Modul Unit 8

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 135

UNIT PELAJARAN 8
JENIS-JENIS TERAPI HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep terapi 2. Menjelaskan jenis-jenis perkhidmatan terapi Pendahuluan

Konsep terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami masalah dari segi ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor memerlukan terapi yang sesuai. Sehubungan itu kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh sebab setiap murid Pendidikan Khas mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran, mereka harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi fisio atau cara kerja. Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar. Hal ini untuk menjadikan segala usaha pemulihan berkesan dan mengelak daripada berlakunya masalah atau kecacatan yang lebih serius. Antara terapi yang dibincangkan ialah terapi pertuturan, terapi fizikal, terapi carakerja, terapi muzik, terapi hidro, terapi seni visual, terapi permainan, terapi pergerakan kreatif dan terapi alternatif. Jenis-jenis terapi ini memang dijalankan di Malaysia sama ada dalam Pendidikan Khas sendiri, mahupun di hospital-hospital atau dibagunkan oleh sukarelawan. Keberkesanan terapi memberi pemulihan kepada OKU pada usia awal menjadikannya sebagai salah satu kaedah atau sesi intensiv awal kepada bayi tidak normal di Malaysia supaya peratus ketidakbolehan mereka dapat diminimakan Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 136

HIPPOTERAPI ATAU TERAPI BERKUDA


Terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh digunakan bagi meningkatkan potensi diri orang kurang upaya atau dikenali sebagai OKU. Antara salah satu terapi yang didapati berkesan bagi membantu golongan orang kurang upaya adalah Hippoterapi atau terapi berkuda. Hippo (badak air) berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda. Terapi ini menggunakan kuda sebagai medium utama. Terapi berkuda ternyata memiliki manfaat untuk membantu perkembangan individu yang berketidakupayaan masalah psikologi, mental, emosional, lemah fizikal, dan kemampuan berbahasa. Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan pelbagai masalah dan penyakit. Berkuda merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW, Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda) (Riwayat Muslim). Menurut McCallum (2009) menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tetapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah satu kaedah penyembuhan. Hippoterapi merupakan terapi yang meliputi aspek fizikal, cara kerja dan terapi pertuturan yang mana terapi ini menggunakan pergerakan kuda yang melibatkan perkembangan motor dan deria. Terapi ini boleh membantu dalam meningkatkan kefungsian neurologi dan proses deria yang secara umumnya digunakan dalam aktiviti harian. Terapi berkuda atau hippoterapi ini merupakan pendekatan rawatan yang melibatkan aktiviti berkuda yang bermakna kepada orang kelainan upaya mengikut matlamat masing-masing. Terapi ini menyediakan persekitaran yang terkawal dan melibatkan reka bentuk sensori yang bersesuaian bagi proses adaptif. Terapi ini bukan hanya menfokuskan kepada kemahiran yang spesifik bagi menunggang kuda tetapi ia bertujuan bagi membantu dalam meningkatkan fungsi neuromotor dan bertindak sebagai rawatan yang menggunakan persekitaran luar. Hippoterapi tradisional atau klasik telah dibentuk setelah model hippoterapi diperkenalkan di Jerman sejak tahun 1960. Dalam terapi yang bersifat tradisional ini, individu akan berinteraksi dengan kuda sambil melakukan pergerakan. Fungsi ahli terapi ketika ini adalah melihat respon yang diberikan oleh pesakit. Fokus utama terapi ini dilakukan adalah berkaitan dengan postur penunggang dan respon pergerakan yang memberi kesan kepada proses respirasi, kognitif dan pertuturan. Spink (1980) telah menyatakan teknik yang lebih spesifik yang menfokuskan perkembangan pendekatan terapi multidisplinari yang berintegrasi dengan pelbagai bidang . Pendekatan yang digunakan adalah berhubung kait dengan teknik rawatan seperti terapi fizikal, terapi cara kerja, terapi pertuturan, rehabilitasi, pendidikan khas, dan psikologi. Antara elemen yang diambil kira dalam terapi klasik ini adalah individu, sesi berpusatkan pelanggan dengan rangsangan sensori, kedudukan di atas kuda yang mengaitkan perkembangan-perkembangan tertentu, terapi dan kuda, dan sebagainya. Bagi moden hippoterapi pula, terapi Equine-assisted merupakan payung bagi terapi yang disatukan dalam sesi rawatan yang merupakan hasil reka bentuk pasukan professional. Ahli terapi fizikal dan cara kerja, pembantu terapi fizikal dan cara kerja, serta ahli patologi dan bahasa telah menggunakan hippoterapi yang melibatkan pergerakan kuda yang berkesan dalam membantu bagi meningkatkan perkembangan pesakit secara menyeluruh. Bentuk pelvis kuda adalah sama dengan bentuk pelvis manusia yang dilihat dalam bentuk tiga dimensi ketika berjalan. Pergerakan ini menyediakan input fizikal dan sensori yang berirama dan berulang. Kombinasi pergerakan yang pelbagai ini telah menjadi strategi rawatan. Selain itu, bentuk pergerakan tiga dimensi pelvis kuda ini akan mempengaruhi respon pergerakan di dalam pelvis pesakit yang sama dengan paten pergerakan ketika manusia

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 137

berjalan. Asas ini boleh membantu dalam meningkatkan fungsi neurologi dan proses sensori yang sangat penting dalam melakukan aktiviti harian. Kombinasi kuda yang unik seperti pergerakan kuda dan persekitaran yang bukan bersifat klinikal memberi kesan yang besar terhadap sistem tubuh manusia. Pasukan ahli terapi adalah meliputi kuda yang digunakan, klien, pengiring, dan ahli terapi. Ahli terapi yang memberikan perkhidmatan perlu berdaftar dan mempunyai latihan yang cukup dalam bidang kesihatan, mempunyai insuran liabiliti yang masih sah, dan telah mendapat latihan secukupnya mengenai hippoterapi. Ahli terapi perlu mengintegrasikan prinsip rawatan untuk mendapatkan hasil yang positif dan berkesan. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi daripada terapi berkuda ini seperti terapi ini meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental, membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat rangsangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan galloping kuda, merawat segala masalah tulang belakang serta sistem saraf dan organ perkumuhan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah seperti lumpuh, terapi ini memberi peluang mereka menikmati kebebasan (melatih otot kaki). Selain itu, menurut McCallum, terapi ini mempunyai tiga faedah yang utama iaitu bersukan, pendidikan, dan pengubatan. Menurut Chassigne, menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan mendorong semangat. Terapi ini juga boleh memperbaiki fungsi tulang belakang iaitu apabila orang kelainan upaya perlu membengkok badan ke hadapan apabila menunggang kuda. Selain itu juga, hippoterapi dapat membantu sistem proprioceptive tubuh iaitu melalui cengkaman dan tekanan yang kuat pada tulang pinggul, lutut, pergelangan tangan, siku dan sendi. Hippoterapi juga membantu untuk meningkatkan deria sentuhan iaitu dengan menyentuh kot yang terdapat pada kuda. Hippoterapi juga meningkatkan perkembangan motor dan fizikal seperti membantu kestabilan pinggul dan pelvis yang memerlukan individu untuk mengekalkan posisi apabila memegang tali dengan kedua-dua belah tangan.

KLASIFIKASI MASALAH YANG SESUAI BAGI MENJALANKAN TERAPI BERKUDA Hippoterapi atau terapi berkuda dipercayai dapat mengurangkan ketidakfungsian individu dan membantu dalam mempertingkatkan potensi individu. Antara klasifikasi masalah yang boleh menggunakan perkhidmatan terapi ini adalah masalah neurologi dan lain-lain ketidakupayaan seperti autisma, serebral palsi, arthritis, scleorosis, kecederaan kepala, strok, sakit tulang belakang, masalah tingkah laku, spina bifida, sindrom down, masalah emosi, masalah pendengaran, hiperaktif dan masalah mental. Argentine Institute for Clinical Effectiveness and Health Policy telah menyimpulkan bahawa terapi ini telah terbukti keberkesanannya. Terapi ini juga digunakan dalam terapi fizikal, terapi cara kerja serta terapi bahasa dan pertuturan. Ahli terapi fizikal yang telah melibatkan dalam latihan dalam terapi berkuda ini akan memahami fungsinya seperti keseimbangan, kawalan postur, kekuatan, dan ketahanan. Ahli terapi cara kerja yang menggunakan hippoterapi sebagai salah satu terapi yang dijalankan ke atas pesakitnya menyedari bahawa terapi ini bertujuan bagi meningkatkan kawalan motor, koordinasi, keseimbangan, perhatian atau fokus, proses sensori dan penglibatan dalam tugastugas seharian. Pergerakan kuda akan membantu perkembangan motor halus, kemahiran visual, kawalan bilateral, dan juga perkembangan kognitif. Proses sensori ketika terapi ini dijalankan akan menghubungkan vestibular, sistem visual, dan sistem auditori. Selain itu, terapi ini juga digunakan dalam patologi bahasa dan pertuturan. Penggunaan kuda secara semulajadi akan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 138

membantu perkembangan bahasa, kognitif dan pengunyahan. Dengan menggunakan hippoterapi, proses sensori yang bersesuaian akan berintegrasi dan bertindak sebagai rawatan bagi menjamin kejayaan untuk berkomunikasi. c. Bincangkan apakah faedah yang diperolehi daripada aktiviti hipoterapi d. Jelaskan langkah-langkah keselamatan semasa melaksanakan aktiviti hipoterapi

