Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Gaya hidup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istilah gaya hidup pada asalnya dicipta oleh ahli psikologi Austria, Alfred Adler, pada 1929. Pengertiannya yang lebih luas, sebagaimana difahami pada hari ini, mula digunakan sejak 1961. [1] Dalam bidang sosiologi, gaya hidup ialah cara bagaimana seseorang hidup. Gaya hidup ialah kumpulan ciri tingkah laku yang bererti kepada kedua-dua orang-orang lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu, serta tindakan berdasarkan logik. Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai, dan pandangan duniaseseorang. Justera, gaya hidup ialah cara untuk memupuk konsep kendiri serta mencipta simbol kebudayaan yang menggemakan identiti peribadi. Namun bukan semua aspek gaya hidup bersifat sukarela pada sepenuhnya. Sistem-sistem sosial dan teknikal di sekeliling boleh menyekat pilihan gaya hidup serta simbol yang dapat digunakan untuk menonjolkan gaya hidup kepada orang-orang lain dan diri sendiri. [2] Sempadan antara identiti peribadi dengan perbuatan sehari-hari yang menandakan sesuatu gaya hidup semakin kabur dalam masyarakat moden.[3] Misalnya, "gaya hidup hijau" bermakna memegang kepercayaan dan melakukan kegiatan-kegiatan yang menggunakan kurang sumber serta menghasilkan kurang sisa yang berbahaya (iaitu jejak karbon yang lebih kecil) dan mencapai penghargaan diri menerusi pemegangan kepercayaan dan pembuatan kegiatan-kegiatan tersebut. Sesetengah pengulas mendebat bahawa dalam kemodenan, asas pembinaan gaya hidup ialah tingkah laku penggunaan yang menawarkan kemungkinan untuk mencipta dan membezakan diri lagi menerusi produk dan perkhidmatan yang menandakan gaya hidup yang berbeza.[4]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gaya_hidup LATAR BELAKANG TOKOH Alfred Adler dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Rudolfsheim, Vienna, Austria. Beliau berasal dari keluarga Jewish kelas pertengahan. Beliau berbangsa Yahudi, namun beliau tidak dibesarkan dalam kebudayaan masyarakat Yahudi. Beliau menganuti kepercayaan Protestant. Adler merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Sigmund . Semenjak dari kecil, Adler sering dibanding- bandingkan dengan abiliti abang sulungnya. Beliau dan Sigmund, sememangnya berbeza dari segi keupayaan fizikal. Adler berasa cemburu dengan abangnya yang sentiasa dibanggai dalam pencapaian sukan. Tambahan pula, Adler tidak mampu untuk bergiat aktif sepertimana abangnya, Sigmund kerana beliau telah disahkan menghidap penyakit Pneumonia ketika berumur lima tahun. Lebih menyedihkan, doktor pula mengesahkan penyakit Adler adalah kronik dan sukar dirawat. Bertitik tolak dari peristiwa tersebut, Adler telah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa. Ternyata, cita- cita anak kecil itu telah

