Matlamat + Rasional Projek

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MATLAMAT

Matlamat projek meja kopi ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam memberikan idea-idea baru dan membuat projek meja kopi yang mempunyai nilai-nilai komersial dan ciri-ciri keselamatan yang baik. Selain daripada itu, matlamat membuat projek ini adalah untuk mewujudkan pelajar yang berkemahiran mereka bentuk, menggunakan kreativiti masing-masing

dalam menghasilkan projek kayu yang baik. Ini secara langsung melahirkan bakal-bakal guru yang serba boleh dalam pertukangan kerja kayu supaya melahirkan ramai penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembuatan dalam kalangan murid-murid nanti. Guru-guru pelatih juga diberi peluang mengaplikasikan pengetahuan teknik pembuatan produk dalam projek ini secara menyeluruh. Tugasan ini juga membentuk modal insan yang cemerlang sejajar dengan kehendak FPK.

OBJEKTIF Objektif-objektif tugasan ini ialah: 1. Membuat projek meja kopi mengikut lakaran projek yang dipilih.

2. Melakar dan mentafsir lukisan projek.

3. Mengenal pasti jenis-jenis alatan tangan, bahan-bahan dan mesin untuk menghasilkan projek.

4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja.

5. Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta membaut anggaran kos.

6. Membuat kerja kemasan.

7. Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan etika kerja.

8. Melahirkan

semangat

kerjasama

dikalangan

guru

pelatih

semasa

menghasilkan projek.

9. Melahirkan guru pelatih yang boleh menggunakan AutoCAD.

RASIONAL PROJEK

Rasional projek meja kopi ini dilaksanakan adalah kerana :

1. Untuk menambahbaik produk sedia ada di pasaran.

2. Mempunyai nilai-nilai estetika dan agronomik.

3. Lebih murah daripada harga pasaran.

4. Mempunyai tarikan dan kelebihannya yang tersendiri dan unik.

5. Ringan, mudah, dan mempunyai nilai-nilai komersial.

6. Mempunyai ciri-ciri keselamatan.

7. Menjimatkan ruang.

8. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

9. Mesra alam.

10. Boleh memajukan industri kayu tempatan, seterusnya memajukan ekonomi negara.

You might also like