HIDROTERAPI
Terapi menggunakan air bukan perkara yang baru malah ia telah dipraktik sejak zaman Rasullullah lagi. Sebagai contoh Rasullullah S.A.W sendiri apabila demam, baginda meminta diambilkan air lalu baginda jiruskan ke kepala baginda dan kemudian baginda mandi . Menurut hadis riwayat At-Tirmizi menerusi hadis Rafi bin Khudaij secara marfu: Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hal ini, menunjukkan kaedah terapi secara mandian air telah digunakan pada zaman Rasulullah lagi bagi merawat penyakit demam. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini masih berpegang kepada mitos orang tua dahulu yang tidak membenarkan pengambilan air kerana takut cepat tua dan bengkak urat. Begitu juga dengan perubatan konvensional atau hospital, tidak membenarkan pengambilan ais kerana kesan pembongkaran terhadap bahan kimia atau menjadi bahan tersebut gagal bertindak-balas untuk merawat penyakit. Ini semua adalah mitos mengikut tafsiran tersendiri. Sejarah turut membuktikan kesan penggunaan air sebagai terapi apabila ianya telah bermula sejak 2400 sebelum Masihi iaitu di Mesir, Yunani dan Romawi Kuno. Pada abad tersebut, mandian berserta minyak pati dan bebunga seperti yang diamal oleh golongan diraja Mesir. Pemerintah Roman telah menyediakan kolam mandian untuk kegunaan awam dan Hippocrates telah menyarankan mandian dalam kolam air bagi tujuan merawat penyakit. Hidroterapi merupakan penggunaan terus atau air dingin untuk mendapatkan manfaat kesihatan tertentu. Hidroterapi terdiri dari 2 perkataan iaitu Hydro dan Therapy. Hydro bererti air sedangkan therapy dalam kamus iaitu terapi, definisi terapi adalah usaha untuk memulihkan kesihatan orang yang sedang sakit. Talasoterapi ialah terapi dengan laut berdasarkan cuaca di laut, rumput laut, pasir laut, lumpur laut, air laut dan segala produk laut. Manakala, balneoterapi ialah terapi spa iaitu mandi untuk perubatan. Khususnya bagi kolam mata air panas, dingin kolam air sejuk dan campuran lain untuk penyembuhan termasuk lumpur. Pada masa kini, hidroterapi iaitu penggunaan kolam air untuk program terapi yang khusus untuk individu memperbaiki fungsi neuromuskular dan tulang. Terapi dilakukan dan diawasi oleh personal profesional. Suhu memainkan peranan dalam memberi kesan terapeutik rawatan air ini. Air panas untuk sifat merehatkan. Air suam pula untuk mengurangkan stress. Manakala, air sejuk untuk mengurangkan bengkak dan radang. Menambahkan herba dan minyak esensial aromaterapi ke dalam air juga boleh merangsangkan pengedaran darah dan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 139

meningkatkan sistem imun. Wap digunakan sebagai pengangkut minyak esensial agar dihidu untuk merawat masalah pernafasan. Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu, lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Hal ini disebabkan oleh rangsangan air secara semulajadi. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Kulit mengandungi deria saraf atau nervous sense yang hidup. Air dapat menyebabkan pelepasan panas s/d 25 x. Pelepasan yang disebabkan udara akan membuat rangsangan yang diterima oleh kulit dapat diterima melalui jalur segmental menyeberangi bahagian tubuh yang lain, atau melalui jalur otonom mempengaruhi daerah lain yang luas. Reseptor dingin lebih banyak dari reseptor panas (wajah 11,3: 3,3 /cm2). Rangsangan dingin pada kulit, hipotalamus, penyesuaian aliran pembuluh darah, vasokonstriksi, reaktif hyperemia. Hidroterapi singkat akan menggeser aliran darah ke segmen kulit, merangsang sekresi lambung, meningkatkan metabolisme umum, otot dan hati, meningkatkan tonus otot jantung dan volume cardiac, menurunkan denyut nadi, merangsang pernafasan dengan nafas dalam, mengatur eksitabilitas saraf, meningkatkan daya tahan terhadap flu, air panas (s/d 40C) memiliki efek awal merangsang, tapi segera setelah tubuh melewati respon awal, terjadilah relaksasi otot yang general. Air dingin pula dapat menyebabkan menggigil, kulit merinding, peningkatan denyut nadi dan pernafasan. Selain itu, air dingin juga mengatasi pembuluh darah, peningkatan tonus dan metabolisme otot atau stimulasi tonik atau respon terhadap air panas dan air dingin bervariasi tergantung lamanya aplikasi tersebut. Aktiviti berdasarkan hidro dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam air. Di samping itu, ia juga dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan terapi bagi murid-murid khas. Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,memeliha ra dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Pelbagai jenis terapi air boleh dilakukan. Bagi terapi yang menggunakan terapi air laut pula, selain mampu membina dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka. Di dapati aktiviti ini lebih baik dilakukan di laut atau pantai. Selain faktor kemasinan, air laut berupaya membantu murid meningkatkan daya imunisasi. Suasana alam sekeliling yang tenang boleh

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 140

menjadi terapi minda. Selain itu, antara kepentingan terapi hidro ini adalah menghilangkan tekanan, meningkatkan keupayaan berkomunikasi, meningkatkan simulasi sistem otak, membina keyakinan diri, meningkatkan daya kreativiti, menambahkan kawalan diri, merangsang daya latihan Social skill, meningkatkan daya bagi merangsang pertuturan, melatih sikap bekerjasama, meningkatkan kesabaran, menambah daya pengamatan, meningkatkan latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain, meningkatkan daya latihan serta daya kepimpinan, memanipulasi tangan dan jari-jemari, meningkatkan daya konsentrasi, membantu pembentukan body image dalam diri serta membantu meningkatkan self-esteem dalam diri. Selain daripada itu, kepentingan hidroterapi kepada murid berkeperluan khas antaranya ialah, a) Keupayaan berkomunikasi dan merangsang pertuturan Keseronokkan bermain air bersama rakan-rakan melatih mereka berkomunikasi di antara mereka. Interaksi antara jurulatih atau pakar terapi amat diperlukan ketika sesi latihan secara tidak langsung menggalakkan komunikasi mereka. Latihan ini sangat berkesan kepada kanak-kanak mengalami masalah pertuturan dan autisma. b) Simulasi sistem otak Penumpuan untuk melakukan pergerakan anggota badan dalam air merangsang sistem otak untuk merancang pergerakan tersebut. Kanak - kanak atau murid pendidikan khas dapat melatih fungsi otak menjadi lebih aktif, kepentingan ini sangat bermanfaat untuk kanak-kanak dari kategori slow learner atau lembam. c) Bina keyakinan diri Keyakinan diri dapat dibentuk melalui latihan ketika berada di dalam air. Murid-murid yang ketakutan berada di dalam air diberi latihan secara berperingkat untuk meningkatkan keyakinan diri dari semasa ke semasa. Aktiviti menyentuh dan bermain air di kawasan cetek antara langkah permulaan mengatasi perasaan takut. d) Kreativiti Murid akan menjadi lebih kreatif dengan melakukan pelbagai gerakan di dalam air. Alat bantuan permainan di sekitar kawasan air boleh membantu mereka berfikir cara untuk bermain dan merangsang pemikiran menjadi lebih kreatif. Ini juga bagus terutama untuk mereka yang Slow learner atau lembam. e) Ka w a l a n d i r i Kanak-kanak hyperaktif akan dapat melatih diri mengawal pergerakan badan sewaktu berada di dalam air. Tingkah laku mereka yang sukar dikawal akan dapat dikurangkan jika mereka diberi latihan terapi ini secara berterusan. Ini adalah kerana pergerakkan di dalam air memaksa mereka mengawal setiap pergerakan dengan lebih berhati-hati. Kawalan diri untuk melawan perasaan takut juga dapat dicapai melalui terapi ini. f) Pengamatan atau daya konsentrasi Pergerakan di dalam air memerlukan pengamatan yang tinggi. Mereka perlu fokus dengan keadaan sekeliling terutama kedalaman air untuk memudahkan mereka melakukan pergerakan yang sesuai mengikut ke dalaman air. g) Manipulasi tangan dan jari-jemari Penggunaan jari jemari secara seratus peratus dapat dilatih sewaktu berada di dalam air. Latihan ini menjadikan murid lebih mudah menggerakkan jari di dalam air sewaktu berenang atau melakukan pergerakan lain. ALATAN HIDROTERAPI

a) Pengubahsuai Peralatan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 141

Kebiasaannya, sekiranya kita melakukan aktiviti hidroterapi pusat latihan renang mereka mempunyai peralatan yang lengkap seperti baju keselamatan, pelampung keselamatan, dan google. Sekiranya kita melakukan aktiviti di luar seperti di sungai mahupun laut kita boleh mengunakan tuib tayar kereta sebagai pelampung, atau polisterin sebagai alat alternatif bagi mengantikan baju keselamatan dan juga pelampung bagi melakukan aktiviti hidroterapi.

b) Pengubahsuaian teknik
Hidroterapi mempunyai pelbagai teknik yang boleh digunakan. Bagi murid-murid masalah pembelajaran kita perlu mengubah teknik hidroterapi mengikut keperluan mereka ianya bertujuan mengelakkan mereka cemas dan lemas ketika berada di dalam air. Amalan hidroterapi dilaksanakan dalam program Hidroterapi Air Laut ini kepada murid-murid PPKI, Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pelajaran Daerah Besut dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Besut telah memperkenalkan Program Pembinaan Sahsiah Kendiri Melalui Hidroterapi Air Laut khusus untuk murid-murid Pendidikan Khas Integrasi di sekitar daerah Besut merangkumi murid dalam katogeri Austisme, Disleksia, Sindrom Down dan Murid yang Lambat Dalam Pembelajaran.hasilnya mampu membina dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka. Didapati aktiviti ini lebih baik dilakukan di laut atau pantai.