berjaya direalisasikan apabila beliau berjaya merangkul Ijazah Kedoktoran ketika usianya mencecah 25 tahun, pada tahun 1895. Ijazah tersebut ditauliahkan daripada University of Vienna. Bercerita soal hubungan Adler dan kelurga, beliau pada mulanya amat dimanjakan oleh ibunya. Namun, ia sekadar bersifat sementara. Pada usia Adler 20 bulan, ibunya menyambut kelahiran adik perempuannya yang baru dan sekaligus perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibunya selama ini telah pula beralih arah. Setelah menyedari situasi itu, Adler mula rapat dengan bapanya. Hubungannya dengan bapanya semakin hari semakin akrab. Bapanya menjadi sumber inspirasi Adler untuk berjaya . Semasa belajar di sekolah rendah, Adler pernah diherdik oleh guru kelasnya kerana prestasi Adler di sekolah amat lemah. Beliau sering gagal dalam peperiksaan terutama dalam mata pelajaran Matematik. Gurunya pernah mencadangkan kepada bapanya untuk memberhentikan Adler dari terus bersekolah. Kata guru itu adalah lebih baik sekiranya Adler dilatih menjadi seorang tukang kasut. Akibat dari herdikan yang diterima, Adler menjadi semakin lemah semangat dan hilang minat untuk pergi ke sekolah. Atas semangat dan kepercayaan yang diberikan oleh bapanya, Adler akhirnya pulih semangat. Beliau tekad untuk membuktikan bahawa beliau turut berpotensi untuk berjaya. Demi memenuhi desakan itu, Adler akhirnya berjaya mengatasi kegagalan beliau. Sejak detik itu, Adler tidak lagi menghadapi kesukaran dalam belajar dan menjadi pelajar nombor satu dalam kelas. Pada tahun 1898, beliau berjaya menghasilkan hasil penulisannya yang pertama. Beliau menekankan hubungan kesihatan dan abiliti seseorang mencapai kejayaan. Kupasan beliau membawa kepada pembentukan prinsip pemikiran baru dalam suasana sekolah- sekolah. Pada tahun 1902, Adler mula menyertai gerakan Freudian atas jemputan Freud sendiri . Mereka banyak membincangkan aspek baru dalam dunia psikopatologi. Namun, sepanjang 4 tahun, Adler bergiat dalam kegiatan Freudian; Adler tidak pernah selari pandangan dengan Freud. Buktinya, jelas dapat dilihat melalui penulisan Adler pada tahun 1907 yang mana mengupas tentang organ inferioriti dan kelebihannya. Adler membantah pandangan Freud terhadap pembentukan personaliti seseorang itu adalah didorong oleh desakan seksual. Maka, pada tahun 1911, Adler memutuskan untuk keluar dari terus bersama dengan gerakan Freudian itu. Adler bersama-sama dengan 8 orang ahli lain yang seangkatan dengan pandangan Adler berjaya menubuhkan sebuah persatuan: Society for Free Psychoanalysis. Memandangkan nama tersebut seolah- olah mempersendakan Freud, Adler memutuskan pula untuk mengubah nama tersebut kepada Society for Individual Psychology. Kemudian, pada tahun 1912 , Adler menerbitkan pula sebuah buku yang berjudul The Neurotic Constitution yang mana buku ini merupakan usaha Adler untuk

lebih memperkembangkan konsep utama yang ada dalam Teori Psikologi Individu. Selain itu, penulisan beliau banyak memfokuskan kepada keunikan personaliti seseorang individu. Seterusnya, beliau menghasilkan pula sebuah buku yang bertajuk Understanding Human Nature. Buku ini digunapakai oleh para pelajar di Viennese Institute for Adult Education. Semasa Perang Dunia Pertama, beliau turut terlibat dalam revolusi Marxism dan bergiat sebagai tentera Austria. Beliau berjaya menubuhkan beberapa buah klinik rawatan mental di Vienna. Namun malangnya, usaha beliau itu akhirnya ditutup oleh pihak Nazi. Justeru itu, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1934 berikutan mendapat tawaran mengajar di Long Island College of Medicine. Hasil perkahwinan beliau bersama Ruissa Epstein (seorang wanita berbangsa Rusia), mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu antaranya ialah Kurt dan Alexandra. Kurt dan Alexandra merupakan 2 daripada 4 orang anak Adler dan Ruissa yang bergiat sebagai ahli psikiatri dan meneruskan tradisi mendiang bapa mereka membantu masyarakat sejurus selepas kematian mendiang pada 28 Mei, 1937. Mendiang meninggal akibat serangan sakit jantung semasa lawatan beliau ke Aberdeen, Scotland. Antara gaya hidup anak- anak yang dikesan dipunyai oleh anak- anak adalah: 1. 2. 3. 4. Jenis dominan/ Active- Destructive Jenis bergantung/ Passive- Constructive Jenis mengelak/ Passive- Destructive Style Jenis sosial/ Active- Constructive Style.

Selain itu, Adler turut percaya perbezaan layanan ibu bapa terhadap anak- anak adalah berkait-rapat dengan turutan kelahiran (birth of order) setiap anak. Maknanya, layanan yang diterima oleh anak sulung, anak kedua, anak tengah, anak tunggal dan anak bongsu adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Demikian, melalui pengalaman yang dialami, seseorang individu itu mampu menciptakan personaliti dan tingkah laku diri yang unik dan ia berdasarkan persepsi subjektif yang dimiliki oleh setiap mereka. CARA HIDUP Cara hidup merupakan perancangan hidup yang unik dan tersendiri. ia merujuk kepada cara manusia mengejar matlamat. Cara hidup seseorang itu telah dibentuk semasa 5 tahun yang pertama. Demikian, ia digelar critical period di mana ia mempengaruhi reaksi individu kepada inferioriti yang dialami ketika dewasa. Perasaan inferioriti ini wujud secara nyata dan khayalan.

