan kerja kursus kali ini meminta saya untuk membuat kajian dan laporan mengenai budaya etnik lain selain etnik melayu. Saya membuat keputusan untuk memilih tajuk pengebumian etnik Orang India. Sebelum saya memulakan tugasan ini merasakan adat dan upacara yang saya pilih ini sangat unik dan saya tertanya-tanya bagaimana upacara ini dijalankan. Sebagai seorang warganergara Malaysia saya perlu tahu dan memahami kepelbagaian budaya di Malaysia kerana Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai penduduk yang pelbagai etnik. Slogan oleh yang Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang sering diperkatakan adalah 1Malaysia yang menekankan tentang perpaduan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bakal pendidik, saya perlu siapkan diri dengan ilmu budaya di Malaysia kerana saya bakal mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar yang berlatarbelakangkan kepelbagaian budaya. Sata perlu mengkaji serba sedikit tentang budaya yang terdapat di Negara ini supaya kelak tidak aka nada isu yang sensitif kepada pelajar-pelajar.

Saya amat teruja untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya mempunyai seorang rakan baik yang saya berkawan dengannya sejak sekolah tapi saya tidak pernah tahu tentang upacara pengebumian etniknya. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menghubungi beliau dan keluarga untuk berjumpa dan membuat sesi temu bual mengenai upacara pengebumian Orang India. Saya telah bertemua dengan Puan Mala A/P Ramalingam dan Encik Kandasan A/L Krishnan serta kawan baik saya Uma Mageswari A/P Kandasan mengenai sesi temu bual upacara pengebumian Orang India. Saya sering melihat dalam drama ataupun filem yang berunsurkan orang india dan ada petikan tentang pengebumian orang India, namun apa yang berlaku dalam petikan drama dan filem tersebut adalah salah menurut respondan yang telah saya temu bual. Saya mendapat pengetahuan yang baru tentang kaum wanita tidak dibenarkan untuk ke tempat pengebumian jenazah kerana dikhuatiri mendapat nasib buruk kelak. Selain itu, kini saya dapat bezakan mengapa ada dua cara untuk melakukan upacara pengebumian sama ada dibakar atau ditanam. Semua perkara yang berlaku dalam upacara pengebumian mempunyai sebab yang tersendiri. Selain itu, beliau juga ada berkongsi cerita bagaimana saudara mara mereka dikebumikan. Kini, pengetahuan saya tentang upacara pengebumian etnik orang india lebih mendalam. Selain itu, saya mendapati keyakinan diri saya apabila menemu bual seseorang bertambah baik jika saya sering mempraktiskannya. Saya amat tertarik semasa menemu bual beberapa respondan kerana, input yang terdapat dalam laman sesawang sangat terhad jika hendak dibandingkan dengan pengetahuan respondan yang saya temu bual.Saya mendapati bahawa terdapat beberapa cara untuk membakar mayat. Bukan sahaja menggunakan kayu untuk membakar mayat tetapi terdapat cara yang lebih sophisticated dengan menggunakan mesin. Oleh itu, tidak dapat pencemaran udara lagi. Selain itu, saya juga ada meminta bantuan dari kawan saya di IPG lain yang berbangsa India untuk berkongsi maklumat tentang budaya upacara pengebumian kaumnya. Kami berhubung menerusi telefon dan emel. Saya amat senang kerana kerana walaupun baru berkenalan namun beliau tidak lokek ilmu yang beliau ada. Secara tidak langsung saya dapat rakan baru semasa menjalani tugasan ini.

Selepas saya membuat temu bual saya mendapati bahawa saya sebelum ini tidak pernah ambil endah tentang budaya dan adat orang India. Saya bersyukur, sekurangkurangnya setelah mengetahui adat dan upacara pengebumian Orang India kerana saya dapat menghormati budaya orang lain. Bukan itu sahaja, malah saya dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan sahabat-sahabat yang baru saya kenal. Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari jika ada salah dan silap saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tugasan ini dijalankan dan saya berharap dengan ilmu yang saya dapat, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk saya bekalkan semasa bertugas menjadi seorang pendidik kelak.

You might also like