TERAPI SNOZELAN
Snoezelen atau mengikut bahasa Belanda iaitu snuffelen yang dimaksudkan sebagai eksplorasi atau mencari dan doezelen sebagai relaks atau rehat ialah merupakan salah satu terapi daripada pelbagai terapi yang terdapat di dalam pendidikan khas. Snoezelen atau panggilan lainnya ialah Controlled Multisensory Environment (MSE) iaitu merujuk kepada keadaan yang saling bergantungan antara kedua-dua ruang iaitu antara ruang persekitaran fizikal dan ruang persekitaran manusia. Ruang persekitaran manusia ini mewujudkan suatu pendekatan yang berpusatkan kepada pelanggan atau individu khas yang menerima terapi ini yang di panggil client-centred yang dilaksanakan oleh pengamal perubatan seperti doktor dan ahli terapi. Persekitaran bagi terapi Snoezelen adalah merupakan suatu persekitaran yang selamat dan tanpa sebarang ancaman. Terapi ini dicipta khusus merangkumi suatu proses pengenduran atau suatu proses secara bersantai bagi mengurangkan rasa bimbang atau kesakitan yang meliputi kedua-dua keadaan iaitu fizikal dan emosi. Terapi ini memfokuskan kepada tujuan untuk memaksimumkan potensi seseorang individu berdasarkan semangat dan kehendak diri mereka sendiri dan bagi meningkatkan rangsangan sama ada terhadap objek, aktiviti atau terhadap individu. Seterusnya, bagi memperbaiki komunikasi dan kefungsian. Selain itu, Snoezellan dilihat sebagai suatu aktiviti yang melibatkan sistem saraf pusat melalui pemberian rangsangan yang cukup terhadap sensori utama pada penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan pembauan serta terhadap deria dalaman tubuh pada sistem keseimbangan dan sensasi bagi tujuan untuk memperoleh keadaan yang merehatkan bagi peningkatan kualiti hidup. Selain daripada definisi yang dapat diberikan di atas, terapi Snoezellan juga mempunyai beberapa prinsip asas yang dapat memberikan panduan kepada para pakar perubatan mahupun ahli terapi bagi tujuan memfokuskan perhatian mereka terhadap elemen-elemen asas dalam pendekatan terapi ini. Contoh stimulasi sensori dalam terapi snoezelen ialah berbaring, bermain, dan memeluk bantal, menikmati ayunan di buaian, mendengar muzik lembut sambil berkhayal, membuat suara-suara lucu dengan alat khusus,

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 142

bermain dengan tangga dan cermin, memerhatikan pola lampu warna-warni dan berkelip-kelip, memerhatikan gelembung-gelembung warna yang bergerak-gerak di dalam tabung gelembung dan menyelam di dalam kolam mandi yang telah diisi dengan bola. Antara prinsip-prinsip yang menjadi garis panduan dalam terapi Snoezellan ialah yang pertama iaitu pengalaman yang berlaku dalam persekitaran fizikal yang tertentu. Kedua iaitu sikap atau sifat pakar perubatan mahupun ahli terapi yang berpusatkan kepada client-centred iaitu pelanggan atau individu yang menjalani terapi ini. Kemudian, prinsip seterusnya iaitu rangsangan yang perlu di kawal berdasarkan kepada keperluan pelanggan atau individu yang menjalani terapi. Keempat, terapi Snoezellan ini merupakan salah satu media bagi tujuan komunikasi. Seterusnya yang kelima, persekitaran deria adalah tidak positif mahupun negatif dan prinsip yang terakhir ialah ahli terapi atau doktor adalah bergantung kepada pandangan pelanggan yang menjalani terapi ini. Terapi ini digunakan bagi individu yang kurang upaya dari segi perkembangan melibatkan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Terapi ini mendedahkan kepada persekitaran yang menenangkan serta merangsang dan dilakukan di sebuah bilik yang di panggil Snoezelen room. Bilik-bilik ini direka khas untuk memberikan rangsangan kepada pelbagai deria, menggunakan kesan lampu, warna, bunyi, muzik, aroma dan sebagainya. Gabungan bahanbahan yang berbeza yang di reka pada bahagian dinding boleh diterokai dengan menggunakan deria sentuhan. Manakala lantai bagi bilik snoezelen room ini boleh disesuaikan bagi merangsang rasa keseimbangan pada individu yang mendapatkan terapi ini.

Terapi Snoezelan mempunyai pelbagai faedah yang dapat di peroleh dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepada individu yang menerima terapi dan manfaat kepada ahli terapi. Faedah bagi individu yang memperoleh terapi ini ialah antaranya memperoleh rasa yang merehatkan, bereksplorasi dan berekspresi diri semasa melakukan terapi ini. Selain itu, individu yang mendapatkan terapi ini turut memperoleh stimulasi deria yang jarang untuk diperolehi. Seterusnya, mendapat perhatian secara individu daripada ahli terapi dan meningkatkan kepercayaan di antara ahli terapi dan individu yang mendapatkan terapi ini. Manakala sebagai ahli terapi, faedah yang dapat di peroleh apabila mengendalikan terapi Snoezelan ini ialah merasa bebas dan tidak berada dalam keadaan tegang. Selain itu, individu yang menerima terapi snoezelan ini turut memperoleh kawalan diri, penemuan autonomi, dan dapat mengkaji pencapaian diri, meningkatkan keyakinan diri, dan mengurangkan ketegangan. Manakala, faedah bilik Snoezelan pula dicipta bukan sahaja dapat memberikan suasana yang tenang dan merehatkan, malah jauh daripada tekanan penjagaan yang di arahkan dan di luar jangkauan orang sekeliling. Kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran yang melibatkan pelbagai deria menawarkan pelbagai faedah dan keuntungan seperti sering memberikan peluang kepada penjaga dan individu yang kurang upaya untuk memperbaiki komunikasi, membantu mereka memahami antara satu sama lain, dan membina kepercayaan di dalam hubungan antara mereka. Terapi Snoezelan adalah suatu pengalaman yang indah dan terapi yang dapat menaikkan semula semangat dalam diri individu yang bekeperluan khas. Menurut Wind (2001), Snoezelan adalah terapi yang dihasilkan bertujuan untuk memberikan ketenangan dan keselesaan kepada diri individu yang menerima terapi ini. Bukan itu sahaja, individu khas yang menerima terapi turut merasa rehat dari segi fizikal dan mental. Terapi Snoezelan turut membantu dari segi meningkatkan kesedaran dan perhatian ahli terapi serta penjaga terhadap anak dan individu yang menerima terapi Snoezelan ini. Snoezelan juga merupakan salah satu terapi yang dapat menunjukkan inisiatif yang berkesan dalam melatih

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 143

anak dan individu khas untuk bergerak aktif. Malah, bukan sahaja anak atau individu khas akan menjadi lebih aktif, mereka yang menerima terapi ini turut bertambah yakin dan percaya terhadap diri mereka sendiri. Selain daripada tujuan di atas, terapi Snoezelan turut juga membantu perhubungan anak atau individu khas dengan ahli terapi menjadi rapat dan lebih baik. Kemampuan anak atau individu yang menerima terapi ini juga turut berkembang dengan baik. Di dalam terapi Snoezelan ini, suatu proses yang dipanggil stimulus akan berlaku dan melibatkan dua bahagian yang di panggil input dan juga output. Proses stimulus di hasilkan daripada rangsangan (input) yang di terima oleh reseptor dan kemudian di proses di sistem saraf pusat sehingga menghasilkan keluaran yang dipanggil (output) yang seterusnya diteruskan dengan reaksi lanjutan (feedback). Input adalah merupakan lingkungan fizikal, sosial dan budaya individu. Manakala proses stimulus terdiri dari reseptor (Eksteroreceptor, interoreceptor, Proprioreceptor ) dan melibatkan sistem saraf pusat ( otak, medula dan saraf tunjang ). Bahagian yang di panggil output pula ialah merupakan reaksi dari stimulus yang berupa tingkah laku dan prestasi. Eksteroreceptor merupakan reseptor yang berada di bahagian luar tubuh seperti kulit, mata, lidah, telinga dan hidung. Proprioreceptor pula ialah terdiri dari otot dan sendi. Manakala, interoreceptor pula terdiri daripada organ dalaman seperti sistem vestibular dan organ dalam tubuh manusia. Proses stimulus terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya ialah dari segi visual (penglihatan), pendengaran, sentuhan dan bau. Dari segi visual atau penglihatan, proses stimulasi berlaku bergantung pada keadaan terang dan gelap, bentuk dan sudut, warna dan bayangan dan keadaan ini akan menyediakan proses stimulasi yang tenang. Dalam hal ini tidak diperlukan gambar untuk pemahaman, kecuali untuk program pembelajaran. Warna adalah memainkan peranan yang penting dalam proses stimulasi visual ini. Kombinasi pencahayaan dan gambar yang ditampilkan akan menghasilkan kesan yang pelbagai untuk membantu terciptanya sensasi atau keadaan yang hangat (warm) dan sejuk (cool). Ini adalah penting bagi anak atau individu khas yang menerima terapi agar menjadi tertarik dan berasa selesa semasa untuk menjalaninya. Dalam proses stimulasi penglihatan atau visual, warna-warna warm dan cool menjadi faktor utama dalam terapi. Bagi warna warm, merah, oren dan kuning menjadi warna utama. Manakala bagi warna cool pula, hijau, biru dan warna-warna lembut adalah menjadi warna utama. Setiap warna-warna dalam terapi bagi proses stimulasi ini memberikan maksud dan proses stimulasi yang tersendiri yang dapat diberikan pada tubuh seseorang individu. Warna biru dalam proses stimulasi dapat menurunkan kadar denyutan jantung, tekanan, dan menurunkan frekuensi atau kadar pernafasan sehingga 20 peratus. Individu khas atau anak yang menjalani terapi ini akan merasa relaks dan dapat bermeditasi dengan tenang. Bagi warna hijau pula, seseorang individu itu akan dapat merasa damai, tenang, dan sejuk malah dapat mengurangkan stress atau peningkatan hormon dalam darah serta mengurangkan ketegangan otot. Selain itu, warna merah juga menjadi warna utama dalam proses stimulasi ini. Warna merah secara amnya dapat diketahui adalah warna yang dapat memberikan keterujaan, meningkatkan proses otak dan otot. Warna merah juga dapat memberikan rasa hangat. Warna Oren juga dilihat mempunyai kesan yang serupa seperti warna merah tetapi warna oren lebih ringan, aktif, mempunyai kekuatan dan juga dapat menurunkan kesan tekanan perasaan. Seterusnya ialah warna kuning iaitu kesannya adalah sama dengan warna merah dan oren tetapi dilhat warna yang paling ringan dan merupakan warna yang stabil. Warna kuning dapat meningkatkan prestasi agar menjadi lebih baik dan menjadi lebih fokus. Terdapat penelitian bahawa seekor ayam di dapati lebih banyak bertelur di bawah lampu kuning.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 144