Adler ada menekankan tentang family constellation: gabungan dalam keluarga yang melibatkan kedudukan kelahiran dan layanan ibu bapa. Perkara tersebut merupakan aspek psikologikal yang penting dalam memahami perihal tingkahlaku seseorang individu. URUTAN KELAHIRAN 1. ANAK TUNGGAL

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai hanya seorang anak. Maka, oleh sebab- sebab tertentu di mana salah seorang pasangan mungkin mengalami penyakit yang menghalang mereka mendapat anak. Demikian, kehadiran anak tunggal dalam hidup mereka dianggap suatu keajaiban Allah. Memandangkan pasangan tersebut tidak mempunyai pengalaman sebagai ibu dan bapa, anak ini ditatang bagai minyak yang penuh. Anak ini mendapat sepenuh kasih sayang dari pasangan dan tumpuan perhatian yang diterima pula adalah 200 peratus oleh anak tersebut. Akibatnya, anak ini terlalu dilindungi dan perkembangan anak mampu tergugat. Anak tunggal juga sering mengalami kesukaran dalam perkongsian sesuatu dengan adik- beradik dan rakan sebaya. Ini kerana sebelum ini hidupnya bersendiri dan mendapat tumpuan yang padu daripada kedua orang tuanya. Kebiasaannya, anak ini lebih senang berdamping dengan orang dewasa dan gaya bicara anak tunggal banyak dipengaruhi oleh tutur bahasa orang- orang dewasa. 2. ANAK SULUNG

Anak sulung akan mengalami perasaan terlepas pandang oleh kedua ibu bapa . Ini kerana kasih sayang dan tumpuan ibu bapa beralih arah tehadap adiknya. Anak ini mengalami situasi dethroned. Dia harus belajar berkongsi dengan adiknya. Ibu bapa pula meletakkan harapan yang tinggi apabila anak ini melangkah ke alam pra-sekolah. Ibu dan bapanya sering membahukan tanggungjawab kepada anak ini berbanding dengan adik- beradik yang lain. Kepada adik- adik pula, anak sulaong dijadikan sebagai model mereka, Kesan dari layanan yang diterima cenderung menjadikan anak sulung ini bersifat agak tegas dan autokratik. Dia turut merasakan dia sentiasa mempunyai hak kuasa ke atas adik-adiknya. Dia boleh menjadi seorang yang ringan tulang jika ada dorongan yang dihulurkan oleh ibunya atau ayahnya. Kebiasaanya, anak sulung sering beralih mengharapkan keprihatinan daripada ayahnya setelah lahir anak kedua dalam keluarga. 3. ANAK KEDUA

Sifat anak ini selalunya lebih agresif berbanding dengan anak sulung. Dia selalu dibantu dalam banyak perkara dan sentiasa ada penyokong

di belakang kejayaannya sama ada ibu, bapa atau kakak atau abangnya. Dia turut mempunyai daya saing yang lebih tinggi dan sering kali berlumba- lumba untuk menjadi yang lebih baik daipada adikberadiknya yang lain. Anak kedua boleh menjadi seorang yang degil atau cuba dilihat menyerlah daripada orang lain dalam apa- apa perkara. 4. ANAK TENGAH

Menurut Adler, anak tengah umpama sandwich. Anak tengah sering merasa dirinya terhimpit dan tidak menyerlah dalam keluarga. Sikapnya juga adalah agresif dan cepat marah. Dalam hidupnya, dia sentiasa ke arah cuba mencari suatu keadilan bagi dirinya sendiri mahupun untuk individu lain. Dia seorang drastik dalam bertindak. 5. ANAK BONGSU

Hidupnya dibelakangi oleh banyak ketua. Abang- abang ataupun kakakkakaknya cuba menjadi pengajar kepadanya dan ini seolah- olah dia mempunyai banyak orang ibu dan bapa. Namun, dia tidak mengalami situasi dethrone berbanding adik- beradiknya yang lain. Dia ini sering berhasrat ingin menjadi besar atau lebih berkuasa daripada orang lain. Dia mempunyai cita- cita yang besar tetapi seringkali kecundang di tengah jalan. Kadangkala anak ini tidak membesar dengan matang dan masih bersifat keanak- anakan walaupun dia sudah remaja. 6. ANAK KEMBAR