Proses stimulasi dari segi pendengaran pula adalah dilihat dari segi Pitch dan tone, rhythm dan silence dan kesemua ini menjadi sangat penting dalam melaksanakan terapi. Muzik bagi suasana yang relaks dan tenang adalah suatu hal yang baik bagi terapi Snoezelan ini bagi meningkatkan proses stimulasi dalam tubuh bagi aspek pendengaran. Soft music dapat dilihat sebagai contoh bagi proses stimulasi yang dapat memberikan rasa hangat, nyaman, aman dan relaks. Manakala, Cheerfull music dapat melahirkan rasa gembira dan riang, provokasi gerak yang aktif dan dinamik. Proses stimulasi menggunakan muzik adalah bergantung kepada ritma, harmoni dan keras mahupun lembut sesebuah muzik yang di mainkan bagi memberikan kesan yang baik terhadap individu khas yang menjalani terapi ini. Selain daripada sentuhan, pendengaran dan penglihatan, proses stimulasi juga berlaku melalui deria bau. Walaupun deria ini jarang digunakan dalam terapi Snoezelan, namun, ia menunjukkan hasil yang cukup baik dan kuat. Terapi Snoezelen terbahagi kepada dua, iaitu untuk deria bau bagi individu yang oversensitive atau sensitive yang kuat terhadap bau. Bahagian ini terdapat empat bauan yang positif dan dapat membantu meningkatkan proses stimulasi dalam tubuh iaitu Peppermint yang memberikan kemudahan bernafas dengan baik.

INDIVIDU YANG MENDAPATKAN TERAPI SNOEZELAN


Golongan individu bekeperluan khas yang mendapatkan terapi Snoezelan adalah antaranya terdiri daripada individu yang mengalami masalah Cerebral Palsy, Autisma, ADHD atau hyperaktif, Spina Bifida, Sindrom Down, gangguan taktil, masalah mental yang teruk, gangguan trauma atau tekanan, strok, individu yang mengalami masalah perkembangan dan banyak lagi. Namun, individu yang mengalami masalah di atas turut perlu dinilai ciri-ciri yang sesuai untuk menjalani terapi ini supaya terapi yang di jalankan memberikan kesan yang baik terhadap individu khas. Antara ciri tersebut ialah individu yang ingin menjalani terapi ini perlulah mempunyai semangat dan dorongan diri yang kuat, mengalihkan perhatian (Distract), sukar memberikan kosentrasi, berasa takut, sukar berinteraksi, sukar mengenal deria, sukar memulakan diri menjadi aktif, kurangnya eye contact, sukar memberikan ekspresi, sukar memberikan reaksi terhadap persekitaran dan tidak berkembang mengikut kemampuannya yang tersendiri. Manakala, menurut Van Dijk & Wind ( 2001 ) bagi individu yang mempunyai ciri-ciri adalah tidak digalakkan menjalani terapi Snoezelan iaitu individu yang merasa takut, mudah marah, agresif, dan individu yang merasakan terapi ini tidak sesuai pada tahap perkembangan mereka.

Contoh Bilik Snoezelan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 145 a. Bincangkan apakah faedah yang diperolehi daripada aktiviti terapi snoezelan b. Jelaskan kesan terhadap kognitif kanak-kanak ADHD selepas menjalani terapi snoezelan

TERAPI PERTUTURAN
Masalah pertuturan adalah salah satu masalah yang acap kali kita hadapi di kelas-kelas Masalah Pembelajaran Pendidikan Khas. Kebanyakkan masalah pertuturan disedari lewat kerana persepsi ibu bapa yang mengatakan itu adalah perkara biasa sebagai anak-anak yang masih kecil. Kemudian, mereka beranggapan bahawa keadaan itu akan pulih ke normal apabila usia meningkat. Walaubagaimanapun, masalah ini akhirnya menjadi serius dan masih tidak berubah apabila kanak-kanak tersebut telah ke sekolah. Oleh sebab itu, kanak-kanak tersebut telah menghadapi masalah pembelajaran dan komunikasi yang serius. Setiap masalah pasti ada cara mengatasinya. Begitu juga dengan murid-murid yang menghadapi masalah pertuturan dan komunikasi. Terapi pertuturan amat membantu terutamanya murid Pendidikan Khas khususnya di program bermasalah pembelajaran. Kesan positifnya memberi kemudahan dalam proses pembelajaran atau dalam kehidupan seharian. Jika murid tidak dapat bertutur dengan baik, nescaya interaksi mereka bersama keluarga, rakan dan pihak lain dalam pembelajaran tidak akan berjaya. Mereka akan lebih jauh dengan kerjaya masa hadapan. Terapi pertuturan juga mampu membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan. Keupayaaan mental mereka untuk membangun akan terganggu apabila mereka sukar berkomunikasi terutamannya tentang pelajaran. Selain itu, terapi pertuturan mampu melatih murid menguasai kemahiran tertentu dalam komunikasi. Mereka boleh berkomunikasi dengan lebih fasih dan berkesan apabila bersemuka dengan orang ramai kerana telah diajar kemahiran seperti yakin untuk bercakap di depan orang ramai serta teknik pernafasan ketika bertutur. Terapi pertuturan juga membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa seperti mana di dalam kelas tetapi lebih mendalam dan spesifik. Pakar terapi akan menekankan kelemahan mereka dan sentiasa berpandukan kepada kelemahan dan penguasaan murid. Jadi, sesi terapi adalah lebih compacting daripada aktiviti di dalam kelas. Tambahan pula, terapi pertuturan juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap keupayaan murid dan mutu dalam kehidupan. Murid yang bermasalah pertuturan ini mungkin mempunyai keberanian dan idea yang banyak ketika bertutur. Sifat ini boleh mendorong mereka untuk menjadi lebih berdikari dalam kehidupan seharian tanpa mengharap bantuan orang ramai. Pendek kata, terapi ini dapat membasmi kekurangan dan mendekatkan mereka dengan teknik pertuturan yang tepat. Jadi, mereka juga boleh mengejar cita-cita seperti guru, peguam dan peniaga.

STRATEGI PEMULIHAN DAN TERAPI PERTUTURAN


Program intervensi adalah salah satu strategi pemulihan yang terbaik. Langkah pencegahan dari usia yang awal dapat memastikan masalah kanak-kanak ini tidak meruncing dengan lebih teruk. Hal ini turut mengurangkan perbelanjaan pendidikan selain mengurangkan keperluan kepada pusat penjagaan. Ibu bapa yang prihatin dan berpengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak akan menyedari masalah anak mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih prihatin dan berpengetahuan tentang kesihatan anak-anak mereka. Laporkan sebarang tanda ganjil

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 146

yang ada pada bayi terhadap pakar kesihatan atau doktor. Sebagai contoh, kanak-kanak autism boleh dikenalpasti pada usia awal. Tanda ganjilnya adalah seperti menangis secara berterusan walaupun didakap oleh ibunya. Kanak-kanak autism adalah antara kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami kekangan dalam pertuturan. Mereka mempunyai beberapa ciri seperti tiada eyecontact dengan orang lain ketika bercakap dan suka bersendirian atau tidak suka bercakap. Oleh sebab itulah, mereka sering disangka bisu dan pekak. Selain itu, majoriti daripada mereka tidak mengenal huruf atau bahasa apatah lagi kiasan, sindiran atau peribahasa. Paling mudah, mereka mungkin hanya memahami perkataan-perkataan ringkas atau arahan yang lurus. Sebagai permulaan untuk menjalankan intervensi bahasa, guru-guru atau ahli terapi perlu bijak mendekati murid bermasalah untuk menjadikan mereka berasa selesa dan seterusnya dapat menjalankan aktiviti terapi pertuturan yang seterusnya. Rasa tidak selesa atau rasa takut akan menyebabkan seseorang berasa gemuruh dan tidak mahu bercakap. Jika perlu, sebut atau panggil nama mereka supaya mereka terangsang. Bukan itu sahaja, kayakan aktiviti intervensi dengan penggunaan set induksi seperti video atau gambar-gambar yang menarik supaya mereka teruja untuk memberi pendapat. Pendekatan Interaktif juga sangat digalakkan dalam menyusun strategi terhadap muridmurid bermasalah pertuturan. Pendekatan ini boleh dijalankan oleh guru mahupun ibu bapa pada bila-bila masa sahaja terutamanya pada waktu rutin mereka dijalankan seperti waktu makan, tidur dan beriadah. Sebagai contoh, ibu bapa bertanyakan tentang percutian hujung minggu mereka bersama anak-anak. Melalui percutian yang cukup menyeronokkan, timbul perasaan ingin bercerita. Semakin banyak anak-anak bertutur, makin bertambah baik penyebutan sesuatu huruf atau perkataan itu. Manakala, komunikasi tambahan iaitu berkomunikasi dalam bahasa isyarat atau kod tangan yang biasa digunakan oleh golongan bermasalah pembelajaran boleh diaplikasikan untuk meningkatkan keinginan mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Walaubagaimanapun, komunikasi secara lisan jangan dilupakan, supaya perbendaharaan kata mereka dapat diperlukan di samping mendidik mereka bertutur dengan tepat. bAGI beberapa masalah komunikasi yang berkaitan dengan gugup dan gentar, anjurkan terapi berkumpulan atau aktiviti kumpulan untuk menghimpunkan anak-anak yang bermasalah tersebut. Mereka akan lebih mudah berkomunikasi dalam kumpulan umur tersendiri. Jika dalam sesebuah kumpulan tersebut mempunyai masalah yang sama, mereka tetap dapat berkomunikasi dan dapat berkongsi masalah atau pengalaman masing-masing. Terapi ini boleh menimbulkan keupayaan psikomotor juga, lantas membuka minat mereka untuk berinteraksi secara aktif.

TERAPI FIZIKAL
Terapi fizikal pula adalah terapi pada bahagian badan yang dapat dilihat seperti kaki, tangan dan lain-lain lagi. Terapi ini dijalankan kepada kanak-kanak Pendidikan Khas untuk membantu perkembangan atau kemampuan motor halus dan kasar. Jika kemampuan tersebut dapat dikenalpasti, strategi dan cara mengatasi kekurangan murid dapat dirancang untuk membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi ini juga melibatkan otot-otot besar pada badan seperti bergerak dan beredar, bergerak tanpa beredar, bergerak dengan alatan, bersenam, bersukan dan berekreasi. Domain fizikal atau psikomotor adalah aspek penting dalam diri kanak-kanak Pendidikan Khas yang dititikberatkan. Malah, dalam sesuatu pembelajaran, terdapat objektif dari sudut

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 147

domain ini turut disertakan. Bermaksud, dalam sesuatu pembelajaran, mesti ada aktiviti yang melibatkan pergerakan. Terapi fizikal dapat membantu mereka dalam masalah kawalan motor. Perkembangan motor halus seperti menggunting dan memasukkan benang ke dalam lubang jarum serta motor kasar seperti membaling bola dapat ditingkatkan. Selain itu, terapi fizikal juga dapat membantu dan meningkatkan kemahiran sosial murid. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid-murid dapat beriadah dan menjalani aktiviti fizikal seperti bermain bola dan bersenam bersama-sama. Perkara ini juga dapat melahirkan rasa kasih sayang dan tidak disisihkan dalam diri mereka. Apabila mereka mampu untuk melibatkan diri, nescaya, semangat untuk belajar lebih meningkat. Kemahiran pengamatan turut akan bertambah. Bukan itu sahaja, kualiti hidup dan keyakinan dalam diri akan meningkat. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang tidak dapat bergerak akan bergantung kepada ibu bapa dan orang lain untuk menguruskan diri mereka. Walaubagaiamanapun, jika mereka diajar untuk bergerak atau berjalan sendiri, sudah pasti ini akan memberi keyakinan kepada diri mereka supaya tidak berharap pada orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka dapat berdikari dan mencari pekerjaan sendiri apabila tamat persekolahan. Tiada juga perspektif negatif masyarakat terhadap golongan seperti ini. Pada masa yang sama, terapi fizikal dapat mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi akibat dari kekurangan yang ada pada diri. Tekanan dari masyarakat yang sentiasa berpendapat mereka tidak mampu hidup bersendirian akan memberi tekanan kepada murid-murid kurang upaya ini. Mereka yang mempunyai masalah cerebral palsi adalah yang paling mengahdapi tekanan kerana masalah pergerakan yang dihadapi. Kreativiti murid juga dapat dipertingkatkan melalui terapi fizikal. Sebagai contoh dalam aktiviti gimnastik dan tarian. Murid-murid dapat mencipta pergerakan sendiri dan langkah tarian untuk dipersembahkan. Aktiviti perlu dijalankan secara flexible dan menarik supaya merka berasa teruja untuk melibatkan diri. Kategori murid-murid bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah fizikal ini adalah kategori murid bermasalah pembelajaran yang bermasalah fizikal seperti Cerebral Palsy,epilepsy dan lain-lain lagi. Terapi fizikal adalah antara strategi utama dalam mengubati pesakit cerebral palsi dan spina bifida. Walaupun tidak 100% berkesan, sekurang-kurangnya terapi ini dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada pesakit-pesakit tersebut. Kualiti hidup akan bertambah dan menjadikan kanak-kanak bermasalah fizikal ini dapat mengalami proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, untuk kanak-kanak yang menghadapi cerebral palsi dan spinal bifida, terapi fizikal adalah untuk meningkatkan keseimbangan dalam pergerakan. Terapi fizikal juga boleh membantu otot-otot untuk bergerak secara teratur. Terapi fizikal adalah lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti stretching. Hal ini akan mencegah kaki dan otot menjadi kaku atau tetap dalam posisi normal. Ahli terapi fizikal akan menyediakan senaman ringan dan aktiviti pergerakan seperti berjalan, menaiki tangga, menggunakan kerusi roda dan memegang sesuatu objek yang besar dan kecil. Aktiviti ini dikategorikan sebagai latihan berpusatkan psikomotor halus dan kasar.

TERAPI CARA KERJA


Pemulihan Carakerja (Terapi Carakerja) atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah satu profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna. Rawatan ini adalah berbentuk modaliti adjunktif, aktiviti terapeutik, sensori integrasi dan rundingcara pemantauan dan pencegahan. Tiga aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras terapi carakerja untuk dicapai oleh pesakit: a) Berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 148

b) Menyumbang kepada produktiviti (Work) c) Melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (Leisure) Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002), terapi cara kerja adalah latihan aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakuapayaan atau kecacatan atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Terapi cara kerja ialah suatu rawatan terapi yang memberi tumpuan untuk membantu orang mencapai kemampuan dalam semua bidang kehidupan mereka. Ahli terapi cara kerja membantu kanak-kanak yang berkeperluan khas untuk meningkatkan kemahiran kognitif, fizikal dan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Terapi cara kerja bertujuan untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk meningkatkan kemahiran kognitif, fizikal, dan motor mereka serta meningkatkan harga diri dan pencapaian mereka. Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi individu iaitu dari segi kebolehan menjalankan tugas-tugas harian seperti berjalan, memakai baju, makan dan membuat kerja rumah. Memandangkan skop ini yang luas, terdapat sedikit pertindihan antara terapi cara kerja dan fisioterapi, ahli patologi dan pertuturan. Oleh itu, secara amnya, terapi cara kerja, fisioterapi dan ahli patologi dan pertuturan perlu bekerja bersama secara kumpulan dengan pesakit. Terapi cara kerja merupakan latihan semula otak mangsa, strok untuk memulihkan kembali atau menyesuaikan diri kepada kekurangan yang dialami. Objektif terapi cara kerja iaitu yang pertama adalah sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosialisasi. Kedua adalah untuk membina konsep kendiri, meningkatkan motivasi dan ketiga, untuk menguasai kemahiran semaksima yang mungkin. Kanak-kanak yang memerlukan terapi cara kerja menurut American Occupational Therapy Association (AOTA, 2002), ialah kanak-kanak yang mengalami kecederaan semasa lahir atau mengalami kecacatan akibat dari kelahiran, gangguan deria, kecederaan traumatik (otak atau saraf tunjang), masalah pembelajaran, autisme, masalah tingkah laku dan kesihatan mental, tulang yang patah, terbakar, spina bifida, developmental delays, post-surgical conditions, kanser, kecederaan tangan yang teruk, multiple sclerosis, cerebral palsy, dan penyakit kronik lain yang boleh mengganggu fungsi fizikal dan mental secara normal. Menurut AOTA, kanak-kanak yang mengalami masalah-masalah ini boleh mendapatkan faedah dan bantuan melalui terapi cara kerja. Terapi cara kerja amat penting kepada individu yang mempunyai masalah dalam pengurusan diri. Antara kepentingan terapi cara kerja adalah untuk membantu kanak-kanak dalam perkembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi dan makan sendiri. Terapi cara kerja juga penting untuk membantu kanak-kanak yang mengalami gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik pengurusan emosi, sebagai contoh, tidak memukul orang lain ketika marah atau bertindak ganas bila dalam keadaan marah. Kanakkanak juga akan belajar cara- cara yang positif untuk menghadapi kemarahan seperti menulis tentang perasaan sendiri atau menyertai aktiviti berbentuk fizikal yang boleh membuatkan mereka lupa akan perasaan marah tersebut. Selain itu, kepentingan terapi cara kerja ialah untuk menguatkan pergerakan motor halus seperti jari untuk melakukan aktiviti seperti memegang pensel dan menulis. Terapi cara kerja juga dapat meningkat kesihatan, mengurus stress atau tekanan, mengurangkan atau meringankan kesakitan serta dapat meluahkan perasaan kepada orang yang memahami. Melalui aktiviti dalam terapi cara kerja, kanak-kanak dapat menguatkan atau meransang daya ingatan mereka serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi apabila dapat bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat. Seterusnya, kepentingan terapi cara kerja kepada kanak-kanak iaitu mereka dapat menjalankan tugas