Salah satu daripada pasangan kembar ini akan bersifat lebih agresif, cerdas, dan aktif. Maka, ibu bapa mereka cenderung melihat salah seorang daripada mereka adalah kakak atau abang kepada yang satu lagi. Anak kembar boleh mengalami masalah ketidaktentuan identiti. Pasangan kembar yang lebih menyerlah akan menjadi ketua dan model kepada pasangannya yang lebih lemah dan pasif. Adler percaya setiap individu mempunyai cara hidup yang unik dan apa yang berlaku kepadanya adalah ditentukan oleh persepsi dan penilaian dia terhadap persekitaran. Demikian, setiap individu berupaya mengubah sesuatu perkara dan bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat dari tindakan yang diambil. Individu tersebut turut menentukan sendiri gaya hidup yang wajar dipilih dan ia adalah tanggungjawab diri sendiri. JENIS-JENIS CARA HIDUP

Menurut Adler, terdapat 4 cara hidup asas bagi seseorang individu . Cara hidup yang diamalkan adalah merujuk kepada usahanya ke arah memaksimakan potensi diri dan menuju ke arah Kendiri Unggul. 4 cara hidup itu ialah: 1. 2. 3. 4. Jenis Dominan/ Active Destructive Style, Jenis Bergantung/ Passive- Constructive Style, Jenis Mengelak/ Passive- Destructive Style, Jenis Sosial/ Active- Constructive Style.

1.JENIS DOMINAN/ACTIVE-DESTRUTIVE STYLE Individu jenis ini mempunyai kesedaran sosial yang rendah. Dia kurang minat terhadap kepentingan dan kebajikan masyarakat. Mereka anti- sosial dan suka menunjukkan superioriti dengan menindas orang lain. Ia berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Contoh: Orang kaya memberi derma kepada golongan fakir yang meminta sedekah di jalanan. Orang kaya tersebut menghulurkan sejumlah wang di hadapan khalayak ramai. Tindakan orang kaya itu bukannya didasarkan kepada anjuran Islaminfaq fisabilillah tetapi atas niat menggariskan perbezaan taraf yang jelas antara orang kaya dan golongan fakir. Kanak- kanak yang mempunyai sikap begini biasanya lebih suka berkawan dengan kanak- kanak yang lebih lemah supaya mereka senang menguasai dan mempengaruhi kanak- kanak yang lemah tadi. Apanila dewasa, mereka lebih suka menjadi penguasa yang boleh memerintah orang lain atau pasangan mereka. Mereka akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan duit. Individu ini bertingkahlaku tanpa melihat kepada orang lain. Sekiranya, individu ini memiliki sifat menguasai yang berlebihan, maka dia cenderung menjadi seorang yang kejam dan delikuen. 2. JENIS BERGANTUNG/POSSIVE CONSTRUCTIVE STYLE Individu jenis ini biasanya bersikap pasif dan kurang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . Sebaliknya, mereka lebih suka bergantung kepada orang lain. Kanak- kanak yang bersikap begini lazimnya dimanjakan oleh kedua ibu bapa dan jarang diberi tanggungjawab sepanjang kehidupan mereka. Oleh itu, mereka membesar menjadi individu yang kurang yakin dan gemar menyerlahkan diri pada pandangan umum. Misalnya, gemar bersolek dan tampil menawan. Individu ini turut gagal menghadapi situasi yang susah dengan sabar. Baginya, segala apa yang dihasratkan mesti dapat dicapai dengan apa cara

sekalipun. Bahkan, individu ini sanggup menggunakan khidmat ahli sihir untuk merealisasikan impiannya dengan mudah di samping dia tidak perlu berusaha. 3. JENIS MENGELAK/PASSIVE DESTRUCTIVE STYLE Individu yang mempunyai cara hidup jenis mengelak biasanya kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan suatu konflik. Lazimnya, individu ini telah membuat spekulasi awal terhadap sesuatu yang masih belum sahih. Selalunya, persepsi mereka cenderung ke arah pemikiran yang negatif. Mereka turut tergolong dalam individu yang pesimis dan takut memasuki suasana baru. Mereka telah mengjangkan bahawa diri mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru itu dan terus mengambil jalan untuk lari dari menyertai dalam suasana tersebut. Individu ini turut dikatakan suka mengelamun dan berfantasi akan gambaran mereka sebagai superior.

4. SOSIAL/ACTIVE-CONSTRUCTIVE STYLE Individu yang mempunyai cara hidup jenis sosial lazimnya membesar dalam keluarga yang saling membantu dan sentiasa memberi sokongan morak. Individu ini turut mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan sebarang masalah. Setiap tindakan mereka pula acapkali mengambil kira kebajikan masyarakat. Kepentingan masyarakat diletakkan sebagai prioriti utama dalam kehidupan mereka. Mereka tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan mereka turut senag bekerjaama dan mudah menyesuaikan diri. http://bilikkaunseling.blogspot.com/2011/04/psikologi-individu-alfred-adler.html

You might also like