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 149

harian seperti orang lain. Melalui aktiviti tugas harian ini kanak-kanak dapat meningkatkan pemulihan fizikal atau tubuh badan serta melatih keupayaan koordinasi badan mereka. Aktiviti melibatkan pergerakan motor halus seperti jari dapat dilatih dengan melakukan aktiviti seperti memegang pensil dan menulis. Terapi cara kerja juga penting untuk menilai kemampuan setiap kanak-kanak melalui penggunaan peralatan khusus seperti kerusi roda, penggunaan peralatan mandi dan pengurusan pakaian.

TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN


Terapi muzik merupakan salah satu teknik yang telah digunakan dalam dunia perubatan oleh ahli-ahli terapi yang terlatih. Kaedah ini sebenarnya adalah untuk memabantu pesakit-pesakit mengatasi masalah yang dialami dari segi fizikal, emosi, intelektual, dan sosial. Terapi muzik ini juga bukan sahaja digunakan dalam perubatan di hospital sahaja, tetapi sekarang, ia juga diguna pakai di sekolah, pusat pemulihan (rehabilitation), nursing home, pusat komuniti dan kadang-kala diguna pakai di rumah. Bruscia (1989), terapi muzik merupakan proses intervensi yang sistematik dalam membantu seseorang yang menghadapi masalah kesihatan untuk meningkatkan semula tahap kesihatan mereka. Hanya dengan menggunakan muzik, perhubungan yang baik dapat dibina dan menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan yang lebih dinamik. Selain daripada itu, muzik juga digunakan sebagai terapi psikologi. Hal yang demikian termasuklah masalah yang berkaitan dengan attention, concentration, impulse control, sosial, self esteem, motivasi dan juga kognitif. Hodges (1980), muzik mampu memberi kesan kepada degupan jantung dan kesan sensori seseorang seterusnya mampu memberikan tindak balas kepada psikologi seseorang. Susan (2011), kajian yang telah dibuat mendapati bahawa muzik ini sebenarnya mampu mensimulasikan minda kanak-kanak. Kajian mendapati bahawa kanakkanak yang belajar menggunakan kaedah ini mampu mendapat keputusan ujian yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang belajar menggunakan kaedah biasa. Namun begitu, bagi golongan berkeperluan khas pula, penggunaan muzik ini sebenarnya sangat memberikan kesan yang positif terhadap diri mereka.

Antara tujuan terapi muzik ini adalah untuk merawat mereka yang mempunyai masalah kesihatan khusunya dari segi fizikal, emosi, sosial dan kognitif. Ia juga sebenarnya bagus untuk mengurangkan tekanan dan sebenarnya mampu untuk membentuk mood yang lebih baik. Bagi golongan berkeperluan khas pula, terapi menggunakan muzik ini sangat membantu untuk merawat masalah kesihatan dan kekurangan yang mereka hadapi. Selain daripada itu, muzik terapi ini juga sebenarnya memberikan satu kepuasan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini dari segi simulasi yang melibatkan mental dan fizikal . Dalam persekitaran seperti ini, kanakkanak tersebut dapat menyanyi, bermain menggunakan peralatan muzik yang mudah, ataupun menepuk tangan mengikut irama muzik yang disediakan. Kaedah ini sebenarnya merupakan salah satu kaedah yang berkesan membentuk ingatan kanak-kanak tersebut melalui perulangan huruf dan lirik yang mudah tetapi mengembirakan. Muzik terapi ini juga sebenarnya membantu dan mendididik kenak-kanak yang berkeperluan khas ini belajar membuat sesuatu perkara dengan lebih fokus. Hal ini penting ketika mereka sedang belajar di dalam kelas khususnya kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah hiperaktif. Namun begitu, terapi muzik yang dilakukan ini bukanlah untuk tujuan pengajaran tetapi sebagai salah satu terapi perubatan. Oleh itu, mereka tidak perlukan kelas latihan bermain muzik yang lebih berat dan berfokus.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 150

APLIKASI TERAPI MUZIK DALAM PENDIDIKAN KHAS.


Dengan menggunakan kaedah terapi muzik ini juga, seseorang individu itu boleh menggerakkan atau menggoyangkan badan mereka, menari mahupun melakukan apa saja pergerakan mengikut ritma dan lagu. Kepada individu yang mengalami masalah fizikal pula, meraka mempunyai ibu bapa, guru mahupun pembantu yang akan membantu mereka bergerak mengikut irama. Kebanyakan individu ini merasakan bahawa terapi muzik memberikan sesuatu keadaan yang amat menenangkan mereka. Oleh itu, muzik terapi ini sebenarnya mampu menyediakan satu kaedah terapi cara kerja dan terapi fizikal kepada individu berkeperluan khas. Terapi muzik ini juga menunjukkan cara baru , dan kerana muzik merupakan sesuatu yang mengembirakan, individu berkeperluan khas ini tadi tidak merasakan tekanan yang melampau seperti tekanan yang dihadapi ketika menjalankan sesi terapi biasa yang mungkin menyebabkan mereka tidak selesa. Terapi muzik ini bukanlah sesuatu yang sukar. Individu berkeperluan khas hanya melakukan sedikit pergerakkan yang mudah dengan mengikut irama muzik ataupun menggunakan beberapa pelalatan muzik yang mudah. Antara peralatan muzik yang boleh diguna pakai adalah seperti drum, loceng, tambourines dan lain-lain lagi. Selain itu, ibu bapa dan juga guru boleh bermain dengan peralatan muzik lain termasuklah piano, gitar, biola dan lain-lain lagi manakala anak-anak mereka melakukan beberapa pergerakkan atau menyanyi mengikut bunyi muzik itu tadi. Boxill (1985), terapi muzik boleh menjadi salah satu rawatan klinikal untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah ketidakupayaan dan berkeperluan khas dan perkhidmatanini dilakukan oleh ahli terapi yang berkepakaran.Untuk pesakit yang datang untuk menerima rawatan, sesi rawatan biasanya akan dilakukan secara berkumpulan ataupun secara individu. Rawatan secara berkumpulan mempunyai kelebihan apabila rawatan yang dilakukan melibatkan lebih ramai kanak-kanak berkeperluan khas dan mudah apabila melakukan aktiviti bersama-sama. Berbanding pula dengan sesi rawatan secara individu dimana rawatan yang dilakukan adalah lebih berfokus. Dalam sesi berkumpulan, jumlah yang paling sesuai diletakkan dalam satu kumpulan antara empat hingga lapan dalam bentuk bulatan. Ahli terapi biasanya akan memulakan permainan dengan menyanyi menggunakan gitar ataupun piano. Sesi akan dimulakan dengan lagu mudah seperti lagu perkenalan untuk mewujudkan suasana mesra dan mengelakkan suasana tegang. Seterusnya, aktiviti akan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan oleh ahli-ahi terapi termasuklah aktiviti menyanyi, menari dan bermain dengan peralatan muzik. Pengakhiran kepada aktiviti pada sesi tersebut dengan menyanyikan lagu selamat tinggal Lagu akhir ini juga adalah untuk mewujudkan satu pengalaman yang bermakna kepada kanakkanak istimewa tersebut agar mereka gembira dan tidak takut untuk melakukan rawatan pada masa akan datang. Dalam sesi terapi ini juga, kanak-kanak khas ini dibenarkan untuk memilih peralatan muzik yang mereka gemari untuk dimainkan. Hal yang demikian perlu untuk mengasah bakat dan kreativiti yang mereka ada. Selain itu juga, peralatan muzik yang dimainkan ini akan ditukar-tukar mengikut kumpulan agar mereka dapat rasa menggunakan peralatan muzik yang lain dan untuk mengelakkan mereka berasa bosan. Bagi peralatan muzik yang besar pula seperti conga drum, xylophone,mereka boleh berkongsi peralatan Untuk aktiviti pergerakkan pula, untuk permulaan mereka akan diajarkan tentang pergerakkan yang sama berulang-ulang

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 151

seperti, tepuk tangan, petik jari, lompat dan sebagainya. Kemudian kanak-kanak ini akan diberikan peluang untuk menghasikakan pergerakkan bebas mereka sendiri. Sambil, melakukan pergerakkan mereka juga menyanyi dengan lagu-lagu yang spontan dan boleh juga boleh melakukan pelbagai gaya yang tersendiri. Aktiviti-aktiviti sebegini membuatkan kanakkanak ini riang gembira dan dalam masa yang sama, rawatan fizikal secara tidak langsung juga dapat dijalankan.

TERAPI HIDRO KOLAM


Salah satu cara untuk melakukan terapi hidro ialah terapi hidro kolam. Terapi hidro kolam digunakan untuk memastikan kesihatan orang dewasa atau kanak-kanak yang istimewa dalam keadaan yang baik. Ramai yang mempercayai kebaikan yang ada pada air, contohnya dalam aktiviti mandi air panas. Hidroterapi kolam adalah satu konsep ideal khas untuk orangorang kurang upaya. Bergantung kepada tahap interaksi yang diperlukan, terapi ini akan memerlukan beberapa keperluan untuk merangsang deria. Dengan menggabungkan beberapa perkara seperti kehangatan air, muzik, sensasi terapung dan tarikan warna yang bergerak dan ditambah pula kebolehan seseorang yang akan memastikan perkara ini terjadi dengan lebih dramatik.

TERAPI SENI VISUAL


Terapi seni sebenarnya bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Hasil seni secara umumnya, mempunyai kecenderungan kepada sesuatu yang abstark dan kompleks. Artis yang menghasilkan hasil seni ini perlu mempunyai deria untuk fokus yang lebih tinggi dan kreativiti yang tersendiri. Kanak-kanak yang kurang upaya boleh dikaitkan dengan idea ini kerana mereka dijangka dengan kepelbagaian yang abstrak dan kadang-kadang dengan kerumitan dalam kekurangan diri mereka. Maksud terapi seni ini ialah, tanpa mengira keadaan, bagi mengalakkan kanak-kanak dan remaja untuk meluahkan perasaan mereka, mengambil bahagian-bahagian dalam tugas baru seperti melibatkan tumpuan fikiran, dan untuk belajar kreativiti (Henley, 1998; Hume & Hiti, 1988; Sundaram, 1995; Zamierowski, 1980). Melalui ekspresi seni, pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian penyelesaian. Penghasilan seni yang terbatas kepada pelajar yang kurang upaya ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan. Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

TERAPI PERMAINAN
Dalam konsep terapi bermain, pelajar lebih mengenali dunia. Menurut Kraus (1990) menyatakan bermain didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa melihat apakah hasil aktiviti itu. Pelajar bekeperluan khas lebih memninati membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Menurut Hartley, Frank dan Goldensen (1964) menyatakan dengan membiarkan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 152

pelajar bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat, kita membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah- masalahnya yang paling membebankannya dengan cara memuaskan dan sihat. Bermain juga sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Melalui aktiviti- aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan pelajar (Caplan dan Caplan, 1973). Bermain merupakan terapi kepada pelajar yang mengalami rangkaian ganngguan tingkah laku dan fizikal yang meluas seperti gangguan bahasa, gangguan kelakuan, Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang daya Tumpuan (ADHD), autisme dan selebral palsi. Pelajar ADHD mempunyai daya tumpuan yang singkat, bersikap hiperaktif dan luar jangkaan. Mereka sering mangalami kesukaran dalam menumpukan perhatian di dalam bilik darjah dan bersosial dengan rakan sebaya. Manakala, pelajar autism mengalami kesukaran berinteraksi dengan pelajar lain. mereka lebih gemar bermain sendiri. Bagi pelajar selebral palsi pula, mereka mengalami suatu tahap ketidakbolehan fizikal tertentu seperti kesukaran memegang objek. Oleh itu, pelbagai aktiviti boleh diberikan mengikut tahap kesukaran pelajar tersebut. Terdapat beberapa cadangan untuk memulakan terapi permainan. Pertamanya ialah memilih tempat atau persekitaran yang kondusif. Di dalam bilik terapi perlu memulakan dekorasi yang kondusif seperti meletakkan tikar getah, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti televisyen dan radio. Ini dapat memberi keselesaan pelajar untuk bermain. Di samping itu, kelengkapan bahan- bahan resos dan alatan asas seperti rak buku, cermin dan almari perlu sebagai kelengkapan asas di bilik terapi. Cadangan kedua ialah memilih masa yang sesuai untuk bermain. Guru perlu memilih masa yang sesuai untuk bermain iaitu memilih masa selepas mereka tidur. Elakkan memilih masa ketika mereka keletihan atau masa tidur dan makan. Cara ini dapat menimbulkan minat bermain dan mereka dapat menumpukan aktiviti bermain. Seterusnya, guru perlu menggantikan alat permainan baru dan sesuai dengan perkembangan kognitif pelajar. Guru perlu memulakan alat permainan yang mudah dan beransur-ansur tambahkan alat permainan untuk menarik minat mereka. Terdapat tiga kategori permainan iaitu mainan bercirikan kehidupan sebenar, mainan bercirikan luahan agresif dan mainan bercirikan luahan perasaan kreatif. Mainan bercirikan kehidupan sebenar merupakan set mainan pekerjaan seperti polis, doktor dan tukang masak. Selain itu, set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon juga mainan bercirikan kehidupan sebenar. Kedua ialah mainan bercirikan luahan agresif seperti menggunakan gari, penukul, peralatan militari dan topeng. Ketiga ialah mainan bercikan luahan kreatif iaitu krayon, playdoh, kad dan boneka bekas air. Kategori permainan ini dapat mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan pelajar disamping melalui media mainan yang dibekalkan dapat meluahkan perasaan pelajar yang tidak diingini. Melalui terapi permainan, kemahiran psikomotor akan terbina. Kemahiran fizikal iaitu pasikomotor halus dan kasar terlibat seperti menggenggam bola. Pelajar akan lebih seronok dan gembira sewaktu menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Selain kemahiran psikomotor terbina, pelajar akan berasa lebih yakin dan boleh hidup berdikar. Menurut Santrock (2003), pelajar menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Dalam kehidupan sosial pelajar, bermain merupakan pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi pelajar. Menurut Creasey, Jarvis dan Berk (1998) menyatakan bermain dengan individu lain dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan mereka saling memberi pendapat mereka sendiri.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 153

Terdapat juga kajian menunjukkan perhubungan positif antara bermain dengan pembelajaran pelajar (Kumar dan Harizuka, 1988). Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan dan sikap (McCune dan Zanes, 2001), kreativiti dan pemikiran divergen (Holmes dan Geiger 2002), pengambilan perspektif (perspective- taking) (Burns dan Brained, 1979) serta memori (Jensen 2000). Oleh itu, proses pembelajaran juga boleh dilakukan melalui aktiviti bermain yang bermakna atau dikenali sebagai belajar melalui bermain. Contohnya ialah pembelajaran melalui eksperimen.

JENIS TERAPI ALTERNATIF


a.Terapi Haiwan Terapi haiwan ini juga dikenali sebagai terapi berkuda atau Horse Riding Therapy atau Hippo Therapy. Perkataan hippotherapy sebenarnya berasal daripada Greek. Perkataan hippos sebenarnya merujuk kepada kuda, hal ini bermaksud terapi ini mempunyai bantuan sepenuhnya dengan menggunakan kuda. Terapi berkuda merupakan salah satu rawatan yang menggunakan pelbagai demensi pergerakan kuda, terutamanya latihan terapi fizikal, pergerakan dan percakapan untuk merubah ketidakfungsian yang sedia ada oleh seseorang individu yang kelainan upaya. Terapi berkuda ini merupakan aktiviti menunggang kuda yang sangat bermakna kepada individu-individu yang mempunyai masalah pembelajaran. Kebiasaannya rawatan ini mengambil tempat yang persekitarannya dikawal mengikut gred input deria yang boleh mendapatkan kesesuaian tindak balas adaptif daripada mereka. Kemahiran menunggang tidak terlalu sukar, tetapi lebih kepada pertubuhan asas untuk memperbaiki fungsi neurologikal dan pemprosesan deria-deria, kemudian boleh disamaratakan mengikut pelbagai aktiviti harian. Seterusnya, mungkin ramai di antara kita juga masih tertanya-tanya mengapa memilih kuda? Sebenarnya, kuda dapat menyediakan sesuatu input kepada deria-deria melalui pergerakan yang berubah-ubah, berirama dan berulang-ulang. Oleh itu, mereka akan dapat bertindak balas dengan seronok dan pengalaman yang bermakna di dalam persekitaran semulajadi. Secara fizikalnya, terapi berkuda boleh memberi penambahbaikkan terhadap keseimbangan, sikap, mobiliti dan fungsi sesuatu bahagian. Terapi ini juga boleh mempengaruhi psikologi, kognitif, tingkah laku dan komunikasi yang sangat berfungsi kepada setiap manusia. Antara contoh masalah yang dihadapi oleh individu-individu dan boleh menjalankan terapi berkuda ini adalah serebral palsi, perkembangan yang terbantut, kecederaan otak, autistik dan masalah bahasa dan pembelajaran. Sebelum membuat terapi ini, beberapa penilaian harus dibuat secara individu melalui ahli profesional yang terlatih dalam bidang perubatan. Terapi berkuda juga boleh dilakukan oleh pelajar ADHD, hal ini kerana, terapi berkuda memerlukan pergerakan seluruh anggota fizikal utama iaitu tangan, kaki dan pergerakan badan juga memainkan peranan. Salah satu cara untuk mengurangkan tingkah laku kanak-kanak ADHD ini, adalah dengan meletihkan mereka. Pergerakan yang sama dilakukan secara berulang-ulang dalam tempoh masa yang agak panjang boleh meletihkan pelajar sedemikian. b.Terapi Aroma Terhasil akan perkataan terapi aroma ini adalah berdasarkan kepada pengganbungan dua perkataan iaitu di antara wangian dengan bauan yang wujud atau terhasil daripada pati minyak dan terapi bauan ini pula dimaksudkan cara bau yang dihidu itu boleh diaplikasikan bagi tujuan untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan secara tidak langsung sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan mental seseorang. Terapi aroma sangat sesuai dan penting untuk dilaksanakan ke atas kanak-kanak Pendidikan Khas atau kanak-kanak

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 154

bekeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti murid-murid hiperaktif, terencat akal, autisma, lembam, sindrom down dan juga serebral palsi. Tujuan atau kepentingan daripada melakukan terapi aroma ini antaranya dapat mengurangkan stress, memberi ketenangan kpada minda dan dapat membangkitkan semangat kepada diri seseorang. Selain itu juga, secara tidak langsung terapi aroma ini dapat membersihakn racun atau toksid di dalam tubuh manusia. Terdapat beberapa jenis bau-bauan semula jadi yang digunakan dalam tarapi aroma dan setiap satu daripada jenis bau-bauan ini mempunyai kelebihan dan fungsi yang tersendiri. Bahan terapi aroma yang pertama yang sememangnya ramai mengetahui ialah sejenis baubauan yang boleh memberi kebaikan kepada seseorang iaitu lavender. Lavender sebenarnya berfungsi untuk menghilangkan stress dan dapat mengawal emosi yang tidak stabil. Kanakkanak khas sememangnya mempunyai emosi yang tidak stabil akibat daripada beberapa faktor tertentu yang boleh menyebabakan emosi mereka terjejas dengan secara tiba-tiba dan mereka juga tidak boleh mengawal emosi mereka sendiri. selain itu juga, aroma lavender juga akan memudahkan mereka tidur untuk merehatkan kegelisahan yang melanda. Begitu juga dengan beberapa jenis bahan aroma yang boleh digunakan seperti citronella yang bermanfaat untuk mengurangkan ketegangan dan dapat melegakan hidung yang tersumbat. Manakala blossom pula dapat membantu meningkatkan tumpuan dan membantu mengurangkan sakit kepala. Selain daripada dapat menghilangkan stress, rose juga dapat memperbaiki metabolisma dan sistem peredaran darah serta dapat memberi keseimbangan horman dan aroma terakhir adalah bahan daripada lemon. Lemon sebenarnya juga dapat mengurangkan stress dan anti depresi di samping meningkatkan rangsangan. c.Terapi Pasir Terapi pasir ini telah diperkembangkan oleh Carl Jung dan Dora Kalff yang daripada asalnya adalah diperkenalkan oleh Margaret Lowenfild. Secara psikologi, terapi pasir ini sangat berguna dalam proses untuk mengenal pasti dan mendamaikan konflik-konflik dalaman yang boleh menimbulkan pelbagai keresahan dan kemurungan. Terapi ini juga melibatkan pemprosesan dengan menggunakan dulang pasir dan miniatur realistik yang dipilih daripada koleksi ahli terapi. Miniatur ini sebenarnya meliputi semua aspek kehidupan bagi seperti manusia, haiwan, rumah, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Aspek keselamatan dan dilindungi sangat penting terutama bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini kerana tingkah laku dan emosi mereka amat sukar untuk diramalkan. Terapi berpasir ini dapat mewujudkan ruang yang selamat. Segala pergolakan yang berlaku di dalam jiwa dapat disatukan ke dalam jiwa untuk membuat penyembuhan emosi. Penggunaan pasir dan miniatur akan memberikan kita cara simbolik dalam menyatakan perasaan. Permainan berpasir atau terapi berpasir dapat memberi keseronokan, pendekatan secara perlahan-lahan tanpa disedari. Bagi sesetengah pelajar yang mempunyai masalah dalam perkembangan mental, mereka mudah hilang tumpuan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Terutama cara guru mengajar yang tidak menarik atau mendatar dan subjek yang diajar tidak menepati minat mereka menyebabkan mereka berasa mudah merasa bosan dan mula hilang tumpuan. Oleh yang demikian, seseorang itu boleh menggunakan pasir untuk meluahkan perasaannya, seseorang itu akan terasa bebas daripada pengaruh egoisme dan dapat meningkatkan daya tumpuan mereka. Tujuan sebenar terapi ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada mereka meluahkan segala yang terbuku di dalam hati dan yang mengganggu emosinya tanpa sebarang

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 155

perasaan untuk meluahkan. Permainan pasir ini dapat membuatkan kanak-kanak berasa tenang dan santai. Selain itu juga, penggunaan terapi permainaan pasir dapat membuat pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan semasa melakukannya. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan kebiasaannya akan tahu punca sebenar kemarahan atau ketegangan yang dialami oleh murid atau individu tersebut. Pemilihan alat permainan untuk digunakan di dalam kotak pasir dapat menjadikan simbol terhadap perasaan sama ada marah, benci, geram, sayang, sedih, gembira dan sebagainya. Selain itu pula, tujuan-tujuan penting membuat terapi pasir adalah bertujuan untuk melatih daya kreativiti kanak-kanak dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan kognitif. Seterusnya, terapi ini juga dapat menghilangkan rasa marah dan pelbagai perasaan lain yang menyelubungi diri seseorang serta dapat meningkatkan keyakinan terhadap diri sendri disamping mampu melihat kemampuan diri. Penggunaan pasir juga dapat membantu para pelajar berkepeluan khas ini membuat huruf-huruf dan nombor di atas pasir tersebut. Selain daripada untuk melentur tangan mereka supaya memudahkan pergerakan dan membantu secara perlahan-lahan membuat pembentukan huruf-huruf sebelum mereka dilatih menggunakan pen atau pensel di atas kertas. Antara contoh aktiviti guru terhadap murid bermasalah pembelajaran yang lemah dalam kemahiran asas Bahasa Melayu atau 3M, guru akan meminta murid membuat bentuk vokal A dengan menggunakan pasir. Aktiviti ini berlanjutan sehingga murid ingat akan semua vokal dan vowel. Kaedah ini lebih interaktif selain menyemai ingatan murid melalui deria lain murid iaitu, deria rasa.

RUMUSAN
Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang mempunyai kekurangan dan ketidakupayaan dari segi mental, emosi, sosial dan fizikal. Mereka tidak mempunyai berkebolehan untuk mengikuti pelajaran secara normal seperti murid lain. Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum pendidikan khas membolehkan guru-guru mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat Pendidikan Khas. Usaha ini dapat memastikan murid-murid terlibat secara aktif serta membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan. Terapi-terapi seperti hidroterapi, hippoterapi, terapi snozellan, dan sebagainya dipilih bagi memberi pengalaman bermanfaat agar guru lebih berkeyakinan dan berkemahiran apabila berhadapan dengan murid-murid pendidikan khas ini. Justeru itu, murid-murid pendidikan khas juga lebih berkeyakinan di samping menambahbaikan pergerakan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi menambah kemahiran kehidupan seharian. Terapi-terapi ini juga boleh diaplikasikan kepada pelbagai peringkat usia. Setiap terapi mempunyai teknik-teknik khusus yang perlu diketahui oleh setiap jurulatih dan pembantunya agar keselamatan kanak-kanak istimewa berkenaan terjamin. Secara umumnya, keistimewaan setiap terapi adalah ianya berkesan untuk kesihatan dan dapat membantu membina kekuatan otot dengan syarat ianya dilakukan secara berterusan oleh kanak-kanak istimewa berkenaan. Selain itu, melalui terapi juga boleh meningkatkan motivasi murid, meningkatkan semangat, penampilan diri, membenarkan perasaan berdikari, merasakan pencapaian individu dan merasakan keupayaan untuk mengawal keadaan dan sebagainya.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 156

RUJUKAN
Bermain untuk kanak-kanak istimewa. Diperoleh pada November 14, 2011 daripada http://www.mypositiveparenting.org/bm/cd_learning.html. Manfaat terapi bagi kanak-kanak. Diperoleh pada November 14, http://belajarpsikologi.com/manfaat-terapi-permainan-bagi-anak/. Terapi 2011 daripada

dalam pendidikan khas. Diperoleh pada November 14, 2011 http://www.scribd.com/doc/60515100/Notes-Terapi-Dalam-Pendidikan-Khas.

daripada

Konsep asas pergerakan. Diperoleh pada November 14, 2011 http://www.scribd.com/doc/35296251/KONSEP-PERGERAKAN-ASAS.

daripada

Masalah pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Diperoleh pada Ogos 15, 2011 daripadahttp://www.scribd.com/doc/23710930/Masalah-Pertuturan-Dan-Bahasa-Kanak2 Paula Crimmens (2006). Drama therapy and story making in special education. London Jessica Kingsley Publisher. Kepentingan terapi pertuturan. Diperoleh pada Oktober 20, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/56163079/kepentign-TERAPI-PERTUTURAN Masalah gagap. Diperoleh pada Oktober 20, 2011, daripada http://www.slideboom.com/presentations/93685/Masalah-Gagap

Implikasi terhadap intervensi bahasa. Diperoleh pada November 7, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/47985255/18/IMPLIKASI-TERHADAPINTERVENSI-BAHASA Masalah artikulasi. Diperoleh pada Oktober 3, daripada http://www.scribd.com/doc/45085327/37/i-Masalah-artikulasi 2011

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 157

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 158

You might also like